Showing posts with label chicken. Show all posts
Showing posts with label chicken. Show all posts

Wednesday, October 14, 2015

Rendang Ayam Simple dan Sedap!


Dulu saya rasa buat rendang adalah masakan yang leceh sbb mcm2 nak kena blend. Sampai la baru2 ni saya cuba resepi rendang ayam dr blog Azie Kitchen, saya terus jatuh cinta dengan resepi ni. Sebab resepi tak payah nak kisar2, bawang2nya semua pakat2 hiris aje. Cuma cili kering tu still kena kisar la. Halia, lengkuas, kunyit masih perlu ditumbuk. But somehow mmg saya suka la resepi ni sbb ternyata mmg sedap. Dan 2-3 kali jugak saya masak rendang ayam guna resepi ni termasuk la masa raya haji baru2 ni. Mak saya cukup suka walaupun sebenarnya dia x suka makan ayam. Tapi dia dok puji sedap.....hehehe. 2-3 kali dah buat mmg licin sekejap aje.

So pada siapa yg nak cuba, kat sini saya cut & paste resepi dari blog Azie Kitchen. Terima kasih ye kak azie sbb sudi berkongsi resepi yg marvellous!



Rendang Ayam 
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
2 ekor ayam
1 kg bawang merah - hiris
3 labu bawang putih - hiris
4 inci halia - hiris
4 inci lengkuas - tumbuk
2 inci kunyit hidup - tumbuk
4 batang serai - titik
4 senduk cili kisar - ikut suka pedas
Kayu manis, buah pelaga, bunga lawang
4 kg santan 
2 keping asam keping - ikut rasa
Garam 
Gula
Daun kunyit - opsyenal
Sedikit kerisik - opsyenal utk warna gelap

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis rempah penumis bersama bahan hiris serta serai sehingga wangi. Kemudian masukkan cili kisar dan kunyit serta lengkuas yang ditumbuk. Tumis sehingga cili benar benar garing.

Masukkan ayam dan gaul rata sehingga ayam kecut. Masukkan sedikit santan cair bagi membolehkan ayam masak. Setelah itu, baru dimasukkan semua santan dan masak dengan api perlahan sahaja. 

Akhir sekali, masukkan kerisik, garam, gula dan asam keping secukup rasa. Masak sehingga kuah kering dan pecah minyak. Jika suka, boleh taburkan daun kunyit yang dihiris halus sebelum ditutup api.



Thursday, May 28, 2015

Nasi Ayam


Saya baru perasan, walaupun saya agak kerap masak nasi ayam sbb tu menu favourite anak2, tak pernah sekali pon resepi nasi ayam masuk dalam blog ni...hehehe

Maybe sbb nasi ayam sgt mudah nak masak. Saya pon masak nasi ayam hentam keromo saja...ada masa ada pengaruh Hainan, ada masa ayamnya siap berempah bagai. Ikut apa je yang terlintas dihati disaat nak masak tu.

Nasi ayam kat atas tu antara versi termudah saya sediakan. Detailsnya (utk sesiapa yang nak tahu)

Langkah 1: 

Siangkan 1 ekor ayam yang dah dipotong2 dan basuh bersih2 (saya perapkan ayam dgn tepung gandum sebentar untuk hilangkan bau hanyir, lepas tu basuh semula). Letak ayam dalam periuk dan masukkan air utk merebus. Air ni kena pandai agak nak letak banyak mana sbb air rebusan tu nak digunakan utk masak nasi, buat sup dan kuah kicap. Lepas tu masukkan sedikit garam dan halia yang dihiris. Rebus sampai ayam masak.

Sementara tu kalau guna beras basmati, boleh la basuh beras dan rendam.

Langkah 2: 

Bila ayam dah masak, angkat ayam dan letak dalam penapis untuk tapiskan airnya. Letakkan ayam dalam bekas besar dan tuangkan kicap manis, kicap masin dan sos tiram. Perapkan ayam selama 30 minit atau lebih. Utk masak nasi, tapis beras yang direndam tadi kemudian masukkan air rebusan ayam secukupnya. Masukkan sehelai daun pandan yang disimpul. Kemudian masak nasi macam biasa. Bila nasi dah masak, renjiskan minyak bijan dan gaul rata.

Langkah 3: 

Untuk sup: tumbuk 2-3 biji bawang merah dan 2-3 biji bawang putih bersama 1 inci halia. Tumis bersama 1 btg kulit kayu manis, 2-3 biji buah pelaga, 1 bunga cengkih dan 4-5 biji cengkih (rempah 4 sekawan). Biarkan sedikit garing. Kemudian masukkan sedikit air rebusan ayam tadi dan kacau rata. Tuangkan semuanya ke dalam baki air rebusan ayam. Rebus semula dan masukkan garam secukup rasa. Bila hidang sup, taburkan daun sup/bawang dan bawang goreng.

Untuk kuah kicap: Asingkan sedikit sup tadi, tuangkan kicap pekat, kicap manis dan kicap masin secukupnya. Saya takde specific sukatan, agak2 rasanya dah sesuai dengan tekak, cukup la.

Utk sambal nasi ayam: Basuh bersih2 5-6 biji cili merah. Kisarkan bersama 3-4 ulas bawang putih, cuka dan sos cili.

Lepas tu boleh la dihidangkan semuanya dengan daun salad, tomato dan timun.

Wednesday, April 8, 2015

Ayam Panggang Rosemary & Bawang Putih


Rasanya tak banyak beza ayam panggang saya kali ni dgn ayam panggang yg saya masak sebelum INI. Cuma kali ini instead of tumbuk bawang putih, saya cuma lenyekkan each ulas dengan pisau, lepas tu masukkan kat bahagian dalam kulit ayam. Bahan2 perapan yg lain masih sama - rosemary (jenis kering), blackpepper, olive oil, garam dan hirisan lemon.

Cara bakar aje berbeza sikit. Saya selalunya letak ayam dalam tray pembakar tapi kali ni just letak atas grill dan pasang kipas oven. Sebab effectnya dikatakan sama dgn rotisserie chicken (mcm ayam bakar golek Kenny Roger's tu semua). Jangan lupa cover dengan tray bawah grill tu, nanti susah nak cuci lemak2 ayam tu semua. Lagipon the fat drips boleh digunakan utk buat gravy ayam tu. Tapi hari tu saya malas, saya guna Heinz sauce saja sebagai gravy


Memang puas hati hasilnya! Ayam masak sekata selepas 1 jam dibakar pada suhu 180C.

Friday, February 13, 2015

Chicken Puff


Setiap hari tugas saya sebagai seorang ibu adalah menyediakan sarapan dan bekal sekolah anak2. Saya jenis orang yang suka pada variety so saya sentiasa cuba sediakan menu yg berlainan setiap hari supaya anak2 tak bosan tapi sihat dan sedap. Dan juga mudah sbb saya ibu yang bekerja jadi memang terkejar dengan masa.

So chicken puff ni antara menu yang saya buat utk sarapan dan bekal sekolah. Guna pastri frozen Kawanku, penyediaan chicken puff ni tak lah susah mana.

Untuk inti ayam, resepinya:

Isi ayam - saya guna bahagian dada, yang dipotong kecil2.
Sayur campur frozen
2-3 ulas bawang putih - cincang
1/2 biji bawang holland - cincang
Serbuk lada hitam dan garam secukupnya
1/2 cawan sup cendawan - saya guna mushroom soup Campbell. 
Kulit pastri secukupnya.

Tumiskan bawang putih dan bawang holland sampai naik bau. Masukkan isi ayam. Biarkan sampai masak. Kemudian masukkan sayur campur. Kacau sebati. Masukkan sup cendawan. Biarkan sampai kuah pekat. Masukkan garam dan serbuk lada hitam secukup rasa.


Untuk sediakan puff:

Ambil sekeping kulit puff yang dah dinyahbekukan pada suhu bilik. Kelar separuh bahagian segitiga. Letakkan sedikit inti puff diatas bahagian yang tidak dikelar. Tutup dengan bahagian yg dikelar. Tekan dengan garfu bahagian tepinya. 

Ulang semula proses diatas untuk kulit puff yang lain.

Susun atas dulang pembakar dan sapu dengan kuning telur. Bakar pada suhu 180C selama 25-30 minit. Sebelum masukkan puff, pastikan oven dipanaskan dulu sekurang2nya selama 10 minit.


Thursday, April 24, 2014

Heinz BBQ Roasted Chicken



Roasted chicken kali ini adalah versi malas...hehehe.

Sebabnya perap ayam semata dgn sos BBQ Heinz, takde bahan2 lain...saja nak try apa rasanya ayam panggang berperisa BBQ. 


Sos BBQ Heinz ini mempunyai cop halal, jadi berani la membelinya...kadang2 kat Malaysia ni walaupun negara Islam kena berhati2 jugak...sbb banyak processed food yg takde cop halal....kat Jusco agak banyak juga items yg takde cop halal. Dan bukan semua barangan Heinz ada cop halal. Saya pernah terbeli sos salad yg takde cop halal, balik rumah baru perasaan so ke cik tong la itu sos salad....huhuhuhu.


Saya perap ayam ni (seekor yg dibelah dua utk cepatkan proses memasak) semalaman. Bila nak panggang, saya letak sekali kentang yg digaul garam dan oregano. Tapi lepas 1 jam pon kentang x jugak lembut. Kena guna kentang jenis Russet baru boleh buat gini sbb kentang Russet isinya lebih lembut. Kalau guna kentang biasa, rasanya kena rebus separus empuk baru bakar bersama ayam.


The reason why I made roasted chicken, selain utk menu keluarga, I know akan ada lebihan isi ayam. Org2 dalam rumah ni prefer bahagian bertulang dari bahagian isi mcm bahagian dada. So boleh la guna the leftover for my bekal opis. Mcm gambar kat atas tu, saya guna the leftover utk buat inti quesadillas dan juga roasted chicken salad.

Wednesday, March 19, 2014

DARADIF Chicken Burger

Sudah agak lama juga kami sekeluarga  memboikot McDonald's. Sebab pertamanya kerana isu Palestin-Israel dan McDonald's adalah penyumbang utama kepada kerajaan Israel. Keduanya makanan McDonald's ternyata tak sihat and even Jamie Oliver juga membongkar habis2an hal ini sampai berjaya menang saman ke atas McDonald's. Boleh baca di SINI.

Kalau diikutkan, dulu2 kami mmg penggemar McDonald's. Burgernya yg pelbagai, ayam goreng yg sedap, aiskrimnya lagi.....tapi kalau sedap dimulut dan tekak tapi memudaratkan kesihatan diri, sila2 la insaf ye!

Cuba tgk video Youtube ni yg menunjukkan betapa x normalnya makanan McDonald's.


Sebenarnya byk lagi makanan segera yg x sihat tapi buat masa ini hanya McDonald's saja la yg kami mampu boikot sepenuhnya.

Juga makanan2 process lain.

Tapi sesekali masih ingin makan burger. Ada masa boleh buat patties sendiri tapi mokcik kebanyakan masa mmg takde masa...hehehe.

Kat pasaraya ada byk pilihan burger patties...nak murah pada jumlah yg banyak, nak yg mahal pada kuantiti yg sikit pon ada.

Being health concious, saya memilih kepada yg berkualiti dan walaupun agak mahal dibandingkan dengan banyak lagi jenama burger patties, pada saya it's ok, sbb it's an investment for health. Yg murah dan banyak tu selalunya penuh dengan lemak dan bahan2 tambahan yg tak asli.

So saya akan beli burger DARADIF ini kalau saya nak makan burger segera di rumah. It is made from quality lean meat. Memang agak mahal. Utk 4 keping is RM10 lebih kurang kalau nak dibandingkan dengan burger jenama Ramly's yg 10 keping RM5 je lebih kurang.

Camni la kotak pembungkus patties Daradif. Boleh didapati di pasaraya2 terkemuka.


Dan untuk penyediaan lebih sihat, jangan goreng patties tu dengan minyak yg banyak. Memadai dengan grill aje dan splash sikit2 dengan olive oil


Pastu assemble la burger tu dengan roti burger, mayonese, salad, timun, tomato, cheese, cili sos and whatnots. Burger buatan sendiri patutnya lebih mewah dr apa yg dijual diluar sana. Kalau nak sihat, jangan makan dgn kentang goreng tapi saya buat la jugak kentang goreng sbb anak2 suka. 



Tuesday, March 18, 2014

Lemon-Rosemary Roasted Chicken


I've made this few weeks ago, skrg baru nak masukkan dalam blog. I really love making roasted chicken sbb ianya menjimatkan byk  masa memasak dan dapur pon x kecah sgt. Tapi nak buat selalu sgt lak nanti bosan pulak org2 dalam rumah ni. So sebulan sekali cukup la.


So what I did, marinated the whole chicken dengan satu gugus bawang putih yg ditumbuk, 2-3 batang daun rosemary (dipetik segar dari kebun), 1 biji lemon yg dihiris2, sedikit serbuk jintan manis, serbuk lada hitam, serbuk ketumbar, sedikit minyak zaitun dan sedikit garam. Lepas tu simpan kat fridge semalaman. Sebelum masukkan ke dalam oven, potong2 carrots, kentang dan bawang besar dan masukkan sekali ke dalam bekas pemanggang utk dipanggang bersama ayam.


Bakar ayam pada suhu 180C selama 1 jam setengah. Bergantung kepada saiz ayam, kalau ayam kecik, mungkin 1 jam dah cukup. Saya guna saiz ayam yg agak besar so masa keluarkan lepas 1 jam dan check, ada lagi bahagian belum masak, so saya bakar lagi utk 1/2 jam.

Lepas tu alihkan ayam dan bahan2 lain ke dalam bekas hidang, lebihan minyak/lemak yg terhasil dari ayam bakar tu jangan dibuang. Kita buat gravy guna lebihan minyak tu.

Masukkan lebihan miyak/lemak dalam periuk kecil. Panaskan. Masukkan 2 sudu tepung gandum dan kacau guna whisker to make it consistent. Tambahkan sedikit susu segar ataupun air.. Kacau lagi dan tambahkan serbuk lada hitam. Saya masukkan juga cendawan butang dalam tin yg dihiris nipis. Tambah garam jika perlu.

So boleh la makan ayam panggang ni dengan salad. Boleh la feeling2 makan kat Kenny Roger's ye!


Kuzi Ayam


I am married to a Kelantanese and am very much influenced by the Kelantan cuisines. Tak la pandai masak lagi semua masakan Kelantan but over the past 10 years since being married to my husband, I slowly learn to eat and to cook Kelantan foods.

So far I've tried making nasi kerabu, gulai nasi berlauk, gulai darat, singgang.....

Dan terbaru masak kuzi ayam!

Kuzi ayam ni saya buat ikut resepi kakak biras saya, Kak Ni yg mmg pakar memasak. Dah lama saya simpan resepi dia ni, tapi baru2 ni je baru dtg seru nak masak. Rempah kuzi pon saya dah beli masa balik bercuti kat KB masa CNY.

Kuzi sedap dimakan dengan roti atau pun roti jala. Pada saya, part yg susah or leceh nak masak kuzi adalah part nak sediakan bawang gorengnya tu. Nak kena kupas 1/2kg bawang besar dan ricik halus2 nak digoreng garing (tapi jgn hangit!). Sedangkan mengupas pon dah berair2 airmata, lagikan pulak part nak ricik2. Tapi mujur saya ada Bosch Kitchen Machine yg ada ada gadget utk ricikkan bawang besar ni. At least part tu cepat la sikit keje saya :)

So here is the recipe:

Bahan2:

1 ekor ayam (dipotong kecil2)
1 tin susu cair
1/2 keping manisan/gula melaka 
1/2 inci halia
1/2kg bawang besar (dimayang dan digoreng hingga garing)
1/4kg (250g) cawan kismis (digoreng)
3 sudu besar rempah kuzi
1 tin tomato puree (saiz sederhana)
Hati dan pedal (jika suka) - dihiris nipis
1 labu bawang putih*
1 inci halia* 
4 gelas air

Cara2:

1. Tumbuk bahan2 bertanda * dan perapkan pada ayam buat seketika (saya perap lebih kurang 1/2jam). Goreng ayam hingga agak garing.
2. Kisarkan bersama2 halia, tomato puree, susu cair, bawang goreng, dan rempah kuzi.
3. Masukkan bahan kisar kedalam periuk. Tambahkan 4 gelas air dan masak hingga kuah mendidih dan pekat. 
4. Bila kuah dah agak pekat, masukkan hati dan pedal jika suka. Kemudian masukkan ayam yg dah digoreng dan kismis. Masukkan gula melaka dan garam secukup rasa. Masak sampai kuah agak pekat.

Sedia untuk dimakan :)





Monday, March 3, 2014

Pan-Grilled Drummet


Masa groceries shopping, with kids tagged along, the twins mintak nak beli frozen-ready made drumment yg mcm2 jenis ada kat pasaraya tu.

Dulu2 mmg saya belikan but after reading all the bad things about processed foods, I decided nak kurangkan all these kinds of food. Sesekali masih lagi beli sosej, burger patties tapi akan beli jenis yg kurang chemicals and additives.

So I told them why not I buy the fresh drummets dan masak. 

Diorg ckp ok!

So sampai rumah, saya marinated the drumment dgn black pepper sauce, garam, kunyit dan serbuk jintan manis. Perap semalaman.

Dan esoknya saya grill atas pan sampai garing. The kids love it!

So I win the fight with processed food this time :)


Sunday, December 29, 2013

Nando's Garlic Peri-peri Sauce Grilled Chicken Breast


Ini makanan org berdiet....walau nak diet, makanan kena mewah gitu. Kalau asik nak menelan oat, bosan woo...silap2 kang makan 2 pinggan nasi pulak...hehehe.

Anyway this is very simple to make. Sepatutnya nak buat mcm chicken wrap gitu tapi dgn amount yg byk with salad and what nots, saya cuma letak semuanya atas whole meal tortilla.

Chicken breast tu pulak just marinate dgn sos Nando's Garlic Peri-peri utk semalaman. Sos Nando's boleh dibeli di pasaraya Tesco atau kat restoran Nando's sendiri. Harga dalam RM10 gitu kot kalau x silap. Grill la chicken breast atas non-stick pan dgn sedikit minyak zaitun sampai masak.

For the salad, just a combination of romaine salad, timun jepun, tomato dan kacang walnuts. Campurkan semuanya then tuang sos Thousand-Island.

Siap semuanya in about 10 minutes time!

Healthy quick lunch dan duit pon jimat tau...

Sunday, June 30, 2013

Garlic & Rosemary Roasted Chicken & Herb Potatoes



Masa buat mee goreng minggu lepas, saya marinated 1 whole chicken utk buat roasted chicken. Then panggang the next day for dinner. I really love doing roasted chicken sbb it saves a lot of time for cooking. Along with the chicken, sy roast sekali dgn herbs potatoes. 

Sgt senang kerja!


Utk ayam tu, saya marinate dgn rosemary, bawang putih, black pepper, garam, olive oil dan jus limau nipis. Sepatutnya lemon tp lemon xde dalam stok. Then simpan dlm fridge sehari semalam. 

Tapi kentang tu takde la perap sekali. Masa nak bakar ayam baru prepare kentang. Saya guna kentang jenis Russet yg isinya lebih berkanji. Basuh bersih2, tak payah buang kulit. Lepas tu potong wedges. Then taburkan serbuk oregano, rosemary, paprika, sedikit olive oil dan garam. Kalau ada herbs lain mcm parsley ke, thyme ke, tarragon pon boleh guna. Bakar sekali dengan ayam selama 60 minit. 


Ayam dah siap dibakar.

Baked herbs potatoes

Selain tu, as usual saya akan buat gravy from the dripping juice of the roasted chicken. Sy buat mcm seperti biasa mcm sebelum INI.

Dan juga mesti ada salad! Baru la feeling2 Kenny Rogers' Roasted Chicken :)

Thursday, May 16, 2013

Spiced Orange Roasted Chicken



Few days ago I tried a new recipe of roasted chicken taken from Taste.com.au.

It's a nice recipe. Senang dan rasanya sedap. I made mushroom gravy from the roasted chicken's dripping fat and ate it along with cassava(ubi kayu) hash brown (beli frozen from Tesco) dan juga salad romaine.

Utk resepi ayam panggang yg saya ubahsuai sikit dari resepi asal:

1 ekor ayam (potong 4)
1/3 cawan jus oren segar
1/3 cawan madu
2 sudu besar minyak zaitun
4 ulas bawang putih (resepi asal guna 2ulas, sy tambahkan lagi sbb saya suka bwg putih)
3 sudu kecil ketumbar biji (resepi asal guna serbuk ketumbar, saya xde serbuk ketumbar, jadi guna biji aje)
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil kunyit
1 biji oren, di potong bulat nipis

1. Tumbuk bawang putih dan biji ketumbar sederhana halus.
2.Perapkan semua bahan2 dengan ayam (kecuali hirisan oren). Saya perap waktu pagi dan masak utk dinner. Boleh juga perap semalaman.
3. Letakkan ayam dalam roasting pan dan susun hirisan oren atas ayam. Bakar pada suhu 180C selama 45 minit.

Utk mushroom gravy:

Tuangkan lebihan minyak/lemak yg ada pada roasting pan ke dalam periuk. Bancuh 1 sudu kecil tepung jagung dgn sedikit air dan kacau supaya menjadi paste. Panaskan minyak tadi dan masukkan bancuhan tepung jagung. Kacau supaya tak berketul2. Masukkan susu rendah lemak sedikit demi sedikit sehingga mendapat kepekatan yg disukai. Masukkan cendawan butang yg dihiris nipis dan serbuk lada hitam, juga garam secukup rasa.

Utk salad:

Not much in the making. Just guna salad romaine, timun jepun, capsicum merah, jus limau nipis dan gajus. Just mix everything and you have your salad :)



Monday, February 28, 2011

Ayam Tandoori


Dlm seminggu, 2-3 kali dinner kami sekeluarga adalah jenis2 roasted begini. Sy suka aje nak mencuba pelbagai roasting recipe. Dan since ada satu pek serbuk tandoori pemberian ntah siapa (maaf la si tuan pemberi, mokcik sudah lost track sapa bagi apa kerana selalu sgt mokcik menerima stok barangan makanan kering dr tetamu yg dtg kerumah).

Utk buat ayam tandoori ni, sy marinate 4 ketul bahagian paha & rusuk ayam (kelar2 bahagian paha utk memudahkan rempah meresap) dgn serbuk tandoori (amaun lebih kurang 5 sudu besar), 150g yogurt, jus lemon dr 1 biji lemon dan garam utk semalaman, kemudian grill dlm oven (200C) sampai garing. Walaupun bukan masak tempayan mcm mamak buat tu, rasanya tetap sedap! Hari marinate ayam tandoori tu, mula2 mcm nak buat naan bread sendiri, resepi dah salin, video kat youtube pon dah tgk, sekali esoknya pegi kedai Turki nampak roti Beirut yg mcm ala2 roti naan, terus beli, makanya homemade naan bread x jadi lorr...


Sunday, February 20, 2011

Rendang Ayam ADABI


Zaman sy membesar, rendang hanya available bila time raya aje. Selain dr time raya, takde la mak sy rajin nak merendang. Dulu rasa buat rendang cam sgt la complicated. Dgn nak blend cili, kupas bawang, halia, lengkuas...masa tu anak dara kan, so rasa sgt malas la bila kena tolong mak kat dapur buat mcm2, jadinya semua benda rasa mcm susah aje.

Skrg, x payah tunggu raya, bila2 pon boleh buat rendang. Skrg byk benda segera. Cam serbuk rendang ADABI ni, mmg senang la kalau nak buat rendang. Ini pemberian kak liza - last time dia balik dari malaysia, mcm2 rencah dan makanan kering dr malaysia dia bawak balik.


Tapi serbuk rendang ni takde la short-cuts byk pon. Still kena prepare bwg, halia, lengkuas, dan lain2 cuma x payah nak masukkan cili kisar dan rempah lain2 sbb semuanya dah terkandung dlm pek serbuk rendang ni. Rasa pon sedap, tak pedas sgt, budak2 pon boleh makan.

Resepi dr pek pembungkus dan sedikit pengubahsuaian:

30g (1 pek kecil) serbuk rendang ADABI
600g (15-30 ketul) ayam
50ml (1/4 cwn) minyak masak - utk menumis
20g (1 sudu makan) kerisik
350ml (1 1/4 cwn) santan
10 -15 biji bwg merah* (sy guna 3 biji bwg besar)
3 ulas bwg putih*
1 btg serai - potong halus*
2 inci halia*
3 inci lengkuas*
1 btg serai - diketuk
55g (2 sudu makan) gula perang atau gula putih (ikut citarasa)
1/2 sudu teh pes asam jawa
air secukupnya
garam secukupnya
1 helai daun kunyit - dimayang halus
5 helai daun limau purut - dimayang halus


Cara2:

1. Kisar halus bahan2 bertanda*.
2. Sediakan 350ml santan pekat, kemudian campurkan dgn 1 cwn air.
3. Dlm mangkuk lain, masukkan serbuk rendang ADABI, bahan2 kisar tadi bersama 1 cwn air. Kemudian gaul sebati dan biarkan sebentar.
4. Panaskan minyak masak dan tumis camouran bahan2 kisar dan rempah tadi sehingga naik bau. Masukkan serai yg diketu, tumiskan sampai wangi dan pecah minyak. Kacau sentiasa utk mengelakkan bahan tumisan hangit dan berkerak.
5. Masukkan larutan santan pekat, kerisik, gula merah, pes asam jawa, bersama ayam. Didih dan kacau diatas api perlahan sampai pekat. Kemudian masukkan garam secukup rasa dan taburkan hirisan daun limau nipis dan kunyit.

Thursday, February 17, 2011

Garlic & Mint Roasted Chicken


Sy suka betul ngan daunan segar pudina & ketumbar. Everytime pegi kedai Turki, kalau nampak dua herbs ni mesti rasa nak beli walaupun x plan nak masak apa2 menggunakan herbs ni. Sbb baunya sgt best, I couldn´t resist to buy.

Dah beli, maka google la segala resepi yg guna herbs ni. Dan kita mulakan dgn misi menggunakan daun pudina dulu. So godek2 internet, jumpa resepi ini - Garlic & Mint Roast Chicken dr website Taste Book.


Ok, rasanya sedap juga dgn aroma pudina dan bawang putih. Utk side dishes, sy buat mix salad dan baked smiley potato (store-bought)

Utk resepi:

Bahan2:

10-12 ulas bwg putih (sy guna 4 sudu garlic paste dlm botol)
1 1/2 cawan daun pudina segar
1 sudu kecil garam
1/4 cwn minyak zaitun
1/4 cwn jus oren segar
2 sudu makan kicap
1 ekor ayam (sy guna 4 ketul bahagian rusuk & paha)

cara2:

1. Masukkan semua bahan kecuali ayam dlm food processor. Kisar sampai halus.
2. Perapkan bahan kisar dgn ayam dan biarkan selama 8 jam atau semalaman.
3. Bakar pada suhu 200c selama 1 jam atau hingga masak.


Monday, February 7, 2011

Kepak Ayam & Cendawan Shitake Masak Lada Hitam


Minggu lepas Mat bg satu bungkus cendawan shitake frozen yg dia beli kat kedai Asia. Mat kata cendawan shitake ni cepat habis so dia dah pesan siap2 kat tauke kedai tu kalau stok cendawan shitake sampai, bgtau dia. Bila dah ada, Mat pon borong bape plastik tah, siap bagi kat sy dan Kak Liza. Terima kasih Mat!

Skrg ni sy pon dah jatuh hati ngan cendawan shitake, sedap! Hari Sabtu, Liza ajak makan kat rumah dia, dia masak ayam blackpepper dgn cendawan shitake. Oh, sgt sedap!

So semalam tiru mcm Liza masak, cuma yg kurang takde sos lada hitam mcm yg Liza guna. Sy guna kepak ayam dan pandai2 aje mengubahsuai resepi asal. Ayam x goreng patutnya tapi sy goreng dulu. Dan juga tambah kentang. Since takde sos lada hitam, sy guna sos tiram & kicap pekat, serbuk lada hitam utk menghasilkan sos lada hitam.

Bahan2:

500g kepak ayam - diperap dgn serbuk lada putih & garam selama 15 minit
5-6 ketul cendawan shitake (sy guna jenis frozen) - dibelah dua
1/2 biji bwg besar - dipotong dadu kecil
1 ulas bwg putih - dicincang halus
2 sudu sos tiram
2 sudu kicap pekat
2 sudu serbuk lada hitam
2-3 biji kentang - potong dadu sederhana besar

Cara2:

1. Goreng kepak ayam sampai masak. Ketepikan.
2. Tumiskan bwg besar dan bwg putih sampai kekuningan, masukkan sos tiram, kicap pekat, serbuk lada hitam dan masukkan sedikit air. Kemudian masukkan kentang. Masak sampai kentang lembut.
3. Masukkan kepak ayam dan cendawan shitake. Kacau rata dan biarkan sampai kuah pekat.
4. Matikan api dan hidangkan panas2kan.

Thursday, January 13, 2011

Nasi Lemak Ayam Berempah


Hari Sabtu lepas, for breakfast sy buat nasi lemak ayam berempah sbb tetiba teringat nasi lemak kukus ayam berempah kat Lembah Pantai. Tapi nak buat nasi lemak kukus tak pandai, so masak nasi lemak mcm biasa seperti nasi lemak INI.

Ayam berempah sy marinated siap2 the night before. Resepi marinate pon belasah ikut suka. Letak serbuk cili, serbuk kari, garlic & ginger paste (yg dlm botol), serbuk kunyit dan garam. Dah marinate semalaman, then goreng sampai garing.

Nasi lemak ni tak cukup geng, takde kacang tanah & ikan bilis. Jadi la labu...

Saturday, January 1, 2011

Roasted Chicken Rosemary dan Selamat Tahun Baru 2011!!!


Selamat Tahun Baru 2011 semua!!!!

Sekejap saja 2010 dah berlalu. Azam thn lepas pon byk tak terlaksana.

Ada 2-3 masakan yg dimasak pd hari2 terakhir 2010 yg sy tak sempat masukkan. Maka terpaksa menjadi entry tahun 2011. Contohnya roasted chicken rosemary ni...dinner kami 2 hari lepas yg dimakan bersama kentang bakar. Sos utk kentang bakar adalah percubaan berani mencairkan herbs cream cheese dgn susu bg menggantikan sos garlic yogurt yg takde dlm stok tika itu. Jadi la....utk santapan ahli keluarga sendiri. Gravy utk ayam adalah leftover mushroom blackpepper sauce yg dibuat masa makan baked lobster sebelum ni. Kalau ada lebihan gravy ke, sos ke or apa2 jgn buang...frozen kan lepas tu recycle balik. Tak membazir....


Sy ambil resepi dr TLC Cooking.

Ingredients:

1/4 finely chopped onion
2 tablespoons margarine or butter, melted
1 tablespoon fresh chopped rosemary or 1 teaspoon dried rosemary
1/2 teaspoon salt
1/4 teaspoon black pepper
2 cloves garlic, minced
4 chicken legs
1/4 cup chicken broth

Methods:

1. Preheat oven to 180C
2. Combine onion, margarine, rosemary, salt, pepper and garlic in a small bowl. Set aside. Run finger under chicken skin to loosen. Rub onion mixture under and over skin. Place chicken, skin side up, in a small shallow roasting pan. Pour chicken broth over chicken.
* I added roughly chopped carrots.
3. Roast chicken 50-60 minutes or until chicken is browned and juices run clear, basting often with pan juice. Garnish as desired.

For roasted potatoes:

Before preparing chicken, boil in a salted water, 5-6 potatoes until half cooked. Then toss and wrap each potato in aluminium foil. Then roast the potato together with chicken.

Thursday, December 30, 2010

Steamed Chicken Breast with Broccoli & Black Fungus


This recipe is inspired from Mas, my friend which she has commented under the post Sup Kentang dgn Cendawan Telinga.

This is what Mas wrote:

hi neny...
cendawan ni also sedap kalau steam with chicken...
halia, garlic mayang halus.
combine with :
chicken pieces,
carrots potong besar2 suka suki macam nak buat stew,
cendawan telinga kera yang dah rendam n buang yang keras,
bawang goreng,
serbuk lada sula,
oyster sauce sket,
sedikit garam,
sesame oil

pastu steam sampai ayam masak...

another recipe:
cendawan ni racik halus, goreng with thin strips of beef dalam black pepper sauce and tabur atas pak choy yang dah dicelur...

So sy cuba the first recipe yg Mas cadangkan. Sedap dan menyihatkan. But instead of using carrot, sy gantikan dgn broccoli sbb carrot takde stok masa tu.

Thanks Mas for the recipe! Lain kali share lagi resepi2 ye :)

Monday, December 13, 2010

Chicken Cordon Bleu


Chicken Cordon Bleu is a French-inspired poultry dish and ´cordon bleu´means blue ribbons. I made this because I really curious to know how it tastes with cheese and and ham (i used salami) wrapped in the chicken meat.

This dish actually is not hard to make, it´s quite fast actually to prepare. Similar to chicken schnitzel, but more complicated because it has cheese and salami inside. The biggest challenge making this to me, is the part where I had to wrap the cheese and salami properly inside the pounded chicken breast. If the cheese is not properly sealed inside the chicken, the chesse will melt out from the wrap when you fry the chicken.


I took recipe from Cooks.com but I didn´t follow exactly it is especially the amount. What matters is the ingredients and methods of cooking it.

For the recipe:

Ingredients:
2 boneless chicken breasts
2 slices of swiss cheese (Emmentaler or Gruyere)
2 slices of salami
1/4 all-purpose flour
1/4 breadcrumbs
1 egg - beaten
salt & pepper

Methods:

1. Pound chicken breast to 1/4 inch thickness (you can make it easier by layering plastic foil at the bottom and on top of the chicken). Sprinkle salt and pepper on top of the pounded chicken.
2. Place 1 slice cheese at one side of the chicken and next to it with 1 slice of salami.
3. Roll the chicken breast, making sure the cheese and salami is sealed properly inside the wrap.
4. Dredge the chicken wrap in flour, shake off excess, then in egg and finally in bread crumbs.
5. Fry the chicken in hot oil until well cooked.