Sunday, July 4, 2010

Bihun Goreng


Bihun goreng boleh dimasak pelbagai cara dan boleh ditambah apa jua bahan mengikut citarasa tersendiri. Ini adalah bihun goreng yg resepinya sy minta pd kawan sy Suharti yg selepas sy makan bihun gorengnya, teringat selalu akan kesedapannya. Suharti kata dia selalu buat bihun/mee goreng guna 3 jenis sos - cili, tomato dan tiram. Bahan2 lain ikut kesesuaian si tukang masak nak letak apa.

Resepi bihun goreng ini:

Bahan2:

1 bungkus bihun - direndam dgn air sejuk sampai lembut atau celur dgn air panas kalau nak cepat.
250g udang (boleh gantikan dgn ayam/daging/sotong)
1/2 biji bwg besar - dipotong dadu halus
3 biji bwg putih - dirincik halus
2 sudu besar cili kering yg telah direbus dan dikisar (tambah atau kurangkan mengikut kepedasan yg disukai)
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
1 kiub ayam
sayur sawi - dibasuh dan dipotong (asingkan batang dan daun)
kicap

Utk hiasan:
telur dadar nipis - digulung dan dipotong kecil
Tauhu goreng
daun sup - dipotong halus
cili merah - dipotong serong

Cara2:

1. Panaskan minyak utk menumis. Tumis bwg besar, bwg putih sampai kekuning2an. Masukkan cili kisar dan masak sampai garing.
2. Masukkan udang dan sedikit air jika terlalu kering. Biarkan sehingga udang masak.
3. Masukkan semua jenis sos dan kiub ayam.
4. Masukkan batang sayur sawi. Biarkan sehingga lembut.
5. Masukkan bihun yg sudah dicelur bersama daun sawi. Kacau sebati. Masukkan kicap sedikit demi sedikit sehingga mendapat rasa dan warna yg dikehendaki (kalau masih tawar, boleh tuang sedikit air garam tapi selalunya x perlu sbb kicap,
6. Bila bihun sudah sebati dgn rencah dan cukup rasa masin, angkat dan hidangkan dgn bahan2 hiasan.


No comments: