Bahan-bahan ( saiz bekas 25cm x 15cm )
· Bahan A
· 1 paket serbuk agar-agar
· 200 gm gula pasir
· 1000 ml air
· 3-4 helai daun pandan
· Bahan B
· 1 paket serbuk agar-agar
· 200 gm gula pasir
· 1000 ml santan
·
· Pewarna kuning, merah, hijau,oren atau apa pun warna pilihan anda
· Bekas berukuran 25cm x 15cm
Cara-cara
1. Masak Bahan A sehingga mendidih. Masak pula Bahan B sehingga mendidih. (Jangan tutup api hanya perlahankan dan biarkan kedua-dua bahan terus mendidih supaya ia tidak keras).Tuang ke dalam loyang sebanyak 250ml agar-agar santan (Bahan B). Tunggu sebentar sehingga ia hampir keras, baru dituangkan lapisan kedua iaitu 250ml agar-agar plain (Bahan A). Biarkan sehingga hampir keras, lalu dituangkan lapisan seterusnya dengan menggunakan setitis dua pewarna pilihan anda.
2. Ulangi melapis sehingga agar-agarnya habis digunakan, mengikut contoh susunan di bawah.
3. LAPISAN 1 – 250 ML AGAR-AGAR KUNING SANTAN, LAPISAN 2 – 250 ML AGAR-AGAR KUNING PLAIN, LAPISAN 3 – 250 ML AGAR-AGAR HIJAU SANTAN, LAPISAN 4 – 250 ML AGAR-AGAR HIJAU PLAIN LAPISAN 5 – 250 ML AGAR-AGAR MERAH SANTAN, LAPISAN 6 – 250 ML AGAR-AGAR MERAH PLAIN, LAPISAN 7 – 250 ML AGAR-AGAR OREN SANTAN, LAPISAN 8 – 250 ML AGAR-AGAR OREN PLAIN
4. Setelah selesai melapisnya, tunggu hingga ia sejuk, barulah masukkan dalam peti sejuk. Lebih sedap dihidangkan dalam keadaan sejuk
cantik nya acuan agar2 tu.. Neny beli dimana? nak jugaaaaaaa... hehehe
ReplyDeleteacuan tu hangkut dr mesia tu masa mula2 dtg sini dulu :). Tapi sy ada nampak byk acuan2 cantik dr silicon mould kat sini. Kat frankfurt byk kedai2 jual barangan baking.
ReplyDelete