Tuesday, July 20, 2010

Kuih Apam Balik & Geledah Dapur Ramadhan Bersama Ben Ashaari



Petang tadi lepas balik from groceries shopping, cik HB mintak sy buat kuih apam balik. Dah byk kali buat kuih ni, tapi asik x sempat nak masukkan kat dlm blog. Kuih ni senang aje, janji cukup bahan, SIAP! Nasib baik laki ku mintak kuih senang2...senang sikit sy nak jadi isteri solehah...kekeke.

Resepi kuih apam balik ni sy amik dr Myresepi lama dah dulu. Link di sini. Cuma sy buat adjustment sikit...part kacang tanah tu sy ganti ngan almond (apam balik mewah nih! hehehe). Bukan apa, kacang tu je yg ada dlm stok. Pastu kat sini xde jagung berkrim disukai ramai...org2 jemen mengamalkan cara hidup, jagung dlm tin xde apa2 tambahan perasa..natural kononnya, tapi sy blend kan jagung tu dgn sedikit susu and gula. So jadi la ala2 jagung berkrim.



Tapi utk memudahkan korang nak merujuk (kot sapa2 nak merujuk), sy dah cut & paste kat bwh ni:

Bahan-bahan ( 4-5 orang )
  • 2 cawan tepung gandum
  • ½ cawan gula
  • 1 sudu teh soda bicarbonate
  • 1 sudu teh baking powder
  • Sedikit pewarna kuning
  • 1 biji telur
  • 1½ cawan air
  • Sedikit mentega/planta untuk mengoles
  • Bahan tabur : Kacang tanah yang sudah dikisar

Cara-cara

  1. Mesin gula bersama telur hingga kembang,
  2. Masukkan soda, bicarbonate, air dan pewarna kuning. Mesin lagi hingga sebati.
  3. Masukkan tepung dan mesin lagi sehingga sebati. (ADUNAN SIAP)
  4. Oleskan planta di permukaan kuali & tuangkan 1 senduk adunan tadi, kemudian nipiskan.
  5. Biarkan seketika & sementara menunggu masak, taburkan bahan tabur di atas.
  6. Apabila cukup masak, angkat dan dilipat DUA sebelum dipotong.

Dan kebetulan pulak sy ada baca promosi di blog Mat Gebu pasal Geledah Dapur Ramadhan bersama Ben Ashaari. Ni first time sy join aktiviti camni, saja la nak cuba join. Dah nak bulan Ramadhan ni mcm2 promosi kan...kuih raya la, baju raya la...Buat sy yg kat perantauan ni, tak dapek nak jalan2 kat pasar Ramadhan, jln2 kat blog masak2 di bulan Ramadhan ni pon jadik la. Boleh gak dpt idea apa nak masak utk berbuka.

Syarat2 nak join benda alah ni:

1. Buat satu entri dan letakkan banner mcm kat bawah tu dan link kan ke entri Geledah Dapur Ramadhan. Ceritakan dari mana anda dpt resepi tersebut dan kenapa.

Ok, banner dah letak, link pon ada kat bwh tu. Resepi kuih apam balik dah ada kat bahagian atas, beserta link asal resepinya. Kenapa sy buat kuih ni pon dah citer.



Utk link banner ini sila klik di SINI.

2. Letakkan url resepi anda:

Ok, bab ni sy confuse...url manakah yg dikehendaki? Link resepi asal atau link entri apam balik kat blog sy nih?

Kalau utk link resepi asal, link nya di SINI.

Apa2 pon LAYAAAAAAAAAN....

No comments: