Sunday, February 6, 2011

Blueberry Cheesecake Gateau


Disebabkan fresh blueberries masih lagi berbaki selepas buat Blueberry & Lemon Friands hari tu, sy pon mencari2 la resepi blueberry yg lain. Selak2 buku BBC Food - 101 Cakes & Bakes, nampak la resepi Blueberry Cheesecake Gateau. Basically, ianya adalah kek mentega yg dilapisi cream cheese frosting kemudian di taburi dgn blueberries as the topping.


Resepi:

Bahan2 utk kek:

225g tepung naik sendiri
1 sudu teh baking powder
200g mentega (pd suhu bilik)
4 biji telur saiz besar
2 sudu teh vanilla extract
1 sudu makan susu segar

Bahan2 utk filling & hiasan:

400g cream cheese
parutan kulit dr 2 biji limau nipis dan jus dr 1 biji limau nipis (sy gantikan dgn lemon)
100g gula icing
200g blueberries atau secukupnya



Cara2:

1. Panaskan oven pd suhu 180C. Sapukan mentega pd bekas acuan kek.
2. Ayak tepung bersama baking powder. Ketepikan
3. Pukul mentega dan gula sampai kembang dgn electric mixer kemudian masukkan telur satu persatu. Pukul sampai kembang. Masukkan vanilla extract.
4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau adunan sampai sebati. Masukkan susu.
5. Tuang adunan kedalam acuan kek dan bakar selama 50-60 minutes atau check dgn lidi kayu dgn mencucuknya ke bahagian tgh kek. Kek masak bila lidi yg ditarik keluar bersih (tak melekat2 dgn adunan).
6. Sejukkan kek dan kemudian potong kepada 3 lapis. Lapiskan setiap lapisan dgn cream cheese frosting dan kemudian letakkan buah blueberries di bahagian atas.

Utk frosting:

Pukul cream cheese sampai lembut, kemudian masukkan parutan kulit limau, jus dan gula icing.


No comments: