Waaa...lama sungguh tak update blog, dah 3 bulan rupanya!
Sejak balik Malaysia 2 bulan sudah, aktiviti masak2 sempoi sungguh la. Bukan la x memasak langsung, masak tapi takat lauk2 biasa yg resepinya mmg dah ada dlm blog ni. Lagipon kalau teringin nak makan apa2 yg malas dimasak, pegi kedai je jawabnya! Kat malaysia mmg syurga makanan betul la, ckp je nak makan apa, rajin mencari insyaallah jumpa. Bukan mcm time kat Jerman, teringin nak mkn apa2, usaha la cari resepi & bahan2 sana sini.
Cuma döner kebab mcm kat kedai Turki jerman je la yg tak jumpa laginya :(. Pulak tu boleh dok sebut2 lak dek sikembar!
So utk kembali menyemarakkan blog nan satu ni, meh tgk resepi udang bakar blackpepper ni. Dah lama dah buat masakan ni tapi tak termasuk2 gak kedlm blog. Ni resepi recycle sbb ada lebihan udang bakar masa gi berkelah kat Teluk Senangin ngan famili Kak Liza and Mat/Liza. Oh, kawan2 baik sy masa di Jerman ni sedang bercuti kat malaysia. So mid-May aritu kami semua berkumpul kat Teluk Senangin utk reunion. Cik Dee beli udang, ketam, sotong & ikan utk buat BBQ tepi pantai dan semuanya fresh dr laut! Mmg sedap tapi sbb byk tak habis la dimakan. Tu yg sy dibekalkan dgn udang bakar utk dibawa balik Melaka.
Balik rumah, punggah2 peti ais jumpa cendawan shitakee then fikir punya fikir, gabungkan je la udang bakar dan cendawan shitakee buat masak blackpepper guna sos blackpepper Sarawak. Cara masak? Ikut common sense aje ^_^.
Sedap ok! Bukan sebab sy pandai masak tapi sos lada hitam sarawak mmg marvellous. Kalau masak guna udang goreng pon ok rasanya.
Resepi:
Bahan2:
- 300g udang harimau bakar/goreng (diperap dgn garam & kunyit sebelum dibakar/goreng)
- 2 ulas bawang putih - dicincang halus
- 1/2 biji bawang besar - dicincang halus
- 1 mangkuk kecil cendawan shitake - dihiris nipis
- sedikit kacang buncis - dipotong pendek serong2
- 1 biji tomato - belah 6
- 2 sudu besar sos lada hitam Sarawak
- garam secukup rasa
Cara2:
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih & bawang besar sampai naik bau.
2. Masukkan sos lada hitam dan sedikit air. Biarkan sampai menggelegak.
3. Masukkan kacang buncis dan cendawan shitake, masak sekejap.
4. Masukkan udang bakar dan tomato. Kacau rata dan perisakan dgn garam. Masak sebentar.
Hidangkan.