Sesekali kalau dah bosan makan nasi, saya akan masak menu ala2 western. Antaranya ayam panggang yg disertai ngan 1-2 jenis side dishes. So yg diatas adalah roasted chicken yg di perap dgn thyme, paprika, garam dan pepper. Saya belasah aje bahan2nya sbb masa tu sy malas nak godek2 resepi di internet. Dan utk sos, sy buat sos lada hitam yg sy dpt resepinya dr Myresepi. Then side dishes, sy buat baked potato yg dimakan ngan sos bawang putih yg dicampur ngan yogurt (yg ini sy guna sos ready made aje). Dan salad pasta.
Roasted Chicken:
Bahan2:
- 4 bahagian ayam yg telah dicuci bersih - sy guna bahagian peha dan rusuk (kat sini dipanggil schenkel)
- 2 sudu makan dried thyme - kalau ada fresh thyme lg bagus
- 2 sudu makan serbuk paprika
- 1 sudu mkn serbuk lada hitam
- garam
Gaul semua bahan2 dan perap ayam selama 1 jam. Lagi lama lagi bagus. Selalunya sy biarkan semalaman. Panaskan oven pd suhu 220C. Kemudian masukkan ayam yg dah diperapkan dan bakar lebih kurang 45 minit ke 1 jam. Periksa ayam samada sudah betul2 masak sebelum dikeluarkan dari oven.
Sos Lada Hitam
Sumber: Myresepi
· 2 sudu butter
· 1 1/2 sudu tepung gandum
· sebiji bawang besar(potong dadu)
· sebiji tomato (potong dadu)
· seketul kiub ayam knors
· 2 cawan air
· sedikit kicap pekat
· sedikit sos cili/sos tomato
· garam dan gula secukup rasa
· 1 sudu lada hitam(tumbuk halus)*boleh lebihkan amaun ikut selera
Cara:
- Cairkan butter dengan api kecil.
- Apabila cair masukkan tepung gandum dan kacau sehingga perang
- Kemudian masukkan bawang dan kacau sehingga naik bau wangi.
- Masukkan kiub ayam dan kacau.
- Masukkan air tadi dan kacau. Tambah sos cili(amaun ikut suka nak pedas atau tidak). Kacau hingga sebati.
- Tambahkan kicap pekat sedikit demi sedikit. PERHATIAN jgn sampai hitam sgt, agak2 kecoklatan dah cukup.nanti tk cantik bile dihidang..apabila masak sos akan lebih likat dan hitam.
- Masukkan tomato yang telah dipotong dadu tadi dan kacau
- Tambahkan sedikit gula dan garam secukup rasa
- Masukkan lada hitam yang telah ditumbuk tadi sedikit demi sedikit. Kacau hingga menggelegak.
- Jika sos kurang likat, masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air sedikit demi sedikit sehingga agak-agak likat.Apabila sejuk sos akan lebih likat.
Saya suka sgt ngan resepi ni. Sangat mudah dibuat.
Baked Potato
- Ambil beberapa biji kentang, basuh dan kemudian balut setiap satu dgn kertas aluminium. Panggang bersama dgn ayam tadi. Kentang adalah siap dimasak jika lembut bila dicucuk dgn garfu.
Utk makan, belah dua kentang dan tuang sos bawang putih yg dicampur dgn yogurt.
Salad Pasta
Bahan2:
- 2 cawan pasta - sy guna jenis twisted, any type will do.
- 1 biji tomato - dipotong dadu
- 1/2 biji timun - dibelah dua, dan dihiris nipis
- sedikit daun salad - dihiris
- sedikit olive oil
- garam
- white pepper
Cara:
Rebus pasta dgn sedikit minyak sehingga lembut. Toskan. Campur semua bahan2 diatas didalam mangkuk salad dan gaul sebati. Perisakan dgn garam dan white pepper.
1 comment:
Salam Neny,
Menarik nampak...Bo le akak cuba lak lepas ni. TQ..sebelum ni pun ada dah cuba menjadi gak..Simple tp sedap...TQ
Post a Comment