Saturday, January 9, 2010

Bubur Jagung & Keledek


Cik HB sy adalah peminat bubur yg tegar. Jadinya walaupun sy kurang gemar akan makanan manis, selalu la jugak sy masak bubur demi suami tercinta (*wink2*)

Antara bubur yg mudah dibuat adalah bubur jagung yg kadang2 sy campur keledek dan kalau musim ada labu, sy campur labu juga. Dan utk lebih sensasi, sy campur dgn biji sagu juga.

Dan disini, sy kurangkan penggunaan santan tetapi lebihkan susu segar. Sebabnya santan adalah mahal disini, dan santan yg berlebihan adalah tidak bagus utk kesihatan kan?

Utk bubur versi saya ini, resepinya adalah:

Bahan:

- 1 tin jagung manis
- 1 biji keledek
- 1 peket kecil biji sagu
- gula pasir/gula melaka (amaun mengikut rasa manis anda)
-sehelai daun pandan
- 1/2 tin santan pekat
- 1 gelas susu segar

Cara2:

- Kupas kulit keledek dan potong mengikut saiz yg bersesuaian. Rebus dgn sedikit air sehingga lembut.
- Masukkan santan pekat kedalam periuk berisi keledek rebus. Didihkan dgn api sederhana.
- Masukkan daun pandan yg disimpulkan kedalam periuk.
- Masukkan biji sagu dan jagung. Masak sehingga biji sagu kembang.
- Tambahkan gula mengikut kadar kemanisan yg disukai.
- Tambahkan susu dan masak sehingga mendidih. Kacau sesekali utk mengelakkan kuah berketul2.

No comments: