Thursday, July 29, 2010

Sausage Bun



Sebenarnya dah selalu sgt sy buat sausage bun ni. Nabihah suka sgt mkn sausage bun ni. Tapi sebelum ni x sempat nak snap gambar, tau2 sausage bun dah habis!

Kali ni pon buat sbb permintaan Nabihah dan dah ingat dr awal kali ni mesti snap gambar dan buat entry sausage bun di blog masak.

Sy guna resepi dr My Kitchen Snippets dan sgt suka resepi ini sbb rotinya sgt2 lembut. Adunan ini bukan sahaja sesuai utk sausage bun tapi utk aneka roti jenis savory.

Anyway sy x ikut method pembuatannya. Sy cuma rujuk bahan2 shj lepas tu sy masukkan semua dlm breadmaker dan select Teig Kneten (uli doh). Selection ini ambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit utk proses menguli dan proses bread rise. Lepas complete, sy keluarkan doh dr breadmaker dan bahagikan doh kpd bulatan bersaiz kecil, kemudian uli memanjang (panjang mencukupi utk lilit sausage) dan lilit sausage


Utk resepi sila rujuk di SINI.

Ayam Bercili Masak Ketumbar

Tak sempat sy nak update blog masak ni dlm sehari dua ni...byk sgt hal berlaku disekeliling. Dua hari lepas kami dikejutkan dgn berita dr Malaysia tentang pemergian abg cik HB ke rahmatulallah akibat serangan jantung. Sedih rasany sbb x dpt nak menziarah jenazah....jarak yg jauh menjadi penghalang. Ini lah antara hakikat yg berat setiap perantau harus hadapi. Al-fatihah buat allahyarham Abg Ming...

Sebelum panggilan sedih tu, sy sempat masak masakan ayam ni dan dah selamat amik gambar semua. Lepas tu rasa x keruan dah. Cik HB lagi la...mmg terpancar la kesedihan dimukanya.

Resepi masakan ni antara koleksi dlm Lepak Bersama Mawar (boleh download fail PDF nya utk mendapatkan koleksi resepi ni di internet, just taip Lepak Bersama Mawar...sy dah simpan koleksi ni since 2007).

Bahan2:

1/2 kg ayam
serbuk kunyit dan garam utk digaulkan dgn ayam
6 biji bwg merah*
3 ulas bwg putih*
sedikit halia*
4 sudu besar ketumbar@
1 sudu besar jintan manis@
4 sudu besar cili kisar
2 asam keping

Note:
- Kisar bahan2 bertanda * bersama2 (kisar dgn sedikit air)
- Kisar bahan2 bertanda @ bersama2 (guna blender kering)

Cara2:

1. Gaulkan ayam dgn serbuk kunyit & garam. Goreng ayam sampai garing.
2. Tumis bahan2 bertanda * yg telah dikisar sampai naik bau.
3. Masukkan cili kisar dan masak sampai pecah minyak.
4. Masukkan bhn2 bertanda @ dan tuangkan sedikit air jika terlalu pekat (guna api sederhana)
5. Masukkan asam keping, gula dan garam. Kemudian masukkan ayam goreng. Kacau sebati.

Siap dihidang.


Tuesday, July 27, 2010

Jelajah Blog Ramadhan Ben Ashaari

Oh..Ben Ashaari muncul lagi ngan segmen baru! Jelajah Blog Ramadhan pulak!



Sy lak mcm syok pulak join benda2 ni. Yg first ari tu terkial2 nak buat, x paham pon ye. Bila tgk contoh2...baruku mengerti...hehehe. Bukan apa, best join benda camni sbb boleh dpt ramai kawan...nak2 pasal masak memasak.

Sempena bulan Ramadhan yg nak hampir tiba ni, sy nak ucapkan selamat menyambut Ramadhan dan mohon ampun dan maaf kepada keluarga, kwn2 dan kenalan kalau ada salah dan silap x kira dr segi perbuatan ke, tutur kata ke atau penulisan ke...semoga kita semua mendapat keberkatan di bulan Ramadhan yg mulia ni.

Kepada yg sudi2 dtg blog sy ni, jemput la rasa carrot cupcake nih...


Dan sebagai cenderamata, sila la tgk2 fridge magnet dr IU Souvenir. Sy mmg suka fridge magnet. Kalau ada rezeki, sy pon nak kumpul fridge magnet dr serata dunia.



Nuccia's Penne Recipe


Hari kan Nisfu Syaaban so insyaallah hari ni sy cuba lagi melaksanakan puasa sunat. Dah posa2 camni nak masak utk lunch mmg amat malas. Mujur cik HB ari ni takde kat rumah, jadinya sy cuma perlu masak utk sikembar tu aje. Dan kalau masak utk diorg, sy suka masak jenis2 pasta.

Resepi ni sy jumpa website Pasta Recipe Made Easy . Kat situ ada mcm2 resepi utk pasta. Resepi yg sy amik ni nama asalnya Nuccia's Vegetable Penne Recipe. Tapi sbb nak bg nampak menarik utk anak2 makan, sy tambah sausage.

Resepi asal di sini.

Tapi ari ni sy terlebih rajin, maka sy translate kan resepi ke dlm bahasa melayu:
Bahan2:

200g pasta jenis penne (boleh guna jenis fusilli atau rigatoni juga)
250g tomato - sy guna 5 biji tomato ceri
200g zucchini
1/2 biji bwg besar
10 g daun basil (lebih kurang 10 helai saiz biasa)
1/2 sudu teh serbuk cili - sy guna serbuk paprika utk kurangkan pedas
minyak zaitun - jenis extra virgin
garam

* sy tambah 2 sausage daging yg dipotong nipis2



My pot of fresh basil..feeling ala2 italian gitu...ahaks...

Cara2:

1. Rebus penne dgn sedikit minyak dan garam sampai al-dente (lembut tapi x kembang). Toskan.

2. Sediakan sayur2an: kalau guna tomato biasa, buangkan kulitnya dulu (cara nak buang kulit - rendam tomato dlm air yg dididihkan selama 2 minit, lepas tu buangkan air dan koyakkan kulit tomato berhati2). Kemudian potong tomato dlm saiz 1 cm. Kalau guna tomato ceri, x perlu buang kulit. Cuma belah 4 tomato ceri.
Utk zucchini: Buang hujung zucchini, kemudian potong nipis2.
Basuh daun basil - sy potong halus2
Potong bwg besar kecil2 dan nipis.

3. Panaskan sedikit minyak zaitun dlm pan. Masukkan bwg besar dan goreng sampai kekuningan.

4. Masukkan zucchini dan 1/2 sudu teh garam. Biarkan sampai zucchini lembut. (sy masukkan sausage sekali)

5. Masukkan tomato dan masak sampai lembut.

6. Masukkan daun basil dan serbuk cili.

7. Masukkan pasta dan kacau rata. Tambah garam jika perlu.

Siap dihidang!

Tomyam Ayam


Semalam, alhamdulilah, sy berjaya menunaikan satu lagi hari puasa sunat. Tapi smlm apa ke hal tah, ptg tertido...kul 7pm baru terbgn, kalut la solat Asar pastu fikir nak masak apa (buka posa kul 9.18pm). Yg ada cuma ayam yg dok keras kejung baru keluarkan dr freezer. So benda paling senang nak buat dan cepat dimasak mesti la tomyam!

Sy cuma guna paste tomyam ready-made yg dibeli kat Kedai Asia pastu x tumis apa2 - rebus je segala bahan2.
Ni tomyam paste yg sy guna...

Resepi utk tomyam ayam sy ni:

Bahan2:

Ayam dipotong kecil dan dibasuh bersih - sy guna 2 ketul schenkel (part peha+pinggul)
2 btg serai - dititik
3-4 helai daun limau purut - dipotong besar
2 sudu besar tomyam paste
1 biji karot - dipotong pendek
2 btg seleri - dipotong kecil2
5 biji tomato ceri
1 biji capsicum kuning - dipotong kecil

Cara2:

1. Masukkan ayam, karot, serai dan tomyam paste ke dalam periuk dan isi air (ikut air nak byk mana...sy suka tomyam yg pekat). Letakkan atas dapur dgn api sederhana.

2. Bila ayam dan karot sudah empuk, masukkan bahan2 lain dan masak seketika. Tambah garam secukup rasa.

Siap!

Monday, July 26, 2010

Banana Chocolate Bread

Aaaa...huduh sgt kan gambar banana chocolate bread kat atas tu kan? Nak wat cemana, dah byk kali snap pon masih x improve keindahan gambarnya...dan of course la sy bukan someone yg rajin nak pi edit2 gambar bg cantik.

Resepi banana chocolate ni sy amik dr Joy of Baking. Rasa boleh la...x ummph sgt kata cik HB. Teksturnya sgt brittle, tu yg bila potong walau menggunakan pisau roti, habis berkecai2...so rupa mmg out la! Anyway since dah kata, x kira hodoh ka, x sedap ka, bila sy try satu2 resepi tu, sy tetap masukkan kat blog ni buat rujukan di masa depan.

Ini dia cut & paste resepi dr Joy of Baking:

Ingredients:

1/2 cup (55 grams) toasted walnuts or pecans, coarsely chopped ( I used almond)

13/4 cups (230 grams) all-purposeflour

1/4 cup (30 grams) Dutch-processed cocoa powder

1cup (200 grams) granulated white sugar

1 teaspoons baking powder

1/4 teaspoonbaking soda

1/4 teaspoon salt

1/2 cup (85 grams) white or dark chocolate chips

2 large eggs, lightly beaten

1/2 cup (113 grams) unsaltedbutter, melted and cooled

3 ripe bananas (approximately 1 pound or 454 grams), mashed well (about 1-1/2 cups)

1 teaspoon pure vanilla extract

Methods

Preheat oven to 350 degrees F (180 degrees C) and place oven rack to middle position. Butter and flour (or spray with a non stick vegetable/flour spray) the bottom and sides of a 9 x 5 x 3 inch (23 x 13 x 8 cm) loaf pan.

Place the nuts on a baking sheet and bake for about 8 - 10 minutes or until lightly toasted. Let cool and then chop coarsely.

In a large bowl whisk together the flour, cocoa powder, sugar, baking powder, baking soda, and salt.

In a medium-sized bowl combine the mashed bananas, eggs, melted butter, and vanilla. With a rubber spatula or wooden spoon, lightly fold the wet ingredients (banana mixture) into the dry ingredients until just combined and batter is thick and chunky. Fold in the nuts and chocolate chips. Scrape batter into prepared pan and sprinkle the top of the bread with coarse brown sugar (optional). Bake until bread has risen and a toothpick inserted in the center comes out clean, about 55 to 65 minutes. Place on a wire rack to cool and then remove the bread from the pan. Serve warm or at room temperature.

Makes 1 - 9 x 5 x 3 inch loaf.

Sunday, July 25, 2010

Kerabu Pegaga


Semalam sy ke kedai Asia dan nampak pegaga ni. Teringat satu auntie ni yg masa sy jumpa dia first time (melayu tapi dah lama dok kat Germany), I couldn´t take my eyes off her. Umur dia dah 50-an tapi kulit cantik dan tegang dan somehow sy tau bukan kerana botox (in case kalau org nak kata dia pakai botox la). Sembang punya sembang, baru sy tau dia ni rajin makan ulam especially pegaga.

So la ni sy nak latih diri agar rajin makan ulam (konon2 boleh buat sy ageing gracefully...,muahaha). Dan kebetulan pegaga pon ada ni, so bertambah la semangat (esok2 dah balik mesia, x mkn ulam yg melambak tu x tau la). Harga sepeket 1€ dan byk jugak la. Utk buat kerabu ni, sy guna separuh aje. Lagi separuh ingat nak cicah ngan budu...wooot..woot!

So geledah2 resepi kat internet, sy berkenan ngan resepi kat blog Mari Masak ni. Sebabnya sy ada bahan2 yg diperlukan. Cuma sy ada buat pengubahsuaian sikit la:

Bahan2:

- satu ikat pegaga - dipotong halus
- 1 biji bwg besar - dipotong halus
- 4 biji cili api - dipotong halus
- segenggam udang kering - rendam dan basuh
- sedikit belacan
- sedikit air asam jawa
- kelapa parut digoreng dan di kisar halus - sy guna kelapa kering yg halus, so x payah kisar
- gula & garam secukup rasa

Cara2:

1. Udang kering dan belacan di kisar halus.
2. Campurkan bersama2 pegaga, bwg besar, udang kering, belacan, cili api. air asam jawa & kelapa parut. Perisakan dgn gula & garam secukup rasa.
3. Siap dihidang.

Kepak Ayam Bakar Mayonis



Sy jumpa resepi ni masa jln2 kat blog Hana. Byk tul resepi menarik kat blog Hana...lagi lama browse resepi kat situ lagi meruap2 perasaan nak memasak mcm2 macam Hana!

Sedap resepi ayam bakar mayonis ni. Rasanya lemak2 manis gitu. Kebetulan sy masak ni ada kwn berkunjung ke rumah. Dia kata sedap sgt kepak ayam ni. Tak tau la kalau dia ckp sbb nak amik hati tuan rumah, tapi mmg berketul jugak kepak ayam dia makan!



Resepi cut & paste dr blog Hana:

Bahan-bahan
  • 8-10 ketul kepak ayam
  • 4cm halia - parut
  • 4 ulas bawang putih - parut
  • 1 sudu besar madu - leh add
  • 1 sudu besar gula perang - hana x ltk tp lebihkan madu
  • 1 sudu kecil blackpepper
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 ½ sudu besar mayonis
  • Butter@minyak zaitun@minyak masak
  • garam
Cara-cara
  • Basuh bersih kepak ayam. Ketepikan.
  • Gaul kepak ayam dengan semua bahan kecuali minyak zaitun@butter. Perap 4jam atau lebih. Seeloknyer semalaman.
  • Panaskan oven suhu 180. Alaskan loyang dengan aluminium foil.
  • Susun kepak ayam dan renjis2kan dengan minyak zaitun atau letak sedikit butter di atas ayam.
  • Bakar selama 45min-1jam atau hingga keperangan.

Puding Pelangi


Sy dah lama geram nak buat puding pelangi ni. Tgk kat blog org yg buat puding ni lawa2 belaka. Besides, aritu sy dpt stok agar2 kering dr kwn sy, kak liza. So geram nak guna agar2 jugak. Lagi satu geram - sy ada acuan puding plastik pelbagai puding yg sy angkut dr malaysia tapi selama sy dok buat agar2/puding guna acuan tu, x penah la berjaya dicetak ngan cantik. Kadang2 pecah la, keluar cacat la...sampai sy nyampah la! so setelah sekian lama, ni sy determined nak guna balik acuan ni.

Dan, yes! Berjaya! sy cuma satu set je acuan plastik ni (ada 8 cetak satu bekas), selebihnya sy masuk dlm loyang sbb takut kalau sy letak semua dlm acuan plastik ni, nanti x jadi, frust pulak. Tapi lapan2 bentuk berjaya dikeluarkan dgn cantik. Cuma teknik mencampurkan puding aje x cantik. Tak nampak pelanginya melainkan kalau dipotong.


Puding menggunakan acuan plastik

Yg kat dlm loyang tu, sy cuba gak ikut teknik yg dicadangkan dlm resepi utk mendapat hasil pelangi. Tapi sy ni x penyabar orgnya dan x teliti, jadi rupa pelangi sy buat agak huru hara...lenkali la sy try lagi improve tenik menuang puding....kekeke


Pelangi yg x jadi

Anyway puding ni rasa sedap. Anak2 pon suka. Sy amik resepi dr blog Dari Dapurku. Terima kasih ye Mamarina. Tapi sy cuma buat separuh dr amaun resepi sbb sy takut buat byk kang x abis pulak.

Bahan2nya

2 bungkus serbuk agar2 (sebungkus 13 g)
1350ml air paip
450gm gula pasir
130gm mentega
8 biji telur bersaiz sederhana (guna 4 pun ok gak)
1 tin susu cair Carnation
2 sudu makan tepong custard
2 sudu makan serbuk koko
1 sudu teh vanilla
pewarna merah dan kuning secukupnya..

