Sunday, August 15, 2010

Nasi Daging & Air Asam

Ni lagi satu menu buka puasa semalam. Nasi daging ni pertama kali sy makan di bumi Jerman ni la, diperkenalkan oleh kawan sy cik Liza. Kat malaysia pon x tau kewujudan nasi ni...hehehe.

Utk masak nasi daging ni sy refer kat fotopages Hanieliza tapi sy x ikut sukatannya. Sy buat about half aje memandangkan ada kueytiaw hailam juga semalam. Sy cuma guna 3 pot beras. Itu pon x abis sbb kueytiaw hailam yg lebih laku. Harus la jadi menu recycle utk hari ini.

Utk resepi, ini cut & pastenya:

Utk air asam

Bahan:
1 kg. daging....potong sebesar 4 inci dan rebus dgn halia sehingga lembut
6 cawan beras bathmati....bersih dan toskan
8 cawan air rebusan daging
1 cawan susu cair
3 sudu besar minyak sapi
1 tin tomato sup [500 gm tomato cincangkan]
3 susu besar rempah kurma dibancuh dgn sedikit air
2 sudu besar kismis
5 helai daun pandan ..disimpulkan
garam & gula secukup rasa

Bahan tumis
2 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 kuntum buag pelaga
2 labu bawang besar ]
3 ulas bawang putih ] mayang halus atau tumbuk
1 inci halia ]

Cara memasak:
1. Panaskan minyak sapi dalam periuk Rice Cooker
2. Tumiskan bahan tumis dan dimayangkan.
3. Masukkan rempah yang dibancuh dgn sedikit air..biarkan wangi.
4. Masukkan air rebusan daging, tomato sup , susu cair dan daging...biarkan mendideh.
5. Masukkan daun pandan, garam , gula , beras dan kismis
6. Pindahkan periuk Rice Cooker dan biarkan nasi masak saperti biasa.
7. Hidangkan bersama Dalca Sayuran dan Air Asam.

Nasi daging ni sy gandingkan dgn air asam jawa (mesti!), acar timun-karot dan papadom.

Utk air asam:

Bahan2:

3 biji cili masak
3 biji cili api (amaun bergantung kpd kepedasan yg anda mahu)
sedikit belacan
1 biji bawang besar - dipotong dadu kecil (atau dimayang halus)
1 biji tomato - dipotong dadu kecil
air asam jawa secukupnya
garam & gula secukupnya

Cara2:

1. Kisar cili masak, cili api dan belacan dgn sedikit air sampai lumat.
2. Dlm satu mangkuk. satukan bahan kisar bersama bwg besar, tomato dan air asam jawa. Tambahkan gula & garam mengikut citarasa anda.


No comments: