Wednesday, February 12, 2014

Popia Pisang


Rumah mertua saya di KB mmg penuh pokok pisang keliling rumah. Balik dr KB masa CNY aritu, Mek bekalkan kami 2 sikat pisang yg mokcik x ketahui jenis apa....hahahaha. Saya kenal pisang berangan and pisang mas aje, yg lain2 agak confuse jenis2nya.

Sepatutnya lebih sesuai dibuat pisang goreng tapi xde masa nak masak pisang goreng over the weekend, maka pisang tu pon dah over ripe. Cik HB saw my kulit popia yg masa saya defroze sbb nak buat popia goreng, so dia la yg bagi idea buat popia pisang ni.

Saja2 google, tgk byk variation of popia pisang. Ada yg letak coklat, milo, peanut butter but cik HB said he just wanted plain pisang.

So ok, cuma balutkan je la pisang tu dgn kulit popia. Then goreng sampai garing. 

Senanggggggggggg keje i....hehehe

Sunday, February 9, 2014

Siakap Goreng Sos Lada Hitam


Dah selalu sgt kalau masak ikan siakap, balik2 masak sweet sour, tiga rasa.

This time saya cuba buat siakap goreng sos lada hitam. First time makan siakap goreng sos lada hitam kat kedai ikan bakar Alai. 

Takde refer to mana2 resepi, just agak2 aje based on common sense. Sebenarnya kalau ada store-bought sos lada hitam dalam botol tu pon boleh guna.

Yang saya buat:

Basuh bersih ikan siakap, kelar2 sikit badan dia. Rendam seketika dgn air asam jawa utk hilangkan bau hanyir. Kalau ada limau nipis ke limau kasturi lagi best. Tengah bercita2 nak tanam pokok2 limau supaya ada stok limau utk cuci ikan ^_^.

Lepas tu garamkan ikan dan salut dgn tepung jagung. Tak payah tebal2 sikit. Saya tabur2kan aje tepung jagung on both sides of ikan.

Goreng ikan sampai garing. Lepas tu toskan minyaknya.

Tumbuk 2 sudu lada hitam biji dgn 3-4 ulas bawang putih sampai lumat. Tumiskan bahan tumbuk sampai garing, lepas tu tuangkan dalam 2 sudu sos tiram. Tambahkan sedikit air. Masukkan potongan  bawang besar dan tomato yg dipotong dadu. Tambahkan garam dan gula secukupnya.

Bancuh 1 sudu kecil tepung jagung dgn sedikit air. Tuangkan kedalam sos tadi.

Tuangkan keatas ikan siakap yg dah siap digoreng.

Masak Lemak Cili Api Nenas & Ikan Kurau Masin


Gi Mydin on Friday for groceries shopping dan nampak nenas Joshepine dijual pd harga RM0.98 sebiji. Kira RM1 je la x boleh ke? 

Tetiba tekak teringin nak makan gulai utara nenas & ikan masin, so rembat la sebiji.

Tup2 x jadi pon masak gulai utara, tetiba jadi masak lemak cili api...hehehe

Don't ask why, selalunya gitu la...plan nak masak lain, nanti tetiba jadi lain....hahaha

Masak lemak cili api ni biasa2 aje tapi combination nenas dan ikan kurau masin mmg jadi sedap sgt. Daun yg nampak mcm daun kunyit tu bukan daun kunyit biasa tapi daun kunyit hitam sbb daun kunyit biasa yg ditanam abis semuanya dikerjakan cik belalang. Yg daun kunyit hitam tu xde la hancur sgt, maybe sbb x sedap kot kat mulut belalang....

So main belasah je la try masuk daun kunyit hitam. But not bad la...sedap je rasanya...hihihi

So my resepi utk masak lemak ini:

1. Rendam dulu ikan kurau masin dalam 1 jam gitu nak bagi lembut. Potong nenas to edible size.

2. Tumbuk lumat cili api dalam 10 biji (ikut la kepedasan yg disukai), campur 2 biji cili merah hidup, dengan 2 inci kunyit hidup.

2. Masukkan bahan tumbuk kedalam periuk. Saya selalunya tuang sikit air biasa ke dalam lesung nk bagi sisa2 bahan tumbuk clear masuk dalam periuk sekali. Org kata lagi sedap, air batu namanya. 

3. Saya guna santan kotak saiz kecil jenama Ayam's Brand dan tuang semua sekali ke dalam periuk. Tambah sikit air dalam kotak santan tadi dan goncang2, lepas tu tuang semuanya dalam periuk. Jangan membazir!

4. Ambil 2 btg serai dan ketuk. Masukkan bersama bahan tumbuk dan santan. Masak bahan2 tadi pd api perlahan dan kacau sentiasa supaya santan x pecah minyak.Masukkan juga sehelai daun kunyit yg disimpul.

5. Bila dah mendidih, masukkan nenas dan ikan masin tadi. Masak seketika sampai mendidih lagi sekali. Tambahkan garam secukup rasa. 

Dah boleh hidang :)

Wednesday, February 5, 2014

Pizza Segera


As a busy working mother, tapi still berazam nak sediakan juga bekal makanan anak2 ke sekolah, saya sentiasa berfikir menu yg sedap, ringkas dan juga sihat utk disediakan. 

Pizza segera yg saya buat ni takde la 100% sihat tapi amat la mudah disediakan. Anak2 pon teruja sbb nampak mcm real pizza...hehehe. Saya dah sharekan cara buat pizza kat FB saya dan kawan2 pon suka the idea of making pizza cara ini. 

Actually saya penah tgk org buat pizza guna tortilla so masa sy nampak roti arab di Tesco, saya terfikir la nak buat pizza guna roti arab ni.

Cara nak buat amat la mudah. Tapi sementara nak sediakan pizza tu, panaskan dulu oven pada suhu 180C. Saya guna api atas sahaja.

Saya gunakan capsicum 3 -colors, sosej, lebihan nugget ayam yg dah siap digoreng, 
sos tomato dan cheese sebagai topping

Sediakan roti arab diatas tray pembakar. 

Sapukan sos tomato atas roti arab

Taburkan sedikit keju parut diatas lapisan sos tomato. Ini supaya topping melekat pada permukaan roti.

Lepas tu susun2 la bahan2 topping ikut suka dan tabur cheese akhir sekali. Saya punya second bread tu guna sliced cheese aje sbb grated cheese dah abis.

Akhir sekali, bakar la dalam oven pada suhu 180C selama lebih kurang 10 minit atau sampai roti garing dan cheese dah cair.