Friday, August 20, 2010

Nasi Ulam

Ni lagi satu menu kak liza prepared masa buka posa kat rumah dia. Huish...sedap sungguh nasi ulam ni, sampaikan kami berebut2 nak makan. Rasanya sungguh segar dgn aroma yg pelbagai. Ulam2 yg kami masukkan - bunga kantan, pegaga, daun kesum, kacang panjang dan terung pipit. Kak liza kata kalau kat malaysia boleh la tambah daun pucuk gajus, daun lemuni...actually any ulam2an will do.

Hmm...agak2 kalau sy guna feld salat atau ricola buat nasi ulam ni, sedap tak?

Bahan2 nasi ulam:

Nasi sejuk (lagi sejuk lagi bagus)
1 mangkuk ikan bilis - digoreng garing dan ditumbuk halus
1 kuntum bunga kantan -ricik halus
1 ikat daun pegaga - ricik halus
1 ikat daun kesum - asingkan daun dr batang, kemudian ricik halus
1 ikat kacang panjang - ricik halus
segenggam terung pipit - ricik halus
cili api (ikut nak byk mana) - ricik halus
Taugeh - celur seketika dan toskan
garam secukupnya

Gaul nasi dgn semua bahan2 kecuali taugeh. Sebaiknya gaul nasi bila hampir waktu nak mkn utk mengekalkan kesegarannya. Taugeh di gaul dlm pinggan individu utk mengelakkan nasi cepat basi.

No comments: