Thursday, July 8, 2010

Dalca Daging


Dalca daging ni sy buat beberapa hari yg sudah. Tujuan utama masak dalca ni sbb nak abiskan stok kacang dal yg tinggal dlm 3/4 cwn gitu. Sy cukup x suka nak simpan benda yg tinggal saki baki ni. So before beli baru baik sy cari jalan abiskan kacang dal ni.

Sy ingat nak buat small scale aje, cuma nak masak guna less than half kg daging. Sbb kami 4 org anak beranak aje kan...dah la yg lagi 3 org tu bukannya jenis makan byk (sy sorang aje yg dok pulun makan mcm2!). Tapi bila dah masuk kentang, karot, kacang hijau yg besar ( sy x tau apa nama kacang ni) dan terung, masakan dalca ni jadi seperiuk penuh. Mujur la jugak banyak sbb mlm tu sy ada tetamu berkunjung dan dinner dirumah.

Sy tak ikut any specific resepi utk masakan dalca ni. Semuanya ikut suka sy aje. Resepinya:

Bahan2:

400g daging lembu (or 500g) - dipotong kecil
3/4 cwn kacang dal (ikut suka nak letak 1 cwn pon boleh)
2 biji kentang - dibuangkulit dan dipotong kecil
2 biji karot - dibuang kulit dan dipotong kecil
1 biji terung - di potong kecil
seikat kacang panjang (or any jenis sayuran kacang -buncis or kacang yg sy guna) - dipotong pendek
3 sudu rempah kari daging - dibancuh dgn sedikit air
3 biji bwg merah
2 biji bwg putih
1 inci halia
rempah 4 sekawan - sedikit bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis dan buah pelaga utk menumis
2 cwn santan
1 keping asam keping

Cara2:

1. Rebus kacang dal sampai lembut.
2. Dlm periuk berasingan, tumiskan bwg merah, bwg putih, halia dan rempah 4 sekawan sampai naik bau.
3. Masukkan rempah kari dan kacau sampai garing.
4. Masukkan daging dan kacau sebati dgn rempah kari.
5. Masukkan santan dan kecilkan api. Biarkan daging empuk (sy biarkan dlm 20 minit).
6. Bila daging empuk, masukkan kentang dan karot. Masak sampai empuk.
7. Masukkan terung, kacang dal dan kacang hijau. Masak sampai lembut.
8. Masukkan asam keping dan perisakan dgn garam.

Matikan api dan siap dihidang.




No comments: