Wednesday, February 5, 2014

Pizza Segera


As a busy working mother, tapi still berazam nak sediakan juga bekal makanan anak2 ke sekolah, saya sentiasa berfikir menu yg sedap, ringkas dan juga sihat utk disediakan. 

Pizza segera yg saya buat ni takde la 100% sihat tapi amat la mudah disediakan. Anak2 pon teruja sbb nampak mcm real pizza...hehehe. Saya dah sharekan cara buat pizza kat FB saya dan kawan2 pon suka the idea of making pizza cara ini. 

Actually saya penah tgk org buat pizza guna tortilla so masa sy nampak roti arab di Tesco, saya terfikir la nak buat pizza guna roti arab ni.

Cara nak buat amat la mudah. Tapi sementara nak sediakan pizza tu, panaskan dulu oven pada suhu 180C. Saya guna api atas sahaja.

Saya gunakan capsicum 3 -colors, sosej, lebihan nugget ayam yg dah siap digoreng, 
sos tomato dan cheese sebagai topping

Sediakan roti arab diatas tray pembakar. 

Sapukan sos tomato atas roti arab

Taburkan sedikit keju parut diatas lapisan sos tomato. Ini supaya topping melekat pada permukaan roti.

Lepas tu susun2 la bahan2 topping ikut suka dan tabur cheese akhir sekali. Saya punya second bread tu guna sliced cheese aje sbb grated cheese dah abis.

Akhir sekali, bakar la dalam oven pada suhu 180C selama lebih kurang 10 minit atau sampai roti garing dan cheese dah cair.

2 comments:

Kerull said...

Assalammualaikum..lama tak dtg sini..sedap pizza tu..panjang dan garing..hi hi

Neny said...

Waalaikumsalam...terima kasih sbb still sudi menjengah :)