Sunday, December 29, 2013

Nando's Garlic Peri-peri Sauce Grilled Chicken Breast


Ini makanan org berdiet....walau nak diet, makanan kena mewah gitu. Kalau asik nak menelan oat, bosan woo...silap2 kang makan 2 pinggan nasi pulak...hehehe.

Anyway this is very simple to make. Sepatutnya nak buat mcm chicken wrap gitu tapi dgn amount yg byk with salad and what nots, saya cuma letak semuanya atas whole meal tortilla.

Chicken breast tu pulak just marinate dgn sos Nando's Garlic Peri-peri utk semalaman. Sos Nando's boleh dibeli di pasaraya Tesco atau kat restoran Nando's sendiri. Harga dalam RM10 gitu kot kalau x silap. Grill la chicken breast atas non-stick pan dgn sedikit minyak zaitun sampai masak.

For the salad, just a combination of romaine salad, timun jepun, tomato dan kacang walnuts. Campurkan semuanya then tuang sos Thousand-Island.

Siap semuanya in about 10 minutes time!

Healthy quick lunch dan duit pon jimat tau...

Thursday, December 26, 2013

Dalca Daging



Smlm waktu balik rumah for lunch, tetiba teringin nak makan dalca daging dan nak masak for dinner. Mmg dah lama nak masak dalca daging but being a working mother, rasa cam complicated aje nak masak dalca daging for dinner on weekday. But since semua bahan2 dah ada, balik lunch tu saya keluarkan daging dr freezer dan rendam kacang dal sesiap. Kacang dal mmg saya dah lama simpan, konon2 nak pelbagaikan sumber kekacang dalam makanan for healthy balanced diet.

So balik keje ptg, sampai rumah around 6pm, terus jalankan projek dalca daging. Bila daging dah defrozed, keje pon jadi senang, kacang dal pon dah kembang. Daging cuma dalam 1/2kg gitu dan kacang dal dalam 1 cwn. Tapi 1 cwn kacang dal sebenarnya agak byk. Saya baru tau cik HB x suka kacang dal. Spoil nak makan kari katanya....huhuhu. Bayangkan la dekat 10 thn kawen, ni first time saya masak dalca masukkan kacang dal dan baru tau suami x suka....huhuhu

Anyway, cara saya masak dalca daging:

1. Tumis bwg merah, bawang putih, sedikit kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan bunga cengkih dan daun kari sampai naik bau dan bwg sedikit garing.

2. Masukkan rempah kari daging (saya guna 2 pek kecil jenama Baba's...ni la rempah yg sy paling ummph!). Kacau sebati dan bila dah melekat2 tu masukkan sedikit air. Kita x nak rempah tu hangit, cuna kita nak goreng rempah tu sebentar. Lepas tu baru masukkan air byk sikit. Masak lama sikit.

3. Masukkan daging dan kacau sebati. Kemudian masukkan santan (saya guna santan 1 kotak kecil) dan kacau sebati lagi. Masukkan kacang dal. Biarkan masak guna api perlahan. Satu saya belajar pasal kari daging ni, kita kena masak lama tapi mesti guna api perlahan, baru la kari masak cantik dan daging lembut. Ada kot dalam 30 minit saya biarkan ia mereneh.

4. Lepas tu baru masukkan kentang (saya guna 3 biji di potong 4), dan karot (1 biji dipotong bulat2 tebal). Dan bila kentang dan karot dah empuk, saya masukkan sedikit kacang panjang dan terung panjang. Masukkan juga garam secukup rasa. Biarkan masak sebentar lepas tu kira dah siap la dalca daging kita :)


Makan ngan nasi panas2 dan papadom dah cukup la for our dinner smlm :)






Tuesday, December 10, 2013

Sira Labu


Hari tu tetiba teringin nak makan sira labu. Bila google, tgk proses penyediaannya x lah susah sgt. Jadi kita pon try buat ikut resepi ini 

Tapi instead of guna gula putih, saya guna gula melaka, itu la sebabnya colournya jadi gelap. Then rasanya saya x rendam lama sgt dalam air kapur, jadi labu mcm sedikit hancur. Then bila dah sejuk, gula melaka tu jadi melekat2 sikit. I just panaskan balik dan tambah sedikit air. Anyway rasanya sedap sgtttt!!!