Caranya

Masak agar2, air dan gula hingga mendidih dan ketepikan dulu.

Pukul telur sebentar menggunakan whisker....kemudian masukkan susu dan tepong custard dan kacau hingga adunan ini rata, kemudian ditapis.

Setelah ditapis, satukan adunan telur dan agar2 dan kacau lagi hingga rata, serta masak semula sehingga adunan mendidih....kemudian, masukkan mentega dan vanilla dan kacau hingga rata.

Bahagikan adunan ke dalam 3 buah mangkuk...bubuhkan koko ( yang sudah dicampurkan sedikit air) ke dalam salah satu adunan di dalam mangkuk dan kacau hingga rata....adunan yang dalam 2 mangkuk lagi masing2 diwarnakan dengan kuning dan merah...

Gunakan loyang berbentuk 4 persegi berukuran 9x9x3 atau loyang bentuk jantung seperti yang dalam gambar kat atas tu...

Merengkan loyang sedikit dengan menyangga salah satu hujungnya dengan buku atau lain2 benda yang keras...tuangkan satu senduk makan adunan warna merah ke dalam loyang disusuli pula ngan sadu senduk makan adunan warna kuning dan satu senduk adunan warna coklat..ulang cara begini sehingga adunan selesai digunakan.

Letakkan loyang kembali kepada kedudukan asalnya dan masukkan adunan ke dalam peti sejuk dan biarkan adunan keras sebelum dipotong dan dihidangkan...

Ikan Bakar Sumbat


Dah lama sy x buat ikan bakar. Atas alasan x jumpa ikan fresh, so mcm x best la nak buat ikan bakar. Tapi tgk ikan mackerel frozen yg berbaki 2 ekor tu, sy terfikir maybe best jugak kalau buat bakar.

Ikan bakar sumbat ni sy adaptasi dr blog Mamalieyna tapi sy ubahsuai here and there mengikut kesesuaian (jgn marah ek mamalieya). Sedap rupanya ikan mackerel ni buat bakar walaupun hanya ikan frozen.


Ini resepi cut & paste dr blog Mamalieyna:

Bahan :
2 ekor Ikan (
sy guna ikan mackerel)
5 sudu besar cili kering yang diblender (atau boleh guna cili boh)
*3 biji bawang merah
*3 biji bawang putih
*1/2 inci halia
*1/2 inci kunyit - sy guna 1 sudu teh serbuk kunyit
1 batang serai (dititik) - sy blend sekali ngan cili
Sedikit air asam jawa
2 biji limau Kasturi
Garam/ Gula/ Aji-no-moto secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis/ untuk bakar ikan

Cara :
1) Bahan yang bertanda *diblender
2) Panaskan minyak, tumis cili yang diblend dan masukkan bahan2 yang diblender beserta air asam jawa, juga masukkan serai. Masak sehingga kering dengan api perlahan.
3) Masukkan garam, gula, aji-no-moto secukup rasa
4) Angkat.. dan lumurkan bahan pada ikan yang dibelah tengah
5) Bakar ikan dengan api perlahan..
6) Tunggu ikan sehingga masak!
7) Sedia untuk hidangan
8) Perahkan limau kasturi jika suka..lazat.. ^_^

* sy mkn dgn kicap cili api perah dgn jus limau nipis...sedap!


Thursday, July 22, 2010

Keropok Lekor


Hari ni sy cuba berpuasa. Dah lama x berpuasa since sy dah abis ganti puasa masa winter itu ari. Winter adalah masa yg sgt sesuai nak ganti puasa sbb waktu siang singkat. Pukul 4:30pm dah masuk Maghrib. Kalau time summer ni Maghrib kul 9:30pm baru masuk, Subuh lak kul 3 am. So lebih kurang 18 jam gitu la tempoh berpuasa di musim panas ini.

Tapi memandangkan bulan Ramadhan pon x lama lagi dan byk fadilat menunaikan puasa sunat di bulan Syaaban ni, maka adalah baik sy cuba melatih diri utk berpuasa disamping cuba mendapatkan sunat pahala. Alhamdulilah, puasa ari ni ok aje, cuaca pon sejuk, hujan turun renyai2...kalau x sepanjang minggu lepas bumi Germany ni amat panas, dikatakan mencapai suhu 44C disetgh2 tempat dan mencatat rekod terpanas di Germany. Mungkin kesan global warming.....

Dan bila tgh puasa tu, otak pon mula la mereka rasa nak mkn mcm2. Tetiba teringat keropok lekor. Check2 resepi keropok lekor, bestnya bila tgk bahan2 nak buatnya semua ada dlm stok. Dah la baru beli 2kg ikan mackerel 2 ari lepas (frozen la tapi). So jalan la projek keropok lekor.

Cik HB mulanya mcm x percaya je sy nak buat keropok lekor...dia kata keje leceh. Tapi sy x layan kata2 dia. Actually rasa cam senang aje nak buat keropok lekor ni, cuma yg susah part nak siatkan isi ikan dr tulang (kalau ikan rebus senang sikit, tapi ni ikan mentah). Nasib la ikan mackerel ni besar dan x byk tulang. Lepas dah campur semua bahan, sy uli doh guna breadmaker....hehehe, senang keje!

Jgn x tau...cik HB lak excited bila keropok lekor dah siap...siap dia yg upload gambar keropok lekor kat FB...hahaha. Resepi ni mmg bagus, keropok lekor yg siap digoreng mmg ada rupa mcm yg keropok lekor yg dijual, tekstur pon cantik. Tapi malangnya, rasanya terkurang. Sy x reti nak letak garam byk mana. Xpe, lain kali sy letak garam lebih sikit.

Tapi sos pencicah sy x buat la...malas. Sy cicah guna sos thai...sedap gak!

Resepi sy amik dr Blog Resepi.

Cut & paste resipi dr situ:
  • 1kg ikan selayang/ kembung (kite guna tune in oil, 2 x 185gram) - sy guna 2 ekor besar ikan mckerel
  • 5-10 ulas bawang putih - sy guna 2 sudu besar serbuk bwg putih
  • 1kg tepung ubi/kanji (kite guna 200 dl potato flour)
  • 2 cawan tepung gandum (kite guna 1 cawan jer)
  • 1 sudu kecil baking powder
  • Garam secukup rasa
  • Perasa
  • Air
  1. Asingkan isi ikan dari tulang.
  2. Kemudian blender isi ikan bersama bawang putih dan sedikit air. Terpulang samada nak blender kasar atau halus kemudian tuang kedalam bekas.
  3. Masukkan sedikit garam, perasa, serbuk penaik dan tepung. Gaul sehingga tidak lekat pada tangan. Kalo lekat, tambah tepung kanji lagi. Adunan jangan terlalu keras dan jangan terlalu lembik. Sedang² ler asal boleh uli…
  4. Sapukan tangan dengan sedikit minyak. Ambil sedikit adunan dan hempaskan ke atas meja bersih agar adunan mampat dan lembut (kalo ada yang nak release tension bleh la sambil²… Hehehehe). Barulah uli bentuk memanjang. Kalo ada mesin adunan yang sesuai tak perlu la hempas yer… - sy masukkan dlm breadmaker dan uli selama 1/2 jam
  5. Dalam periuk, didihkan air bersama sedikit minyak agar keropok lekor tidak lekat antara satu sama lain. Kemudian masukkan keropok lekor tadi. Keropok lekor akan terapung di permukaan air apabila dah masak.
  6. Bila dah timbul angkat dan tos. Sejukkan dan potong ikut citarasa memasing. Goreng dan siap untuk dihidangkan.
Keropok yg siap direbus tapi belum goreng

Kohlrabi & Zucchini Goreng


Sy dah lama dok perhati sejenis sayur kat sini yg kat Malaysia mmg sy x penah tgk. Nama sayur ni dlm bahasa German is Kohlrabi and in English is German Turnip. Mmg dah lama nak try masak & makan sbb sy curious akan rasanya. Tapi sy x sure cara nak masak kohlrabi ni.

Sampai la baru ni, sy jumpa kohlrabi dijual dgn harga 0.19€ sebiji, sy pon terus beli 3 biji. Along with that sy beli 1 peket zucchini yg harganya cuma 0.59€. Sebabnya xde byk pilihan sayur masa sy pegi groceries shopping tu. Nak cari sayur berdaun hijau lagi la susah. Kalau jenis2 salad tu byk la - feld salad, ricola, romania tu byk la.
Ni la kohlrabi

Cerita pasal zucchini ni, teringat masa zaman2 masa mula2 sy dtg Germany, sy selalu tersilap nak beli timun tapi terbeli zucchini sbb rupa and warna timun kat sini & zucchini mcm sama aje.

Cuba teka mana satu timun and mana satu zucchini?

Berbalik pasal kohlrabi, sy try surf internet cari resepi masakan kohlrabi tapi rata2 buat salad aje ngan kohlrabi ni, ada gak yg buat casserole gitu. So sy decide masak aje la kohlrabi stail melayu - buat sayur goreng! Sy peel kulit dia dan potong halus2. Rasa dan bau dia mcm lobak putih gitu. Then sy terfikir nak combinekan dgn zucchini.

Rupanya sedap jugak kohlrabi ni buat sayur goreng, nak2 guna udang kering as bahan rencah. Rasanya crunchy gitu. Boleh la beli kohlrabi ni selalu buat sayur.

Utk resepi ini:

Bahan2:

- 1 biji kohlrabi - dibuang daunnya, dan peel kulitnya. Potong halus
- 1 biji zucchini - basuh bersih dan belah dua. Potong nipis
- 1/2 biji bwg besar- dipotong halus
- 1 biji bwg putih- dipotong halus
- sedikit udang kering
- 1 biji cili merah (optional) - dipotong serong

Panaskan sedikit minyak. Tumis bwg besar, bwg putih dan udang kering sampai naik bau. Masukkan kohlrabi & zucchini. Kacau rata. Biarkan sampai lembut. Masukkan cili merah. Perisakan dgn garam. Matikan api.

Siap dihidang.

Gulai Lemak Nenas & Udang


Bila plan utk masak menu seharian, selalunya sy akan cuba habiskan benda2 leftover dulu. Make sure punggah peti ais dan tgk apa2 yg telah disimpan - santan separuh kotak ke, cili blend yg rasa2 kalau disimpan lagi bakal rosak ke...hah, dan gulai lemak ni pulak dibuat sbb ada nenas dlm tin yg dibukak aritu sbb nak buat Hawaiian Pizza. Dan kebetulan lak mmg ada udang frozen, so jadik la kalau nak buat resepi ni. Masakan ni kalau ada udang fresh sure lagi sedap. Udang frozen sini dah le kecik, togel abis lak tu kulit dia.

Resepi sy browsed gitu2 aje kat internet sbb ada byk versi so hasilnya sy decided buat ikut kreativiti sendiri saja tapi tambah sedikit elemen dr resepi2 yg sy jumpa. Selalu masak lemak sy buat x tumis, yg ini sy tumis dan selalu x penah letak belacan dlm masak lemak, yg ni sy letak. Sbb tu sy x namakan masak lemak, jadi gulai lemak!

Hasilnya?

Wah, cik HB cukup suka, siap kata lain kali buat lagi guna ikan kering lak. Sy mmg sgt2 'kembang' kalau cik HB memuji sbb dia ni bukan jenis senang nak puji. Ala2 Gordon Ramsay gitu...hahaha.

Utk resepi:

Bahan2:

- 1 biji nenas potong kecil ( sy guna nenas dlm tin)
- 250g udang
- 1 kotak santan
- 2 btg serai - ketuk
- 1 helai daun kunyit - potong pendek
- 4 biji bwg merah*
- 2 biji bwg putih*
- 2 biji buah keras*
- 3 biji cili merah* (nak pedas campur sedikit cili api)
- sedikit belacan*

1. Kisar bahan2 bertanda * sampai lumat.
2. Panaskan minyak utk menumis, tumis bahan2 kisar sampai naik bau
3. Masukkan santan, kacau sebati. Tambahkan sedikit air jika x suka kuah yg pekat. Masukkan serai dan daun kunyit. Kacau selalu utk elakkan pecah minyak. Masak sehingga mendidih.
4. Masukkan nenas dan udang. Biarkan sampai masak. Kacau selalu.
5. Perisakan dgn garam. Biarkan seketika. Matikan api.

Siap dihidang.

Tuesday, July 20, 2010

Kuih Apam Balik & Geledah Dapur Ramadhan Bersama Ben Ashaari



Petang tadi lepas balik from groceries shopping, cik HB mintak sy buat kuih apam balik. Dah byk kali buat kuih ni, tapi asik x sempat nak masukkan kat dlm blog. Kuih ni senang aje, janji cukup bahan, SIAP! Nasib baik laki ku mintak kuih senang2...senang sikit sy nak jadi isteri solehah...kekeke.

Resepi kuih apam balik ni sy amik dr Myresepi lama dah dulu. Link di sini. Cuma sy buat adjustment sikit...part kacang tanah tu sy ganti ngan almond (apam balik mewah nih! hehehe). Bukan apa, kacang tu je yg ada dlm stok. Pastu kat sini xde jagung berkrim disukai ramai...org2 jemen mengamalkan cara hidup, jagung dlm tin xde apa2 tambahan perasa..natural kononnya, tapi sy blend kan jagung tu dgn sedikit susu and gula. So jadi la ala2 jagung berkrim.



Tapi utk memudahkan korang nak merujuk (kot sapa2 nak merujuk), sy dah cut & paste kat bwh ni:

Bahan-bahan ( 4-5 orang )
  • 2 cawan tepung gandum
  • ½ cawan gula
  • 1 sudu teh soda bicarbonate
  • 1 sudu teh baking powder
  • Sedikit pewarna kuning
  • 1 biji telur
  • 1½ cawan air
  • Sedikit mentega/planta untuk mengoles
  • Bahan tabur : Kacang tanah yang sudah dikisar

Cara-cara

  1. Mesin gula bersama telur hingga kembang,
  2. Masukkan soda, bicarbonate, air dan pewarna kuning. Mesin lagi hingga sebati.
  3. Masukkan tepung dan mesin lagi sehingga sebati. (ADUNAN SIAP)
  4. Oleskan planta di permukaan kuali & tuangkan 1 senduk adunan tadi, kemudian nipiskan.
  5. Biarkan seketika & sementara menunggu masak, taburkan bahan tabur di atas.
  6. Apabila cukup masak, angkat dan dilipat DUA sebelum dipotong.

Dan kebetulan pulak sy ada baca promosi di blog Mat Gebu pasal Geledah Dapur Ramadhan bersama Ben Ashaari. Ni first time sy join aktiviti camni, saja la nak cuba join. Dah nak bulan Ramadhan ni mcm2 promosi kan...kuih raya la, baju raya la...Buat sy yg kat perantauan ni, tak dapek nak jalan2 kat pasar Ramadhan, jln2 kat blog masak2 di bulan Ramadhan ni pon jadik la. Boleh gak dpt idea apa nak masak utk berbuka.

Syarat2 nak join benda alah ni:

1. Buat satu entri dan letakkan banner mcm kat bawah tu dan link kan ke entri Geledah Dapur Ramadhan. Ceritakan dari mana anda dpt resepi tersebut dan kenapa.

Ok, banner dah letak, link pon ada kat bwh tu. Resepi kuih apam balik dah ada kat bahagian atas, beserta link asal resepinya. Kenapa sy buat kuih ni pon dah citer.



Utk link banner ini sila klik di SINI.

2. Letakkan url resepi anda:

Ok, bab ni sy confuse...url manakah yg dikehendaki? Link resepi asal atau link entri apam balik kat blog sy nih?

Kalau utk link resepi asal, link nya di SINI.

Apa2 pon LAYAAAAAAAAAN....

Asam Pedas Ayam Berkerisik

Ini adalah resepi dr Mat Gebu. Suka tau ngan resepi ni! Kebetulan lak sy mmg tgh mencari resepi yg ada guna kerisik...ni kes nak abiskan separuh pek kecik kerisik yg separuhnya sy guna utk masak gulai ikan tongkol itu ari...oh! masakan tu lupa nak report dlm blog nih! Then kat dlm freezer pon ada byk bunga kantan x guna2 (lebih 10 kuntum kot!).

Cuma yg x best sy xde daun kesom dlm stok tapi sy ganti ngan daun limau purut (bak kata Mat Gebu...bila ubahsuai resepi asal, ni dah kira kes menderhaka!hehehe...x kira la kan...janji try gak masak). Selalu asam pedas Johor mmg guna daun kesom, Melaka lak mesti guna daun limau purut. So kira ni dah ala2 asam pedas Melaka adaptasi dr asam pedas Johor la...kuikuikui...

Sawi jeruk pon nan ado...terpk gak nak masuk tomato tapi terasa mcm x kena sbb ada kerisik...tapi kalau nak cuba, boleh aje...masak pon kan mcm buat eksperimen. Oh, lagi satu lengkuas pon tadak...lengkuas ni strong influence gak kan dlm makanan...kalau ada sure asam pedas lagi meletop!

So ini cut & paste resepi dr blog Mat Gebu:

BAHAN-BAHANNYA :-)
6-7 kepingan ayam, cuci bersih dan toskan
1/2 cawan jus asam jawa
1 cawan cili kisar (boleh kurangkan sikit)
2 batang serai, dititik
1 kuntum bunga kantan, belah 2
1 genggam daun kesom
1 camca besar kerisik
4 biji bawang merah, hiris
1 ulas bawang putih, hiris
3 kelopak sawi jeruk, hiris dan rendam
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN TUMBUK HALUS :-)
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
3/4 camca besar ketumbar
1/2 camca teh jintan kasar
1/2 camca teh jintan halus
1 camca teh lada hitam
1/2 inci kunyit hidup
2 biji buah keras

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis serai, bawang merah dan bawang putih hingga harum, masukkan bahan tumbuk halus dan masak sekejap, tambah cili kisar dan masak hingga terbit minyak, gunakan api sederhana, kacau selalu.
  2. Masukkan ayam dan daun kesom, gaul rata dan masak hingga ayam kecut. Tuang air secukupnya dan masukkan sawi jeruk (tos dan perah), kacau dan biar mendidih. Tambah jus asam jawa, bunga kantan, kerisik, garam secukup rasa dan sedikit gula.
  3. Biar mendididh 4 - 5 minit lagi hingga ayam masak. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat.

Roti Jala Berlauk

Hari tu sy ada buat karipap dgn inti kentang + ayam. Sekali inti terlebih. Nak buat doh karipap lagi tentu la malas. So alternatif mudah nak menghabiskan inti karipap, sy buat roti jala berlauk!

Utk resepi roti jala (yg dah tak ingat sumber dr mana):

Bahan2:

450g tepung gandum
1 sudu kecil garam
1/2 sudu serbuk kunyit
450ml susu segar
3 biji telur - pukul sedikit
450ml air
2 sudu mentega cair

Cara2:

Campurkan semua bahan diatas dan kacau sebati. Kemudian masukkan ke dlm mesin pengisar dan kisar 2-3 kali (utk menghaluskan bancuhan).

Oleskan sedikit minyak keatas non-stick pan. Kemudian, dgn menggunakan acu roti jala, tuangkan bancuhan ke dlm pan. Biarkan sampai roti jala keras sedikit dan angkat.

Letakkan sesudu inti kentang+ayam keatas roti jala. Balut kemas.

Siap dihidang!

Sunday, July 18, 2010

Kuih Bakar


Kuih Bakar ini adalah resepi dr kawan sy Suharti. Sy selalu kagum dgn dia, x kira bila2 masa dijemput dtg ke rumah sy, pasti bawa kuih buatan sendiri. Antara yg selalu dia bawa as buah tgn adalah kuih bakar ni yg memang sedap dan bila sy tanya resepi rupanya sgt senang nak buat.


Bahan2:
3 cawan santan
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1 biji telur
sepeket daun pandan - dikisar, dan ditapis utk airnya (if not guna 1 sudu teh pandan flavour dan sedikit pewarna hijau)
sedikit bijan utk ditabur.

Cara2:

1. Panaskan oven pd suhu 180C. Sapu sedikit mentega pd loyang pembakar (sy guna bekas casserole)
2. Letak semua bahan2 kecuali bijan dlm mesin pengisar. Kisar sampai sebati.
3. Tuangkan ke dalam loyang pembakar. Tabur bijan.
4. Bakar pada suhu 180C selama 1 jam.

Butter Cookies with Frosting



Skrg ni anak2 sy sedang bercuti summer. Bila dah tak pegi sekolah tu diorg mula la kebosanan. Sy pon x larat tgk diorg mengadap tv dan lapto sepanjang masa. Bg baca buku pon bila dah lama sikit, diorg pon naik bosan. Nak keluar pulak kena tunggu petang sbb skrg ni cuaca tgh panas membara. Kadang2 mencecah 40C.

So sy ajak diorg buat butter cookies. Sikembar mmg sgt suka kalau sy ajak diorg buat projek masak2. Since sy xde papan menguli yg besar, sy guna meja makan as papan menguli. Of course sebelum tu sy basuh dan lap bersih2 meja makan. Dan sy biarkan aje sikembar nak cut the cookies ikut shape yg diorg suka.

Nabihah in action
Nabilah in action
Butter cookies yg dah siap dibakar, tunggu sejuk utk frosting

Resepi utk butter cookies ni sy rujuk di sini

Ingredients

  • 1 cup butter or margarine, softened
  • 3/4 cup sugar
  • 1 egg
  • 1/2 teaspoon vanilla extract
  • 2 1/2 cups all-purpose flour
  • 1 teaspoon baking powder
  • 1/4 teaspoon salt
  • FROSTING:
  • 1/2 cup butter or margarine, softened
  • 4 cups confectioners' sugar
  • 1 teaspoon vanilla extract
  • 3 tablespoons milk
  • red food coloring

Directions

  1. In a mixing bowl, cream butter and sugar. Add egg and vanilla; mix well. Combine flour, baking powder and salt; add to creamed mixture and mix well.
  2. Place the dough in a cookie press fitted with a heart plate; form cookies on ungreased baking sheets. Bake at 375 degrees F for 6-8 minutes or until set but not brown. Cool on wire racks.
  3. Beat butter, sugar and vanilla until smooth. Blend in enough milk until desired spreading consistency is reached. Add food coloring to a portion or all of the frosting if desired. Frost cookies.

Monday, July 12, 2010

Nasi Mentega

Utk digandingkan dgn chicken peri2, sy buat nasi mentega ni...


Sy x ingat dr mana sy amik resepi nasi mentega ni sbb resepi dia simple sgt, sy ingat gitu2 aje la. Terima kasih kpd pihak yg berkenaan yg telah mengepos resepi ini di internet :))

Bahan2:

2 cwn beras
1 biji bwg besar - dicincang halus
4 sudu mentega
sedikit kulit kayu manis dan bunga cengkih
1/2 cwn kismis
1 sudu teh garam

cara2:

Cairkan mentega, tumis bwg besar, kulit kayu manis dan bunga cengkih. Bila bawang dah kekuning2an, tuang bahan tumisan kedlm periuk berisi beras yg dah dicuci. Tambahkan air secukupnya utk mentanak nasi. Tambahkan garam ke dlm nasi dan kacau sebati. Tanak nasi sampai masak. Bila nasi masak, masukkan kismis dan kacau sebati. Siap utk dihidang.

Chicken Peri-peri



Di Malaysia, antara restoran kegemaran sy adalah Nando´s Chicken. Sy sukakan ayam panggangnya yg diperam dgn sos peri-peri (dan dimakan dgn sos peri2 juga) yg sgt mengancam kepedasannya. Peri-peri ini adalah cili api yg berasal dr Afrika dan dijadikan sos.

Sekali makan kat Nando´s selalunya utk makan 2 org at least RM50 pasti terbang. So ada sekali tu sy noticed sos peri2 Nando´s tu boleh dibeli di restorannya dan masa tu pulak tu ada tawaran percuma 1 botol utk setiap satu botol sos peri2, harganya RM8 kalau x silap utk sebotol. So sy pon try beli dan guna sos tu marinate ayam dirumah. Rasanya sama aje mcm ayam panggang di Nando´s walaupun homemade. Lepas tu sy dah jarang2 ke Nando´s sbb dah boleh buat ayam Nando´s tu sendiri.

Beberapa minggu lepas sy ke flohmarkt dan jumpa sos peri2 ini. Utk 3 botol saiz kecil, harganya 2€. Lepas dah check ingredients dan pastikan xde bahan2 terlarang digunakan dan tarikh luput belum tamat (kena jaga2 beli food product kat flohmarkt sbb kadang2 ada yg jual food yg dah expired) , sy pon amik la 3 botol.


Ni la sos peri2...

So smlm sy marinate ayam guna sos ni tapi still sy tambah garam sbb sy rasa sos tu a bit tawar. Then refrigerate utk semalaman. The next day sy bakar ayam ni pd suhu 200C sampai garing. Then served dgn nasi mentega dan salad.

Wow!! Pedasnya mmg mengancam! Tapi sgt sedap!

So kalau anda jumpa sos peri2 ni, cuba beli dan buat homemade ayam panggang ala Nando´s hokeh?

Mackerel Berlada


Saya beli 2kg ikan mackerel frozen baru ni sbb dah lama x makan ikan. Of course la ikan fresh lagi sedap kan tapi susah nak dpt ikan fresh melainkan kalau nak mkn jenis2 mcm salmon, pegasus tu ada la. Kalau nak jenis cam kembung, ikan merah ke, kena la rajin2 ke Frankfurt. Tapi masalahnya tak rajin la...

Ikan mackerel ni sy rasa rasa dan rupanya sama mcm ikan tongkol kat mesia. Utk peket 2kg ni, ada 6 ekor ikan mackerel yg agak besar dan yg best dah siap disiang bersih. The first batch ikan ni, sy buat masak berlada.

Resepi ikan mackerel berlada:

1 ekor besar ikan mackerel - dipotong kecil, gaul dgn garam & kunyit dan goreng sampai garing
3 sudu besar cili kisar
2 biji bwg merah - dipotong halus
2 biji bwg putih - dipotong halus
sedikit air asam jawa
1 biji bwg besar - dipotong bulat
garam 6 gula secukup rasa

Cara2:

1. Tumiskan bwg merah & bwg putih sampai kekuning2an. Masukkan cili kisar dan masak sampai garing.
2. Masukkan air asam jawa, garam & gula secukup rasa.
3. Masukkan ikan goreng dan bawang besar. Kacau sebati. Biarkan bwg besar layu sedikit.

Angkat dan hidangkan.