Wednesday, January 19, 2011

Bebola Kentang Ketam


Buat bebola kentang ketam ini utk kudap2an sikembarku itu. Sungguh laku rupanya. Goreng2 aje abis, ingat nak buat stok frozen sekali habis semuanya.

Sungguh la tidak konsisten pembulatan bebola ku....
resepi Hana takde daun sup, sy je suka2 tambah daun sup!

Resepi amik dr blog Hana. Thank you Hana!!!

C&P resepi dr blog Hana:

Bahan-bahan
  • 4-5 biji kentang medium
  • 80-100g isi ketam @ crab stick
  • 1/2 sk serbuk lada putih
  • 1 sudu besar butter
  • 1 sudu besar mayonis
  • 1sk gula
  • garam
  • sedikit daun sup dipotong halus (penambahan sendiri)
Untuk Saduran
  • Telur
  • Breadcrumbs
  • Tepung gandum@tpg jagung

Cara-cara
  • Rebus kentang hingga empuk. Jangan terlalu empuk sbb akan mengakibatkan kroket lembik dan pecah semasa digoreng. Seeloknya lepas rebus toskan utk buang air berlebihan yang membuatkan kentang lembik.
  • Kupas kulit dan masukkan ke dalam mangkuk. Masukkan butter dan mayonis. Lenyek kentang sehingga halus. Jangan kasar2 yer..Dan jangan tunggu sejuk! susah pula nak melenyek halus.
  • Masukkan serbuk lada putih, garam, gula dan daun sup. Gaul.Masukkan pula isi ketam yg dipotong/racik. Gaul sebati.
  • Ambil sedikit dan bulat2kan kecil.
  • Untuk saduran - Bedak2kan bebola ke dalam tepung. Masukkan pula ke dalam telur yang telah dkocok. Kemudian ke dalam breadcrumbs. Utk saduran yang agak tebal, ulangi proses tadi.
  • Panaskan minyak. Goreng hingga keemasan.
  • Boleh juga di frozenkan sebelom digoreng. Susun tidak berlapis dalam plastik ziplock. Kemudian simpan dalam freezer.
  • Hidangkan dengan sos cili, mayonis, atau mustad. Enak juga dimakan begitu sahaja.

Dah siap letak dlm bekas nak frozen kan, sekali x dan frozen pon!

2 comments:

Ajzie said...

Wahhhhhhhh sungguh menarik.. akan ku buat ptg ini.. makan bersama sup tulang.. heheheh Tq Neny and Hana for sharing...


p.s
bila la mood nak dtg update blog2 ku itew... byk cerita sampai tidak tercerita hehehe

Neny said...

Buat kak ajzie, confirm licin!

Ye la, bila mau update blog?