It's the easiest dessert I've ever made! Letak je semua bahan dalam periuk, dan biarkan sampai labu masak.

Homemade Granola Bar - Date Almond Granola Bar




I am in the midst of trying to lose some weight again. So kena la berusaha makan secara sihat. Antaranya kena pilih snek yg sihat. Sebelum ni saya selalu beli granola bar brand Quaker Oat ataupun Kellog's. Tapi harganya kira mahal la jugak. Utk 6 bar, harganya lebih kurang RM10. Memang la rasanya sedap tapi mahalnya. Selain harga yg mahal, store-bought granola juga mengandungi gula yang tinggi. Jadi agak x berkesan la utk proses nak turunkan berat badan. 

So adalah lebih baik mencuba buat sendiri granola bar. Nak cari resepi senang aje, google aje la dan ianya menemukan saya dgn resepi ini

Tapi saya ubahsuai mengikut kesesuaian dan kemalasan....hehehe


Campurkan semua bahan2
Letak dalam baking tray, ratakan kemudian tekan sehingga mampat.

Dah siap dibakar. Potong ketika panas mengikuti saiz yg disukai. Jangan angkat dulu, biarkan sejuk dalam tray. Dah sejuk baru angkat dan simpan dalam bekas kedap udara.

Tuesday, September 17, 2013

Daging Blackpepper


This is one of cik HB's favourite. Kalau nak tgk dia makan bertambah2, masak menu ni, confirm makan byk. 

Cara masak: Daging batang pinang dipotong nipis2. Kemudian basuh bersih2 dan toskan. Potong halus bawang putih dalam 2-3 biji, dan satu inci halia. Tumiskan bawang putih/halia sampai naik bau. Masukkan daging dan biarkan sampai empuk (guna api perlahan). Biar sampai air daging hampir kering. Masukkan sos lada hitam dan tambah garam secukup rasa. Masukkan sebiji cili merah yg telah dipotong, bawang besar dihiris nipis dan sedikit cili capsicum. Kacau sebati. Biarkan seketika dan kemudian matikan api.

Dah siap!

Thursday, September 12, 2013

Paprik Campur


Bila ada stok udang besar dan sotong, kalau x buat tomyam, sure buat paprik. 

Versi paprik campur saya:

Tumbuk bawang putih, bawang merah dan halia. Ketuk 2-3 biji cili padi. Tumiskan. Masukkan cili kisar sesudu-dua ikut kadar kepedasan yg dikehendaki. Masukkan serai yg diketuk. Biarkan cili masak sampai garing. Masukkan sos hitam, sos cili dan tomato. Kemudian masukkan carrot yg dipotong panjang, kalau ada putik jagung pon boleh tapi saya x guna.

Bila carot dah lembut, masukkan sotong dan udang. Tuang kicap manis secukupnya. Masukkan kacang pea/kacang panjang dan 1-2 helai daun limau purut yg dicarik. Kacau sebati. Kalau x cukup masin, tambah garam tapi selalunya saya tak tambah sbb dgn segala sos yg dah diletak, dah cukup masin-manis dah. Biarkan masak seketika.

Dah siap!

Tuesday, September 10, 2013

Tortilla Wrap with Avocado & Eggs


Saya teringin sgt nak makan avocado. Walaupun harga utk sebiji mahal, dalam lingkungan RM4- RM5 tapi smlm kat Econsave jumpa avocado dijual sebiji RM3.59. Demi melayan tekak, beli jugak la walaupun rupanya tak berapa cantik. 

So hari ni ingat nak buat la tortilla wrap guna avocado ni. Google je la resepi kat internet, melambak resepi yg keluar. Tapi macam biasa, I ubahsuai ikut bahan2 yg ada.


Cara buat: Lenyekkan dua telur rebus dgn avocado sampai separa hancur. Campurkan garam dan serbuk lada hitam secukup rasa. Panaskan sekeping tortilla dalam pan tanpa minyak, kemudian letak daun salad dalam sekeping dua. Kemudian letak campuran avocado dan telur rebus secukupnya. Taburkan grated cheese dan tuang sos yg disukai (boleh letak mayonese, cili sos, sos thousand island) - mcm gambar diatas.

Kemudian gulung dan potong dua.

Boleh beli tortilla wrap ni dimana2 pasaraya terkemuka. Ada mcm2 pilihan tapi saya guan jenis whole-meal sbb ianya pilihan lebih baik.

Saya guna sos ini, ala2 sos tabasco.

Monday, September 9, 2013

Aglio Olio Spaghetti


Balik2 buat aglio olio ye....

Tapi yg ini la pasta paling senang nak buat. Boleh buat mcm2 versi. Versi kali ni guna frozen sotong yg dibeli kat Mydin dan juga tomato ceri. 


Pastu makan ngan battered fried fish (beli ikan dori frozen dr Mydin kemudian celup dalam tepung tempura dan goreng) dan jugak salad.

Wednesday, September 4, 2013

Apple Crumble


Hari tu ada 3 biji epal merah yg dah kecut2 dalam fridge. Nak makan gitu saja x sedap so mokcik pon cari2 la resepi yg boleh gunakan epal ni. Then terfikir la apple crumble yg penah di review resepinya sebelum ni tapi x penah try buat.

Google2, byk la resepi apple crumble yg pelbagai tapi yg mokcik berkenan resepi yg satu ni dr website allrecipes.com.au

Buat apple crumble guna resepi sangat simple tapi mokcik tak ikut exactly la. Cam jumlah epal tu, mokcik cuma guba 5 biji (3 biji epal merah yg dah kecut campur 2 biji epal hijau). Kelapa pon x pakai sbb takde kelapa parut dlm stok dan juga nutmeg.

Tapi rasanya tetap marvelous!

Memang sedap dimakan ngan aiskrim vanilla dan kebetulan ada stok blueberries dalam fridge, combine sekali...wahhhh rasa cam dalam rancangan AFC....hehehehe




Resepi cut and paste.


Ingredients
Serves : 8 
·         7 large green apples
·         1/4 cup caster sugar
·         1 teaspoon cinnamon (ground)
·         1 cup plain flour
·         3/4 cup (packed) dark brown sugar
·         3/4 cup rolled oats
·         3/4 cup coconut
·         1 tablespoon cinnamon (ground)
·         2 teaspoons nutmeg (ground)
·         2/3 cup butter (melted)
·         2 teaspoons vanilla essence
·          
Directions
Preparation:45min  ›  Cook:45min  ›  Ready in:1hour30min 
1.       APPLE MIX
2.       Peel and core apples, then cut into rough 1-2cm cubes. Place apples in large saucepan and cover with water. Simmer (but don't boil) covered with lid on med-high until apples are just tender but not too soft (usually 5mins once water is simmering). Drain apples well and place in large bowl
3.       Combine caster sugar and cinnamon (ensures even spread), then toss through the apples. If you like the apples to be less sweet and more tart you can omit the sugar in this step, though there may be excess juice as a result.
4.       CRUMBLE MIX
5.       Combine flour, brown sugar, rolled oats, coconut, cinnamon and nutmeg in a large bowl until evenly mixed through.
6.       Melt butter (do not burn or boil it) and add vanilla essence to butter, stir through.
7.       Add butter mix to dry ingredients and mix well using a fork. Ensure all ingredients are moist and mixture has a crumbly texture.
8.       BAKING
9.       Place apple mix evenly in medium casserole dish. Spread crumble mix over top of apple. Bake at 180 degrees C for 30-40minutes, or until crumble topping is slightly browned.
10.   Serve with vanilla icecream, cream, or custard and ENJOY!


Tuesday, September 3, 2013

Salad Buah Delima


As part of trying to eat healthily, I am introducing various kind of fruits and vege to my self and the family. Salah satu yg sebelum ini tak pernah dicuba -  buah delima. 

Buah delima ni buah yg banyak khasiat utk kesihatan. Tapi harga sebiji delima mencecah RM5 kalau beli dipasaraya. Selalunya saya beli sebiji je la tapi makan secara berperingkat. Sebab saya x suka makan begitu saja. Saya akan buat salad mcm kat atas tu. Dan utk buat salad, saya cuma guna suku saja dr 1 biji buah coz suku pon byk biji2 delimanya. Then campur dgn daun salad romaine, ceri tomato dan seleri. Lepas tu tuangkan sos Thousand Island secukupnya.

Sedap hokeh!



Monday, September 2, 2013

Masak Lemak Cili Api Ikan Senangin dgn Belimbing Buluh


Ini pertama kali saya cuba masak ikan senangin. Tak penah masak ikan senangin sebelum ini, jadi saja nak cuba nak tau cemana rasanya. Dan dah lama teringin nak buat masak lemak ikan bubuh belimbing buluh. Hari Sabtu lepas berkesempatan pegi Pasar Besar Melaka, jumpa pulak belimbing buluh, so beli la. Hajat dihati nak cuba tanam pokok belimbing buluh so that bila2 nak makan, boleh petik terus dr pokok ^_^.

Oh, stok kunyit hidup pon dah senang dapat skrg sbb saya dah tanam pokok kunyit. Tak la lebat lagi pokoknya tapi nak buat masak lemak ni dapat la amik ubi kunyit dalam 1 inci gitu. Daun pon gitu.

Cara masak: 

Tumbuk 4-5 biji cili padi kampung bersama kunyit hidup 1 inci (kalau nak pedas, tambah lagi, saya tak boleh buat pedas2 sbb anak2 nak makan). Kemudian masukkan santan (saya guna santan asli yg dibeli sebungkus RM2) kedalam periuk. Masukkan cili api dan kunyit yg dah ditumbuk lumat tadi. Ketuk sebatang serai dan masukkan kedalam periuk. Masak dgn api sederhana sambil sentiasa kacau kuah santan. Kalau x kacau, nanti pecah minyak. Bila dah mendidih, masukkan ikan senangin 2 ekor yg dipotong dua bersama dgn segenggam belimbing buluh yg dibelah dua memanjang. Tak perlu guna asam keping sbb belimbing buluh akan memberikan rasa masam kepada masak lemak tu. Carik2kan sehelai daun kunyit dan masukkan kedalam kuah. Masukkan garam secukup rasa dan masak seketika sampai ikan masak. Jgn lama sgt nanti ikan hancur.

Dah siap! Sedap makan dgn ikan masin yg bulat2 tu :)




Tuesday, August 27, 2013

Bread Casserole in Ramekin


I've made this quite sometime ago. It's similar to my previous bread casserole before, cuma diubahsuai mengikut bahan2 yg ada dan instead of using big casserole dish, saya guna ramekin sbb buat dalam small scale aje. Tujuan sebenarnya nak abiskan 6 keping roti whole-meal yg dah nak expired.

Resepi sama mcm dulu, which saya cut & paste dibawah ni:

Bahan2:

6 keping roti sandwich (sy guna jenis whole-meal)
2 cwn susu
4 biji telur
1/2 tin cendawan butang - dihiris nipis
1 btg daun bawang (spring onion) - dipotong halus
2 biji tomato - didadu kecil
1/2 pek kepingan sandwich meat - dipotong sederhana besar
sedikit daun thyme atau oregano kering
garam dan lada sulah secukupnya
parutan keju secukupnya.

1. Panaskan oven pada suhu 200C
2. Carikkan kepingan roti sandwich kecil2 dan letak dlm satu mangkuk besar.
3. Pukul telur bersama dgn susu, garam, lada sulah dan daun thyme. Tuangkan kedlm mangkuk berisi roti. Biarkan roti terendam dlm campuran susu utk 5 minit.
4. Kemudian masukkan cendawan butang, salami,spring onion & tomato ke dlm mangkuk roti. Kacau sebati dgn campuran roti, telur & susu
5. Tuangkan kedalam bekas casserole yg disapu dgn sedikit minyak. Kemudian tuangkan campuran tadi kedlm bekas casserole.
6. Taburkan keju parut di bahagian atas casserole dan masukkan kedlm oven.
7. Bakar selama 20 minit atau sehingga golden brown (sy terbakar lama, so bahagian atas hangit)

Friday, August 16, 2013

Sup Ikan Merah


Sup ikan merah is one of the favourite dishes in the house.

Tapi ikan merah kan makin mahal skrg ni...sesekali boleh la beli. Kalau selalu, lari budget belanja dapur...huhuhu.

Cara masak: ikut arahan pek pembungkus Sup Bunjut Ikan Adabi.

Masak Lemak Cili Api Ikan Tenggiri dgn Peria Katak


Masakan ni dah dimasak quite sometime ago. Dalam bulan puasa. Nak masukkan dalam blog tak masuk2.  Saya tertarik ngan cara masakan Kak Zu dr blog mamatiamia sbb dia suka buat masak lemak cili api ikan (apa2 jenis pon) campur dgn belimbing buluh la, petai la, peria la....

So saya pon try la buat. Selalunya makan peria katak, rebus gitu aje pastu cicah ngan sambal belacan. Buat gini kira ada option lain utk makan peria katak. For info, peria katak banyak khasiatnya especially utk kencing manis. Tapi bila dah buat masak lemak, mcm x sihat la pulak jadinya....hehehe. 

Cara saya masak lemak cili api sgt la simple dan dibuat utk small scale (dalam 3 keping ikan tenggiri saiz sederhana) : Just tumbuk cili api 5-6 biji (tak boleh buat pedas2 sbb anak2 nak makan juga) dgn kunyit hidup dalam 1-2 inci sampai lumat. Masukkan santan dalam periuk (saya selalu guna santan kotak dalam 1 kotak kecil), campurkan bahan tumbuk tadi. Ketuk sebatang serai dan masukkan sekali, guna sekeping asam keping. Guna api sederhana dan kacau santan jangan bagi pecah minyak. Dah mendidih, masukkan kepingan ikan tenggiri, kemudian peria katan yg dah dipotong2. Jangan lupa mengacau kuahnya supaya x pecah minyak. Masukkan garam secukup rasa. Bila ikan dah nampak masak, masukkan sehelai daun kunyit yg dah disimpul. Masak seketika. Kemudian matikan api dan sedia utk dihidang.



Monday, July 29, 2013

Cheesy Mince Meat Puff Muffin


Ni dah lama dah buat. Tapi dok x sempat nak masukkan dalam blog. A recipe inspired from Pillsbury.Com. Resepi asal is called Breakfast Quiche To Go. Tapi resepi tu guna frozen spinach...kat Mesia mana nak cari frozen spinach? Kalau Cold Storage mungkin ada kot tapi kat Melaka ni I don't know where to find.

So kita pon ubahsuaikan bahan2nya. Yang penting konsep, iaitu guna frozen puff. Saya guna brand Kawan, yg tu aje pon yg jumpa. Untuk filling, saya tumis bawang Holland (yg dicincang halus) guna minyak zaitun, then masukkan daging kisar. Perisakan dengan serbuk lada hitam, sedikit serbuk oregano dan garam. Masukkan cendawan butang (dalam tin) yang dicincang kecil2. Bila dah cukup rasanya, matikan api.

Sebelum tu jangan lupa panaskan oven pada suhu 180C. Kemudiankan sediakan muffin pan yg disapu dengan minyak atau butter supaya tak melekat. Saya guna puff saiz kecil so saya masukkan sekeping kedalam setiap muffin pan. Then isikan filling yg dah dimasak tadi. Dan kemudian taburkan grated cheese (saya guna cheese utk buat pizza). Bakar selama 15-20 minit, berdasarkan kegaringan pada puff.

Sedap dimakan dengan sos cili.

Tuesday, July 16, 2013

Home Made Mango Lassi






Mango Lassi adalah minuman yg diperbuat daripada yogurt dan mangga. Popular di negara2 seperti India dan Pakistan dengarnya. Saya mula belajar minum mango lassi masa tinggal kat Jerman dulu. Ada satu restoran Pakistan yg kami suka makan nasi berianinya dan kat sini la kami kenal mango lassi. 

Kat Malaysia ni pon ada rasanya mango lassi dijual tapi jangan tanya saya kat mana. Sungguh saya tak tahu. Saya cuma terfikir nak buat sendiri aje sbb it's a matter of blending the mango slices and yogurt together with a little bit of water. 


Saya guna 2 biji mangga tempatan dari Sabak Bernam dan juga Nestle low fat yogurt, lebih kurang 1 cawan. Kemudian tambah air dan blend sampai halus. Org kata kalau dpt mangga India lagi sedap tapi rega mangga India boleh juling mata. Tak silap sebiji RM10 kot.

Lepas tu minum terus, kalau nak sejuk boleh la blend sekali ngan ais, buat ala2 smoothies.

Famous Amos Choc Chip Cookies


Suka makan Famous Amos cookies? Sy jaranggggggggggg amat membeli Famous Amos cookies disebabkan pada sy harganya teramat la mahal. Ada la kot sekali dua beli masa zaman dolu2 sbb nak sgt merasa tambahan pulak kalau lalu kat stall dia, bau cookies dibakar semerbak harum. Mmg la sgt sedap tapi nak dijadikan kebiasaan, boleh bankrupt I....hahaha.

Years ago, I remember my ex-officemate circulating this e-mail about Famous Amos charged a person RM250 for a cookies recipe. This person ingat bila cashier ckp 250, it was RM2.50 tapi setelah dpt bil credit card baru tau sebenarnya RM250. Saya agak pelik la jugak kenapa masa dia bayar tu dia x tgk resit? Agaknya jenis org yg main swipe je credit card, pastu x tgk resit dah. Luckily it is my habit always tgk balik my resit selepas selesai membayar. Ye la, mana la tau kalau terlebih charge ke, terkurang ke kan.....

For years I kept the recipe tapi tak penah try buat. Skrg bila I google this recipe, ramai yg dah try this recipe reviewed this recipe is very good. Memandangkan kita pon buat kuih raya, so kita pon cuba la. 

Resepi saya cut & paste dr Oh-My Cookie! Tapi saya cuma buat separuh aje dr resepi asal. Oh, by the way, saya guna Hersey's choc chip sbb masa shopping groceries kat Mydin saya ternampak Hersey's choc chip dan teringat kat mana tah ckp guna high quality choc chip mmg akan buat cookies jadi sgt sedap. Mahal la sikit tapi rasanya mmg puas hati. Utk chopped nuts, saya guna badam. I guess walnut lebih sedap tapi masa kat Mydin, walnut takde.

Ingredients
2 cups butter 
4 cups flour 
2 tsp. baking soda 
2 cups granulated sugar 
2 cups brown sugar 
5 cups blended oatmeal (measure oatmeal & blend in blender to a fine powder) 
24 oz. chocolate chips 
1 tsp. salt 
18 oz. Chocolate bar (grated) 
4 eggs 
2 tsp. baking powder 
3 cups chopped nuts (your choice) 
2 tsp. vanilla 

Cream the butter and both sugars. Add eggs and vanilla; mix together with flour, oatmeal, salt, baking powder, and soda. Add chocolate chips, Cadbury bar and nuts. Roll into balls and place two inches apart on a cookie sheet.. bake for 10 minutes at 375 degrees (180C)

Monday, July 15, 2013

Almond Oatmeal Cookies



Last Saturday,  just to distract the twins from focusing on their hunger because of fasting, I made a baking project with them.

Disebabkan ianya adalah adhoc baking plan, saya kena guna bahan2 yg dah sedia ada dalam stok. Yg paling patut digunakan adalah oatmeal segera yg saya beli konon2 utk buat breakfast tapi boleh kira bape kali je breakfast makan oatmeal...hehehe. 

So godek2 resepi Internet, saya jumpa resepi Almond Oatmeal Cookies dr website Cooks.com. 

It's a very easy recipe. Sebab mmg ada almond dalam simpanan, jadi boleh la buat ground toasted almond seperti dalam resepi tapi x perasan ia memerlukan 1/2 cup almond slices. But then I wasn't panic, I replaced it with sunflower seeds!

Ok, sedap saja rasanya :). But one batch of the recipe, hasilnya tak banyak. Cuma dpt setgh balang besar shj. Kalau nak buat stok kuih raya, kena buat 2-3 batches baru sesuai!

Wednesday, July 3, 2013

Creamy Chicken Fettucine



Another menu using the roasted chicken leftovers - Creamy Chicken Fettuccine! Sangat mudah dan disukai anak2. Ini adalah resepi pasta kegemaran saya masa duduk kat Jerman dulu. Tapi kat Malaysia ni slow sikit la membuatnya sbb whipping cream sgt la mahal di sini. Kat Jerman dulu sekotak hanya 30 sen (in Euro la). Kat sini aritu sy beli kat Mydin sekotak kecil dalam RM7 ++. Adoiii....

Anyway resepi mudah sy utk pasta ini:

Bahan2:

1 biji bawang besar jenis Holland - potong dadu kecil
3-4 biji cendawan shitake - sy beli jenis frozen, kemudian rendam dalam air dan potong kecil2
4-5 biji cherry tomato - belah dua
4-5 biji sweet pea - potong dua
250g pasta jenis Fettuccine - boleh guna any pasta you like - rebus sampai ala-dente
1/2 kotak whipping cream
stok ayam - sy guna stok ayam lebihan roasted chicken juga
shredded cooked chicken - I used leftovers from my roasted chicken
garam dan serbuk lada hitam.

Cara:

1. Masak pasta sehingga ala-dente. Tapiskan.
2. Panaskan sedikit olive oil.  Tumis bwg besar sampai kekuningan.
3. Masukkan cendawan shitake dan sweet pea.
4. Masukkan chicken stok. Biarkan mendidih.
5. Masukkan fettucine. Kemudian cherry tomato and shredded chicken. Kacau rata.
6. Masukkan whipping cream, kacau sebati. 
7. Tambah garam dan serbuk lada hitam. Sesuaikan dgn rasa. Siap.

Budak kecik ni suka rupanya menu ni
Sedapnya kan Insyirah?

Monday, July 1, 2013

Saturday Morning Breakfast

Hasil drp roasted chicken tu, ada lebih kurang half-bird leftover. Budak2 tak makan byk, 1 quarter share berdua. Bapak budak pon mkn sikit aje sbb masa saya bawa balik roti jala, nasi impit, kari ayam ,kuah kacang dan rendang itik - lebihan makanan masa meeting hari tu. So dah makan benda2 tu, roasted chicken x bape laku. 

So what I did, de-boned the chicken meats dan tulang2/kulitnya saya rebus utk buat chicken stock. Isi ayam tu saya buat mcm2 for Saturday morning breakfast -chicken sandwich guna baguette dan bruschetta. 

Ada home-made mango yogurt drink, mushroom soup (Campbell can), 
chicken sandwich, buah2an dan bruschetta. Nanti I come out 
with individually entry for each item (except for mushroom soup la...hehehe)

I simmered the bones and fats for 2-3 hours dan dapat la chicken stock 
yg siap ada rempah ratus :). Boleh buat mcm2 dgn chicken stock ni.

Sunday, June 30, 2013

Garlic & Rosemary Roasted Chicken & Herb Potatoes



Masa buat mee goreng minggu lepas, saya marinated 1 whole chicken utk buat roasted chicken. Then panggang the next day for dinner. I really love doing roasted chicken sbb it saves a lot of time for cooking. Along with the chicken, sy roast sekali dgn herbs potatoes. 

Sgt senang kerja!


Utk ayam tu, saya marinate dgn rosemary, bawang putih, black pepper, garam, olive oil dan jus limau nipis. Sepatutnya lemon tp lemon xde dalam stok. Then simpan dlm fridge sehari semalam. 

Tapi kentang tu takde la perap sekali. Masa nak bakar ayam baru prepare kentang. Saya guna kentang jenis Russet yg isinya lebih berkanji. Basuh bersih2, tak payah buang kulit. Lepas tu potong wedges. Then taburkan serbuk oregano, rosemary, paprika, sedikit olive oil dan garam. Kalau ada herbs lain mcm parsley ke, thyme ke, tarragon pon boleh guna. Bakar sekali dengan ayam selama 60 minit. 


Ayam dah siap dibakar.

Baked herbs potatoes

Selain tu, as usual saya akan buat gravy from the dripping juice of the roasted chicken. Sy buat mcm seperti biasa mcm sebelum INI.

Dan juga mesti ada salad! Baru la feeling2 Kenny Rogers' Roasted Chicken :)

Thursday, June 27, 2013

Mee Goreng Basah


Semalam malas, tapi malas2 pon masak la jugak...ari2 yg lain pon x bape rajin, tp kira rajin la jugak bila masak nasi dan at least 2 jenis lauk. Taraf malas kiranya bila masak nasi goreng ke, mee goreng ke maggi goreng ke...

So smlm masak mee goreng basah sambil2 marinate ayam sekor utk dinner mlm esok. Kadang2 sy mmg suka plan menu dinner ahead supaya sy ada extra time utk buat benda lain. Kalau buat roasted chicken, keje sy the next day mmg sgt senang. Nanti masukkan je ayam dah perap tu dlm oven, bakar la selama 1 jam atau lebih.

My version of mee goreng basah sangat simple. Yg penting bahan2 dia mewah, guna udang ke sotong ke sure jadi sedap. Tumbuk bawang putih dan bawang merah 3-4 biji setiapnya. Tumis sampai wangi. Masuk 1-2 sudu cili kisar (x boleh pedas sgt sbb anak2 nak makan). Biar sampai cili garing, masukkan sotong dan fish ball, goreng kejap. Masukkan mee kuning yg dah dibasuh dan tos, sekali dgn sawi dan taugeh. Gaulkan. Then tuang kicap manis cap Jalen secukupnya dan fish sauce sikit. Dah cukup utk perasa. Tak payah nak tambah pak aji (by the way sy mmg x guna pak aji pon) dan garam. Masukkan air sedikit nak bagi mee tu basah2. Hidangkan dgn potongan limau nipis. 

Anak2 dan bapanya makan dgn laju dan sampai licin walaupun mee goreng nampak simple aje. Happy hati maknya tau....hehehehe

Thursday, June 20, 2013

Foods Throughout the Week

Just want to share some foods I cooked throughout the week. Nothing fancy, just something simple I could make as a working mother. Time is very precious and I am trying to do multi task. 

Sup sayur campur dan asam pedas ikan tenggiri campur terung panjang. 

Certain days I am over rajin! Buat baked macaroni for the kids and masak nasi dan lauk2 jugak utk man of the house because he doesn't like pasta. Ada masak lemak udang dgn kacang pajang, telur dadar dan ikan pekasam. Bila ada ikan pekasam, selera makan menjadi2. Tapi yg tak bestnya bau rumah busuk sikit la lepas goreng ikan pekasam......

Ada satu pagi terlebih rajin served breakfast ala2 Western - ada honey-orange muffin (tapi x sedap sbb resepi asal x tambah gula, sgt la tawar bila hanya harapkan pada natural sweet from honey and orange). Then grilled blackpepper sausages, scrambled eggs and salads. Along with few type of spreads - butter, nutella, strawberry jam, peanut butter and cream cheese. 


Tuesday, June 11, 2013

Quinoa Salad

Due to the calling of eating well and eating healthy stuffs, I tried this quinoa which I bought from Jusco. Quinoa is known as a healthy whole-meal grains that provides a lot of benefits to the health. 

In terms of taste - oh! not really tasty (healthy food isn't always tasty, huh?) but when you mix it with other stuffs, it is edible, trust me :). 

Most importantly, get the good benefits!

This is how un-cooked quinoa looks like

Cooked quinoa...cooking method similar as cooking rice.

I made quinoa beans salad using my own recipe. Beans (mixed beans - you can buy a mixed beans packet from hypermarket store - Tesco, Mydin etc), is soaked overnight then boiled until soft. Then toss. Mix it with quinoa and iceberg salad, chopped onion and cherry tomato. Pour about 1/4 cup lime/lemon juice. Sprinkle some salt and black pepper. Mix well.

Another version of quinoa salad: Mix it with steamed carrot and broccoli. 
Pour lime/lemon juice and  sprinkle some salt.