Monday, June 9, 2014

Kueytiaw Goreng Basah


Semalam dinner kami makan ini sahaja sbb mokcik malas masak...hehehe. Lagipon sbb geramkan udang saiz XL yg kami beli Sabtu lepas utk buat BBQ. Mmg saja asingkan sikit sbb nak masak char kueytiaw kononnya. Tapi somehow rasanya baik la dipanggil kueytiaw goreng basah aje sbb mcm xde la jadi mcm char kuey tiaw sgt pong....hahaha

Ianya memang kegemaran seisi rumah. I really love kueytiaw yg digoreng dengan taugeh dan kucai byk2. Mujur2 anak2 takde perangai asingkan sayur2 dalam mee/kuetiaw goreng...kalau tak, hangin je mak tengok! Sbb tgk ramai budak yg macam ni...jadi keje lak asingkan taugeh satu2....heh! Tension tengok....

Cara saya goreng kueytiaw:

Tumbuk 3-4 ulas bawang putih (ikut bape banyak kueytiaw nak dimasak), saya suka bawang putih so mmg selalu letak banyak2. Tumiskan bawang putih sampai garing, lepas tu masukkan cili kisar dan masak sampai garing. Lepas tu masukkan sedikit sos tiram dan 1/2 kiub ikan bilis. Kalau kering, masukkan sikit air. Then masukkan udang. Masakkan udang sekejap, then pecahkan 2 biji telur dan kacau sikit2. Dah telur masak, masukkan kueytiaw, taugeh dan kucai. Kacau sebati. Tuangkan kicap manis secukupnya. Masukkan air, jgn banyak sgt tapi memadai la bagi nampak ada kuah sikit. Kacau sebati lagi. Saya renjiskan sikit sos ikan sekadar bagi rasa. Saya tak guna garam sbb rasanya masinnya dah cukup sbb ada sos tiram, kiub ikan bilis, kicap dan sos ikan. 

Makan panas2 dan kalau suka hidangkan dengan hirisan limau kasturi, daun sup dan cili potong. 

No comments: