Monday, July 5, 2010

Homemade Pizza - Mushroom, sausage, tomato topping

Anak sy Nabihah sungguh gemarkan pizza. Selalunya sy beli yg jenis frozen, yg toppingnya pasti la tuna atau sayuran memandangkan itu sahaja yg halal. Atau pun kat rumah sy tambahkan sendiri salami atau sosej yg halal. Harga frozen pizza bg sy xde la terlalu mahal, bergantung kpd jenis yg disukai. Kalau brand murah mcm produk EDEKA atau NORMA, sekeping frozen pizza tuna dlm 1.89 €. Kalau brand terkenal cam Dr. Oetker lebih kurang 2.49€.

Kali ni sy buat all from the scratch. Since sy ada breadmaker, kerja menguli doh adalah amat mudah. Utk 500g tepung, sy dpt 2 keping pizza yg sy buat mengikut saiz based baking pan. Since family sy not a big eater, sy cuma bakar satu keping aje. Sekeping lagi sy balut dgn plastic wrap dan simpan kat freezer.

Utk resepi doh, sy amik dr koleksi Lepak Bersama Mawar. Sy xde linknya...resepi ni sebahagian dr koleksi yg dulu masa sy bekerja, kakak2 clerk department sy sgt la rajin menaip lebih dr 100 resepi. Siap buat satu hard copy utk sy dan koleksi ni sy angkut bersama2 bila dtg ke Germany. Terima kasih to Kak Yati & Kak Chom!

Utk sos pulak, sy cuma guna sos tomato botol shj. Topping kali ni sy guna button mushroom, tomato dan sosej. Dan tentunya ditabur dgn shredded cheese.

Resepi pizza:

Utk doh:

500g tepung gandum
1 sudu besar yis kering
1 sudu besar tepung susu - sy ganti dgn 2 sudu besar fresh milk
1 sudu besar gula
1 sudu teh garam
1 sudu besar serbuk oregano
2 sudu besar minyak zaitun
1 cwn air (boleh tambah kalau adunan terlalu keras)

Layer sos:
3 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar gula
1 sudu teg garam
1 cwn air
1 sudu teh tepung jagung yg dibancuh dgn sedikit air

Topping:

Button mushroom - dipotong nipis
sosej ayam - dipotong nipis
Tomato - dipotong nipis

1.Bahan-bahan utk doh dicampurkan dan diuli. Kemudian biarkan doh naik sendiri.
Jika guna breadmaker: Masukkan semua bahan2 ke dlm breadmaker. Pilih option utk membuat doh (sy punya adalah breadmaker made in germany so optionnya adalah `Teig Kneten´) dan tekan ON. Biarkan sampai siap.

2.Bhn2 utk sos dicampur dlm periuk dan dimasakkan sampai likat.

3. Roll doh mengikut saiz dan ketebalan yg disukai. Sy buat dlm 1 cm dan mengikut saiz based spring foam 28cm.

4. Panaskan oven pd suhu 200C.

5. Sapu sos diatas doh. Taburkan shredded cheese utk memastikan topping melekat pd permukaan pizza. Susun mushroom, sosej dan tomato memenuhi pizza. Kemudian taburkan shredded cheese.

6. Bakar pizza selama 10 minit atau sehingga pizza garing.

No comments: