Sunday, July 25, 2010

Puding Pelangi


Sy dah lama geram nak buat puding pelangi ni. Tgk kat blog org yg buat puding ni lawa2 belaka. Besides, aritu sy dpt stok agar2 kering dr kwn sy, kak liza. So geram nak guna agar2 jugak. Lagi satu geram - sy ada acuan puding plastik pelbagai puding yg sy angkut dr malaysia tapi selama sy dok buat agar2/puding guna acuan tu, x penah la berjaya dicetak ngan cantik. Kadang2 pecah la, keluar cacat la...sampai sy nyampah la! so setelah sekian lama, ni sy determined nak guna balik acuan ni.

Dan, yes! Berjaya! sy cuma satu set je acuan plastik ni (ada 8 cetak satu bekas), selebihnya sy masuk dlm loyang sbb takut kalau sy letak semua dlm acuan plastik ni, nanti x jadi, frust pulak. Tapi lapan2 bentuk berjaya dikeluarkan dgn cantik. Cuma teknik mencampurkan puding aje x cantik. Tak nampak pelanginya melainkan kalau dipotong.


Puding menggunakan acuan plastik

Yg kat dlm loyang tu, sy cuba gak ikut teknik yg dicadangkan dlm resepi utk mendapat hasil pelangi. Tapi sy ni x penyabar orgnya dan x teliti, jadi rupa pelangi sy buat agak huru hara...lenkali la sy try lagi improve tenik menuang puding....kekeke


Pelangi yg x jadi

Anyway puding ni rasa sedap. Anak2 pon suka. Sy amik resepi dr blog Dari Dapurku. Terima kasih ye Mamarina. Tapi sy cuma buat separuh dr amaun resepi sbb sy takut buat byk kang x abis pulak.

Bahan2nya

2 bungkus serbuk agar2 (sebungkus 13 g)
1350ml air paip
450gm gula pasir
130gm mentega
8 biji telur bersaiz sederhana (guna 4 pun ok gak)
1 tin susu cair Carnation
2 sudu makan tepong custard
2 sudu makan serbuk koko
1 sudu teh vanilla
pewarna merah dan kuning secukupnya..

Caranya

Masak agar2, air dan gula hingga mendidih dan ketepikan dulu.

Pukul telur sebentar menggunakan whisker....kemudian masukkan susu dan tepong custard dan kacau hingga adunan ini rata, kemudian ditapis.

Setelah ditapis, satukan adunan telur dan agar2 dan kacau lagi hingga rata, serta masak semula sehingga adunan mendidih....kemudian, masukkan mentega dan vanilla dan kacau hingga rata.

Bahagikan adunan ke dalam 3 buah mangkuk...bubuhkan koko ( yang sudah dicampurkan sedikit air) ke dalam salah satu adunan di dalam mangkuk dan kacau hingga rata....adunan yang dalam 2 mangkuk lagi masing2 diwarnakan dengan kuning dan merah...

Gunakan loyang berbentuk 4 persegi berukuran 9x9x3 atau loyang bentuk jantung seperti yang dalam gambar kat atas tu...

Merengkan loyang sedikit dengan menyangga salah satu hujungnya dengan buku atau lain2 benda yang keras...tuangkan satu senduk makan adunan warna merah ke dalam loyang disusuli pula ngan sadu senduk makan adunan warna kuning dan satu senduk adunan warna coklat..ulang cara begini sehingga adunan selesai digunakan.

Letakkan loyang kembali kepada kedudukan asalnya dan masukkan adunan ke dalam peti sejuk dan biarkan adunan keras sebelum dipotong dan dihidangkan...

No comments: