Tuesday, August 11, 2015

White Chocolate Macadamia & Cranberry Cookies


Waaaaa...lamanya saya tak update blog masak2 ni...

Seperti biasa, masalah saya nak update blog adalah MASA. Masak mmg masak cuma tak sempat nak amik gambar masakan, apakan lagi nak masuk blog. Saya mmg kagum la dengan blogger masakan tersohor mcm cik Mat Gebu dan kak Azlita Masam Manis yang kerap update blog dan boleh pulak tu letak gambar step-by-step. 

Dah nama pon bloggers otai kan....hehehe. Memang tak terbanding la dengan saya yang blogger cipisan, yg syok sendiri pos entry ntah apa2 yang dimasak.....hehehe. But it's really not my intention to gain popularity through blogging. It's just that saya suka masak dan it makes me happy bila rekodkan apa yang dimasak.

 Jun/July bulan puasa hari tu saya sempat jugak la buat kuih raya sejenis dua untuk makan di hari raya. Tapi tak buat banyak. Selain dari Famous Amos cookies dan Almond Oatmeal cookies, yang setiap tahun wajib saya buat, saya juga mencuba resepi baru iaitu White Chocolate Macadamia & Cranberry cookies.

Saya mula jatuh hati dengan cookies masa first time mencubanya di Subway. Subway kan ada set meal yang you can get free cookies. So saya pon try la white chocolate macadamia cookies nya. Bertahun2 saya berhajat nak buat sendiri cookies ini tapi kacang macadamia mmg susah sikit nak cari dan agak mahal harganya. Then saya terjumpa di Tesco, dah siap dah pek macadamia campur cranberry. Itu yang semangat nak buat cookies ini.

Banyak versi resepi yang dijumpai di Internet and I ended up cuba resepi INI dari taste.com.au. Resepi tu untuk cookies saiz jumbo mcm Subway jual tapi saya buat kecil2 saiz cookies biasa.

Resepi yang dah diterjemahkan dan diubahsuai:

Bahan2

250g mentega, dibiarkan pada suhu bilik 
1 1/2 cawan gula kastor
1 1/2 sudu teh vanilla essence
2 biji telur
3 1/2 cawan tepung naik sendiri
1/2 cawan coklat chip putih
1/2 cawan cranberry kering
1/2 cawan kacang macadamia yang dicincang kasar

Untuk cranberry kering dan kacang macadamia tu saya guna ready packed campuran macadamia-cranberry yg beratnya dalam 200g or so (tak ingat sangat but almost equivalent to 1/2 cwn of macadamia and 1/2 cawan cranberry)

Cara2:

1. Panaskan oven pada suhu 180C. Lapik dulang pembakar dengan kertas pembakar.

2. Putarkan mentega, gula dan vanilla essence sampai kembang. Masukkan telur satu persatu.

3. Ayak tepung naik sendiri dan masukkan ke dalam adunan mentega tadi. Kacau sebati. Kemudian masukkan coklat chip, macadamia dan cranberry. Gaul sebati lagi.

4. Bulatkan adunan sebesar gula (ikut suka saiz cookies yang nak dibuat). Kemudian lenyekkan sedikit dengan garfu di atas dulang pembakar. Ulangi proses yg sama sampai adunan habis. Pastikan ada jarak antara cookies sbb nanti cookies akan mengembang. 

5. Bakar selama 10 minit atau sehingga cookies keperangan. Masa membakar bergantung kepada saiz cookies. Kalau resepi asal utk saiz jumbo dia bakar dalam 18-20 minit. Lepas tu sejukkan kemudian simpan dalam bekas kedap udara.

Ni la pembantu2 saya utk buat cookies ni :)))