Wednesday, October 19, 2011

Sotong Masak Lemak Cili Api


Owh! Sudah lebih 4 bulan x update blog ni. Rindu sesangat nak masak mcm2 tp alkisahnya sejak Julai, sy tak sihat disebabkan nak menambahkan org baru dlm family. Alahan yg sgt teruk sampai x lalu nak makan apa2, masuk dapur pon x sanggup apalagi nak masak!

Skrg, alhamdulilah, keadaan dah bertambah baik walau ada lagi rasa loya2 tapi at least boleh la masak menu ringkas2. Tapi menyiang ikan masih x sanggup, dan cik HB yg uruskan bab2 menyiang ikan sbb itu syarat sy kalau dia nak makan ikan yg jenis kena siang. Kalau sy, sy resorted to udang, sotong, daging or ikan yg jenis kita beli dah siap potong. Oh ya! sejak pregnant, sy alah ngan ayam. Langsung tak boleh makan ayam. So nampaknya sepanjang mengandung, menu ayam mmg takde la dlm menu harian. Maaf la ye suami n anak2, kalau nak makan ayam, makan kat kedai je la ye!

Ni sotong masak lemak cili api consider antara masakan ringkas senang dimasak. Sy tak buat pekat sgt sbb nak jaga kandungan kolestrol. Takut nanti berat badan naik berlebihan masa mengandung ni.

Resepi:

500g sotong putih
2 biji bwg merah*
1 ulas bwg putih*
4 biji cili api* (kalau nak pedas tambah lagi, sy tak buat pedas sgt sbb anak2 nak makan)
1 sudu kecil serbuk kunyit* (kalau ada kunyit hidup lagi sedap)
1/2 pek santan kotak saiz 200ml (kalau nak pekat, tambah lagi)
1 btg serai - diketuk
1 biji tomato besar - dipotong 6
1 helai daun kunyit - dipotong kasar2
garam secukup rasa

Cara2:

1. Kisarkan bahan2 bertanda * (kalau rajin, tumbuk dlm lesung, lagi sedap. Mak buyung malas..hehe)
2. Masukkan dlm periuk bersama dgn 2 cwn air. Masukkan santan dan serai yg dah diketuk. Masak pada api sederhana. Kena kacau sentiasa utk mengelakkan santan naik minyak.
3. Bila dah mendidih, masukkan sotong dan tomato. Biarkan masak sekejap.
4. Kemudian masukkan garam secukupnya dan daun kunyit. Kacau sebentar dan kemudian tutup api.

Siap utk dihidang.

No comments: