Sunday, August 29, 2010

Pasembor

Sebenarnya sy tak tahu apa beza antara pasembor dan rojak mamak. Ke sebenarnya dua menu ni sama aje? Dulu sy ingat penah makan pasembor masa gi Penang, kat Padang Kota tu. Ada mcm2 pilihan, nak ayam, nak sotong dan ntah apa2 lagi...sama mcm Yong Taufu...tup2, utk satu plastik pasembor, ayah sy kena bayar RM35! Buntang mata kitorg sekejap...lepas tu baru tau, harga pasembor ni sebenarnya bergantung pada pilihan yg kita buat.

Resepi sy refer kat Myresepi. Tapi sy buat simple aje. Ada tauhu goreng, cucur udang, telur rebus, timun ngan taugeh, CUKUP! Tak kuasa la sy nak buat cucur kelapa la, kentang rebus la...lagi pon kami 4 beranak aje yg nak makan...byk2 nanti kang tak habis pulak. Yg penting kuahnya yg kena sedap.

Utk kuah pulak, since takde keledek, sy gantikan dgn kentang. Tu pon guna serbuk kentang utk buat mash potatoes. Tak kisah la kan....rasanya mmg dah x asli tapi kalau dah x cukup bahan2 tu kena la kreatif kan?

Utk resepi sila ke Myresepi ye....

Daging Goreng Kunyit

Ok, sy tau lauk ni simple. Tapi saja jugak nak tayang kat sini. Ni lauk favourite cik HB. Lauk2 favourite dia mmg jenis2 simple cam gini. org kata senang nak masak tapi sy ni pulak suka try resepi2 baru so kalau dok asik masak benda yg sama, bosan la.

Nak masak daging goreng kunyit senang bangat. Kalau daging jenis x berapa nak lembut, rebus dulu sampai lembut. Toskan dan gaul dgn serbuk kunyit. Kalau daging lembut, x payah rebus, just gaul dgn serbuk kunyit. Kemudian, potong bawang besar & bawang putih, tumis sampai kekuningan. Then masukkan daging. Kalau daging yg belum rebus, guna api sederhana (kalau masak dgn api besar nanti daging keras) dan masak sampai empuk. Masukkan kacang buncis/kacang panjang yg dipotong pendek dan cili masak dipotong serong. Masak seketika. Perisakan dgn garam.

Siap dihidang.

Bihun Sup Utara


Ohhh...lamanya x update blog masak ni...bukanx masak, masak je ari2 tapi bab nak amik gambar makanan pastu upload kat laptop, punya la masak. Pastu kalau masak menu yg dah ada dlm blog ni, mmg la malas nak buat laporan.

Puasa pon dah 20 hari sudah...tinggal lagi 1o hari je lagi Ramadhan akan meninggalkan kita. Sy kurang excited sikit pasal nak beraya. Kat sini sambutan raya x semeriah sambutan kat Malaysia. Kat malaysia skrg mesti org dah sibuk buat kuih raya, shopping baju raya semua kan?

Bihun sup utara ni sy buat ahad seminggu lepas along with nasi kerabu since menjemput budak2 student yg tinggal berdekatan berbuka puasa kat rumah sy.

Resepi sy amik kat blog Sajian Bersama Ibu Manja and cut & paste resepinya:

Bahan Mihun
1 paket bihun, rendamkan beberapa jam
2 sudu makan serbuk kunyit

Bahan Kuah
500 gm daging berlemak muda, dipotong besar
300 gm perut (takde stok saya gantikan dengan bebola ikan) - sy tak guna
1 bungkus rempah bunjut
5cm halia*
3 ulas bawang putih*
5 ulas bawang merah* (*dihiris)
1 sudu makan lada hitam, ditumbuk kasar
2.5cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 biji bunga cengkih
2 biji buah pelaga
garam secukup rasa
air secukupnya

Bahan Hiasan
Daun sup dan daun bawang secukupnya, dihiris
bawang goreng secukupnya
cili merah secukupnya, dihiris
4 biji limau kasturi, dibelah dua

Bahan Sambal Merah
100 gm cili kering*
100 gm bawang merah*
3 ulas bawang putih* (*dikisar)
1 biji bawang besar, dimayang
3 sdm tomato sos
3 sdm cili sos
garam secukup rasa
gula secukup rasa
minyak masak untuk menumis

Cara Memasak
1. Ddihkan air di dalam periuk. Masukkan daging dan kesemua bahan kuah. Biarkan daging betul-betul lembut. Kacau rata dan perasakan dengan garam secukup rasa.
* Sy rebus daging dulu sampai lembut, Kemudian bahan2 kuah yg lain sy buat tumis darat (tumis dlm periuk lain) kemudian tuang bahan tumisan kedlm periuk daging rebus.
2. Keluarkan daging dan hiris nipis. Ketepikan.
3. Celurkan mihun yang telah direndam serbuk kunyit dan toskan.
4. Masukkan bihun dan daging serta bahan hiasan dalam mangkuk dan masukkan kuah.
5. Hidangkan bersama sambal merah.
6.Untuk membuat sambal merah, panaskan minyak di dalam kuali. Tumiskan bahan-bahan yang dikisar sehingga wangi dan naik minyak.
7. Masukkan sos tomato dan sos cili. Kacau rata sampai sampai naik minyak.
8. Masukkan bawang besar dan gula. Masakkan sehingga pekat.

Monday, August 23, 2010

Pajeri Nenas Brahim´s


Ok, not much in this recipe...sbbnya sy guna pek segera kuah pajeri Brahim´s. Sy sebenarnya agak sceptical about ready-made/package food mcm ni especially kalau nak masak kat rumah. Jarang la sy nak guna yg segera2 (tp mee segera makan jugak ^_^) , tapi since bulan lepas ada kwn yg mahu pulang ke Malaysia, bg byk barangan makanan Malaysia kat sy. Tgk yg ini, expiry date nya dah hampir tiba, so baik la try masak.



Rasanya not bad, sedap jugak. Sesuai utk org2 bujang dan utk sapa2 yg tgh travel. Kuah pajeri nenas Brahim´s ni first time sy cuba tp sebelum ni dah penah try kari ayam Brahim´s masa pi travel Paris/holland aritu. Nak prepare pon sgt senang. Just masukkan pes dlm periuk, tambahkan air (cadangan: 1/2 cwn air utk satu peket pes. tambahkan air lagi jika tak suka pekat2). Kemudian masukkan nenas yg dah dipotong bulat (sy guna nenas dlm tin shj). Masak sampai kuah pekat. Tak perlu tambah garam.

Siap dihidang.

Chocolate Brownies with Cream Cheese


Sadis rasanya nak bercerita pasal kek nan satu ni...ni antara resepi yg x menjadi tapi again, sbb dah janji ngan diri sendiri, jadi ke tak satu2 masakan tu, harus jugak masuk dlm blog ni. Ini adalah fakta walaupun sy rajin memasak, namun tak semestinya sy pandai memasak! Tapi takpe, aiman x kesah...usaha tangga kejayaan ^_^

Resepi asal dtg dr blog adik manis yg dok kat Moscow tu..Rai namanya. Nama kek ni patutnya Kek Brownies Lapis Cheese. Tapi sy cemana nak bg nama yg sama? Lapis cheese tu langsung x wujud....yg nampak adalah tompok2 putih (tgk gambar kat bawah ni)...sedih kan? Rai buat punya la cantik...mcm dtg dr bakery aje.

Yg part cheese tu jadi camtu sbb masa nak tuang lapisan ketiga, brownies batter tu mendap ke dlm lapisan cheese. Tak tau la silapnya kat mana...maybe sbb proper pengukus takde kot (eceh, nak gak salahkan benda lain). atau pon patutnya biarkan lapisan cheese tu masak lama sikit. Takpe, nanti lenkali sy try buat lagi. Pastu dlm kek x jadi tu, nak gak deco dgn mcm2 benda. siap letak kepingan kiwi dan wild black berries (yg berries ni kutip sendiri tau...bersepah2 kat area rumah sy)

Anyway, despite the look so hodoh, cik HB kata kek ni sgt sedap...ye la, cuba letak kek Rai yg lawa tu sebelah kek ni....agak2 mana satu yg dia makan dulu?

Resepi utk kek ini sila amik kat blog Rai ye.

Mini Pizza




Sy ada byk salami dlm fridge pemberian org. Selalunya sy guna salami utk buat quesadillas sbg hidangan sarapan pagi. Tapi bulan puasa ni, salami tu terbiar begitu aje dlm fridge. So sy pon buat la mini pizza utk dijadikan menu berbuka.

Utk topping, sy cuma guna sos tomato sbg based topping, kemudian tabur shredded cheese sebelum letak salami, cendawan butang, bwg dan paprika. Cheese dibahagian bwh topping adalah perlu utk memastikan topping2 lain melekat dgn doh pizza bila dah siap dibakar. Akhir sekali tabur lagi shredded cheese.


Utk resepi doh pizza, boleh tgk kat SINI.

Friday, August 20, 2010

Asam Pedas Daging Tetel


Ini masakan beberapa hari sudah...byk sgt masak , dah x ingat hari apa. Ooppss...tu ada tarikh kat gambar, means ari Khamis lepas. Ni kes lambat update blog la ni.

Asam pedas daging tetel ni lauk famous kat Melaka. Masa dok melaka dulu ada satu gerai makanan ni mmg sy suka asam pedas daging dia. Selalu singgah beli lauk bungkus kat situ. Daging tetel merujuk kepada daging yg berlemak dan ada byk urat (which is x bagus la utk kesihatan kan).

Resepi sy tgk here and there dlm Internet tapi sy ubahsuai ikut kata hati sy. So yg ini versi asam pedas sy:

Bahan2:

500g daging tetel - basuh dan rebus sampai lembut
2-3 helai daun limau purut
air asam jawa secukupnya
1 btg serai - diketuk
garam secukupnya

Bhn2 tumis:

10 tangkai cili kering - dipotong kasar dan direndam dgn air panas
1 biji bwg besar
3 biji bwg putih
2 biji buah keras
3 cm halia
2 cm lengkuas
1 sudu kecil serbuk kunyit
sedikit belacan

Cara:

Kisar semua bahan2 tumis sampai halus. Panaskan minyak dan tumis bahan2 kisar sampai cili garing. Masukkan air asam jawa dan daging rebus (bersama air rebusan). Masukkan serai dan daun limau purut. Biarkan sampai mendidih. Masukkan garam secukup rasa.

Domestics Tips: Basuh Pinggan

From now on, sy rasa sy patut rekodkan tips2 yg berguna when it comes to urusan2 domestics. Maybe berguna utk setgh2 org. Mcm utk sy, bila sy tau certain2 tips, sy rasa lebih mudah bila membuat kerja2 rumah. Kerja2 rumah ni tak penah abis, time consuming dan bila asyik buat benda yg sama, kita yg x berapa nak rajin ni jadi semakin malas (sy la tu!).

Kali ni sy nak share tips basuh pinggan (oh, mesti ada org nak kata...ala, apa sgt la kan pasal basuh pinggan). Sy tak tau la org tapi stail sy basuh pinggan kat malaysia dgn kat sini dah lain. Sebabnya kat Germany ni rate air & gas adalah mahal. Time summer ok la, boleh aje basuh guna air sejuk. Tapi time winter cuba la membasuh dgn air sejuk...mau menggigil dibuatnya. Kalau yg ada dishwasher mungkin x kisah la...campak je semua dlm dishwasher, tekan ON dan biarkan sampai siap. Buat yg xde (mcm sy) kena gak la guna hot water. Kalau time summer sekali pon, bila kita membasuh pinggan mcm kat malaysia (sambil cuci sambil biar air mengalir)...hah, tgk la bil air nanti berapa.

image from HERE

Ini adalah tips2 yg diajar oleh kak liza.

1. Asingkan sudu, cawan, pinggan mangkuk.

Utk menjimatkan air, asingkan sudu2, cwn, pinggan mangkuk. Asingkan juga antara yg kaca dan plastik. Gunakan satu besen besar, bubuh air + sabun pencuci. Rendam cwn2, kemudian cuci bersih. Kemudian takung air dlm sinki (separuh aje) dan transfer cwn2 dlm besen sabun ke dlm sinki. Buka tap dgn air kecil, bilas cwn bersih2. Dgn cara ni, x payah nak gunakan air byk2. Kalau sinki dah penuh dan sinki anda xde lubang drain dibahagian atas, buka sekejap lubang drain dibahagian bawah utk mengalirkan air supaya air x melimpah keluar.

Sambung dgn sudu2 dan pinggan mangkuk lain menggunakan besen sabun yg sama. Pastikan kumpulan yg paling berminyak dibasuh akhir sekali.

2. Rendam dgn air panas

Susah tak nak basuh pinggan mangkuk yg sgt berminyak? Especially yg ada kesan2 lemak terutamanya kambing? Jenuh nak sental dan kena guna sabun yg byk kan utk menghilangkan kotoran degil? Oh, jgn kata anda nak guna AXION pulak! Dok malaysia ok, dok oversea kalu?

Utk pinggan mangkuk mcm tu, ulang tip pertama tapi rendam dgn air panas. Biarkan seketika. Lepas tu sental. Senang aje minyak2 tu tertanggal. Selepas bilas dah xde kesan2 minyak & lemak.

3. Rendam dgn cuka

Lagi satu dulu sy kurang concern bab2 menyental periuk luar dan dalam. Tapi sejak berkawan dgn kak liza, dia sgt menitik beratkan penjagaan periuk. Periuk2 dia berkilat mcm baru beli walhal ada yg dah berusia berpuluh2 thn. Kak liza kata kalau kita x cuci bersih2 bahagian dlm periuk, nanti makanan yg dimasak cepat basi.

Utk periuk2 yg ada kotoran degil melekat dibahagian dlm especially kat bottom, rendam periuk dgn air+cuka. Biarkan semalaman, dan kemudian sental bersih periuk.

4. Gunakan garam

Again pasal periuk, kak liza sering ingatkan sy everytime basuh periuk mesti sental juga bahagian buntut periuk. Kalau buntut periuk dibiarkan hitam dan berkerak2, satu of course la nampak sungguh x cantik periuk tu, satu lagi periuk akan cepat bocor. Dan lagi satu kalau di Germany, rata2 rumah guna electrical cooker jenis ceramic. So kalau buntut periuk berkerak2, boleh merosakkan permukaan cooker.

So kalau buntut periuk anda tu dah hitam berlegam dan walau dah cuba sental dgn dawai pencuci namun tetap x hilang, cuba tabur garam atas buntut periuk tu dan sental dgn dawai pencuci. Kalau kerak sgt tebal, mungkin x hilang dgn cepat. Takpe, buat setakat yg boleh tapi everytime basuh periuk tu, sental lagi dgn garam dan guna pencuci dawai. Insyaallah lama2 hilang. Sy dah buat dan over the weeks, akhirnya buntut periuk sy yg hitam legam dah kembali 80% putih....hehehe.

Nasi Ulam

Ni lagi satu menu kak liza prepared masa buka posa kat rumah dia. Huish...sedap sungguh nasi ulam ni, sampaikan kami berebut2 nak makan. Rasanya sungguh segar dgn aroma yg pelbagai. Ulam2 yg kami masukkan - bunga kantan, pegaga, daun kesum, kacang panjang dan terung pipit. Kak liza kata kalau kat malaysia boleh la tambah daun pucuk gajus, daun lemuni...actually any ulam2an will do.

Hmm...agak2 kalau sy guna feld salat atau ricola buat nasi ulam ni, sedap tak?

Bahan2 nasi ulam:

Nasi sejuk (lagi sejuk lagi bagus)
1 mangkuk ikan bilis - digoreng garing dan ditumbuk halus
1 kuntum bunga kantan -ricik halus
1 ikat daun pegaga - ricik halus
1 ikat daun kesum - asingkan daun dr batang, kemudian ricik halus
1 ikat kacang panjang - ricik halus
segenggam terung pipit - ricik halus
cili api (ikut nak byk mana) - ricik halus
Taugeh - celur seketika dan toskan
garam secukupnya

Gaul nasi dgn semua bahan2 kecuali taugeh. Sebaiknya gaul nasi bila hampir waktu nak mkn utk mengekalkan kesegarannya. Taugeh di gaul dlm pinggan individu utk mengelakkan nasi cepat basi.

Wednesday, August 18, 2010

Grilled Lamb with Rosemary & Mint



Yg ini bukan sy masak tapi disediakan oleh kawan sy kak liza masa sy pi buka posa kat rumah dia smlm. Sy cuma tolong grillkan kambing2 itu shj ^_^.

Anyway sy nak rekodkan resepi kambing kak liza ni sbb rasanya mmg best!

Bahan2:

1kg daging kambing (kak liza guna bahagian rusuk, bahagian tengkuk pon sedap)
1 ikat daun pudina - potong halus
1 sudu besar dried rosemary (atau kalau ada yg fresh, guna satu ikat)
1 sudu besar serbuk paprika
1 sudu besar serbuk bwg putih
2 sudu besar minyak masak (atau boleh guna olive oil)
garam secukup rasa

Cara2:

1. Perap kambing dgn semua bahan2 diatas sekurang2nya 3 jam.
2. Panaskan sedikit minyak dlm pan, dan grill kambing sampai masak. Pastikan rempah2 yg melekat atas pan dibuang sebelum grill daging kambing berikutnya. Kalau tak, nanti rempah2 tu akan hangus dan menyebabkan kambing jadi pahit.
3. Kemudian bakar kambing dlm oven dgn suhu 160C selama 1/2 jam.

Siap dihidang.

Puding Karamel

Hari ni sy dijemput berbuka puasa kat rumah kawan memerangkap domestic guru sy, Kak Liza. Disebabkan kak liza dah pesan jgn masak lauk pauk sbb dia nak buat grilled lamb dan nasi ulam, maka sy decided buat puding karamel aje.

Actually sy lemah semangat sikit nak masak jenis masakan by steaming method ni sbb sy xde proper steamer. Buat masa ni, everytime sy nak steam something, sy guna wok sy yg agak besar tu, then letak jaring bertungku, then tutup dgn lid wok. Tapi ada limitation disitu sbb kalau loyang tinggi, alamat, x leh la nak tutup ngan lid tu. Ni la yg terjadi bila sy syok2 tuang adunan dlm bundt pan sy, sekali letak dlm wok x leh lak nak tutup.

So apa sy buat? Cover la ngan aluminium foil. Nasib baik gak puding karamel masak dgn baik.

Then sepatutnya utk mendapat puding yg cantik dan x berlubang, bancuhan susu, telur & gula kena la kacau perlahan guna whisker tapi sy nak cepat, maka sy blended aje semuanya...ye, jgn ikut cam sy...sila masak dgn penuh tekun dan berseni ok?

Resepi sy amik kat Teratak Chetam.

Chetam, sy copy and paste kat sini ye supaya senang org lain nak refer...

1 tin susu cair
1 tin air
5 biji telor
3/4 cawan gula halus
1 t/s esen vanilla

Utk Karamel :
1/2 cawan gula
*Sedikit air

*Cara
Masak gula dalam kuali sehingga cair dan bertukar ke warna coklat (jgn.bagi hangus) kemudian masukkan air dan kacau sehingga gula cair semula. Tuang ke dalam bekas kaca yang hendak digunakan. Panaskan kukusan dan masukkan bekas yang telah diisikan dengan gula hangus. Pukulkan telor + gula + esen vanilla (supaya gula hancur). Jangan pukul dengan kuat atau sehingga telor berbuih sebab nanti puding akan berlubang lubang. Lastly tuangkan susu dan air dan kacau bagi sebati. Tuang dalam bekas kaca yang ada dalam kukusan. Kukus dalam 20 - 30min. Sejukkan dan kalau suka tuangkan mix fruit cocktail diatasnya. Sesiapa yang ada diabetic @ tak suka manis, boleh kurangkan gula dalam adunan sebab bila dah tuang fruit cocktail, air gula yang ada akan menambah rasa manisnya.

Mee Goreng Mamak


Kepada blogger masak2....sy nak tanya la....korang masak mcm2 ari2, makanan x berlebih ke? Sy ari2 dok pening tgk makanan berlebihan2 ari2. Walau ada 4 org dewasa skrg ni dok buka puasa kat rumah ni, makanan byk yg lebih. Maybe sbb ada nasi dan ada juga mee/bihun. Dua2 pon berat. Tapi org yg request mee, request nasi jugak. Sy ngan Liza dah bincang, nasi pas ni kitorg masak 1 pot aje, lauk pon masak budget utk sorang mkn aje?

Amacam?

Utk menu buka posa semalam, sy buat mee goreng mamak . Nasi dan lauk pauk sy perangat je yg the other day punya. Walau mee kuning takde, mcm biasa sy guna spaghetti yg direbus dgn sedikit minyak dan serbuk kunyit.

Resepi sy ikut resepi dr blog Saya Suka Masak.

Tuesday, August 17, 2010

Experiencing BOSCH MUM 4426

Dah lama sy ngidam nak memiliki a proper standmixer, yg kalau kita nak buat buttercream icing ke, atau meringue x payah la sampai lenguh2 tgn nak pegang handmixer. Yg kalau kita biarkan ia ON lama pon, takde la sampai fius terbakar or something like that. Sy penah beli handmixer cikai kat Malaysia sbb nak buat kuih raya, harga kalau x silap RM30 kot. Jangka hayatnya semata2 guna bulan posa thn tu saja...beberapa bulan lepas Raya nak guna, tgk2 la dah x leh ON pon!

Kat sini, masa mula2 sampai, sy dah beli siap2 handmixer jenama CLATRONICS yg berharga 10 Euro ut. CLATRONICS kira jenama cikai jugak la kat Germany ni tapi handmixer yg sy beli ni so far so good walaupun dah diguna berkali2 (dah dekat 2 thn dah). Cuma mcm sy ckp, bila tang nak buat icing ke, or nak buat meringue ke (oh, x penah buat lagi sebenarnya ^_^), jenuh la tgn nak pegang handmixer tu.

Selalu la sy dok berangan2 nak tangkap mixer KITCHEN AID satu. Tapi bila tgk harga dia...mak aii...paling murah pon 300++ Euro. So sy dok simpan angan2 je la. Everytime pi household section kat mall tu, sy pon pi la dok belek2 Kitchen Aid kat situ.


Baru2 ni masa tgh dok pegang handmixer buat kek, cik HB tanya " U nak ke kalau I belikan u standmixer?"

Uik...sy terkejut la...bukan apa, cik HB jarang la nak respond dgn minat memasak sy ni. Sy ada la citer2 pasal stand mixer and kitchen aid before..CERITA aje tau..bukan REQUEST. Tapi dia x penah bg respond.

Tup2 kata nak belikan sy stand mixer...mesti la NAK! tak kisah la kalau bukan Kitchen Aid sekalipon :)

So standmixer yg sy dapat.....BOSCH MUM 4426!


Ok, ianya x semahal dan sehebat Kitchen Aid tapi function-wise, rasanya sama mcm Kitchen Aid. Yg penting ianya adalah universal kitchen machine. Terdapat accessories lain seperti blender, meat grinder, slicer, food-processor, citrus juicer, icecream maker yg boleh dibeli berasingan. Utk set yg sy dpt ni, bukan shj standmixer malahan sekali dgn slicer yg disertakan dgn 3 jenis slicer blades. So yes, sy dah target nak tambahkan food processor dan meat grinder selepas ini!

Dan ini gambar2 dr hasil cubaan dgn BOSCH MUM 4426:

Making cheesecake batter

Uli doh utk burger Malaysia

Fixing slicer

Cutting cucumber

Grating chocolate

Slicer blade utk potongan halus & kasar sayur2an

Slicer blade utk memotong nipis sayur2- cth timun

Slicer blade utk grate coklat/hard cheese/nuts

So in short, sy sgt berpuas hati dgn BOSCH MUM 4426 ini!

Anyway, my biggest thanks goes to my loving husband of course! Cik HB kata ni hadiah sempena ulang tahun perkahwinan kami yg ke-6 Ahad ni. Thanks abang sbb memahami minat I dan sudi nak belikan standmixer ni.

Mudah2an Allah murahkan rezeki cik HB kerana telah menggembirakan hati isterinya :)

Blueberry Cheesecake



Beberapa ari lepas sy nampak Blueberry cheesecake kat blog Ijan. Nampak sgt tempting so dah masuk dlm "Recipe-to-try" list. Kebetulan pula sy mmg ada gelatin halal dr HALALGEL.

Kebetulan pulak smlm cik HB hadiahkan sy dgn standmixer baru - BOSCH MUM4426 sempena our coming 6th anniversary (nanti sy buat entry pasal mixer ni) dan sy sgt teruja la nak test mixer ni. So terus teringat nak buat blueberry cheesecake ni. Lepas dpt mixer, terus pi cari fresh blueberry, cream cheese and bahan2 nak buat Blueberry cheesecake ni.

Sempat la buat utk makan time buka posa. Tak sempat nak snap gambar smlm, hari ni baru snap gambar dgn cheesecake yg dah dimakan 1/3. Tapi walau dah guna mixer baru yg lebih canggih dr handmixer yg sy dok guna sebelum ni pon, kek tetap HODOH gitu ye...huhuhu. Tak lawa mcm cheesecake Ijan.


Utk resepi, ni cut & paste dr blog Ijan:

Resipi Blueberry Cheese Cake

Sumber: Hanamemories

Untuk base (jika suke biskut byk, leh gandakan base nih)-kite doublekan

  • 80g biskut merie or etc -K. hana gune ritz, kite guna digestive
  • 50g butter – cairkan

Untuk Cheesecake

  • 250g cream cheese
  • 200g whipping cream
  • 150g yogurt plain
  • 50g gula – leh add
  • 15g gelatin
  • 60ml air panas
  • 50g buah blueberry tin – kite ikut Kak Hana gune yang segar+ jem
  • 25ml syrup blueberry – bleh gune filling@jem blueberry
  • Hancurkan biskut sehingga menjadi serbuk. Sediakan loyang springform 18cm. Alas loyang dengan plastik wrap atau kertas minyak supaya senang nak keluarkan.
  • Tuang mentega ke dalam biskut. Kacau rata. Tuang ke dalam loyang dan padat2kan. Simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya 30min-sejam.
  • Bancuh gelatin dengan air panas. Kacau sehingga gelatin larut. Suamkan. (atau boleh juga kaedah double boiler utk satukan gelatin nih agar tidak berbiji2)
  • Pukul cream cheese dan gula hingga gula hancur dan nampak gebu. Masukkan yogurt dan juga whipping cream. Pukul lagi hingga sebati. Masukkan gelatin dan pukul lagi hingga rata.
  • Gunakan spatula, masukkan buah blueberry dan juga syrup. Tak perlu kacau sebati sebab inginkan hasil seperti marble. Tuang ke dalam loyang biskut tadi. Dan sejukkan semula di dalam peti ais lebih kurang 2-3jam.
  • Potong dan hidangkan.

Mee Kuah Udang

Ni menu buka posa hari ahad lepas. Masa Mat & Liza ke Frankfurt ari Sabtu tu, diorg belikan udang fresh yg saiznya boleh tahan la jugak besar. So sy terfikir "wah, bestnya kalau buat mee kuah udang"

Resepi sy ambil dr blog kak ummi Home Sweet Home. Terima kasih ye kak! Tapi sy ubahsuai la sikit ikut kesesuaian bahan2 yg sy ada. Hasilnya tetap sedap tau!

Ni cut & paste resepi dr blog kak ummi:

Bahan:-
1 paket mee kuning - rendam, basuh dan celor, toskan.
* sy gantikan dgn sepeket spaghetti, yg drebus dgn sedikit minyak dan serbuk kunyit, kemudian bila dah ala-dente, tos dan basuh dgn air sejuk...so nampak mcm mee kuning.
15 ekor udang sederhana besar
1/4 biji kobis - *sy gantikan dgn bunga kobis
5 batang sawi * tak masuk sbb takde
1/2 batang carrot - hiris memanjang 1 in
1 paket baby corn* tak masuk
4 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
3 sudu besar kicap cair
2 biji telor
sedikit gula
1 biji bawang besar - hiris tebal sikit
garam
Air secukupnya
Hiasan tabur:-
Bawang goreng
Daun bawang
Tomato - hiris nipis

Bahan Kisar:-
3 sudu besar cili kisar * sy agak2 saja sbb tak nak pedas sgt
1 sudu besar cili boh * tak masuk, just jadikan consider as cili kisar juga
2 sudu besar pes cendawan + kentang (Campbells) * sy gantikan dgn semangkuk kecil keledek lecek (lebihan dr kuih cucur badak)
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 biji tomato

Cara Memasak:-
Tumis bahan kisar atas api perlahan. Kacau 8 - 10 minit. Masukkan sos tomato, sos cili dan kicap. Masukkan air secukupnya..jangan terlampau banyak sgt. Kemudian sayuran lobak dan baby corn dulu. Kemudian masukkan udang dan sayuran lain. Masukkan gula dan garam.. Biarkan mendidih lagi, pecahkan telor dan masukkan bawang besar. Kacau kuah dan seimbangkan rasa. Tutup api.

Chocolate Chip Cookies


Ok, ni bukan sbb x sabar2 raya....not meant utk biskut raya pon. Kalau boleh simpan sampai raya, that's good!

Buat biskut ni sbb melayan kerenah sikembar. Hari sabtu diorg nak sgt ikut Uncle & Auntie gi Frankfurt. Sy x bg sbb Mat & Liza nak gi shopping brg, utk bawak balik Malaysia....takkan nak angkut diorg lak. Dah la posa, penat lak nanti melayan kerenah budak dua org tu. Sy lak malas nak pegi, nak cari apa lagi pon...bukan ada bazaar Ramadhan pon kat Frankfurt tu.

So demi nak pujuk diorg, sy ajak la buat chocolate chip cookies ni.

Resepi sy amik kat Joy of Baking.

And cut & paste resepinya:

Chocolate Chip Cookies Recipe:

1 cup (2 sticks) (226 grams) unsaltedbutter,room temperature

3/4cup (150 grams) granulated whitesugar

3/4cup (160 grams) firmly packed light brownsugar

2 largeeggs

1 1/2teaspoons purevanillaextract

2 1/4cups (295 grams) all-purposeflour

1teaspoonbaking soda

1/2teaspoon salt

1 1/2 cups (270 grams) semisweet chocolate chips

1 cup (100 grams) walnuts or pecans, coarsely chopped (optional)


Chocolate Chip Cookies:Preheat oven to 375 degrees F (190 degrees C) with rack in center of oven. Line two baking sheets with parchment paper.

In the bowl of your electric mixer (or with a hand mixer), beat the butter until smooth and creamy. Add the white and brown sugars and beat until fluffy (about 2 minutes). Beat in eggs, one at a time, making sure to beat well after each addition. Add the vanilla and beat until incorporated.Scrape down the sides of the bowl as needed.

In a separate bowl, combine flour, baking soda, and salt. Add the dry ingredients to the egg mixture and beat until incorporated, adding the chocolate chips and nuts (if using) about half way through mixing. If you find the dough very soft, cover and refrigerate until firm (about 30 minutes).

For large cookies, use about a 2 tablespoon ice cream scoop or with two spoons, drop about 2 tablespoons of dough (35 grams) onto the prepared baking sheets. Bake about 12 - 14 minutes, or until golden brown around the edges. Cool completely on wire rack.

Makes about 4 dozen - 3 inch round cookies.

Note: You can freeze this dough. Form the dough into balls and place on a parchment lined baking sheet. Freeze and then place the balls of dough in a plastic bag, seal, and freeze. When baking, simply place the frozen balls of dough on a baking sheet and bake as directed - may have to increase baking time a few minutes.

Sunday, August 15, 2010

Nasi Daging & Air Asam

Ni lagi satu menu buka puasa semalam. Nasi daging ni pertama kali sy makan di bumi Jerman ni la, diperkenalkan oleh kawan sy cik Liza. Kat malaysia pon x tau kewujudan nasi ni...hehehe.

Utk masak nasi daging ni sy refer kat fotopages Hanieliza tapi sy x ikut sukatannya. Sy buat about half aje memandangkan ada kueytiaw hailam juga semalam. Sy cuma guna 3 pot beras. Itu pon x abis sbb kueytiaw hailam yg lebih laku. Harus la jadi menu recycle utk hari ini.

Utk resepi, ini cut & pastenya:

Utk air asam

Bahan:
1 kg. daging....potong sebesar 4 inci dan rebus dgn halia sehingga lembut
6 cawan beras bathmati....bersih dan toskan
8 cawan air rebusan daging
1 cawan susu cair
3 sudu besar minyak sapi
1 tin tomato sup [500 gm tomato cincangkan]
3 susu besar rempah kurma dibancuh dgn sedikit air
2 sudu besar kismis
5 helai daun pandan ..disimpulkan
garam & gula secukup rasa

Bahan tumis
2 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 kuntum buag pelaga
2 labu bawang besar ]
3 ulas bawang putih ] mayang halus atau tumbuk
1 inci halia ]

Cara memasak:
1. Panaskan minyak sapi dalam periuk Rice Cooker
2. Tumiskan bahan tumis dan dimayangkan.
3. Masukkan rempah yang dibancuh dgn sedikit air..biarkan wangi.
4. Masukkan air rebusan daging, tomato sup , susu cair dan daging...biarkan mendideh.
5. Masukkan daun pandan, garam , gula , beras dan kismis
6. Pindahkan periuk Rice Cooker dan biarkan nasi masak saperti biasa.
7. Hidangkan bersama Dalca Sayuran dan Air Asam.

Nasi daging ni sy gandingkan dgn air asam jawa (mesti!), acar timun-karot dan papadom.

Utk air asam:

Bahan2:

3 biji cili masak
3 biji cili api (amaun bergantung kpd kepedasan yg anda mahu)
sedikit belacan
1 biji bawang besar - dipotong dadu kecil (atau dimayang halus)
1 biji tomato - dipotong dadu kecil
air asam jawa secukupnya
garam & gula secukupnya

Cara2:

1. Kisar cili masak, cili api dan belacan dgn sedikit air sampai lumat.
2. Dlm satu mangkuk. satukan bahan kisar bersama bwg besar, tomato dan air asam jawa. Tambahkan gula & garam mengikut citarasa anda.


Kuey Tiaw Hailam


Dah masuk hari ke-5 Ramadhan...semoga puasa anda semua mendapat keberkatan.

Semalam sy masak kueytiaw hailam, bersama dgn nasi daging dgn air asam, dan ada acar timun-karot serta papadom. Kuih pulak sy cuma recycle kuih dr hari sebelum : cekodok pisang, sardin roll dan puding buah2an.

Resepi kueytiaw hailam ni sy cedok dr blog Mat Gebu tapi ada yg sy ubahsuai sbb bhn2 x cukup. Pastu siap terlupa lak nak letak tepung jagung. Tgh2 makan baru teringat...aduyai...Apapon pd sy sedap aje kueytiaw hailam ni.

Ini cut & paste resepinya:

BAHAN-BAHANNYA :-)
1.5 liter air rebusan tulang lembu@ayam
1 keping dada ayam, dihiris - sy guna hirisan daging
1/2 cawan isi udang - tak guna
1 keping fish cake, dihiris - tak guna
1 cawan potongan bunga kobis - tak guna
1 cawan hirisan campuran capsicum merah, kuning dan hujau
3 pokok sawi bok choy, dibersihkan dan disiang
1 biji tomato, belah empat
1/3 batang kobis, belah 2 dan hiris serong - ni sy guna karot sbb bunyi mcm patutnya karot
2 ulas bawang putih, cincang halua
3 camca besar sos tiram
1 camca teh kicap pekat
3/4 camca teh serbuk lada hitam
1 camca teh tepung jagung*
1/4 cawan air*(*dibancuh hingga rata)
Garam secukup rasa

BAHAN LAIN :-)
500 g kuey teow
1/2 camca teh minyak bijan
Hirisan daun bawang, untuk hiasan
Bawang goreng, untuk hiasan
Cili hijau jeruk

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang putih hingga harum, masukkan daging ayam dan lobak merah, kacau rata. Tambah sos tiram, kicap pekat dan serbuk lada hitam, gaul dan tuang stok air rebusan tulang. Biar mendidih.
  2. Masukkan udang, bunga kobis dan fish cake. Biar sekejap dan tuang bancuhan tepung jagung, kacau rata dan masukkan tomato, sawi bok choy dan juga garam secukup rasa. Masak sekejap dengan api perlahan hingga kuah memekat. Matikan api.
  3. Panaskan kuali non-stick, masukkan kuey teow tadi bersama minyak bijan dan kacau pantas selama 30 saat. Matikan api dan alih ke dalam mangkuk hidangan. Tuang kuah tadi dan hias dengan taburan daun bawang dan bawang goreng. Hidangkan bersama cili hijau jeruk...

Wednesday, August 11, 2010

Curry Bun

Amacam puasa anda semua di hari pertama Ramadhan?

Smlm sy kepengsanan...bukan sbb puasa tapi sbb peot pain...ye mokcik bercuti dr puasa...dah bape thn dah x dpt nak berpuasa on the first ramadhan.

Nasib baik kwn sy, liza yg dok bersama sy skrg buat sementara waktu nak tolong masak...kalau x...alamat goreng telur la aje. Bukannya ada kedai or pasar ramadhan nak pi beli makanan!

Ni nak tempek gambar curry bun yg sy buat sehari sebelum puasa. One of my recycling project. guna lebihan inti karipap tapi malangnya inti karipap tu x berjaya juga dihabiskan.


Sejak ada breadmaker, sy cukup suka buat roti. Mana x suka....campak je semua bahan dlm breadmaker, tekan ON dan tunggu sampai siap. Dapur x berkecah ngan tepung and sementara nak tunggu roti tu siap di uli dan naik, sy boleh buat mcm2 keje.

Utk resepi roti sy guna resepi sama utk buat sausage bun. Resepinya boleh tgk kat SINI. Utk inti kentang karipap tu tgk SINI pulak.

Tuesday, August 10, 2010

Salam Ramadhan & Projek Recycle

Insyaallah umat Islam di Jerman ini akan mula berpuasa esok, 11.8.2010. Sy dah berazam puasa thn ni kalau boleh nak solat terawih sebanyak2nya (nak kata cukup sebulan mesti la x boleh kan, org pompuan kena la ´cuti´bila time), baca Quran sebanyak2nya dan cuba mengawal nafsu termasuk la nafsu MAKAN walau dlm kepala dok pk dah juadah buka puasa setiap hari ^_^

Kepada umat Islam seluruh dunia, sy ucapkan selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak...mudah2an thn ini puasa & amalan kita lebih baik dr thn2 sebelumnya.

Dan ckp pasal masak2, tadi sy geledah peti ais yg sgt penuh tu. Banyaknya la leftover2 yg perlu di recycle. Bukan niat sy nak masak berlebih2an tapi sy ada tetamu dirumah, jadinya sy x reti nak budget byk mana perlu dimasak. Kalau family sendiri sy dah boleh budget tapi bila ada tetamu, kalau masak x cukup nanti, kesian kat tetamu so sy selalu masak lebih. Then, kak liza kwn sy pon dok bagi makanan jugak.

Antara yg ada dlm fridge dan apa yg sy plan utk recycle:

1.Sambal sardin - lebihan dinner bila tah...boleh buat sardin roll kot

2. Chapati
Yg ini kak liza bg 2 ari sudah bersama kuah dal. Ada la berbaki 6 keping lagi. Sy dok offer kat org dlm rumah semua x layan. So sy kena cari alternatif lain. Smlm sy google, terjumpa resepi Chili Chapati yg menggunakan leftover chapati. So i think i´m going to do that.

3. Inti kentang karipap
Yg ini leftover dr projek buat karipap last week. Smlm dah buat bun tapi x abis jugak. So mungkin akan buat pau pulak!

4. Inti sambal kelapa
Yg ini pemberian kak liza jugak, lebihan buat cucur badak...mungkin boleh buat inti ikan bakar

5. Inti sambal ikan bakar
Pon lebihan buat ikan bakar sumbat bila tah....harus la buat ikan bakar lagi!

6. Kuah dal & dalca sayur
Kuah dal masakan kak liza utk cicah ngan chapati. Dalca sayur pulak lebihan dr projek nasi beriani kambing. Xpe, leave it in the fridge...boleh buat cicah roti canai.

Oh, tu je rupanya...before list down tadi rasa cam byk tapi rupanya takde la byk mana pon.

Kwn2...kalau ada makanan lebih2 tu jgn buang ok...GO RECYCLE!



Sunday, August 8, 2010

Nasi Beriani Kambing


Sy masak nasi beriani kambing ni hari Jumaat lepas, sempena menyambut kedatangan kawan sy, Zila dr Qatar. Tapi sy x sempat nak masuk dlm blog lebih awal. Kagum la ngan blogger2 masakan yg lain yg boleh update blog setiap hari ngan pelbagai jenis masakan.

Nasi beriani kambing sy masak guna rempah Mutton Biryani Shan. Sy masak ikut arahan kat kotak pembungkusnya. Cuma sy ada tambah sedikit daun pudina dan daun ketumbar utk memeriahkan rasanya (sbb terpengaruh ngan resepi nasi beriani Malaysia).

Rasanya ok, just nasi beriani ni x berderai seperti sepatutnya walhal sy dah ikut sukatan airnya. Maybe sy salah judgement at the part yg nasi kena masak 3/4 lembut tu, sy biar lembut sgt kot!

Bahan2 utk nasi beriani:

750g daging kambing (guna bahagian yg ada daging & tulang) - dipotong sederhana besar
750g beras basmati (dibasuh & direndam 30 minit)
3-4 biji bwg besar - dipotong halus
4 biji kentang - dibuang kulit dan dipotong dua *yg ini sy tak ikut sbb sy masak dalca pon dah ada kentang so sy omit
3-4 biji tomato - dipotong dadu
250g yogurt asli
1 sudu besar paste bawang putih * sy guna 3 ulas bwg putih dikisar
1 sudu besar paste halia * sy guna 1 inci halia dikisar
10 biji cili hijau
3-4 sudu besar jus lemon
250g minyak sapi
1 peket Mutton Biryani Mix Shan

Optional: segenggam daun pudina & daun ketumbar dipotong halus


Cara2:

1. Panaskan minyak sapi dlm periuk dan tumis bawang besar sampai kekuning2an.
2. Masukkan daging, bwg putih dan halia dan goreng selama 1 minit. Kemudian masukkan rempah beriani dan yogurt. Kacau utk beberapa minit.
3. Tambahkan 3-4 cwn air dan kentang ( sy omit this part since sy tak guna kentang). Tutup periuk dan masak dgn api kecil sampai daging lembut. Kemudian tambahkan tomato, cili hijau dan jus lemon. Kacau dan alihkan dr dapur.
4. Utk beras: dlm periuk berasingan, masukkan 10 gelas air dan 2 sudu besar garam, kemudian masukkan beras yg telah direndam. Masak sehingga beras 3/4 lembut. Alihkan dr api dan tapis beras.
5. Masukkan semula 3/4 beras yg dah dimasak kedlm periuk dan tuangkan masakan daging tadi ke atas beras. Kemudian masukkan lebihan beras tadi keatas daging.
6. Tutup periuk dan masak dgn api kecil sampai nasi masak. Kacau rata nasi dan daging. Sy tambah daun pudina dan daun ketumbar.

Nasi beriani kambing ini sy hidangkan bersama dgn kepak ayam goreng berempah dan dalca sayur.

Spaghetti Segera

Kadang2 bila sy lambat nak masak proper lunch (i.e nasi dan lauk pauk) and it´s time anak2 dah nak balik dr sekolah, sy akan reka anything that quick tapi mengenyangkan dan boleh pastikan anak2 makan lunch on time. Utk mak2 yg nak menu segera (tapi bukan mee segera yg pastinya) boleh masak la masak something like this.

Just rebus spaghetti dgn sedikit minyak dan garam sampai ala-dente (sy selalunya boil air dulu guna kettle utk mencepatkan proses). Sementara tu potong 1/2 biji bwg besar dan kobis kecil2 (any vege will do). Potong 2 batang sausage nipis2. Lepas tu panaskan about 2 sudu besar minyak zaitun, masukkan bwg besar sampai kekuning2an. Masukkan sausage dan goreng sekejap. Masukkan kubis dan goreng sampai lembut. Then masukkan spaghetti dan kacau sebati. Tuangkan sedikit sos tomato, kacau lagi. Tambahkan serbuk lada hitam (sy guna fresh ground blackpepper), garam dan serbuk bwg putih secukup rasa. Kacau sehingga sebati. Taburkan daun bawang yg dipotong kecil2.

Siap dlm masa 15 minit!

Saturday, August 7, 2010

French Toast with Cheese

Kalau pagi2 sy terbangun lambat dan cik HB nak rushing ke sekolah, ini adalah menu yg sy selalu buat. Dia pon suka. Nak buat pon sgt senang.

Cara nak buat: pukul 2 biji telur bersama sedikit susu, serbuk blackpepper dan garam. Ambil 2 keping roti toast ( sy guna yg whole meal - lebih berkhasiat!), nak guna American Sandwich pon boleh...letak sekeping cheese in between. Lepas tu celup dlm telur yg dah dipukul....celup full coated.

Panaskan sedikit minyak/butter/marjerin dlm pan, grillkan roti atas pan sampai golden brown. Cheese yg mencair tu akan membuat kepingan roti melekat.

Potong 2 dan hidangkan! Senang kan?

Wednesday, August 4, 2010

Kartoffel Auflauf (Potato Casserole)

Ini adalah menu RECYCLE dan sgt short cut! Cam biasa la, sy suka buat eksperimen demi utk mengitar semula baki makanan yg ada. Sy buat begedil sebelum tu guna kartoffel (potato) puree segera utk menambahkan lauk pauk sbb ada tetamu dtg masa tu. Tapi sy terbuat byk kartoffel puree tu, sy cuma guna less than half utk buat begedil. Then teringat Kak Liza, kwn sy pernah demonstrate kat sy buat Kartoffel Auflaf sebelum ini. Tapi Kak Liza buat from scratch la...guna kentang sebiji2....

Tapi since sy dah ada kartoffel puree ni, sy just guna la apa yg ada. Kartoffel puree ni masa nak buat begedil sy dah letak blackpepper, daun bawang dan cili yg dipotong halus. Utk buat auflaf ni sy cuma tambah 100g creme fraiche (1 becher) dan 1 tin sliced mushroom. Lepas tu kacau sebati.

Lepas tu masukkan dlm bekas casserole, tabur shredded cheese dipermukaan atas dan bakar pd suhu 180C dlm 20 minit (sy tunggu hingga cheese cair dan nampak golden brown).

Menu ini adalah side dish utk menu chicken roasted menu sy.

Roasted Chicken Menu II

Ini menu dinner smlm. Sesekali bertukar kpd menu western la pulak kan. Ayam tu sy marinate ikut suka aje. Salad pulak salad segera yg dah dibeli siap dlm pek, cuma tuang yogurt dressing aje. Then ada Kartoffel Auflauf atau pon Casserole Kentang. Ni pon buat guna method shortcut aje. Hari tu sy buat begedil guna potato puree segera tapi ada byk leftover dan dah x larat nak mkn begedil dah, So sy belasah la buat casserole, cuma tambah Creme Fraiche dan mushroom dlm tin (resepi sy akan letak dlm entry seterusnya). Sos lada hitam pon ada la recycle product. Leftover dr sesi ayam panggang sebelum ni.

Resepinya:

Utk ayam:

6 ketul schenkel (bahagian paha & pinggul mcm gambar diatas)
2 sudu besar serbuk cili
2 sudu besar garlic paste
2 sudu besar ginger powder/paste
2 sudu besar serbuk kurma
1 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk jintan manis
2 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar minyak masak
garam secukup rasa

Gaulkan semua bahan2 diatas dgn ayam dan perap sekurang2nya 4 jam. Sy perap semalaman. Bakar pd suhu 180C sehingga ayam masak (lebih kurang 1 jam)

Resepi sos lada hitam boleh tgk kat SINI.

Cucur Udang Geragau

Pagi semalam, dah x tau nak buat apa utk breakfast, sy buat cucur udang geragau ni. Resepi diadaptasi dr blog Mat Gebu tapi x follow exactly resepi dia sbb resepi mat cucur yg mewah, ada kentang segala, sy buat stail malas tapi gedik jugak nak masuk dlm blog...hehehe (eh, omelette yg simple gitu pon masuk dlm website masak, so what? hahaha)

Utk cucur udang geragau ni, sy buat begini:

Bahan2:

2 cwn tepung gandum
1 biji telur
1 sudu teh baking powder
1/2 biji bwg besar- dicincang halus
1/2 cwn udang geragau kering - rendam dlm air dan cedok udang yg terapung.
1 ikat daun bawang
air suam secukupnya (utk bancuh cucur - ikut kadar kepekatan yg disukai)
garam secukup rasa

Masukkan semua bahan2 dlm mangkuk besar. Gaul sebati. Adunan jgn terlalu keras, atau lembik (senang utk di´jemput´dgn tangan). Goreng dlm minyak sederhana panas hingga kekuning2an. Tos dan hidangkan dgn sos cili.

Sunday, August 1, 2010

Roti Jala & Kari Ayam

Sy buat kari ayam 2 hari yg lepas utk tetamu yg berkunjung ke rumah. Tapi masih berbaki satu periuk kecil. So mcm biasa, sy masukkan dlm freezer.

Then ada krisis ruang dlm freezer. Sy terpaksa mengutamakan stok daging mentah, maka harus la berbuat sesuatu utk get rid the kari ayam dgn cara yg bijak - RECYCLE!

Thus, I made roti jala utk dicicahkan dgn kari ayam.

Utk resepi roti jala sila rujuk SINI.

Utk resepi kari ayam...tunggu entry akan dtg, boleh?

Chocolate Yoghurt Cake


There was no particular reason why I made this cake. It was simply because I would like to try out new recipe, and to get more baking practice as I guess the more I bake, probably the better I would be at baking. Like people say, it's at your finger tip.

I took the recipe from Homecooking.about.com. The recipe did not have any picture enclosed - which something I don't like when taking a recipe from internet...but I had all the ingredients showed and the methods seemed easy.

So why not?

The cake is not really a WOW...but yes, it's tasty. I don't like the texture anyway because when you cut it, it breaks easily. When you eat it, it crumbles all around.


The recipe is as follows (cut & paste version)

Prep Time: 10 minutes

Cook Time: 55 minutes

Total Time: 65 minutes

Ingredients:

  • 1 Tablespoon all-purpose flour
  • 1 teaspoon Dutch-processed cocoa
  • .
  • 2 cups all-purpose flour
  • 2/3 cup Dutch processed cocoa
  • 1-1/2 teaspoons baking soda
  • 1/2 cup butter or margarine (1 stick), softened
  • 1-1/2 cups sugar
  • 2 eggs
  • 1-1/2 cups plain yogurt
  • 1 teaspoon vanilla extract

Preparation:

Mix 1 tablespoon of flour with 1 teaspoon of cocoa and dust the inside of a greased 9-inchBundt pan or tube pan with this mixture, shaking out any excess.

Sift 2 cups of flour and 2/3 cup of cocoa together with the baking soda; set aside.

In a large mixing bowl, cream the butter and sugar together. Beat in the eggs, one at a time. Add the flour mixture alternately with the yogurt, in three parts. Do not overmix. Stir in the vanilla.

Pour the batter into the prepared pan and bake in a 350 degree F/180C oven for 45 to 55 minutes, until a tester inserted in the center comes out clean. Cool for 10 minutes before inverting onto a rack to cool completely.

Yield: 8 to 12 servings