Thursday, January 21, 2010

Ayam Percik


Saya dah lama mengidam nak buat ayam percik sendiri. Sebenarnya nak kata mengidam nak makan tu xde la sgt cuma sy nak try buat sendiri. Tapi cik hubby pon suka ayam percik. So try masakan2 yg dia suka makan, berbaloi la jugak tapi kalau x menjadi sendiri mau ingat la!

Saya amik resepi dari Myresepi. Senang aje buat rupanya. Saya salin resepi dah lama tp x buat2 sbb rasa mcm complicated. Tu lah...tak cuba tak tau kan?

Resepi:

- 4 bahagian ayam ( saya guna bahagian paha bersama rusuk. Kat sini dipanggil schenkel - bahagian ayam yg paling murah)
- 1 1/2 cawan santan pekat ( saya guna 1 tin besar santan)
- 1 labu bawang besar
- 2 cm halia
- 2 batang serai
- 1 sudu kecil ketumbar ( sy guna serbuk)
- 1/2 sudu kecil jintan putih ( sy guna serbuk)
- 1/2 cawan tepung beras
- 3 sudu cili kisar (amaun bergantung kepada kepedasan yg disukai. Sy kurangkan sbb cili kering kat sini agak pedas)
- sedikit asam jawa atau asam keping
- garam dan gula secukup rasa

Cara2:

1. Kisar bawang, halia, serai, ketumbar dan jintan. Perapkan dgn ayam (lagi lama lagi bagus, sy biarkan semalaman)
2. Masukkan ayam yg diperap bersama tepung beras yg digaul sekali dgn santan, garam, cili dan lain2 kedalam periuk. Masak sehingga ayam suku masak dan kuah menjadi pekat.
3. Angkat ayam bersama sedikit kuah dan masukkan dlm loyang pembakar.
4. Bakar dalam oven dgn suhu 200C selama 1/2 jam atau sehingga ayam masak.

No comments: