Monday, July 29, 2013

Cheesy Mince Meat Puff Muffin


Ni dah lama dah buat. Tapi dok x sempat nak masukkan dalam blog. A recipe inspired from Pillsbury.Com. Resepi asal is called Breakfast Quiche To Go. Tapi resepi tu guna frozen spinach...kat Mesia mana nak cari frozen spinach? Kalau Cold Storage mungkin ada kot tapi kat Melaka ni I don't know where to find.

So kita pon ubahsuaikan bahan2nya. Yang penting konsep, iaitu guna frozen puff. Saya guna brand Kawan, yg tu aje pon yg jumpa. Untuk filling, saya tumis bawang Holland (yg dicincang halus) guna minyak zaitun, then masukkan daging kisar. Perisakan dengan serbuk lada hitam, sedikit serbuk oregano dan garam. Masukkan cendawan butang (dalam tin) yang dicincang kecil2. Bila dah cukup rasanya, matikan api.

Sebelum tu jangan lupa panaskan oven pada suhu 180C. Kemudiankan sediakan muffin pan yg disapu dengan minyak atau butter supaya tak melekat. Saya guna puff saiz kecil so saya masukkan sekeping kedalam setiap muffin pan. Then isikan filling yg dah dimasak tadi. Dan kemudian taburkan grated cheese (saya guna cheese utk buat pizza). Bakar selama 15-20 minit, berdasarkan kegaringan pada puff.

Sedap dimakan dengan sos cili.

No comments: