Thursday, December 11, 2014

Pizza Sosej Ayam


Dah lama tak buat pizza. Last buat pizza zaman2 duduk Jerman dulu. Kat Jerman, buat pizza seronok sbb harga cheese murah. Kat sini nak buat pizza, fikir2 jugak la kosnya...hihihi

Anyway, kos buat pizza sendiri masih lagi jauh lagi murah dari makan Pizza Hut atau Domino's. 1/2kg tepung gandum boleh dapat 3 keping pizza saiz regular. Sos utk base pizza pulak saya guna Prego's mushroom-tomato pasta sauce. Resepi dohnya saya masih guna resepi yg biasa saya guna dari dulu2. Boleh tgk resepi tu kat SINI.

Topping pulak just chopped green capsicum, chopped tomato, bawang besar, English sausage Ayamas, and shredded mozarella cheese.

Ini yang paling 'mahal'nya about this pizza :))). Cik HB mencemar duli masuk ke dapur nak uli doh pizza. Sangat jarang2 berlaku nih! Maka kena la masukkan dalam blog sebagai kenangan...hehehe.

Wednesday, December 10, 2014

Puding Roti



Setiap kali buat sandwich utk anak2, saya terpaksa potong bahagian kerak roti sbb anak2 tak suka kerak2 tu. Nak dibuang sayang, so everytime saya akan simpan dalam bekas dan simpan dalam fridge. Bila dah cukup banyak saya buat puding roti.

Puding roti caranya cukup senang. Saya guna resepi dari blog INI.




Utk kesenangan rujukan, saya cut and paste kat sini. But of course saya tak follow sgt....sbb saya guna kerak2 roti jadi saya agak2 aje amaun bahan2nya.

Bahan-bahan untuk puding roti:
8 keping roti
2 cawan susu segar
4 sudu besar gula halus
2 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu besar mentega (cairkan)
1 kotak kecil kismis

Bahan-bahan untuk sos kastard:
1 tin susu cair
1/4 tin air (guna tin susu cair tadi)
2 sudu besar tepung kastad
2 sudu besar gula halus
1 sudu teh esen vanilla


Cara-caranya:

1. Masukkan susu segar, gula halus, telur, dan esen vanilla dalam satu bekas. Kacau sebati, husna kacau guna mixer je, senang nak sebatikan semua.. lepas tu jangan syok plak sampai kembang setaman adunan tu.. Cukup lah sekadar telur tu dah pecah elok pastu boleh mesra dengan yang lain..

2. Carikkan roti dalam 4 bahagian, dan masukkan dalam bekas adunan, biar terendam dan meresap sekejap.. Masukkan marjerin yang dah dicairkan serta separuh kismis kedalam bekas tadi dan gaul sedikit..

3. Sapukan sedikit marjerin dalam loyang untuk membakar.. Tuangkan roti yang telah direndam tadi dalam loyang pembakar.. Taburkan baki kismis atas adunan.. Bakar pada suhu 180C selama 30 minit.. Kalau risau hangit, pepandai adjust.. mulakan dengan beberapa minit dahulu, lepas tu kalau tak masak lagi, masukkan semula tambah minit..

Untuk sos kastard:
satukan bahan-bahan sos kastard ke dalam periuk.. petua untuk elakkan tepung kastard berketul-ketul semasa memasak, jangan panaskan lagi periuk, kacau dulu tepung bagi sebati.. dah larut/hancur baru letak atas dapur dan panaskan guna api sederhana.. masak sampai pekat.. kepekatan sos terpulang pada selera.. dah sejuk nanti lagi pekat sebenarnya..