Showing posts with label Lamb. Show all posts
Showing posts with label Lamb. Show all posts

Sunday, April 20, 2014

Nasi Beriani & Kambing Beriani


Nasi Beriani Faiza bersama kambing beriani, ayam masak merah, acar karrot & timun dan papadom ini saya dah masak berminggu yg lalu tapi baru ni la nak masukkan dalam blog.

Zaman saya duduk kat Jerman dulu, saya cukup rajin mencuba resepi2 baru (pada saya) dan sesuatu yg saya tak pernah masak. Kat Jerman la pertama kali saya masak nasi beriani la, nasi kerabu la, nasi daging la. Jadi tak jadi belakang kira, janji saya dah cuba :). 

Bila dah balik Msia, kerajinan tu dah makin slow la...nak2 pula dah kembali bekerja. Hari2 masak benda yg sama lebih kurang. Bila betul2 dtg seru, baru la saya masak resepi2 baru dan complicated. 

So recently saya masak nasi beriani. Guna rempah Faiza, cara masak pon ikut arahan pada pek pembungkus. Masa kat Jerman saya guna rempah nasi beriani Shan. Saya pernah masak Nasi Beriani Kambing dan Nasi Beriani Ayam. Dua2 nasi beriani ni saya masukkan kambing/ayam masa masakkan nasinya. 

Tapi kali ini saya masak nasi dan lauknya berasingan. Utk masak nasinya, saya ikut arahan pada pek pembungkus rempah beriani. 

Rempah beriani 

Untuk kambing beriani pulak saya ikut resepi dr Koleksi Lepak Bersama Mawar yang dah bertahun saya simpan, tapi baru ni je nak try...hehehe


Resepinya complicated tapi saya tak follow sangat. Saya buat ikut suka aje so resepi dia is more like a guideline. Tapi utk yg nak mencuba saya masukkan disini buat rujukan. Resepi asal utk 2kg daging lembu/kambing tapi saya cuma buat utk 1kg kambing jadi saya jadikan semua sukatan separuh aje.


Bahan2:

2kg daging lembu /kambing
4 sb rempah beriani
4 biji bawang besar - ricik dan goreng garing
10 ulas bawang putih*
10 ulas bawang merah*
50 gram halia*
(bahan2 bertanda * dikisar bersama)
5 kuntum bunga cengkih**
5-6 bunga lawang **
5-6 buah pelaga **
2 btg kulit kayu manis**
1 biji buah pala kering **(saya x guna)
(bahan2 bertanda ** digoreng tanpa minyak dan dikisar halus)
2 tangkai daun pudina***
4 tangkai daun sadri***
4 tangkai daun bawang***
(bahan2 bertanda *** dimayang halus)
4 tangkai cili hijau - dikisar
3 biji tomato buah - dicincang
3 sb tomato puree
100g kismis
150g gajus - digoreng (saya x guna)
1/2 tin susu cair
2 biji limau nipis (limau ini diperah di atas susu cair utk dijadikan tairu)
Garam secukup rasa
1 cawan minyak masak dan 3 sb minyak sapi utk menggoreng bahan bawang, kemudian biji gajus dan akhir sekali rempah kasar yg dikisar halus

Cara2:

1. Potong daging agak2 dalam 4-5 inci. Masukkan bawang merah, bawang putih dan halia kisar, daun pudina, daun sadri, daun bawang, cili hijau, tomato buah, tomato puree, kismis, garam dan gaulkan bersama daging. Perap dalam 1 jam.

2. Kemudian masukkan rempah yg telah digoreng tadi bersama dengan minyaknya sekali, bawang goreng serta gajus. Biarkan diatas api sehingga daging empuk.

3. Masukkan tairu dan biar diatas api perlahan. Apabila dah cukup masak, minyak akan timbul dan guna minyak tersebut utk dijadikan tumisan Nasi Beriani (saya tak guna).

Rasanya berbaloi juga susah payah buat nasi beriani ni walaupun complicated sbb cik HB makan bertambah2 dan anak2 juga suka. Utk Nabihah yg x makan daging, saya buatkan ayam masak merah utk digandingkan dengan nasi beriani.


Monday, March 3, 2014

Kari Tulang Kambing


Nabilah and cik HB suka makan daging kambing. These two kalau dapat menu kambing, mmg berebut. I always find it funny that a small kid mcm Nabilah suka makan kambing. But that's the fact. My 8-year-old girl mmg suka makan kambing since she was a little girl. Saya takde la tergila2 sgt dgn kambing. Kalau ada saya makan, but that would not be what I order kalau mkn kat luar. 

So demi 2 org ni, sesekali saya masak la lauk kambing. This time I bought tulang2 kambing kat Mydin dan masak kari.

Tulang kambing tu kena rebus lama sikit, about 1 hour gitu sampai nampak daging mcm nak terlerai dr tulangnya. Saya tumis darat bwg putih, merah, halia, rempah 4 sekawan, daun kari, lepas tu serbuk kari Baba's dan masukkan dalam air rebusan daging tadi. Masukkan kentang dan masak lagi sampai pecah minyak dan kentang empuk.

Sedap makan panas2 :)

Tuesday, April 16, 2013

Grilled Lamb Menu


Sesekali saya akan beli lamb slices frozen yg dijual di Mydin. Lepas tu saya akan marinate guna resepi INI dan simpan dalam fridge utk semalaman. Then grill atas grill pan sampai masak.

Utk gravy, saya buat simple black pepper sauce. Just panaskan 1 sudu besar butter, then dah cair masukkan 2 sudu besar tepung whole meal, kemudian tambahkan air dan kacau sampai sekata, jangan biar berketul2. Letak banyak2 serbuk lada hitam dan kiub ayam dan perisakan dgn garam ikut citarasa. 

Sementara tunggu kambing masak, sy buat mashed potato segera sbb sy masih ada lagi stok mashed potato segera yg diimport dr Jerman...hehehe. Pemberian kawan sy Kak Liza, yg berkunjung ke sini tahun lepas. Sgt senang buat mashed segera, cuma didihkan air ikut sukatan yg diberikan, masukkan susu segar, kemudian tuang serbuk kentang. Kacau bagi sekata, tambahkan butter jika suka.


To make a well-balanced menu, kena la buat salad. Salad saya sgt2 simple juga. Cuma guna romaine salad, carrot yg dipotong halus, timun jepun dan celery. Kemudian sy taburkan sunflower seed dan sedikit extra virgin olive oil.


Setengah jam dinner sy sudah siap!

Thursday, February 24, 2011

Kari Kambing


First time masak kari kambing, selalunya kalau beli tulang rusuk kambing, sy akan buat sup atau grill. Tapi this time mau cuba buat kari kambing pulak.

Sy masak ikut stail kak liza, iaitu kambing direbus dgn halia sampai lembut (lebih kurang 1 jam, serbuk kari dimasukkan selepas 45 minit proses merebus), tak guna santan, kemudian tumis bawang, halia dan rempah 4 sekawan dan tuang ke dlm rebusan kambing. Sy guna masukkan plain yogurt sbb penah nampak resepi kari kambing nehari yg menggunakan yogurt.

Ok, bukan nak puji diri sendiri, but this really tasted so good. Cuma agak x bagusnya, walaupun x guna santan tapi kambing itself mmg sgt berlemak.

Utk resepi:

Bahan A:

1kg daging kambing bahagian rusuk - dipotong kecil
1 inci halia - dipotong kasar
6 sudu makan serbuk kari daging Baba´s
1 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk jintan putih
1 sudu teh serbuk jintan manis
150g plain yogurt
4 biji kentang - dibuang kulit dan dibelah 4
3 biji cili hijau - dimasukkan sebiji- sebiji atau dipotong dua

Bahan B (utk menumis)

1 biji bawang besar - dimayang halus
3 ulas bawang putih - di mayang halus
2 inci halia - dimayang halus
1 tangkai daun kari (sy guna 10 helai daun kari jenis kering)
sedikit buah pelaga, kulit kayu manis, bunga lawang dan cengkih

Cara2;

1. Gaul kambing dgn sedikit tepung gandum, kemudian basuh bersih2.
2. Rebus kambing dgn halia (air jgn byk sgt, just to cover the meat) selama 1 jam. Selepas 45 minit masukkan, serbuk kari dan sambung rebus sampai 1 jam.
3. Masukkan kentang dan masak sampai lembut.
4. Dalam pan berasingan, panaskan minyak dan tumis Bahan B sampai kekuningan dan naik bau.
5. Tuangkan bahan tumisan kedalam kari kambing (tumis darat).
6. Masukkan yogurt, cili hijau dan garam. Kacau. Biarkan sampai mendidih dan pecah minyak.

Wednesday, August 18, 2010

Grilled Lamb with Rosemary & Mint



Yg ini bukan sy masak tapi disediakan oleh kawan sy kak liza masa sy pi buka posa kat rumah dia smlm. Sy cuma tolong grillkan kambing2 itu shj ^_^.

Anyway sy nak rekodkan resepi kambing kak liza ni sbb rasanya mmg best!

Bahan2:

1kg daging kambing (kak liza guna bahagian rusuk, bahagian tengkuk pon sedap)
1 ikat daun pudina - potong halus
1 sudu besar dried rosemary (atau kalau ada yg fresh, guna satu ikat)
1 sudu besar serbuk paprika
1 sudu besar serbuk bwg putih
2 sudu besar minyak masak (atau boleh guna olive oil)
garam secukup rasa

Cara2:

1. Perap kambing dgn semua bahan2 diatas sekurang2nya 3 jam.
2. Panaskan sedikit minyak dlm pan, dan grill kambing sampai masak. Pastikan rempah2 yg melekat atas pan dibuang sebelum grill daging kambing berikutnya. Kalau tak, nanti rempah2 tu akan hangus dan menyebabkan kambing jadi pahit.
3. Kemudian bakar kambing dlm oven dgn suhu 160C selama 1/2 jam.

Siap dihidang.

Sunday, August 8, 2010

Nasi Beriani Kambing


Sy masak nasi beriani kambing ni hari Jumaat lepas, sempena menyambut kedatangan kawan sy, Zila dr Qatar. Tapi sy x sempat nak masuk dlm blog lebih awal. Kagum la ngan blogger2 masakan yg lain yg boleh update blog setiap hari ngan pelbagai jenis masakan.

Nasi beriani kambing sy masak guna rempah Mutton Biryani Shan. Sy masak ikut arahan kat kotak pembungkusnya. Cuma sy ada tambah sedikit daun pudina dan daun ketumbar utk memeriahkan rasanya (sbb terpengaruh ngan resepi nasi beriani Malaysia).

Rasanya ok, just nasi beriani ni x berderai seperti sepatutnya walhal sy dah ikut sukatan airnya. Maybe sy salah judgement at the part yg nasi kena masak 3/4 lembut tu, sy biar lembut sgt kot!

Bahan2 utk nasi beriani:

750g daging kambing (guna bahagian yg ada daging & tulang) - dipotong sederhana besar
750g beras basmati (dibasuh & direndam 30 minit)
3-4 biji bwg besar - dipotong halus
4 biji kentang - dibuang kulit dan dipotong dua *yg ini sy tak ikut sbb sy masak dalca pon dah ada kentang so sy omit
3-4 biji tomato - dipotong dadu
250g yogurt asli
1 sudu besar paste bawang putih * sy guna 3 ulas bwg putih dikisar
1 sudu besar paste halia * sy guna 1 inci halia dikisar
10 biji cili hijau
3-4 sudu besar jus lemon
250g minyak sapi
1 peket Mutton Biryani Mix Shan

Optional: segenggam daun pudina & daun ketumbar dipotong halus


Cara2:

