Thursday, September 18, 2014

Kerabu Sotong


Semalam kepingin nak makan kerabu sotong memandangkan daun ketumbar dan lemon masih berbaki setelah projek Nasi Mandy selesai. Saya memang sangat sukakan daun ketumbar. Tapi jarang membelinya sbb kadang2 gunanya sikit aje. Baru2 ni je saya mula semai pokok ketumbar dan berharap moga2 menjadi la pokok ketumbar saya so tak payah nak beli2 dah. 

Google resepi kerabu sotong ada mcm2 versi maka saya buat keputusan untuk buat kerabu sotong ikut sukahati saya...hahaha.

So apa saya buat, saya bersihkan sotong saiz sederhana dalam enam ekor (saya cuma guna bahagian badan, kepalanya saya simpan utk masak benda lain). Kemudian celur sekejap dalam air mendidih. Then toskan. Saya hiris halus 2 biji bawang merah, 2 biji cili api, 1/2 biji tomato, 2 biji kacang botor (dapat 2 biji aje petik dari pokok tanam sendiri...hehehe. Boleh guna kacang panjang juga sebagai alternatif), sedikit daun ketumbar, 1/2 batang serai. Campur semua dengan sotong. Kemudian tuang dalam 1-2 sudu sos ikan dan perahan jus lemon (dari 1/2 biji lemon). Gaul sebati. 

Wahhhhhh...berselera jadinya makan nasi. Nak diet apa macam ni? Hahahaha

Tuesday, September 16, 2014

Nasi Mandy Al-Bayt


Sempena cuti Hari Malaysia semalam, saya masak Nasi Mandy dari pek Nasi Mandy Al-Bayt. Pek bungkusan Nasi Mandy Al-Bayt ni saya beli masa Hari Raya Aidilfitri lepas. Masa tu tgh berkunjung ke rumah sepupu Abah di Slim River dan ternampak dia ada jual pek2 nasi Arab ni. Ada Nasi Mandy, Nasi Bukhari, Nasi Maqlubah dan Nasi Khabsah. Jadi saya try beli pek Nasi Mandy yg berharga RM15/pek. Dalam pek ni ada beras basmathi dan rempah tumisan Nasi Mandy yg hidangannya cukup untuk 4-5 orang makan.



Cara masak Nasi Mandy dah disediakan di kotak pembungkusnya jadi saya ikut exactly arahan yang tertera. Sebelum saya pernah buat Nasi Arab dari scratch tapi tak sempat masukkan ke blog. Guna pek pembungkus Nasi Mandy ni kerja jadi senang sikit la. Macamana pon masih perlu siang ayam, perap dan bakar dan juga sediakan sos Haratah dan salad Arab. Jadi takde la segera mana. Cuma saya rasa bila dah tersedia mcm ni takde la susah2 kita nak cari zafran la, serbuk jintan itu ini la, dan mcm2 lagi.  Beras basmathi dia pon sangat bagus, panjang dan x senang patah. Utk masak nasi dia, memang saya ikut sukatan air yg diberikan. Tapi cik HB komen nasi agak kering. Mungkin next time kena jugak guna kaedah ukur ngan jari mcm biasa...hehehe.




Cuma portion dia yg dia kata cukup 4-5 org tu very subjective la. Kalau makan sorang 1 cawan nasi mungkin cukup la kot utk 4-5 org....hehehe.

So kalau siapa2 yang berminat nak masak Nasi Arab Al-Bayt ni boleh la check FB dia : Nasi Mandy Al-Bayt - Citarasa Nasi Arab Sebenar

Saya pon ingat nak beli lagi, nak try jenis2 nasi Arab yang lain pulak ^_^.

Wednesday, September 3, 2014

Roti Sarang Lebah


Hari yang sama saya buat Plain Butter Cake, saya buat juga Roti Sarang Lebah. Dah lama saya ngidam nak buat roti ni sbb selalu nampak kat blog2 masak yg tersohor share resepi ni. Saya geramkan the nuts and seeds yg ditaburkan atas roti tu. Tu yg bila saya pegi kedai barangan bakery dan nampak sunflower seeds, first thing yg saya terfikir 'Roti Sarang Lebah'!

Resepi saya saya rujuk kat blog Kak Nor -Secubit Garam. Kak Nor bagi dua resepi kat situ. Satu resepi asal dari Lydia Honey, yg katanya mempopularkan roti sarang lebah di media sosial. Dan satu lagi roti doh sponge. Saya pilih utk guna resepi roti doh sponge sbb resepi yg pertama tu saya takde yogurt dalam simpanan. Ni la jadinya kalau nak buat something tapi x rujuk resepi dulu....hehehe.

Tapi roti doh sponge ni pon agak senang jugak pembuatannya. Disebabkan dia kata x perlu uli lama2, maka saya pon x guna la breadmachine. Uli dengan tangan ala2 saja.

Utk resepi roti doh sponge (Cut & paste):

ROTI DOH SPONGE
resepi: Puan Zarina
sumber : Izahdaut & K.Nor


Doh span (A)
420gm tpg highprotien
250gm air5gm yis

Campurkan semua bhn (A), gaul sebati dan uli sikit2 pun ok.
Pastu biarkan dlm bekas tertutup 3 -4 jam

Doh (B)
180gm tpg gandum
100gm gula kastor
6gm yis
3sudu besar susu tepung
Garam
40gm mentega
30gm shortening
1biji telur
50gm air

Campur semua bahan kecuali mentega dan shortening. Mix perlahan dan masukkan doh (A)..mix n masukkan mentega dan shortening. Mix sampai jd doh yg licin dan elastik. Rehatkan 10min pastu bentukkan.

Read more: http://www.secubitgaramnor67.com/2014/06/roti-sarang-lebah.html#ixzz3CJH3z7i7



Then utk sos butterscotch:

SOS BUTTERSCOTCH
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan whipping cream (kalau tak de boh jer susu cair)
secubit garam
1/2 tsp vanilla essence
25g butter

1.Cairkan butter dakam periuk kecil, Masukkan gula perang, kacau selalu sehingga gulanya cair@larut sepenuhnya dan berbuih.
2. Tuangkan whipping cream perlahan2 sambil mengacaunya.
3. Masukkan vanilla dan bila semuanya sebati off kan api dan tuangkan dalam bekas tahan panas, sejukkan sedikit dan sedia untuk digunakan sebagai topping.

NOTA:- Pastikan semua bahan tersedia dekat dapur anda kerana sos ni cepat hangus kalau di tinggalkan. Awas masa nak tuang cream tu sbb gula ni panas sangat..
Berhati2, baik guna senduk jangan guna sudu takut malang tak berbau .


Read more: http://www.secubitgaramnor67.com/2014/06/roti-sarang-lebah.html#ixzz3CJHGx300


Sos butterscotch ni agak2 kalau malas nak buat sendiri, boleh je beli yg dah siap. Saya ada nampak kat Tesco ada jual. Tapi lebih afdal la buat sendiri sbb tak susah pon. Memang sedap sos butterscotch ni. Boleh buat makan dengan waffle atau pancake jugak.

Review on roti sarang lebah:

Well, makan panas2 mmg la tersangat sedap especially sos butterscotch tu. Tapi bila dah sejuk roti agak keras walaupun dah simpan dalam bekas kedap udara. Maybe resepi Lydia Honey tu dohnya lebih lembut and spongy kot considering dia guna yogurt. Kot la....next time kalau rajin saya cuba pulak resepi Lydia Honey dan bagi review ok!

Plain Butter Cake




Dua hari lepas, saya amik emrgency leave sbb anak2 tak sihat. Balik dari klinik singgah ke kedai barangan membuat kek dekat area rumah. First time masuk kedai ni dan sungguh la excited tgk barang2annya. Segala nuts and seeds, Anchor butter, cream cheese, whipping cream...owh heaven!

Tapi memandangkan mokcik adalah suri yg bekerja jadi tak leh ambitious sgt nak baking mcm2 kan....maka
mokcik pon membeli dengan berpada2 la. Teringat kawan baik mokcik, cik Linda suka sgt buat butter cake pakai Anchor butter, so mokcik pon amik la Anchor butter sebiji. Dibandingkan dengan butter biasa yg dijual dipasaraya, Anchor butter ni mmg mahal sekali ganda. Sebab pure butter kot. Tapi kawan mokcik kata guna Anchor butter buat kek, kek akan jadi marvelous!

Dan mokcik juga resepi yg dikongsi oleh mamatiamia

Cut & paste resepinya:

This recipe is using a lot of butter plus magerine,You need 250gm selfraising flour,250gm butter,100gm margerine,250gm sugar(but i put 200gm only),5 eggs,1/4 teaspoon salt,1 teaspoon vanilla essence. Method is simple- cream your butter.magerine,sugar until fluffy,add vanilla,salt,add eggs one by one and beat in between until light and fluffy,finally sift in the flour,mix well.,grease your silicone mould/cake pan well,spread in the batter and finally put in the pre heated oven(180 degrees).Bake for 40-45 mins.Very simple no frills cake but requires a long time beating.

Dan another tips dikongsi oleh mamatiamia, lepas 25 minit dibakar, jgn lupa cover permukaan atas kek dengan baking paper atau kertas aluminium bagi mengelakkan kek terlebih garing. 

Sangat suka dengan the outcome!

This cake is very fluffy and moist. 

So, mokcik sangat suka dengan resepi ini. Maybe penggunaan Anchor butter juga faktor kek ni jadi sedap dan fluffy. Mokcik bagi sikit kat babysitter dan org opis, diorg pon puji kesedapannya. So credit to resepi yg dikongsi oleh mamatiamia :)