Friday, July 2, 2010

Sambal Telur Kerutup


Ada hari2 tertentu, bila stok daging/ayam/ikan atau sumber protein lain dah abis dan sy terlalu malas nak keluar einkaufen (shopping), pilihan utama sy tentu la masak lauk berasaskan TELUR!

Kadang2 sy buat gulai kari telur, masak lemak telur, sup telur kentang tp selalunya adalah sambal telur kerutup sbb confirm yg ini selalunya tak meninggalkan leftover. Sy paling x suka leftover tp x suka2 pon sy xkan buang. Terpaksa la sy simpan dlm freezer dan recycle bila sesuai. Yg buat sy x sukanya, freezer sy tu kecik aje dan selalu penuh ngan bahan2 mentah. So sy terpaksa la sumbat sana sini leftover ni.

Sambal telur ni sy masak ikut style sy which is resepinya adalah berikut:

4 biji telur ayam - direbus sampai keras dan dibuang kulit
3 sudu cili kering (yg direbus dan dikisar sampai lumat) - boleh tambah lagi jika suka pedas
1/2 inci belacan
1 biji bawang besar - dicincang halus
2 biji bawang putih - dicincang halus
sedikit air asam jawa
garam dan gula secukup rasa

1. Panaskan minyak (utk deep fry) dan goreng sampai garing telur yg telah dibuang kulit (sampai ada kerutup). Angkat dan tos minyak.
2. Tinggalkan sedikit minyak utk menumis, tumis bawang besar dan bawang putih sehingga kekuning2an.
3. Masukkan cili kisar dan masak cili sampai garing(sampai warna cili menjadi merah gelap)
4. Masukkan belacan dan sedikit air. Kacau rata.
5. Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.
6. Masukkan telur kerutup dan kacau rata.

Siap dihidang.

No comments: