Sunday, July 25, 2010

Kerabu Pegaga


Semalam sy ke kedai Asia dan nampak pegaga ni. Teringat satu auntie ni yg masa sy jumpa dia first time (melayu tapi dah lama dok kat Germany), I couldn´t take my eyes off her. Umur dia dah 50-an tapi kulit cantik dan tegang dan somehow sy tau bukan kerana botox (in case kalau org nak kata dia pakai botox la). Sembang punya sembang, baru sy tau dia ni rajin makan ulam especially pegaga.

So la ni sy nak latih diri agar rajin makan ulam (konon2 boleh buat sy ageing gracefully...,muahaha). Dan kebetulan pegaga pon ada ni, so bertambah la semangat (esok2 dah balik mesia, x mkn ulam yg melambak tu x tau la). Harga sepeket 1€ dan byk jugak la. Utk buat kerabu ni, sy guna separuh aje. Lagi separuh ingat nak cicah ngan budu...wooot..woot!

So geledah2 resepi kat internet, sy berkenan ngan resepi kat blog Mari Masak ni. Sebabnya sy ada bahan2 yg diperlukan. Cuma sy ada buat pengubahsuaian sikit la:

Bahan2:

- satu ikat pegaga - dipotong halus
- 1 biji bwg besar - dipotong halus
- 4 biji cili api - dipotong halus
- segenggam udang kering - rendam dan basuh
- sedikit belacan
- sedikit air asam jawa
- kelapa parut digoreng dan di kisar halus - sy guna kelapa kering yg halus, so x payah kisar
- gula & garam secukup rasa

Cara2:

1. Udang kering dan belacan di kisar halus.
2. Campurkan bersama2 pegaga, bwg besar, udang kering, belacan, cili api. air asam jawa & kelapa parut. Perisakan dgn gula & garam secukup rasa.
3. Siap dihidang.

No comments: