Ini masakan beberapa hari sudah...byk sgt masak , dah x ingat hari apa. Ooppss...tu ada tarikh kat gambar, means ari Khamis lepas. Ni kes lambat update blog la ni.
Asam pedas daging tetel ni lauk famous kat Melaka. Masa dok melaka dulu ada satu gerai makanan ni mmg sy suka asam pedas daging dia. Selalu singgah beli lauk bungkus kat situ. Daging tetel merujuk kepada daging yg berlemak dan ada byk urat (which is x bagus la utk kesihatan kan).
Resepi sy tgk here and there dlm Internet tapi sy ubahsuai ikut kata hati sy. So yg ini versi asam pedas sy:
Bahan2:
500g daging tetel - basuh dan rebus sampai lembut
2-3 helai daun limau purut
air asam jawa secukupnya
1 btg serai - diketuk
garam secukupnya
Bhn2 tumis:
10 tangkai cili kering - dipotong kasar dan direndam dgn air panas
1 biji bwg besar
3 biji bwg putih
2 biji buah keras
3 cm halia
2 cm lengkuas
1 sudu kecil serbuk kunyit
sedikit belacan
Cara:
Kisar semua bahan2 tumis sampai halus. Panaskan minyak dan tumis bahan2 kisar sampai cili garing. Masukkan air asam jawa dan daging rebus (bersama air rebusan). Masukkan serai dan daun limau purut. Biarkan sampai mendidih. Masukkan garam secukup rasa.
No comments:
Post a Comment