Sunday, February 20, 2011

Rendang Ayam ADABI


Zaman sy membesar, rendang hanya available bila time raya aje. Selain dr time raya, takde la mak sy rajin nak merendang. Dulu rasa buat rendang cam sgt la complicated. Dgn nak blend cili, kupas bawang, halia, lengkuas...masa tu anak dara kan, so rasa sgt malas la bila kena tolong mak kat dapur buat mcm2, jadinya semua benda rasa mcm susah aje.

Skrg, x payah tunggu raya, bila2 pon boleh buat rendang. Skrg byk benda segera. Cam serbuk rendang ADABI ni, mmg senang la kalau nak buat rendang. Ini pemberian kak liza - last time dia balik dari malaysia, mcm2 rencah dan makanan kering dr malaysia dia bawak balik.


Tapi serbuk rendang ni takde la short-cuts byk pon. Still kena prepare bwg, halia, lengkuas, dan lain2 cuma x payah nak masukkan cili kisar dan rempah lain2 sbb semuanya dah terkandung dlm pek serbuk rendang ni. Rasa pon sedap, tak pedas sgt, budak2 pon boleh makan.

Resepi dr pek pembungkus dan sedikit pengubahsuaian:

30g (1 pek kecil) serbuk rendang ADABI
600g (15-30 ketul) ayam
50ml (1/4 cwn) minyak masak - utk menumis
20g (1 sudu makan) kerisik
350ml (1 1/4 cwn) santan
10 -15 biji bwg merah* (sy guna 3 biji bwg besar)
3 ulas bwg putih*
1 btg serai - potong halus*
2 inci halia*
3 inci lengkuas*
1 btg serai - diketuk
55g (2 sudu makan) gula perang atau gula putih (ikut citarasa)
1/2 sudu teh pes asam jawa
air secukupnya
garam secukupnya
1 helai daun kunyit - dimayang halus
5 helai daun limau purut - dimayang halus


Cara2:

1. Kisar halus bahan2 bertanda*.
2. Sediakan 350ml santan pekat, kemudian campurkan dgn 1 cwn air.
3. Dlm mangkuk lain, masukkan serbuk rendang ADABI, bahan2 kisar tadi bersama 1 cwn air. Kemudian gaul sebati dan biarkan sebentar.
4. Panaskan minyak masak dan tumis camouran bahan2 kisar dan rempah tadi sehingga naik bau. Masukkan serai yg diketu, tumiskan sampai wangi dan pecah minyak. Kacau sentiasa utk mengelakkan bahan tumisan hangit dan berkerak.
5. Masukkan larutan santan pekat, kerisik, gula merah, pes asam jawa, bersama ayam. Didih dan kacau diatas api perlahan sampai pekat. Kemudian masukkan garam secukup rasa dan taburkan hirisan daun limau nipis dan kunyit.

No comments: