Dah masuk hari ke-5 Ramadhan...semoga puasa anda semua mendapat keberkatan.
Semalam sy masak kueytiaw hailam, bersama dgn nasi daging dgn air asam, dan ada acar timun-karot serta papadom. Kuih pulak sy cuma recycle kuih dr hari sebelum : cekodok pisang, sardin roll dan puding buah2an.
Resepi kueytiaw hailam ni sy cedok dr blog Mat Gebu tapi ada yg sy ubahsuai sbb bhn2 x cukup. Pastu siap terlupa lak nak letak tepung jagung. Tgh2 makan baru teringat...aduyai...Apapon pd sy sedap aje kueytiaw hailam ni.
Ini cut & paste resepinya:
BAHAN-BAHANNYA :-)
1.5 liter air rebusan tulang lembu@ayam
1 keping dada ayam, dihiris - sy guna hirisan daging
1/2 cawan isi udang - tak guna
1 keping fish cake, dihiris - tak guna
1 cawan potongan bunga kobis - tak guna
1 cawan hirisan campuran capsicum merah, kuning dan hujau
3 pokok sawi bok choy, dibersihkan dan disiang
1 biji tomato, belah empat
1/3 batang kobis, belah 2 dan hiris serong - ni sy guna karot sbb bunyi mcm patutnya karot
2 ulas bawang putih, cincang halua
3 camca besar sos tiram
1 camca teh kicap pekat
3/4 camca teh serbuk lada hitam
1 camca teh tepung jagung*
1/4 cawan air*(*dibancuh hingga rata)
Garam secukup rasa
BAHAN LAIN :-)
500 g kuey teow
1/2 camca teh minyak bijan
Hirisan daun bawang, untuk hiasan
Bawang goreng, untuk hiasan
Cili hijau jeruk
1.5 liter air rebusan tulang lembu@ayam
1 keping dada ayam, dihiris - sy guna hirisan daging
1/2 cawan isi udang - tak guna
1 keping fish cake, dihiris - tak guna
1 cawan potongan bunga kobis - tak guna
1 cawan hirisan campuran capsicum merah, kuning dan hujau
3 pokok sawi bok choy, dibersihkan dan disiang
1 biji tomato, belah empat
1/3 batang kobis, belah 2 dan hiris serong - ni sy guna karot sbb bunyi mcm patutnya karot
2 ulas bawang putih, cincang halua
3 camca besar sos tiram
1 camca teh kicap pekat
3/4 camca teh serbuk lada hitam
1 camca teh tepung jagung*
1/4 cawan air*(*dibancuh hingga rata)
Garam secukup rasa
BAHAN LAIN :-)
500 g kuey teow
1/2 camca teh minyak bijan
Hirisan daun bawang, untuk hiasan
Bawang goreng, untuk hiasan
Cili hijau jeruk
CARA MEMBUATNYA :-)
- Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang putih hingga harum, masukkan daging ayam dan lobak merah, kacau rata. Tambah sos tiram, kicap pekat dan serbuk lada hitam, gaul dan tuang stok air rebusan tulang. Biar mendidih.
- Masukkan udang, bunga kobis dan fish cake. Biar sekejap dan tuang bancuhan tepung jagung, kacau rata dan masukkan tomato, sawi bok choy dan juga garam secukup rasa. Masak sekejap dengan api perlahan hingga kuah memekat. Matikan api.
- Panaskan kuali non-stick, masukkan kuey teow tadi bersama minyak bijan dan kacau pantas selama 30 saat. Matikan api dan alih ke dalam mangkuk hidangan. Tuang kuah tadi dan hias dengan taburan daun bawang dan bawang goreng. Hidangkan bersama cili hijau jeruk...
No comments:
Post a Comment