Friday, October 21, 2011

Prawn Aglio Olio


Few weeks ago, kami sekeluarga makan kat Pizza Hut. Sy nampak menu pasta Prawn Olio tapi since pegi Pizza Hut sbb nak mkn pizza, so takde la sy order Prawn Olio tu. Lagipon sebelum ni sy pernah browsed resepi pasta aglio-e-olio, resepi mcm simple so rasa mcm boleh buat sendiri coz basically ia adalah spaghetti yg dimasak dgn minyak zaitun dan bawang putih.

Ada byk versi resepi pasta olio yg sy jumpa di internet dgn kegunaan pelbagai bahan2 selain dr minyak zaitun dan bawang putih. So sy decided buat yg simple aje ikut cara sendiri.

Resepi:

500g spaghetti
1/4 cwn minyak zaitun - jenis extra virgin
5 ulas bwg putih - dicincang halus
10 ekor udang - dibuang kulit
1 sudu kecil cili flakes (boleh guna cili kering yg dihancurkan)
1 pek sweet pea - dipotong dua

Cara2:

1. Didihkan air dlm periuk bersama dgn sedikit garam dan minyak. Biar dah mendidih, celurkan sweet pea sekejap kemudian angkat dan tos airnya dan masukkan sweet pea dlm air sejuk (utk kekalkan warna hijau sweet pea dan merangupkannya). Gunakan air didihan yg sama dan masukkan spaghetti. Masak sampai al-dente. Toskan. Jgn buang air rebusan dulu.
2. Panaskan minyak zaitun dlm pan, tumis bwg putih sampai kekuning2an.
3. Masukkan udang dan goreng sebentar.
4. Masukkan spaghetti yg dah direbus. Masukkan sedikit air rebusan supaya tak kering sgt.
5. Taburkan cili flakes dan garam secukup. Masukkan sweet pea. Kacau sebati.

Siap utk dihidang.

No comments: