Thursday, February 24, 2011

Bread Casserole


Di suatu pagi, saat kebuntuan tak tahu apa nak buat utk sarapan dan tgk roti sandwich ada lagi separuh buku dgn tarikh lupus hampir nak tiba, terfikir nak buat bread casserole seperti resepi INI.

Tapi since bahan2 tak cukup nak ikut resepi asal, belasah la apa sahaja yg ada dlm fridge. Antaranya separuh pek cendawan butang, separuh pek salami, spring onion, tomato, susu, telur dan shredded cheese.




Bahan2:

6 keping roti sandwich (sy guna jenis whole-meal)
2 cwn susu
4 biji telur
100g cendawan butang - dihiris nipis
1 btg daun bawang (spring onion) - dipotong halus
2 biji tomato - didadu kecil
1/2 pek kepingan salami - dipotong sederhana besar
sedikit daun thyme atau oregano kering
garam dan lada sulah secukupnya
parutan keju secukupnya.

1. Panaskan oven pada suhu 200C
2. Carikkan kepingan roti sandwich kecil2 dan letak dlm satu mangkuk besar.
3. Pukul telur bersama dgn susu, garam, lada sulah dan daun thyme. Tuangkan kedlm mangkuk berisi roti. Biarkan roti terendam dlm campuran susu utk 5 minit.
4. Kemudian masukkan cendawan butang, salami,spring onion & tomato ke dlm mangkuk roti. Kacau sebati dgn campuran roti, telur & susu
5. Tuangkan kedalam bekas casserole yg disapu dgn sedikit minyak. Kemudian tuangkan campuran tadi kedlm bekas casserole.
6. Taburkan keju parut di bahagian atas casserole dan masukkan kedlm oven.
7. Bakar selama 20 minit atau sehingga golden brown (sy terbakar lama, so bahagian atas hangit)

No comments: