Tuesday, August 17, 2010

Blueberry Cheesecake



Beberapa ari lepas sy nampak Blueberry cheesecake kat blog Ijan. Nampak sgt tempting so dah masuk dlm "Recipe-to-try" list. Kebetulan pula sy mmg ada gelatin halal dr HALALGEL.

Kebetulan pulak smlm cik HB hadiahkan sy dgn standmixer baru - BOSCH MUM4426 sempena our coming 6th anniversary (nanti sy buat entry pasal mixer ni) dan sy sgt teruja la nak test mixer ni. So terus teringat nak buat blueberry cheesecake ni. Lepas dpt mixer, terus pi cari fresh blueberry, cream cheese and bahan2 nak buat Blueberry cheesecake ni.

Sempat la buat utk makan time buka posa. Tak sempat nak snap gambar smlm, hari ni baru snap gambar dgn cheesecake yg dah dimakan 1/3. Tapi walau dah guna mixer baru yg lebih canggih dr handmixer yg sy dok guna sebelum ni pon, kek tetap HODOH gitu ye...huhuhu. Tak lawa mcm cheesecake Ijan.


Utk resepi, ni cut & paste dr blog Ijan:

Resipi Blueberry Cheese Cake

Sumber: Hanamemories

Untuk base (jika suke biskut byk, leh gandakan base nih)-kite doublekan

  • 80g biskut merie or etc -K. hana gune ritz, kite guna digestive
  • 50g butter – cairkan

Untuk Cheesecake

  • 250g cream cheese
  • 200g whipping cream
  • 150g yogurt plain
  • 50g gula – leh add
  • 15g gelatin
  • 60ml air panas
  • 50g buah blueberry tin – kite ikut Kak Hana gune yang segar+ jem
  • 25ml syrup blueberry – bleh gune filling@jem blueberry
  • Hancurkan biskut sehingga menjadi serbuk. Sediakan loyang springform 18cm. Alas loyang dengan plastik wrap atau kertas minyak supaya senang nak keluarkan.
  • Tuang mentega ke dalam biskut. Kacau rata. Tuang ke dalam loyang dan padat2kan. Simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya 30min-sejam.
  • Bancuh gelatin dengan air panas. Kacau sehingga gelatin larut. Suamkan. (atau boleh juga kaedah double boiler utk satukan gelatin nih agar tidak berbiji2)
  • Pukul cream cheese dan gula hingga gula hancur dan nampak gebu. Masukkan yogurt dan juga whipping cream. Pukul lagi hingga sebati. Masukkan gelatin dan pukul lagi hingga rata.
  • Gunakan spatula, masukkan buah blueberry dan juga syrup. Tak perlu kacau sebati sebab inginkan hasil seperti marble. Tuang ke dalam loyang biskut tadi. Dan sejukkan semula di dalam peti ais lebih kurang 2-3jam.
  • Potong dan hidangkan.

No comments: