Showing posts with label Pasta and Noodle. Show all posts
Showing posts with label Pasta and Noodle. Show all posts

Thursday, October 15, 2015

Mushroom Seafood Spaghetti







Waktu keadaan jerebu agak teruk few weeks ago, sampai memaksa sekolah ditutup, mokcik pulak kebetulan mmg sedang bercuti utk 2 minggu. Mokcik masa tu dah resign kerja lama dan saja minta lapor diri ditempat lapor diri lambat sikit. Sebab konon2 nak menikmati kehidupan tanpa bekerja. Tapi dah namapon isteri dan ibu, cuti tu bukannya boleh goyang kaki, melainkan buat kerja2 rumah yang tak berkesudahan. Cuti cuma x pegi kerja...itu sahaja.

Plan cuti tu konon2 la boleh la buat stok karipap, popia frozen, boleh la tambah lagi tanaman2 di kebun tapi mmg tak tersempat. Menguruskan rumahtangga dan anak2 saja pon dah occupied masa sehari suntuk. Tau2 satu hari dah berlalu.

Ada la jugak try resepi baru, Contohnya mushroom seafood spaghetti ni. Mokcik reka sendiri. Cuma tumiskan 1 biji bawang holland yang didadu dengan olive oil. Lepas tu masukkan satu tin sup cendawan campbell. Tambahkan 1 tin air. Kacau sebati supaya sup tu x berketul2. Sebelum tu jangan lupa rebus spaghetti sampai al-dente. Mokcik guna 1 pek spaghetti. Boleh dapat banyak supaya menu ni boleh jadi menu sarapan memerangkap lunch sekali...hehehe.

Bila sup tadi dah mendidih, boleh la masukkan udang dan sotong. Tambahkan italian herbs dalam 1 sudu kecil dan serbuk lada hitam. Garam tak perlu kot sbb mushroom soup tu dah cukup masin melainkan anda seorang pemasin. Masukkan tomato ceri yang dibelah dua dan capsicum hijau yang didadu besar. Lepas tu masukkan spaghetti yg dah direbus tadi. Kacau sebati. Kacau rasa x cukup masin boleh la tambah garam sikit2.

Then boleh la dimakan panas2.


Budak kecik ni cukup suka spaghetti ni. Satu pinggan tu dia makan sorang!

Wednesday, October 14, 2015

Bihun Sup Utara



Dah lama saya tak update blog ni. Rindu nak main masak2 dengan resepi baru ataupun makanan2 yang belum pernah dimasak. 

Tapi mcm biasa, rutin kehidupan yang sibuk mmg susah la nak masak benda2 baru. Ada masa mmg masak benda baru tapi by the time nak amik gambar, bateri tepon pon dah kong. Ingat zaman2 smartphone belum famous, amik gambar dengan kamera. Sekarang ni kamera pon tak tau dok mana,,,,huhuhu

Bihun sup utara ni saya dah masak berkurun nan lalu but for the sake of recording apa yang telah dimasak, masuk la jugak dalam blog.

Bezanya bihun sup biasa dan bihun sup utara ialah bihun sup utara kuah dia sup tulang yg dicampur daging pejal, ada yg tambah perut dan bahagian lembu yang lain. Lepas tu bihun tu direndam dulu dgn serbuk kunyit utk dapatkan warna kuning. Kalau bihun biasa guna cili kicap utk tambah pedas, bihun sup utara guna sos cili kering utk sumber pedas.

Saya cuma guna 1 kg tulang dan 1/2 daging pejal utk kuah sup. Tulang dan daging tu saya rebus dulu dengan pressure cooker lebih kurang 1 jam. Lepas tu tumbuk lumat 3-4 ulas bawang putih, 4-5 biji bwg merah, 2 inci halia. Lepas tu tumis bersama dengan rempah 4 sekawan sampai agak garing (tumis darat). Lepas tu masukkan dalam periuk rebusan tulang/daging tadi dan masukkan sup bunjut. Masukkan garam secukup rasa dan sambung merebus sampai rasanya dah sebati.

Untuk sos cili:

1/2 cawan serbuk cili babas
1/2 sudu besar bawang putih dan merah (tumbuk)
1/2 cawan air (tambah lagi kalau pekat sgt)
Sedikit gula melaka
1/2 sudu besar bancuhan asam jawa 

Tumiskan bawang putih dan merah tadi, kemudian masukkan cili. Masukkan air asam jawa, tambah air jika perlu, gula melaka dan garam. Masak sampai sebati dan sedikit pekat.

Boleh hidangkan bihun sup dengan taburan bawang goreng dan campuran daun sup/bawang.


Monday, April 13, 2015

Thai Spaghetti Seafood


Antara menu kegemaran saya kalau pergi Secret Recipe adalah Thai Seafood Spaghetti nya. Sedap sgt kat tekak saya. Tapi nak makan selalu kat Secret Recipe mmg tak mampu la. Sebelum kecoh GST nak dikenakan, harga sepinggan Thai Seafood Spaghetti (TSS), dalam RM17.90 (x termasuk cukai). Sebelum tu lagi dalam RM14.90.

Terbaru, right before GST dikuatkuasakan, harga sepinggan dah jadi RM22.90! I guess harga tu dinaikkan utk cover service charge tax yang akan dimansuhkan bila GST bermula. Pandai kan diorg ni? Belum apa2 dah naikkan harga siap2!

Nak buat macamana kan? Tak suka dengan harga baru jangan la pi makan. Meh kita cuba masak sendiri. Macam biasa Google la sumber rujukan. Masalahnya banyak sgt versi Thai Seafood Spaghetti, tak tahu yang mana satu yg akan bagi rasa mcm Secret Recipe punya.

Antara yg saya terpikat adalah 2 resepi dibawah. (sila klik utk ke website asal)

Spicy Seafood Spaghetti

Thai Seafood Pasta

The first one tu ada guna Thai Basil, which I believed bahan yg ada dalam TSS Secret Recipe. Yg kedua pulak takde Thai Basil, dia guna pes tomyam, daun limau, serai dan mcm2.

I decided to adapt the recipe on my own:

Saya buat cara ini:

1 peket pasta (saya guna fettucini)
Makanan laut - saya guna udang dan sotong. Udang tu dibuang kulitnya.
4-5 ulas bawang putih - di cincang halus
1 sudu pes tomyam (Boleh tambah lagi kalau suka pedas2)
Segenggam tomato ceri - belah dua
Sedikit capsicum hijau - potong dadu
Segenggam daun selasih (Thai Basil)

Cara2:

1.Didihkan air yg dicampur minyak dan garam dalam periuk yg agak besar. Bila air dah mendidih, masukkan pasta dan masak sampai al-dente (dah lembut tapi jangan sampai lembik). Toskan airnya dan simpan sikit air rebusan utk memasak.

2. Tumiskan bawang putih tadi. Saya guna minyak zaitun utk menumis. Tumis sampai naik bau

3. Masukkan pes tomyam dan goreng sampai garing

4. Masukkan makanan laut, masakkan sekejap. Kemudian tomato ceri dan masakkan sedikit layu.

5. Masukkan pasta dan kacau rata. Masukkan capsicum dan daun selasih. Kacau rata. Masukkan sedikit air rebusan tadi kalau pasta nampak kering. Tambahkan garam dan serbuk lada hitam. Agak2 semuanya dah secukup rasa dan sebati, boleh la matikan api dan dihidangkan

Well, to be honest, rasanya tak dapat la sama mcm TSS Secret Recipe tu. Tapi sedap la jugak. Nanti akan try lagi resepi2 yang lain utk dpt TSS mcm Secret Recipe punya.

Menu ni jadi bekal sekolah anak2 saya that is why saya tak buat pedas2.

Sunday, February 8, 2015

Kueytiaw Kung Fu


Kueytiaw kung fu ni menu yang selalu anak2 saya order kalau kami keluar makan kat kedai makan tomyam. Sedap memang sedap tapi tau je la kos makan kat luar kan....dah la sikit je portion nya tu, harga pon boleh tahan mahal.

Tu yang cik HB cadangkan "why don't Ummi je la masak sendiri kueytiaw kung fu ni?"

So google la resepi dari Internet dan saya pilih guna resepi dari Potret Kasih

Yang bawah ni resepi cut & paste. Tapi mcm biasa, saya  tak ikut exactly it is. 

Resepi Kuew Teow Kungfu
  • 1oo g  kuey teow ( ambil secekak je untuk seorang makan )
  • 1 biji telur saiz besar ( kalau telur kecil 2 biji )
  • sedikit lada sulah
(Pecahkan telur, kacau  dgn lada sulah & celupkan kueh teow. Pastu goreng atas kuali, mcm telur dadar. Dah siap angkat dan letak atas pinggan)

Abaikan rupa kuali buruk kat dalam gambar tu...hehehe. Buruk2 pon mmg kuali kesayangan saya despite I have Tefal pans. Yang kuali murah dan dah buruk ni jugak yg best masak macam2 :)
Untuk kuahnya
  • Isi ayam secukupnya  ( jumlah bahan anggaran untuk seorang makan ) * Tak guna
  • daging batang pinang secukupnya * Tak guna
  • udang secukupnya
  • sotong secukupnya
  • Sayur-sayuran ( karot, kobis bunga, pak choi, kailan, cendawan tiram dll )
  • 2 ulas bawang putih
  • 2-3 sudu makan sos tiram ( saya campur sos tiram dengan 1 sudu kicap manis )
  • 1 sudu tepung jagung ( campur dengan sedikit air )
  • 2 cawan air stok udang ( kulit/kepala udang ditumbuk, campur air dan ambil stoknya ) * saya guna air biasa saja
  • 3 -4 biji cili padi ( diketuk atau ditumbuk)
  • minyak secukupnya untuk menumis
  • sedikit garam
Cara penyediaan
1. Tumis bawang putih hingga wangi kemudian masukkan daging dan isi ayam. Masak sehingga daging atau ayam agak empuk baru masukkan sos tiram, air rebusan udang, lada sulah dan bancuhan tepung jagung.
2. Bila mendidih masukkan sayur-sayuran, seafood, cili padi, lada sulah.
3. Bila sayur layu, sesuaikan rasa ( kalau dah masin tak perlu letak garam ) dan tuangkan kuah keatas kuey teow yang telah digoreng dengan telur tadi….
Ni versi kuah kueytiaw kung fu saya. Saya guna udang, sotong dan fish cake utk sumber protein. Sayur pula saya guna carrot, broccoli, cauliflowers dan sawi sikit. 

Anak2 cakap sedap walaupun saya tak guna cik aji utk penambah rasa. Saya mmg tak guna ajinomoto dalam masakan tapi not 100% my cooking is MSG-free. Sebab MSG mungkin ada dalam kicap, sos, dan  kiub ayam/ikan bilis dan mcm2 lagi. Tapi kalau makan kat kedai tu tak tau la berapa banyak cik aji/MSG yang ditambah ke dalam masakan utk sedapkan rasa.

I believe in order to make food tastes delicious, kena la gunakan bahan2 mentah yang baik dan segar. Again, hidup di zaman moden ini, bahan mentah yang baik dan segar dah semakin susah nak dapat dan juga mahal. So kadang2 demi convenience, kita pon pejam mata aje dan belasah je apa yg ada kan?

But for me, selagi kita mampu, kita cuba la yang terbaik ye?

Sunday, January 4, 2015

Chili Tuna & Mussels Spaghetti


Dah  masuk tahun baru 2015!

Alhamdulilah, masih lagi dapat update blog ini walaupun tak kerap pos entry2 baru. Dari tahun 2009 to 2015 - 6 years already! Walaupun bukan blogger masakan tegar dan hebat seperti Cik Mat Gebu of Dapur Tanpa Sempadan, atau MamaFami, sekurang2nya kehadiran blog ni memeriahkan jugak la kumpulan blog masakan yg ada kan? Yang penting, gambar yang saya papar dan tulisan entry adalah genuinely mine. Cuma resepi aje la yg cut & paste tapi selalunya saya tak lupa utk letakkan link yg asal dan beri credit kepada blog rujukan tu. Kebanyakan blogger masakan terkemuka banyak yg mengeluh gambar dan blog entries diorg di cut & paste bulat2 lepas tu pos kat blog sendiri dan kata sendiri punya pos...

Apa daaa....

Tu yang kadang2 ramai blogger masakan yg hebat2 berhenti blogging, tak pon private kan blog mereka. Sedih tau sbb orang mcm mokcik ni mmg suka rujuk blog masakan. Betul, buku masakan boleh dibeli tapi x semestinya resepi tu menjadi. Kalau rujuk kat blog, kadang2 bloggers ni tak kedekut kongsi tips mcm2. 

Well, insyaallah selagi ada ruang dan waktu dan diizinkan Allah, blog What I Have Cooked akan terus diupdate utk berkongsi apa yang dimasak. At least, I know my adik2 dan some friends rajin jugak dtg blog ni cari resepi kan? kan?

This chili tuna & mussels pasta saya masak sbb ada hari tu ternampak Chef Wan sharekan resepi pasta kat IG dia. Nampak mcm menarik, so mmg menyimpan hasrat nak buat la. Bila groceries shopping, beli la Ayam Brand Chili Tuna. Tak pernah rasa lagi Ayam Brand Chili Tuna, selalunya cuma beli Tuna Mayonese.

Thought that nak ada sotong, udang baru nak cuba resepi ni. Tapi bila dah ada udang, sotong terlupa pulak. Sampai la aritu sbb malas nak masak nasi, then teringat kat resepi ni. Seafood yang ada dalam freezer cuma mussels (kupang) tapi hati beria2 jugak nak buat walaupun x cukup bahan. Chef Wan ada guna ceri tomato tapi ceri tomato pon takde dalam stok

So apa yg saya buat cuma cincang halus 5 ulas besar bawang putih. Kemudian gunakan minyak zaitun, dalam 2 sudu, tumis bawang putih tadi. Agak2 dah garing sikit, saya masukkan mussels dan masak sekejap then masukkan 1 tin Ayam Brand Chili Tuna. Kacau rata then masukkan spaghetti yang dah siap direbus. Jangan lupa masa tapiskan spaghetti tu, simpan 1 cawan air rebusan spaghetti sbb air ni kita boleh tambah dalam spaghetti kalau kering sgt.  

Kacau rata spaghetti dan tambahkan garam secukup rasa. Then saya tuangkan jus lemon (dari 1 biji lemon). Kacau lagi. Resepi chef wan xde lemon juice, saya je pandai2 tambah...hehehe

Sedap dimakan panas. Agak pedas jugak la spaghetti ni sbb Cili Tuna tu ada 4-5 biji cili api didalamnya. Walaupun dia sebiji2 gitu, boleh tahan jugak tahap kepedasan. So saya syorkan kalau tak tahan pedas, sebelum masukkan chili tuna dalam kuali, buang2 siap2 cili api yg ada. Mungkin tinggalkan 1-2 biji utk bagi kick sikit.

Lenkali saya test pulak masak spaghetti guna bahan2 yg cukup ok....

Monday, October 13, 2014

Spaghetti with Creamy Chicken Balls


Saya bukanlah penggemar makanan sejuk-beku mcm sausage, nuggets, chicken balls dan mcm2 yg ada di pasaran skrg ni. Tapi tak lah pulak saya tak makan langsung. Still makan, cuma sangat jarang makan dan beli dan masak. Macam tu la jugak dengan makanan proses yang lain - canned food, packet food and so on. Still guna sbb kadang2 mmg mengejar masa dan kadang2 susah nak pegi cari fresh foods. Tapi cuba limitkan la. Sebab processed foods mmg banyak keburukannya dari kebaikannya. Sadly, dizaman moden ini, makanan terproses lebih murah dan lebih senang didapati dari real foods maka dah jadi makanan utama utk kebanyakan orang hari ini.

Tapi kadang2 diakui, I made the wrong choice juga bila saja2 nak makan benda2 mcm ni. Contohnya resepi ini, I made it sbb dah selalu sangat nampak org pos dan share resepi di Facebook. So mcm craving gitu padahal tau bahan2nya mostly adalah makanan terproses.

But somehow the twins rupanya tak suka pon rasa the Ayamas's chicken balls. Ye la, saya sendiri pon rasa pelik dengan rasanya. Mcm rasa plastik gitu. I guess when you get to used to eat fresh foods most of the time, the taste of processed food would be weird, tak gitu? But I'm glad the twins tak suka makan the processed chicken balls but they do love my home-made burger patties and nuggets. Berbaloi sentiasa masak things from scratch.


Anyway alang2 dah masak, saya share kan jugak la resepinya disini. Saya tak dapat nak cari resepi yg asal tapi saya share apa yg saya buat sbb saya buat ikut suka hati je setelah baca sepintas lalu resepi asalnya. Resepi asal makan begitu saja chicken ballsnya tapi saya buat makan dengan spaghetti. Apa2 pon terpulang la ikut tekak masing2 ye!

Bahan2nya:

Bebola ayam (saya guna Ayamas)
Tomato ceri dibelah dua.
1 tin Prego Mushroom Carbonara
1 labu bawang Holland - dipotong dadu
2 ulas bawang putih - dicincang halus
Mozarella grated cheese
Serbuk lada hitam
Spaghetti (direbus berasingan)
Parmesan cheese (optional)

Cara2:

1. Rebus bebola ayam seketika kemudian toskan.
2. Susun bebola ayam dalam bekas casserole dan letak tomato ceri diatasnya (mcm gambar diatas)
3. Tumiskan bawang holland dan bawang putih sampai naik bau (saya selalu guna olive oil bila masak pasta)
4. Masukkan Prego mushroom carbonara cream dan tambah air ikut kepekatan yg diingini. Saya tambah dalam 1 tin air aje. Masak sampai mendidih dan masukkan lada hitam secukup rasa.
5. Tuangkan keatas chicken balls tadi.
6. Taburkan mozarella cheese diatasnya.
7. Bakar dalam oven pada suhu 180C selama 10-15 minit, atau hingga cheese cair.
8.Hidangkan dengan spaghetti dan tabur parmesan cheese jika suka.

Monday, June 9, 2014

Kueytiaw Goreng Basah


Semalam dinner kami makan ini sahaja sbb mokcik malas masak...hehehe. Lagipon sbb geramkan udang saiz XL yg kami beli Sabtu lepas utk buat BBQ. Mmg saja asingkan sikit sbb nak masak char kueytiaw kononnya. Tapi somehow rasanya baik la dipanggil kueytiaw goreng basah aje sbb mcm xde la jadi mcm char kuey tiaw sgt pong....hahaha

Ianya memang kegemaran seisi rumah. I really love kueytiaw yg digoreng dengan taugeh dan kucai byk2. Mujur2 anak2 takde perangai asingkan sayur2 dalam mee/kuetiaw goreng...kalau tak, hangin je mak tengok! Sbb tgk ramai budak yg macam ni...jadi keje lak asingkan taugeh satu2....heh! Tension tengok....

Cara saya goreng kueytiaw:

Tumbuk 3-4 ulas bawang putih (ikut bape banyak kueytiaw nak dimasak), saya suka bawang putih so mmg selalu letak banyak2. Tumiskan bawang putih sampai garing, lepas tu masukkan cili kisar dan masak sampai garing. Lepas tu masukkan sedikit sos tiram dan 1/2 kiub ikan bilis. Kalau kering, masukkan sikit air. Then masukkan udang. Masakkan udang sekejap, then pecahkan 2 biji telur dan kacau sikit2. Dah telur masak, masukkan kueytiaw, taugeh dan kucai. Kacau sebati. Tuangkan kicap manis secukupnya. Masukkan air, jgn banyak sgt tapi memadai la bagi nampak ada kuah sikit. Kacau sebati lagi. Saya renjiskan sikit sos ikan sekadar bagi rasa. Saya tak guna garam sbb rasanya masinnya dah cukup sbb ada sos tiram, kiub ikan bilis, kicap dan sos ikan. 

Makan panas2 dan kalau suka hidangkan dengan hirisan limau kasturi, daun sup dan cili potong. 

Thursday, May 29, 2014

Mee Kari Ala Nyonya

Dua hari lepas saya jemput 2-3 kawan terdekat utk meraikan harijadi anak2 kembar saya. Buat kecil2an saja sbb tak mampu dari segi kudrat dan masa nak buat majlis besar2.

Antara menu yg dimasak - mee kari ala nyona!


Resepi mee kari Nyonya saya cedok dari blog Dari Dapur Kak Jee tapi saya ubahsuai sikit ikut apa saya suka...hehehe. Bukan apa, ada byk versi mee kari Nyonya yg ada di Internet, salah satunya guna daun kesum dan bunga kantan, jadi saya teringin nak makan mee kari yg guna daun kesum dan bunga kantan. Resepi Kak Jee takde daun kesum dan bunga kantan. Cuma bahan2 tumisan tu yg saya ikut resepi Kak Jee. Then resepi kak Jee x letak udang dan kerang dalam kuah kari, kerang letak as accessories. Tapi sbb kerang yg saya beli pon x banyak mana, saya letak je sekali dalam kuah kari, begitu jugak dengan udang.

Hasilnya mmg sedap!


Untuk resepi: (Sumber Asal: Dari Dapur Kak Jee)

Bahan2 tumisan:

1 cawan rempah kari Baba's
1/2 cawan cili kering yg dikisar
8 ulas bawang putih*
1 genggam penuh daun kari
4 biji buah keras*
belacan (sebesar ibu jari)*
4 batang serai (diketuk)

Bahan2 bertanda * ditumbuk halus

Bahan2 lain:

sedikit daun kesum
1 btg bunga kantan (dibelah memanjang)
1/2 ekor ayam - dipotong kecil2
udang
kerang (isi sahaja)
Fish ball (dibelah 2)
Tauhu goreng
Santan (saya guna 2 kotak kecil santan)
Mee kuning (dicelur dan ditos)

Bahan2 hiasan:

Sawi (dipotong dan dicelur)
Taugeh (dicelur)
Bawang goreng

Cara2:

1. Tumiskan bahan2 yg ditumbuk sampai wangi. Masukkan cili kisar. Masak sampai garing.
2. Masukkan rempah kari, daun kari, serai dan kacau rata. Masukkan 1/2 cawan air. Masak sampai jadi paste.
3. Bila paste dah wangi, masukkan ayam dan kacau rata. Masak sampai terbit air ayam. Lepas tu masukkan dalam 2 cwn air atau ikut kepekatan yg disukai. Bila dah mendidih, masukkan santan. Masa ni saya masukkan daun kesum dan bunga kantan. Masak sampai mendidih dan pecah minyak. Lepas tu boleh masukkan tauhu kering, fishball, kerang dan udang. Tambahkan garam secukup rasa dan sedikit gula utk balance kan rasa dia. Dah masuk kerang dan udang tu jangan masak lama2...nanti hilang manis dia. Matikan api.

Boleh la hidangkan dengan mee kuning dan bahan2 hiasan lain.


Wednesday, January 8, 2014

Baked Tuna Pasta


As the school started last week, I am also busy thinking what to cook for kids' breakfast and bento. It has to be something easy, quick but healthy. Tapi takde la semestinya 100% healthy. Adakalanya kena juga guna bahan2 ready made. Cuma xde la store-bought-frozen-item all the time kan?

This is what I made for Monday morning's breakfast and bento. Baked tuna pasta yg saya buat siap2 malam sebelumnya. Senang aje cara membuatnya cuma bahan2nya tidak la 100% healthy. Masih melibatkan processed food although I'm not very keen in using processed food.

Saya rebus pasta jenis spiral sampai ala-dente. Lepas tu toskan. Panaskan oven at 180C. Tumiskan sebiji bawang Holland yg dah dicincang dgn olive oil dan masukkan 1 tin Campbell mushroom soup. Then 1 tin tuna in mayonese Ayam Brand. Masukkan juga broccoli yg dipotong kecil2. Tambah blackpepper jika suka. Saya tak tambah garam sbb mushroom soup dan tuna mayonese dah cukup perisa rasanya. Lepas tu masukkan pasta yg dah ditos tadi dan gaul rata. Dah sebati, masukkan ke dalam casserole atau bekas pembakar dan taburkan grated cheese diatasnya. Bakar for about 20 mins or sampai cheese dah jadi keperangan. 



Monday, September 9, 2013

Aglio Olio Spaghetti


Balik2 buat aglio olio ye....

Tapi yg ini la pasta paling senang nak buat. Boleh buat mcm2 versi. Versi kali ni guna frozen sotong yg dibeli kat Mydin dan juga tomato ceri. 


Pastu makan ngan battered fried fish (beli ikan dori frozen dr Mydin kemudian celup dalam tepung tempura dan goreng) dan jugak salad.

Wednesday, July 3, 2013

Creamy Chicken Fettucine



Another menu using the roasted chicken leftovers - Creamy Chicken Fettuccine! Sangat mudah dan disukai anak2. Ini adalah resepi pasta kegemaran saya masa duduk kat Jerman dulu. Tapi kat Malaysia ni slow sikit la membuatnya sbb whipping cream sgt la mahal di sini. Kat Jerman dulu sekotak hanya 30 sen (in Euro la). Kat sini aritu sy beli kat Mydin sekotak kecil dalam RM7 ++. Adoiii....

Anyway resepi mudah sy utk pasta ini:

Bahan2:

1 biji bawang besar jenis Holland - potong dadu kecil
3-4 biji cendawan shitake - sy beli jenis frozen, kemudian rendam dalam air dan potong kecil2
4-5 biji cherry tomato - belah dua
4-5 biji sweet pea - potong dua
250g pasta jenis Fettuccine - boleh guna any pasta you like - rebus sampai ala-dente
1/2 kotak whipping cream
stok ayam - sy guna stok ayam lebihan roasted chicken juga
shredded cooked chicken - I used leftovers from my roasted chicken
garam dan serbuk lada hitam.

Cara:

1. Masak pasta sehingga ala-dente. Tapiskan.
2. Panaskan sedikit olive oil.  Tumis bwg besar sampai kekuningan.
3. Masukkan cendawan shitake dan sweet pea.
4. Masukkan chicken stok. Biarkan mendidih.
5. Masukkan fettucine. Kemudian cherry tomato and shredded chicken. Kacau rata.
6. Masukkan whipping cream, kacau sebati. 
7. Tambah garam dan serbuk lada hitam. Sesuaikan dgn rasa. Siap.

Budak kecik ni suka rupanya menu ni
Sedapnya kan Insyirah?

Thursday, June 27, 2013

Mee Goreng Basah


Semalam malas, tapi malas2 pon masak la jugak...ari2 yg lain pon x bape rajin, tp kira rajin la jugak bila masak nasi dan at least 2 jenis lauk. Taraf malas kiranya bila masak nasi goreng ke, mee goreng ke maggi goreng ke...

So smlm masak mee goreng basah sambil2 marinate ayam sekor utk dinner mlm esok. Kadang2 sy mmg suka plan menu dinner ahead supaya sy ada extra time utk buat benda lain. Kalau buat roasted chicken, keje sy the next day mmg sgt senang. Nanti masukkan je ayam dah perap tu dlm oven, bakar la selama 1 jam atau lebih.

My version of mee goreng basah sangat simple. Yg penting bahan2 dia mewah, guna udang ke sotong ke sure jadi sedap. Tumbuk bawang putih dan bawang merah 3-4 biji setiapnya. Tumis sampai wangi. Masuk 1-2 sudu cili kisar (x boleh pedas sgt sbb anak2 nak makan). Biar sampai cili garing, masukkan sotong dan fish ball, goreng kejap. Masukkan mee kuning yg dah dibasuh dan tos, sekali dgn sawi dan taugeh. Gaulkan. Then tuang kicap manis cap Jalen secukupnya dan fish sauce sikit. Dah cukup utk perasa. Tak payah nak tambah pak aji (by the way sy mmg x guna pak aji pon) dan garam. Masukkan air sedikit nak bagi mee tu basah2. Hidangkan dgn potongan limau nipis. 

Anak2 dan bapanya makan dgn laju dan sampai licin walaupun mee goreng nampak simple aje. Happy hati maknya tau....hehehehe

Tuesday, May 21, 2013

Cantonese Yee Mee


Dalam seminggu, for dinner kalau bosan makan nasi, we would have noodles instead. I would be happy kalau the kids and the father x kisah what sort of noodles yg nak dimasak - pasta, mee goreng, mee sup, guna mee kuning ka, kuewtiaw ka, bihun ka pon xpe.

So being me, mmg suka introduce new thing and give variety to them. Bila groceries shopping, I would buy new noodles to try out. Hari tu try mee soya, then yee mee. Yee mee selalu je makan kat foodcourt tapi x penah masak.

So I tried out Cantonese Yee Mee. Sangat senang nak buat. Sy amik resepi dari SINI. Tapi saya tak ikut exactly. Sy ubah suai ikut bahan yg ada.  Dan saya tak masukkan kiub Maggi.

Yee mee (sediakan untuk 4 orang makan
20 ekor udang sederhana besarnya ( saya tak letak sebanyak ni)
isi daging ayam yang telah dihiris (tak guna - ganti dgn sotong, fish cake and fish ball)
sedikit hirisan daging lembu (yang telah direbus) - tak guna
sedikit lada sulah 
2 biji putih telur (saya guna the whole egg)
2 buku pati ayam Maggi - tak guna
100 ml Air rebusan kulit udang - tak guna
Garam & serbuk perasa 



200 gm kobis cina (dipotong kecil) 
100 gm sawi hijau (dipotong kecil) 
2 ulas bawang kecil (untuk menumis) - tak guna
3 ulas bawang putih (untuk menumis) 
2 sudu makan minyak bijan 
3 sudu besar tepung jagung dilarutkan dengan sedikit air 
sedikit minyak zaitun untuk menumis 
3 batang daun bawang - tak guna
sedikit bawang goreng untuk hiasan - tak guna

Cara penyediaan:

Masukkan bahan-bahan untuk menumis. Tumiskan sehingga naik bau. Masukkan serbuk lada sulah dan air rebusan kulit udang. 

Biarkan mendidih.Masukkan Udang, isi ayam dan hirisan daging. Biarkan mendidih selama 10 minit.Kemudian masukkan Kobis Cina dan sawi hijau. Masak selama 2 minit. 

Masukkan larutan tepung jagung. Akhir sekali masukkan minyak bijan untuk mewangikannya. Taburkan bawang goreng dan daun bawang untuk menghiaskannya. Bolehlah di masukkan kuah tadi ke dalam Yee Mee yang telah tersedia. 

Cadangan Hidangan: 
Boleh dihidangkan ketika masih panas kerana jika sejuk kuahnya akan membeku. 

Tambahan:
Hendaklah sentiasa mengacau kuah ketika memasukkan larutan tepung jagung kerana jika tidak dikacaukan kuahnya akan berketul ketul.

Thursday, May 16, 2013

Seafood Fettucine


Sebenarnya saya tak tau nak namakan apa ngan resepi ni. Sebab ni resepi olahan saya sendiri. Saya teringin nak makan pasta. Then ada pulak leftover mushroom gravy yg sy buat utk gravy Spiced Orange Roasted Chicken. Saya punya perangai, saya x suka simpan leftover lama2. Mesti nak recycle secepat mungkin.

Hence, sy terfikir la resepi ini!.

Mudah aje, saya rebus fettuccine macam biasa. Toskan. Kemudian sy cincang halus 2 biji bawang putih. Tumis dalam sedikit minyak zaitun, then masukkan bawang putih cincang tadi. Goreng sampai naik bau. Masukkan sotong dan udang (yg dah dikupas kulit). Tuangkan sos leftover gravy tadi dan kacau. Kalau kering, sy tambahkan sedikit air. Then masukkan capsicum merah dan hijau yg dah didadukan. Akhir sekali masukkan fettucine yg dah direbus. Gaul sebati. Kalau tawar, tambahkan garam. tapi saya tak tambah pon sbb gravy tu dah cukup rasa.

Hidangkan panas2.

I tell you, anak kembar saya makan sampai habis pasta ni :).

Sunday, May 5, 2013

Sup Mee Soya


Few days ago pegi Jusco and tgk2 kat bahagian 'Items to Clear', saya jumpa Mi Lidi Soya dijual pada separuh harga. Sepeket cuma RM1.80 kot kalau x silap. Cuma tarikh luput dia dah dekat la which is 30 June 2013. Tak kisah la asal belum expired. Tapi kena masak cepat sbb simpan2 kang tak teringat nak masak, tau2 nanti dah expired..nangesss

Saya belum penah try lagi mee soya. Green tea noodles penah la. But no harm in trying kan...tagline dia pon -your key to better health.


So what I did with this noodles, masak ikut arahan kat peket pembungkus which is didihkan air kemudian masukkan mee ni dan masak lagi selama 5-6 minit. Saya tak ikut time pon sebenarnya. Saya ikut cara masak spaghetti, bila rasa mee tu dah lembut, matikan api dan tos airnya. Lepastu rendam balik dgn air sejuk so ianya x melekat2. Mee ni mmg agak melekat2. Rasa dia mcm kenyal2 sikit. Ada rasa mcm mee telur jugak.

Untuk makan mee ni, saya buat sup sayur2an campur seafood balls dan crab sarimi. Nak bagi pedas, boleh hiris cili api.  Alhamdulilah anak2 suka.

Cara saya buat sup boleh tgk kat SINI

Thursday, April 11, 2013

Aglio Olio -Versi Angel Hair


Masak pasta ni bape minggu sudah tapi baru la ni nak masukkan dalam blog. Sesuka hati je kan bagi nama resepi? Sy sebenarnya terpengaruh ngan Kak Lemongrass dr blog Salam Dua Benua tu. Dia pon selalu masak pasta camni yg dia ubahsuai ikut citarasa dia. Aglio Olio selalunya refer pada pasta yg dimasak guna olive oil dan bawang putih dan sometimes dgn red chili flakes.

Saya pon basically masak camtu jugak tapi sy tambah celery, tomato ceri dan shredded fried chicken. Shredded fried chicken tu recycle item sbb the previous night sy buat ayam goreng tepung ala KFC tapi berbaki lagi 2 ketul. Kalau nak panas balik pon tetap x laku jadi sy shred kan dan masuk dalam pasta. Ok kan?

Cara saya masak:

Bahan2:

250g pasta angel hair 
4-5 ulas bawang putih - di dadu halus
3 sudu besar extra virgin olive oil
red chili flakes (sy kisar kering cili merah kering) - amount ikut suka. Nak pedas letak byk.
4-5 biji tomato ceri
1 batang celery - dipotong kecil2
Isi ayam yg dicarik (boleh guna lebihan isi ayam bakar atau ayam goreng)

Cara2:

1. Isikan air dalam periuk, masukkan sedikit garam dan minyak dan tunggu sampai mendidih. Masukkan pasta dan rebus sampai ala-dente. Tapis airnya tapi jgn buang dulu air rebusannya sbb akan digunakan dalam proses memasak.
2. Panaskan extra virgin olive oil dan masukkan bawang putih. Goreng sampai naik bau. 
3. Masukkan pasta dan gaul sebati. Tambahkan air rebusan pasta sedikit-sedikit utk bagi moist.
4. Masukkan tomato ceri, celery dan isi ayam. Taburkan red chili flakes. Kacau rata. Tambahkan garam ikut citarasa. Tambahkan juga air rebusan kalau pasta nampak kering. Tak payah masak lama2. Bila tomato ceri dah nampak layu sikit, dah boleh matikan api.

Hidangkan panas2.

Wednesday, April 10, 2013

Macaroni Prawn Cheese ala Secret Recipe


Wuuuu....lamanya x update blog masak ni. Dah lebih setahun gitu. Nak buat cemana, mengandung lepas tu bersalin, lepas tu dpt keje pulak. So imagine la how busy life is nak juggling between menguruskan anak2, keje2 rumah dan keje. 

But I am still missing my cooking days. Selalunya bukan x masak, still masak tapi simple sgt2, nak masuk dlm blog pon segan. Jarang nak try resepi baru. Jarang ada masa nak masak comprehensively, weekend pon selalu xde kat rumah. Ada la sekali dua buat resepi baru tp takde masa pulak nak masukkan dlm blog.  

Macaroni prawn cheese ni sy masak sbb anak sy Nabilah suka sgt mkn ni masa gi  Secret Recipe. Tapi tahu je la, mahalnya la kos makan kat Secret Recipe so x boleh la dijadikan kebiasaan. Sesekali pegi utk special occasion ok la. So baik la try masak sendiri.

Thanks to this blog,  dapat la resepi yg dicari2. Sedap kata Nabilah. And since buat satu bungkus macaroni 500g, sungguh la banyak hasilnya. So bg kat adik sikit and kawan opis sikit. Kos buat pon lebih kurang harga sepinggan macaroni prawn cheese kat secret recipe tapi of course lebih berbaloi sbb ramai boleh mkn.

Resepi (cut & paste dr TotCupCakes tapi diubahsuai mengikut kesesuaian):

Bahan2:

1 peket makaroni (direbus dan di toskan)
10 ekor udang sederhana (dibuang kulit dan dipotong 2)
sedikit cendawan shitake (yg ini sy tambah sendiri)
2 cawan susu cair
4 keping cheese cheddar 
1 cawan mozzarella cheese
4 sudu besar butter (macam biasa.. lagi mahal lagi sedap)
4 sudu besar tepung serbaguna
1 sudu sos lada hitam * sy guna serbuk lada hitam
gula + garam secukup rasa

Cara2:

1. Cairkan butter dan masukkan tepung dan kacau sebati
2. Masukkan susu dan kacau sebati.
3. Masukkan udang dan cendawan shitake.
4. Kacau sampai kuah pekat. Masukkan cheddar cheese.
5. Masukkan macaroni.Kacau sebati kemudian masukkan shredded mozarella cheese. 
6. Perisakan dgn garam, gula dan serbuk lada hitam secukup rasa.
7. Bila dah siap, boleh la dihidangkan dgn menuangkan sedikit olive oil dan lada sulah.

Friday, October 21, 2011

Bihun Putih Stail Kak Liza


Pagi ni tiba2 teringin nak breakfast bihun putih yg dimasak ikut cara kawan baik sy kat Jerman, Kak Liza. Specialnya bihun putih kak liza ni, lepas bihun digoreng, minyak bijan di renjis utk menambahkan kesedapannya.

Resepi bihun putih ini:

Bahan2:

1/2 pek bihun - celur dgn air panas, jgn rendam terlalu lama nanti lembik sgt masa digoreng
1 mangkuk kecil sotong putih yg dah siap dicuci & dipotong
kek ikan - dipotong nipis
3 ulas bawang putih - cincang halus
1/2 kiub ikan bilis
1 sudu besar sos tiram
1/2 biji carot - dipotong panjang & haluss
sedikit sawi - dicuci dan dipotong
serbuk lada hitam
garam secukup rasa
minyak bijan

Cara2:

1. Tumiskan bawang putih sampai naik bau/kekuning2an. Masukkan sotong dan kek ikan.
2. Masukkan sos tiram dan kiub ikan bilis. Kacau sebati.
3. Masukkan carot. Masak sampai empuk.
4. Masukkan bihun dan sayur sawi. Kacau sebati.
5. Masukkan serbuk lada hitam dan garam secukup rasa. Tambahkan sedikit air panas kalau bihun terlampau kering. Kacau sebati.
6. Matikan api. Renjiskan minyak bijan secukupnya.
7. Hidangkan dgn kicap bercili.

Prawn Aglio Olio


Few weeks ago, kami sekeluarga makan kat Pizza Hut. Sy nampak menu pasta Prawn Olio tapi since pegi Pizza Hut sbb nak mkn pizza, so takde la sy order Prawn Olio tu. Lagipon sebelum ni sy pernah browsed resepi pasta aglio-e-olio, resepi mcm simple so rasa mcm boleh buat sendiri coz basically ia adalah spaghetti yg dimasak dgn minyak zaitun dan bawang putih.

Ada byk versi resepi pasta olio yg sy jumpa di internet dgn kegunaan pelbagai bahan2 selain dr minyak zaitun dan bawang putih. So sy decided buat yg simple aje ikut cara sendiri.

Resepi:

500g spaghetti
1/4 cwn minyak zaitun - jenis extra virgin
5 ulas bwg putih - dicincang halus
10 ekor udang - dibuang kulit
1 sudu kecil cili flakes (boleh guna cili kering yg dihancurkan)
1 pek sweet pea - dipotong dua

Cara2:

1. Didihkan air dlm periuk bersama dgn sedikit garam dan minyak. Biar dah mendidih, celurkan sweet pea sekejap kemudian angkat dan tos airnya dan masukkan sweet pea dlm air sejuk (utk kekalkan warna hijau sweet pea dan merangupkannya). Gunakan air didihan yg sama dan masukkan spaghetti. Masak sampai al-dente. Toskan. Jgn buang air rebusan dulu.
2. Panaskan minyak zaitun dlm pan, tumis bwg putih sampai kekuning2an.
3. Masukkan udang dan goreng sebentar.
4. Masukkan spaghetti yg dah direbus. Masukkan sedikit air rebusan supaya tak kering sgt.
5. Taburkan cili flakes dan garam secukup. Masukkan sweet pea. Kacau sebati.

Siap utk dihidang.

Wednesday, March 9, 2011

Spinach-Tuna Spaghetti


As I'm counting days to go HOME, I am not planning to cook anything complicated or extravaganza for family meals. My cooking concept now just cook anything I have in the stock, or anything I can buy from nearest store. With GR, I'm still cooking typical Malay dish but for lunch, when most of the time GR is not at home, the twins and I would dine something simple and westernised.

This Spinach-tuna spaghetti is the example of westernised-simple lunch meal.

Cook spaghetti as instructions. Then chop half of onion. Heat up 1 tablespoon olive oil and fry the onion until fragrant. Then add tuna from one can. Add 1 small box of single cream, a bunch of frozen spinach, salt & pepper. Mix well and simmer for a while until it becomes thick.

Spread the spinach-tuna sauce on top of spaghetti.