Tuesday, January 12, 2010

Karipap


Karipap mmg kuih kegemaran sy. Kalau dulu, setiap pagi sy boleh sarapan dgn 3 biji karipap on the go. Kalau x mengenangkan diri yg senang gemuk, lebih dr 3 biji pon sy sanggup makan. Tapi cuma karipap inti kentang aje yg sy suka. Kalau inti keledek, sy kurang gemar. Rasa mcm x kena aje rasa manis2 keledek tu dgn karipap.

Sejak duduk di Germany ini, kerap kali sungguh sy membuat karipap. Sebabnya sy dah belajar cara senang dan sedap utk membuat karipap dari seorg kawan yg dah menetap lama di Germany ni. Dan mujur la sy ada bawa acu karipap dr malaysia. Takde acu pon xpe sebenarnya tp utk org yg x hebat cam sy, tanpa acu nanti karipap ada pelbagai saiz. Ada kecik, ada besar...kan tak best!

Utk kulit karipap, sy guna butter instead of minyak sbb dgn butter kulit karipap lebih gebu dan rangup. Dan utk inti sy lebih suka guna minced meat (daging cincang) sbb lebih cepat dimasak dibanding dgn daging yg dipotong kecil.

Then even with acu pon, sy masih lg buat kelim karipap. Sbbnya kalau x kelim, bukan saja x cantik tp karipap pon senang terbuka masa digoreng.

Selalunya sy akan buat karipap dgn 1 kg tepung dan 2kg kentang dan dgn acu saiz sederhana boleh menghasilkan lebih kurang 60 biji karipap. So, boleh la di sejuk-bekukan utk simpanan dan boleh juga bg kat kwn2.

Cara2 membuat karipap ini:

Bahan2:
Utk kulit karipap:
- 1kg tepung gandum
- 1 buku butter (250g)
- 2 sudu teh garam
- air sejuk

Cara2:

1. Cairkan butter di dalam pan.
2. Dalam mangkuk besar, gaul tepung dan garam hingga sebati.
3. Tuangkan butter yg sudah dicairkan ke dalam tepung. Gaul rata.
4. Tambahkan air sejuk sedikit demi sedikit sambil menggaul adunan tepung. Gaul sehingga tepung tidak lg melekat di tangan dan bekas. Jika terlebih air, tambah tepung.
5. Uli doh seketika utk menjadikan ianya lembut dan sekata. Buat satu doh besar.
6. Tutup bekas berisi doh dgn pembalut plastik dan simpan didalam peti sejuk (bahagian fridge, bukan freezer) selama 1-2 jam.

Inti karipap:

Bahan2:

-2kg kentang
-300g daging kisar (boleh juga guna ayam yg dipotong kecil2)
- 3 sudu makan rempah kari daging - dibancuh dgn sedikit air utk dijadikan paste
- 4 biji bawang merah atau 1/2 biji bawang besar - dipotong dadu
- 2biji bawang putih - dicincang halus
- 1 sudu makan daun kari
- 2 sudu makan sos tiram (oyster sauce)
- daun seleri - dicincang halus
-2 sudu makan minyak utk menumis

Cara2:
1. Buang kulit kentang, basuh bersih dan potong dadu berukuran 0.5 cm.
2. Rebus kentang dgn sedikit garam. Bila kentang separa lembut, angkat dan toskan.
3. Panaskan minyak utk menumis. Tumis bawang putih, kemudian bawang merah dan daun kari sehingga wangi.
4. Masukkan rempah kari dan biarkan seketika. Tambah air jika terlalu kering.
5. Masukkan daging kisar. Kacau sebati dgn rempah dan biar sehingga daging masak.
6. Masukkan sos tiram. Kacau sebati.
7. Masukkan kentang yg sudah direbus dan kacau sebati.
8. Bila kentang sudah lembut, matikan api.
9. Masukkan daun seleri dan kacau sebati.
10. Perisakan dgn garam jika ianya masih tawar. Selalunya x perlu sbb kentang sudah direbus dgn garam dan masakan juga mengandungi sos tiram.

Utk membuat karipap:

1. Keluarkan doh dr peti sejuk. Bahagikan doh kepada saiz2 yg lebih kecil bersesuaian dgn saiz acu.
2. Gelek satu doh yg kecil. Jgn gelek terlampau tebal atau nipis. Letakkan ia diatas acu.
3. Isikan inti bersesuaian dgn saiz doh. Jgn isi terlalu byk sbb boleh mengakibatkan karipap pecah semasa digoreng.
4. Kepitkan acu. Keluarkan karipap dari acu dan kelim tepi karipap utk memastikan karipap tidak terbuka semasa digoreng dan utk nampak lebih cantik.
5. Susun karipap diatas dulang yg telah disapukan minyak atau dilapik dgn baking paper utk mengelakkan karipap melekatkan di atas permukaan dulang sebelum digoreng (kalau x, bila diangkat karipap senang pecah)
6. Ulang proses 2-5 hingga semua doh habis.
7. Panaskan minyak utk menggoreng karipap.
8. Goreng karipap sehingga kekuning2an atau garing mengikut suka.

Nota: Utk karipap sejuk-beku, bg mengekalkan bentuknya dan supaya mudah disimpan, goreng karipap sehingga kulitnya sedikit keras (jgn sampai garing atau kekuning2an) dan sejukkan. Selepas sejuk bolehlah dimasukkan kedalam plastik dan disimpan di bahagian freezer.

No comments: