Showing posts with label Dessert. Show all posts
Showing posts with label Dessert. Show all posts

Wednesday, December 10, 2014

Puding Roti



Setiap kali buat sandwich utk anak2, saya terpaksa potong bahagian kerak roti sbb anak2 tak suka kerak2 tu. Nak dibuang sayang, so everytime saya akan simpan dalam bekas dan simpan dalam fridge. Bila dah cukup banyak saya buat puding roti.

Puding roti caranya cukup senang. Saya guna resepi dari blog INI.




Utk kesenangan rujukan, saya cut and paste kat sini. But of course saya tak follow sgt....sbb saya guna kerak2 roti jadi saya agak2 aje amaun bahan2nya.

Bahan-bahan untuk puding roti:
8 keping roti
2 cawan susu segar
4 sudu besar gula halus
2 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu besar mentega (cairkan)
1 kotak kecil kismis

Bahan-bahan untuk sos kastard:
1 tin susu cair
1/4 tin air (guna tin susu cair tadi)
2 sudu besar tepung kastad
2 sudu besar gula halus
1 sudu teh esen vanilla


Cara-caranya:

1. Masukkan susu segar, gula halus, telur, dan esen vanilla dalam satu bekas. Kacau sebati, husna kacau guna mixer je, senang nak sebatikan semua.. lepas tu jangan syok plak sampai kembang setaman adunan tu.. Cukup lah sekadar telur tu dah pecah elok pastu boleh mesra dengan yang lain..

2. Carikkan roti dalam 4 bahagian, dan masukkan dalam bekas adunan, biar terendam dan meresap sekejap.. Masukkan marjerin yang dah dicairkan serta separuh kismis kedalam bekas tadi dan gaul sedikit..

3. Sapukan sedikit marjerin dalam loyang untuk membakar.. Tuangkan roti yang telah direndam tadi dalam loyang pembakar.. Taburkan baki kismis atas adunan.. Bakar pada suhu 180C selama 30 minit.. Kalau risau hangit, pepandai adjust.. mulakan dengan beberapa minit dahulu, lepas tu kalau tak masak lagi, masukkan semula tambah minit..

Untuk sos kastard:
satukan bahan-bahan sos kastard ke dalam periuk.. petua untuk elakkan tepung kastard berketul-ketul semasa memasak, jangan panaskan lagi periuk, kacau dulu tepung bagi sebati.. dah larut/hancur baru letak atas dapur dan panaskan guna api sederhana.. masak sampai pekat.. kepekatan sos terpulang pada selera.. dah sejuk nanti lagi pekat sebenarnya..




Sunday, March 9, 2014

My First Pavlova

I had a wonderful weekend recently.

Bukan pegi mana2 pon, it's been a quiet weekend at home. But I said wonderful sbb ada byk benda yg saya boleh buat sepanjang weekend baru ni. I can clean up the house, do ironing and try out new recipes. 

Kalau kemana2 on weekend, selalunya saya akan terkejar2 nak buat all the tasks and of course takde masa nak masak benda2 diluar kebiasaan.

So I made pavlova for the first time!



Seronok, sangat seronok tgk pavlova yg dah siap. Sbb dah lama sgt ngidam nak buat pavlova dan makan pavlova. Mungkin saya ketinggalan keretapi sbb pavlova ni dah lama meletop sana sini. Baik yg buat sendiri atau pun makan kat restoran. 

Saya baru nak cuba!

Anyway, buat pavlova x la sesusah yg disangka. Dan juga sedap tak terkata.

Saya guna resepi Irma Fazlini. Memang menjadi, langsung berbunga2 hati saya. Thank you Irma for sharing the recipe. Walaupun Irma amik resepi asal dr Joy of Baking dan few others tapi Irma pandai modified ikut cara dia dan mmg terbukti menjadik! Saya pon byk kali guna resepi Joy of Baking utk few cakes, ada masanya tak jadi jugak kek tu!

Meringue yg dihasilkan sebelum masuk oven. Tak berjaya dibentukkan dengan cantik. 

Berdebar2 tunggu hasilnya

Taraaa...selepas dibakar dan disejukkan. Nice brown color. Terjadi jugak tebingnya so senang nak letak whipped cream kat atasnya

Saya guna strawberi, kiwi, anggur hitam dan isi buah markisa as topping. 
So it's very colourful!

How pavlova tastes? Meringue tu kat luar rapuh dan bahagian dalam kenyal2 gitu. Irma kata mcm marshmallow...saya x tau, saya x penah makan marshmallow dan x penah rasa nak makan. But the combination of meringue, whipped cream dan buah2an masam mmg sedap eventhough saya bukan penggemar dessert.






Tuesday, December 10, 2013

Sira Labu


Hari tu tetiba teringin nak makan sira labu. Bila google, tgk proses penyediaannya x lah susah sgt. Jadi kita pon try buat ikut resepi ini 

Tapi instead of guna gula putih, saya guna gula melaka, itu la sebabnya colournya jadi gelap. Then rasanya saya x rendam lama sgt dalam air kapur, jadi labu mcm sedikit hancur. Then bila dah sejuk, gula melaka tu jadi melekat2 sikit. I just panaskan balik dan tambah sedikit air. Anyway rasanya sedap sgtttt!!!

It's the easiest dessert I've ever made! Letak je semua bahan dalam periuk, dan biarkan sampai labu masak.

Wednesday, September 4, 2013

Apple Crumble


Hari tu ada 3 biji epal merah yg dah kecut2 dalam fridge. Nak makan gitu saja x sedap so mokcik pon cari2 la resepi yg boleh gunakan epal ni. Then terfikir la apple crumble yg penah di review resepinya sebelum ni tapi x penah try buat.

Google2, byk la resepi apple crumble yg pelbagai tapi yg mokcik berkenan resepi yg satu ni dr website allrecipes.com.au

Buat apple crumble guna resepi sangat simple tapi mokcik tak ikut exactly la. Cam jumlah epal tu, mokcik cuma guba 5 biji (3 biji epal merah yg dah kecut campur 2 biji epal hijau). Kelapa pon x pakai sbb takde kelapa parut dlm stok dan juga nutmeg.

Tapi rasanya tetap marvelous!

Memang sedap dimakan ngan aiskrim vanilla dan kebetulan ada stok blueberries dalam fridge, combine sekali...wahhhh rasa cam dalam rancangan AFC....hehehehe




Resepi cut and paste.


Ingredients
Serves : 8 
·         7 large green apples
·         1/4 cup caster sugar
·         1 teaspoon cinnamon (ground)
·         1 cup plain flour
·         3/4 cup (packed) dark brown sugar
·         3/4 cup rolled oats
·         3/4 cup coconut
·         1 tablespoon cinnamon (ground)
·         2 teaspoons nutmeg (ground)
·         2/3 cup butter (melted)
·         2 teaspoons vanilla essence
·          
Directions
Preparation:45min  ›  Cook:45min  ›  Ready in:1hour30min 
1.       APPLE MIX
2.       Peel and core apples, then cut into rough 1-2cm cubes. Place apples in large saucepan and cover with water. Simmer (but don't boil) covered with lid on med-high until apples are just tender but not too soft (usually 5mins once water is simmering). Drain apples well and place in large bowl
3.       Combine caster sugar and cinnamon (ensures even spread), then toss through the apples. If you like the apples to be less sweet and more tart you can omit the sugar in this step, though there may be excess juice as a result.
4.       CRUMBLE MIX
5.       Combine flour, brown sugar, rolled oats, coconut, cinnamon and nutmeg in a large bowl until evenly mixed through.
6.       Melt butter (do not burn or boil it) and add vanilla essence to butter, stir through.
7.       Add butter mix to dry ingredients and mix well using a fork. Ensure all ingredients are moist and mixture has a crumbly texture.
8.       BAKING
9.       Place apple mix evenly in medium casserole dish. Spread crumble mix over top of apple. Bake at 180 degrees C for 30-40minutes, or until crumble topping is slightly browned.
10.   Serve with vanilla icecream, cream, or custard and ENJOY!


Friday, February 11, 2011

Agar2 Santan Pelangi


Hari tu merayau2 kat myresepi, ternampak resepi Agar2 Santan Pelangi. Tertarik betul tgk gambar resepi yg sgt colourful, so terasa nak buat juga. Leceh la jugak buat agar2 ni utk org2 yg kurang sabar cam sy tapi seronok main dgn warna2 yg pelbagai bila menyusun lapisan agar2. Siap ngan cik HB pon turut sama nyibuk nak buat eksperimen colour. Campur warna itu ini, sudahnya jadi ntah apa2 warna.

Tapi hasilnya cantik, nak2 sbb buat dlm bekas agar2 mini yg pelbagai bentuk. Seronok aje tgk.



Utk resepi:

Bahan-bahan ( saiz bekas 25cm x 15cm )

· Bahan A

· 1 paket serbuk agar-agar

· 200 gm gula pasir

· 1000 ml air

· 3-4 helai daun pandan

· Bahan B

· 1 paket serbuk agar-agar

· 200 gm gula pasir

· 1000 ml santan

·

· Pewarna kuning, merah, hijau,oren atau apa pun warna pilihan anda

· Bekas berukuran 25cm x 15cm

Cara-cara

1. Masak Bahan A sehingga mendidih. Masak pula Bahan B sehingga mendidih. (Jangan tutup api hanya perlahankan dan biarkan kedua-dua bahan terus mendidih supaya ia tidak keras).Tuang ke dalam loyang sebanyak 250ml agar-agar santan (Bahan B). Tunggu sebentar sehingga ia hampir keras, baru dituangkan lapisan kedua iaitu 250ml agar-agar plain (Bahan A). Biarkan sehingga hampir keras, lalu dituangkan lapisan seterusnya dengan menggunakan setitis dua pewarna pilihan anda.

2. Ulangi melapis sehingga agar-agarnya habis digunakan, mengikut contoh susunan di bawah.

3. LAPISAN 1 – 250 ML AGAR-AGAR KUNING SANTAN, LAPISAN 2 – 250 ML AGAR-AGAR KUNING PLAIN, LAPISAN 3 – 250 ML AGAR-AGAR HIJAU SANTAN, LAPISAN 4 – 250 ML AGAR-AGAR HIJAU PLAIN LAPISAN 5 – 250 ML AGAR-AGAR MERAH SANTAN, LAPISAN 6 – 250 ML AGAR-AGAR MERAH PLAIN, LAPISAN 7 – 250 ML AGAR-AGAR OREN SANTAN, LAPISAN 8 – 250 ML AGAR-AGAR OREN PLAIN

4. Setelah selesai melapisnya, tunggu hingga ia sejuk, barulah masukkan dalam peti sejuk. Lebih sedap dihidangkan dalam keadaan sejuk

Wednesday, January 26, 2011

Puding Marble


Lepas buat blueberries & lemon friands yg cuma guna putih telur, sy mencari2 idea utk menggunakan 3 biji kuning telur berlebihan. At the same time terfikir nak buat puding sbb agar2 kering byk dlm simpanan.

Jelajah sana sini akhirnya menemukan sy dgn resepi Puding Marble dr Myresepi. Yg cantiknya, resepi ni guna 3 biji kuning telur, exactly what I was looking for. Method pon sgt senang dan rasa juga sedap. Sikembar sgt suka, sekelip mata saja licin. Maybe sbb portion resepi tak byk. Tapi sempat la bg sikit kat Kak Liza & Liza utk merasa.

Resepi cut & paste:
Source: Myresepi

Bahan-bahan ( 8 - 10 orang )

  • 2 gelas air
  • 1 paket agar-agar serbuk (10 gm)
  • 2 Gelas susu segar
  • 3 biji kuning telur
  • 3 sudu besar mentega/majerin
  • 1 sudu besar serbuk koko
  • 1 sudu besar tepung kastard
  • 1 gelas gula

Cara-cara

  1. Masukkan 2 gelas air didalam periuk. Biar air hingga mendidih. semantara itu, pukul kuning telur bersama mentega, ketepikan.
  2. Bancuh tepung kastard bersama susu segar. Setelah air mendidih, masukkan serbuk agar2 bersama gula. kacau hingga kedua-dua bahan larut.
  3. Setelah bahan tadi larut, masukkan bancuhan tepung dan kacau. Kemudian masukkan pula telur yg telah dipukul bersama mentega tadi. Kacau sebati dan tapis adunan.
  4. Bahagi adunan kepada 2 bahagian. 1 bahagian dicampur dengan serbuk koko.(serbuk koko dibancuh dengan sedikit air panas). kacau sebati. 1 bahagian lagi biarkan warna asal.
  5. Sendukkan 1 bahagian koko ditengah loyang, diikuti 1 bahagian warna asal di atasnya. Ulang hingga habis. Sejukkan di dalam peti sejuk. * Acuan loyang terpulang kepada individu.

Friday, December 31, 2010

From Cream Cheese Brownies to Pear Crumble - A Rescue Project!


Kadang2 there are bad days of baking and left me frustrated enough with the failure. My first attempt making cream cheese brownies turned out a disaster. Nak kata resepi tak hebat, resepi dtg dr Joy of Baking, one of the famous baking websites on the internet. Dah byk kali amik resepi dr website ni, selalunya menjadi. Ada jugak kadang2 tak berapa nak sedap but this time everything was wrong with this cream cheese brownies.

Tapi Rai, awek kat Moscow penah kata - kita jgn terus salahkan resepi kalau resepi tu tak menjadi. Mungkin utk org lain resepi itu ok, utk kita yg tak sesuai...kot2 sy sendiri tersalah measure bahan2, and with baking, there a lot of factors contribute into the success of good baking products.

Kegagalan mebuat resepi ini and my review of the end result:
- guna acuan baking terlampau besar, hence lapisan brownies menjadi sgt nipis.
- Patut bakar pd suhu 160C, pi set kat 200C...patut lapisan cheese menjadi sgt browning dan x nampak mcm lapisan cheese (ni bukan salah resepi, ni mmg salah si tukang pencuba resepi!)
- terlalu lembik...langsung x boleh nak potong walaupun dah dibiarkan sejuk semalaman.
- terlalu manis...gula adalah sbyk 250g. Perlu cari resepi yg kurang gula.


sebelum dibakar nampak ada harapan utk menjadi brownies yg cantik

Lepas dah bakar, hasilnya sungguh mengecewakan :(

langsung tak boleh nak potong...huwaaaaaaa

Dgn rupa paras yg mmg out, sy tak berjaya nak memujuk org2 dlm rumah ni makan brownies ni. Nak buang sayang so sy cari alternatives lain utk rescue kan brownies ni. Then ternampak pear yg tersidai kat tingkap dapur dan hampir nak lembik. Teringat Apple Crumble and was thinking what if kalau buat Pear Crumble?

Sebenarnya tak pernah pon buat Apple Crumble tapi selalu nampak kat blog2 masakan org so why not just do something creative to combine the pear and the disasterous brownies?

So apa yg sy buat:

1. Panaskan oven pada suhu 180C.
2. Belah pear, buang bahagian tgh, then potong kecil dan letakkan dlm bekas ramekin
2. Crumble the cheese brownies dan taburkan atas pear, memenuhi 3/4 ramekin.
3. Pukul telur bersama susu dan sedikit serbuk kayu manis dan tuang keatas brownies.
4. Bakar pada suhu 180C seama 15-20 minit atau sehingga nampak campuran susu dan telur keras.

Pear crumble sebelum dibakar

Sy cuma buat dlm 4 bekas ramekin dan since ada tetamu dtg makan kat rumah mlm, sy hidangkan pear crumble ni dgn harapan ada la org nak mkn....

Yeay!! kawan sy Kak Liza suka! Sedap katanya....

Selamat cheese brownies dr dibuang begitu shj....

Wednesday, December 22, 2010

Dadih


Sy buat kitchen clearance stock to check any ingredients that have expired/about to expire. Rumah sy ni selalu jadi persinggahan terakhir kawan2 semalaysia yg nak balik for good dan selalu la sy dpt stok2 makanan malaysia. Tapi bila dah byk asik lupa nak guna.

Tu yg from time to time sy kena punggah stok2 makanan dan check tarikh exiry. Kalau x rugi je tak guna. Mcm dadih segera ni, expiry date dia pada 31/12/2010. Kalau tak silap, ini dr Kak Ina yg dah dekat setahun balik Malaysia. Dia bg mcm2, dadih ni saja 2 bungkus kot dia bagi. Nasib baik perasan!


Buat dadih segera ni senang aje rupanya. Sy follow je instruction dia. Utk sebungkus dadih ni, didihkan 3000ml air, kemudian masukkan 400g condensed milk dan 100g gula. Biarkan mendidih. Angkat dr dapur dan masukkan serbuk dadih dan fruit sugar (disertakan sekali dgn pek dadih ). Kacau rata dan tuang dlm bekas. Sejukkan dlm fridge sampai keras.

Sy as usual tak makan dessert manis2 ni tapi si kembar dan cik HB rupanya suka betul ngan dadih ni. Sekejap aje dah habis!

Thursday, October 7, 2010

Bubur Jagung Cha-cha dan Sagu


Semalam kawan sy, kak liza balik bercuti ke Malaysia selama sebulan. Bestnya dia, every 3 months mesti terbang pulang ke tanahair, maklum la keje ngan airlines, everytime fly cuma perlu bayar 10% aje...huhuhu. Dan semalam, sempat la dia bagi sy stok2 makanan dia yg dia rasa x boleh nak simpan sampai dia balik sini nanti.

Antara yg dia bagi, cha-cha. Balik rumah, tgk ada jagung dlm tin, ada santan lak tu dan mengenangkan cik HB dah lama x makan bubur, maka sy pon terus buat bubur jagung campur cha-cha ni. Memula ingat nak buat sikit, so cuma rebus sikit je cha-cha. Dah cha-cha siap rebus, sekali baru perasan ada 2 tin jagung sebenarnya dan teringat kat Mat ngan Liza yg dah duduk dekat ngan rumah kami. Boleh la bagi diorg sikit. Tapi 2 tin jagung ngan cha-cha sejemput x balance, nak rebus cha-cha lagi dah x efisien....so sy campur dgn segenggam sagu.

Kak Liza selalu pesan ngan sy, kalau nak masak sagu dan nak bg sagu kembang dgn baik, apa2 pon jgn masak sagu dgn gula. Nanti sagu x masak. So pesanan tu mmg sy ingat everytime sy nak masak sagu.

Utk resepi bubur ini:

Bahan2:

1 keping daun pandan - dipotong pendek sepanjang 2 inci
2 tin jagung
1 tin santan
1/2 cwn cha-cha
1/2 cwn sagu
1 cwn gula merah (ikut tahap kemanisan disukai)
1 gelas susu segar 3.5% ( sy mmg tambah susu segar everytime buat bubur utk melemakkan bubur sbb santan dlm tin x berapa lemak)
secubit garam

Cara2:

1. Rebus cha-cha bersama daun pandan dgn sedikit air sampai lembut.
2. Masukkan jagung dan sagu dan masak sampai sagu kembang.
3. Masukkan santan, gula merah dan garam. Masak sampai mendidih dan kacau bubur sekali sekali supaya x pecah minyak.
4. Masukkan susu segar dan kacau. Biarkan mendidih, kemudian tutup api.

Siap utk dihidang.

Wednesday, August 18, 2010

Puding Karamel

Hari ni sy dijemput berbuka puasa kat rumah kawan memerangkap domestic guru sy, Kak Liza. Disebabkan kak liza dah pesan jgn masak lauk pauk sbb dia nak buat grilled lamb dan nasi ulam, maka sy decided buat puding karamel aje.

Actually sy lemah semangat sikit nak masak jenis masakan by steaming method ni sbb sy xde proper steamer. Buat masa ni, everytime sy nak steam something, sy guna wok sy yg agak besar tu, then letak jaring bertungku, then tutup dgn lid wok. Tapi ada limitation disitu sbb kalau loyang tinggi, alamat, x leh la nak tutup ngan lid tu. Ni la yg terjadi bila sy syok2 tuang adunan dlm bundt pan sy, sekali letak dlm wok x leh lak nak tutup.

So apa sy buat? Cover la ngan aluminium foil. Nasib baik gak puding karamel masak dgn baik.

Then sepatutnya utk mendapat puding yg cantik dan x berlubang, bancuhan susu, telur & gula kena la kacau perlahan guna whisker tapi sy nak cepat, maka sy blended aje semuanya...ye, jgn ikut cam sy...sila masak dgn penuh tekun dan berseni ok?

Resepi sy amik kat Teratak Chetam.

Chetam, sy copy and paste kat sini ye supaya senang org lain nak refer...

1 tin susu cair
1 tin air
5 biji telor
3/4 cawan gula halus
1 t/s esen vanilla

Utk Karamel :
1/2 cawan gula
*Sedikit air

*Cara
Masak gula dalam kuali sehingga cair dan bertukar ke warna coklat (jgn.bagi hangus) kemudian masukkan air dan kacau sehingga gula cair semula. Tuang ke dalam bekas kaca yang hendak digunakan. Panaskan kukusan dan masukkan bekas yang telah diisikan dengan gula hangus. Pukulkan telor + gula + esen vanilla (supaya gula hancur). Jangan pukul dengan kuat atau sehingga telor berbuih sebab nanti puding akan berlubang lubang. Lastly tuangkan susu dan air dan kacau bagi sebati. Tuang dalam bekas kaca yang ada dalam kukusan. Kukus dalam 20 - 30min. Sejukkan dan kalau suka tuangkan mix fruit cocktail diatasnya. Sesiapa yang ada diabetic @ tak suka manis, boleh kurangkan gula dalam adunan sebab bila dah tuang fruit cocktail, air gula yang ada akan menambah rasa manisnya.

Sunday, July 25, 2010

Puding Pelangi


Sy dah lama geram nak buat puding pelangi ni. Tgk kat blog org yg buat puding ni lawa2 belaka. Besides, aritu sy dpt stok agar2 kering dr kwn sy, kak liza. So geram nak guna agar2 jugak. Lagi satu geram - sy ada acuan puding plastik pelbagai puding yg sy angkut dr malaysia tapi selama sy dok buat agar2/puding guna acuan tu, x penah la berjaya dicetak ngan cantik. Kadang2 pecah la, keluar cacat la...sampai sy nyampah la! so setelah sekian lama, ni sy determined nak guna balik acuan ni.

Dan, yes! Berjaya! sy cuma satu set je acuan plastik ni (ada 8 cetak satu bekas), selebihnya sy masuk dlm loyang sbb takut kalau sy letak semua dlm acuan plastik ni, nanti x jadi, frust pulak. Tapi lapan2 bentuk berjaya dikeluarkan dgn cantik. Cuma teknik mencampurkan puding aje x cantik. Tak nampak pelanginya melainkan kalau dipotong.


Puding menggunakan acuan plastik

Yg kat dlm loyang tu, sy cuba gak ikut teknik yg dicadangkan dlm resepi utk mendapat hasil pelangi. Tapi sy ni x penyabar orgnya dan x teliti, jadi rupa pelangi sy buat agak huru hara...lenkali la sy try lagi improve tenik menuang puding....kekeke


Pelangi yg x jadi

Anyway puding ni rasa sedap. Anak2 pon suka. Sy amik resepi dr blog Dari Dapurku. Terima kasih ye Mamarina. Tapi sy cuma buat separuh dr amaun resepi sbb sy takut buat byk kang x abis pulak.

Bahan2nya

2 bungkus serbuk agar2 (sebungkus 13 g)
1350ml air paip
450gm gula pasir
130gm mentega
8 biji telur bersaiz sederhana (guna 4 pun ok gak)
1 tin susu cair Carnation
2 sudu makan tepong custard
2 sudu makan serbuk koko
1 sudu teh vanilla
pewarna merah dan kuning secukupnya..

Caranya

Masak agar2, air dan gula hingga mendidih dan ketepikan dulu.

Pukul telur sebentar menggunakan whisker....kemudian masukkan susu dan tepong custard dan kacau hingga adunan ini rata, kemudian ditapis.

Setelah ditapis, satukan adunan telur dan agar2 dan kacau lagi hingga rata, serta masak semula sehingga adunan mendidih....kemudian, masukkan mentega dan vanilla dan kacau hingga rata.

Bahagikan adunan ke dalam 3 buah mangkuk...bubuhkan koko ( yang sudah dicampurkan sedikit air) ke dalam salah satu adunan di dalam mangkuk dan kacau hingga rata....adunan yang dalam 2 mangkuk lagi masing2 diwarnakan dengan kuning dan merah...

Gunakan loyang berbentuk 4 persegi berukuran 9x9x3 atau loyang bentuk jantung seperti yang dalam gambar kat atas tu...

Merengkan loyang sedikit dengan menyangga salah satu hujungnya dengan buku atau lain2 benda yang keras...tuangkan satu senduk makan adunan warna merah ke dalam loyang disusuli pula ngan sadu senduk makan adunan warna kuning dan satu senduk adunan warna coklat..ulang cara begini sehingga adunan selesai digunakan.

Letakkan loyang kembali kepada kedudukan asalnya dan masukkan adunan ke dalam peti sejuk dan biarkan adunan keras sebelum dipotong dan dihidangkan...