Monday, June 6, 2011

Lala Masak Serai




Semalam, masa lepak2 kat rumah abg ipar, belek2 buku Koleksi Resepi Bonda. Nampak resepi lala masak serai. Just browse gitu2 aje. Then lepas tu gi Mydin nampak lala, so teringin lak nak makan lala masak serai tu. Disebabkan resepi tak berapa nak ingat, yg ingat cuma serai, maka sy pon belasah aje la.


Lala masak serai ni mmg mendapat sambutan hangat dr cik HB dan anak2. Masak dekat 1kg (tapi tau2 je la, yg byk cengkerang, isi ciput aje), habis dimakan masa lunchtime. Konon nak simpan utk dinner, mmg takde harapan.

Resepi:
Bahan2:

1kg lala - dibasuh bersih
5 batang serai - dipotong halus *
3 biji cili masak *
3 ulas bawang putih*
garam secukup rasa

1. Kisar halus bahan2 bertanda *.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan2 yg dikisar. Masak sampai naik bau. Masukkan sedikit air kalau tumisan terlalu kering.
3. Masukkan lala. Kacau sebati dgn bahan2 tumis. Biarkan masak sebentar. Kalau nak kuah lebih, masukkan lagi sedikit air (sy suka yg sedikit kering). Perisakan dgn garam.

Hidangkan.

3 comments:

ZaRisMa................Hannover, Germany said...

Hai lama dah tak bersiaran.....Lala memang sedap masak simple camni. Kalo ada bawang putih & serai, potong sikit daun bawang mmg dah sedap sgt dah. Manis lala tu akan menyerlah....Best tu....

Neny said...

hehehe...terima kasih la sbb sudi menjengah blog yg ala2 hidup segan mati x mo ni...akak pon dah lama x update blog masak tu...nape?

Letak daun bawang lagi sedap eh? ok, next time boleh try, TQ!

Neny said...
This comment has been removed by the author.