Showing posts with label Domestic Tips. Show all posts
Showing posts with label Domestic Tips. Show all posts

Wednesday, November 3, 2010

Domestics Tips: Cuci Microwave

Suka tonton "How Clean is Your House"?

Saya suka sbb selain boleh memotivasikan diri membersihkan rumah sepanjang masa, byk tips2 cleaning yg boleh dikutip dr rancangan ini.

Antara yg paling sy ingat adalah tips cuci microwave. Microwave x kalau x cuci dgn betul, kotor satu hal, bau dia mak aii....

Tuang cuka dlm air panas then rendam satu tuala dapur yg bersih, kemudian perah. Masukkan tuala ni dlm microwave dan ON utk 2 minit. Lepas tu lap bahagian dlm microwave dgn tuala lembap & panas tu. Insyaallah semua kekotoran dlm microwave akan melekat kat tuala tu dan bau busuk, hapak dan masam hilang. Tapi bau cuka la...xpe, bau cuka it's better dr bau2 yg busuk kan?

Kalau ada lemon, boleh perah sekali lemon dlm air cuka tadi. Lagi wangi!

Thursday, October 7, 2010

Domestic Tip: Mengatasi Masalah Nasi Mentah

Baru2 ni sy masak nasi daging. Setelah buat rencah dan buat kuah utk menanak nasi daging tu sy campurkan dgn beras dan masak guna electric rice cooker. Tapi somehow nasi sy jadi mentah even setelah rice cooker indicate nasi dah masak. Tak tau mana silapnya sbb sebelum ni sy buat nasi daging ok aje. Maybe sbb masak byk tapi guna periuk tak cukup besar. Sy pon transfer nasi daging tersebut dlm periuk nasi dan cuba masak atas dapur dgn menggunakan api perlahan.

Tapi tunggu punya tunggu, nasi masih lagi mentah. Nak tambah air, nasi mcm dah lembik cuma still mentah. Next solution, sy call Kak Liza dan minta pendapat. Kak liza ni bak Wonder Woman, sekejap je dia dah sampai rumah sy bersama dgn steamer (sy mmg xde proper steamer).

Kak liza boil air guna kettle then transfer dlm periuk steamer. Kemudian nasi mentah dikukus dlm steamer dan sebiji cili kering diletak bersama. Tujuannya utk mengurangkan kementahan nasi. Lebih kurang 1o-15 minit, nasi mentah tadi masak dgn sempurna. Takde rasa mentah pon.

So kalau anda termasak nasi mentah, boleh la kukuskan nasi tersebut. Lagi satu cara, boleh masukkan dlm microwave, tutup dgn penutup microwave, set selama 5 minit pd MEDIUM. Kalau x masak juga, tambahkan lagi waktu.

Friday, August 20, 2010

Domestics Tips: Basuh Pinggan

From now on, sy rasa sy patut rekodkan tips2 yg berguna when it comes to urusan2 domestics. Maybe berguna utk setgh2 org. Mcm utk sy, bila sy tau certain2 tips, sy rasa lebih mudah bila membuat kerja2 rumah. Kerja2 rumah ni tak penah abis, time consuming dan bila asyik buat benda yg sama, kita yg x berapa nak rajin ni jadi semakin malas (sy la tu!).

Kali ni sy nak share tips basuh pinggan (oh, mesti ada org nak kata...ala, apa sgt la kan pasal basuh pinggan). Sy tak tau la org tapi stail sy basuh pinggan kat malaysia dgn kat sini dah lain. Sebabnya kat Germany ni rate air & gas adalah mahal. Time summer ok la, boleh aje basuh guna air sejuk. Tapi time winter cuba la membasuh dgn air sejuk...mau menggigil dibuatnya. Kalau yg ada dishwasher mungkin x kisah la...campak je semua dlm dishwasher, tekan ON dan biarkan sampai siap. Buat yg xde (mcm sy) kena gak la guna hot water. Kalau time summer sekali pon, bila kita membasuh pinggan mcm kat malaysia (sambil cuci sambil biar air mengalir)...hah, tgk la bil air nanti berapa.

image from HERE

Ini adalah tips2 yg diajar oleh kak liza.

1. Asingkan sudu, cawan, pinggan mangkuk.

Utk menjimatkan air, asingkan sudu2, cwn, pinggan mangkuk. Asingkan juga antara yg kaca dan plastik. Gunakan satu besen besar, bubuh air + sabun pencuci. Rendam cwn2, kemudian cuci bersih. Kemudian takung air dlm sinki (separuh aje) dan transfer cwn2 dlm besen sabun ke dlm sinki. Buka tap dgn air kecil, bilas cwn bersih2. Dgn cara ni, x payah nak gunakan air byk2. Kalau sinki dah penuh dan sinki anda xde lubang drain dibahagian atas, buka sekejap lubang drain dibahagian bawah utk mengalirkan air supaya air x melimpah keluar.

Sambung dgn sudu2 dan pinggan mangkuk lain menggunakan besen sabun yg sama. Pastikan kumpulan yg paling berminyak dibasuh akhir sekali.

2. Rendam dgn air panas

Susah tak nak basuh pinggan mangkuk yg sgt berminyak? Especially yg ada kesan2 lemak terutamanya kambing? Jenuh nak sental dan kena guna sabun yg byk kan utk menghilangkan kotoran degil? Oh, jgn kata anda nak guna AXION pulak! Dok malaysia ok, dok oversea kalu?

Utk pinggan mangkuk mcm tu, ulang tip pertama tapi rendam dgn air panas. Biarkan seketika. Lepas tu sental. Senang aje minyak2 tu tertanggal. Selepas bilas dah xde kesan2 minyak & lemak.

3. Rendam dgn cuka

Lagi satu dulu sy kurang concern bab2 menyental periuk luar dan dalam. Tapi sejak berkawan dgn kak liza, dia sgt menitik beratkan penjagaan periuk. Periuk2 dia berkilat mcm baru beli walhal ada yg dah berusia berpuluh2 thn. Kak liza kata kalau kita x cuci bersih2 bahagian dlm periuk, nanti makanan yg dimasak cepat basi.

Utk periuk2 yg ada kotoran degil melekat dibahagian dlm especially kat bottom, rendam periuk dgn air+cuka. Biarkan semalaman, dan kemudian sental bersih periuk.

4. Gunakan garam

Again pasal periuk, kak liza sering ingatkan sy everytime basuh periuk mesti sental juga bahagian buntut periuk. Kalau buntut periuk dibiarkan hitam dan berkerak2, satu of course la nampak sungguh x cantik periuk tu, satu lagi periuk akan cepat bocor. Dan lagi satu kalau di Germany, rata2 rumah guna electrical cooker jenis ceramic. So kalau buntut periuk berkerak2, boleh merosakkan permukaan cooker.

So kalau buntut periuk anda tu dah hitam berlegam dan walau dah cuba sental dgn dawai pencuci namun tetap x hilang, cuba tabur garam atas buntut periuk tu dan sental dgn dawai pencuci. Kalau kerak sgt tebal, mungkin x hilang dgn cepat. Takpe, buat setakat yg boleh tapi everytime basuh periuk tu, sental lagi dgn garam dan guna pencuci dawai. Insyaallah lama2 hilang. Sy dah buat dan over the weeks, akhirnya buntut periuk sy yg hitam legam dah kembali 80% putih....hehehe.