1. Panaskan minyak sapi dlm periuk dan tumis bawang besar sampai kekuning2an.
2. Masukkan daging, bwg putih dan halia dan goreng selama 1 minit. Kemudian masukkan rempah beriani dan yogurt. Kacau utk beberapa minit.
3. Tambahkan 3-4 cwn air dan kentang ( sy omit this part since sy tak guna kentang). Tutup periuk dan masak dgn api kecil sampai daging lembut. Kemudian tambahkan tomato, cili hijau dan jus lemon. Kacau dan alihkan dr dapur.
4. Utk beras: dlm periuk berasingan, masukkan 10 gelas air dan 2 sudu besar garam, kemudian masukkan beras yg telah direndam. Masak sehingga beras 3/4 lembut. Alihkan dr api dan tapis beras.
5. Masukkan semula 3/4 beras yg dah dimasak kedlm periuk dan tuangkan masakan daging tadi ke atas beras. Kemudian masukkan lebihan beras tadi keatas daging.
6. Tutup periuk dan masak dgn api kecil sampai nasi masak. Kacau rata nasi dan daging. Sy tambah daun pudina dan daun ketumbar.

Nasi beriani kambing ini sy hidangkan bersama dgn kepak ayam goreng berempah dan dalca sayur.

Wednesday, July 7, 2010

Sup Kambing


Semalam sy pegi ke kedai daging Turki dan nampak leher kambing dijual dgn harga yg murah. Sekilo dlm 4.99€. Leher kambing ni selalunya sedap masak sup.

Kak Liza kwn sy pesan, kalau nak masak sup kambing, lagi sedap kalau daging kambing tu di grill dgn sedikit miyak dlm non-stick pan. Katanya cara ni akan megurangkan bau hanyir kambing.

Resepi sup kambing sy:

1 kg leher kambing dipotong kecil
3 biji bwg merah
2 biji bwg putih
2 inci halia
1 bungkus sup tulang ADABI (lengkap dgn bunga lawang, kulit kayu manis, bunga cengkih)
2 sudu besar perencah sup ADABI
2 biji kentang - di belah 4 atau ikut kesesuaian
2 biji karot - di buang kulit dan dipotong sepanjang 2cm (atau ikut suka)
Garam secukup rasa

Utk hiasan/penyedap rasa

Daun sup - dicincang halus
Bwg goreng
Cili api - dipotong halus (jika suka)

Cara2:

1. Daging kambing dibasuh bersih dan di grill di atas non-stick pan dgn sedikit minyak sedikit garing.
2. Alihkan daging yg siap di grill ke dlm periuk, isi air memenuhi daging kambing dan rebus dgn api kecil selama 1 jam.

2. Dlm periuk kecil, panaskan minyak utk menumis, tumis bwg merah, bwg putih, halia dan rempah ratus dr bungkusan sup tulang sampai garing (cara ni dipanggil tumis darat)

3. Tuangkan bahan2 tumisan ke dalam periuk rebusan daging kambing. Masukkan bunjut sup tulang dan perencah sup. Masukkan kentang dan karot. Reneh sup sampai kentang & karot empuk. Masukkan garam secukup rasa.

4. Hidangkan dgn daun sup, bawang goreng dan cili api.

Sunday, August 2, 2009

Lamb Chop


Made this to cheer up my husband on the first day of his exam. He likes lamb. To marinate the lamb, I simply took any recipe I found the best from Internet. People said lamb is best to be marinated wih rosemary but when I went to the nearby supermarket, I could not find rosemary, the fresh nor the dried. So I just did without one.

For the lamb chop, I got the recipe from Spanish Home Recipe

Ingredients:

8 rib lamb chops (about 1 inch thick)
Salt
Freshly ground black pepper
1 tbsp crumbled dries rosemary leaves - I replaced with dried thyme
2 tbsp extra-virgin olive oil
3 medium-size garlic cloves, crushed with a garlic press

Method:

Rub the chops generously with salt and pepper and the dried rosemary. Place the olive oil in a shallow dish and stir in the garlic. Add the lamb chops and turn to coat with the garlic oil. Grill the chops until cooked to taste, about 4 minutes per side for medium-rare.

Serve with mushroom blackpepper sauce, steamed vege and fries.