Hari ni sy cuba berpuasa. Dah lama x berpuasa since sy dah abis ganti puasa masa winter itu ari. Winter adalah masa yg sgt sesuai nak ganti puasa sbb waktu siang singkat. Pukul 4:30pm dah masuk Maghrib. Kalau time summer ni Maghrib kul 9:30pm baru masuk, Subuh lak kul 3 am. So lebih kurang 18 jam gitu la tempoh berpuasa di musim panas ini.
Tapi memandangkan bulan Ramadhan pon x lama lagi dan byk fadilat menunaikan puasa sunat di bulan Syaaban ni, maka adalah baik sy cuba melatih diri utk berpuasa disamping cuba mendapatkan sunat pahala. Alhamdulilah, puasa ari ni ok aje, cuaca pon sejuk, hujan turun renyai2...kalau x sepanjang minggu lepas bumi Germany ni amat panas, dikatakan mencapai suhu 44C disetgh2 tempat dan mencatat rekod terpanas di Germany. Mungkin kesan global warming.....
Dan bila tgh puasa tu, otak pon mula la mereka rasa nak mkn mcm2. Tetiba teringat keropok lekor. Check2 resepi keropok lekor, bestnya bila tgk bahan2 nak buatnya semua ada dlm stok. Dah la baru beli 2kg ikan mackerel 2 ari lepas (frozen la tapi). So jalan la projek keropok lekor.
Cik HB mulanya mcm x percaya je sy nak buat keropok lekor...dia kata keje leceh. Tapi sy x layan kata2 dia. Actually rasa cam senang aje nak buat keropok lekor ni, cuma yg susah part nak siatkan isi ikan dr tulang (kalau ikan rebus senang sikit, tapi ni ikan mentah). Nasib la ikan mackerel ni besar dan x byk tulang. Lepas dah campur semua bahan, sy uli doh guna breadmaker....hehehe, senang keje!
Jgn x tau...cik HB lak excited bila keropok lekor dah siap...siap dia yg upload gambar keropok lekor kat FB...hahaha. Resepi ni mmg bagus, keropok lekor yg siap digoreng mmg ada rupa mcm yg keropok lekor yg dijual, tekstur pon cantik. Tapi malangnya, rasanya terkurang. Sy x reti nak letak garam byk mana. Xpe, lain kali sy letak garam lebih sikit.
Tapi sos pencicah sy x buat la...malas. Sy cicah guna sos thai...sedap gak!
Resepi sy amik dr Blog Resepi.
Cut & paste resipi dr situ:
- 1kg ikan selayang/ kembung (kite guna tune in oil, 2 x 185gram) - sy guna 2 ekor besar ikan mckerel
- 5-10 ulas bawang putih - sy guna 2 sudu besar serbuk bwg putih
- 1kg tepung ubi/kanji (kite guna 200 dl potato flour)
- 2 cawan tepung gandum (kite guna 1 cawan jer)
- 1 sudu kecil baking powder
- Garam secukup rasa
- Perasa
- Air
- Asingkan isi ikan dari tulang.
- Kemudian blender isi ikan bersama bawang putih dan sedikit air. Terpulang samada nak blender kasar atau halus kemudian tuang kedalam bekas.
- Masukkan sedikit garam, perasa, serbuk penaik dan tepung. Gaul sehingga tidak lekat pada tangan. Kalo lekat, tambah tepung kanji lagi. Adunan jangan terlalu keras dan jangan terlalu lembik. Sedang² ler asal boleh uli…
- Sapukan tangan dengan sedikit minyak. Ambil sedikit adunan dan hempaskan ke atas meja bersih agar adunan mampat dan lembut (kalo ada yang nak release tension bleh la sambil²… Hehehehe). Barulah uli bentuk memanjang. Kalo ada mesin adunan yang sesuai tak perlu la hempas yer… - sy masukkan dlm breadmaker dan uli selama 1/2 jam
- Dalam periuk, didihkan air bersama sedikit minyak agar keropok lekor tidak lekat antara satu sama lain. Kemudian masukkan keropok lekor tadi. Keropok lekor akan terapung di permukaan air apabila dah masak.
- Bila dah timbul angkat dan tos. Sejukkan dan potong ikut citarasa memasing. Goreng dan siap untuk dihidangkan.
Keropok yg siap direbus tapi belum goreng
2 comments:
iskk teruja plak nak buat keropok leko ni neni... tapi takdak ikan plak, hehehe..
Chi
chi, sorry x perasan ur komen ni...
takpe chi, without fresh fish pon boleh buat...ada gak org guna canned tuna buat jeropok lekor ni.
Post a Comment