Showing posts with label Rice. Show all posts
Showing posts with label Rice. Show all posts

Thursday, May 28, 2015

Nasi Ayam


Saya baru perasan, walaupun saya agak kerap masak nasi ayam sbb tu menu favourite anak2, tak pernah sekali pon resepi nasi ayam masuk dalam blog ni...hehehe

Maybe sbb nasi ayam sgt mudah nak masak. Saya pon masak nasi ayam hentam keromo saja...ada masa ada pengaruh Hainan, ada masa ayamnya siap berempah bagai. Ikut apa je yang terlintas dihati disaat nak masak tu.

Nasi ayam kat atas tu antara versi termudah saya sediakan. Detailsnya (utk sesiapa yang nak tahu)

Langkah 1: 

Siangkan 1 ekor ayam yang dah dipotong2 dan basuh bersih2 (saya perapkan ayam dgn tepung gandum sebentar untuk hilangkan bau hanyir, lepas tu basuh semula). Letak ayam dalam periuk dan masukkan air utk merebus. Air ni kena pandai agak nak letak banyak mana sbb air rebusan tu nak digunakan utk masak nasi, buat sup dan kuah kicap. Lepas tu masukkan sedikit garam dan halia yang dihiris. Rebus sampai ayam masak.

Sementara tu kalau guna beras basmati, boleh la basuh beras dan rendam.

Langkah 2: 

Bila ayam dah masak, angkat ayam dan letak dalam penapis untuk tapiskan airnya. Letakkan ayam dalam bekas besar dan tuangkan kicap manis, kicap masin dan sos tiram. Perapkan ayam selama 30 minit atau lebih. Utk masak nasi, tapis beras yang direndam tadi kemudian masukkan air rebusan ayam secukupnya. Masukkan sehelai daun pandan yang disimpul. Kemudian masak nasi macam biasa. Bila nasi dah masak, renjiskan minyak bijan dan gaul rata.

Langkah 3: 

Untuk sup: tumbuk 2-3 biji bawang merah dan 2-3 biji bawang putih bersama 1 inci halia. Tumis bersama 1 btg kulit kayu manis, 2-3 biji buah pelaga, 1 bunga cengkih dan 4-5 biji cengkih (rempah 4 sekawan). Biarkan sedikit garing. Kemudian masukkan sedikit air rebusan ayam tadi dan kacau rata. Tuangkan semuanya ke dalam baki air rebusan ayam. Rebus semula dan masukkan garam secukup rasa. Bila hidang sup, taburkan daun sup/bawang dan bawang goreng.

Untuk kuah kicap: Asingkan sedikit sup tadi, tuangkan kicap pekat, kicap manis dan kicap masin secukupnya. Saya takde specific sukatan, agak2 rasanya dah sesuai dengan tekak, cukup la.

Utk sambal nasi ayam: Basuh bersih2 5-6 biji cili merah. Kisarkan bersama 3-4 ulas bawang putih, cuka dan sos cili.

Lepas tu boleh la dihidangkan semuanya dengan daun salad, tomato dan timun.

Nasi Lemak Sambal Sotong



Me and nasi lemak ada love-hate relationship...hehehe. Kadang2 rasa mcm senang sgt nak masak nasi lemak, ada masa mcm rasa complicated sgt nak masak nasi lemak. Tapi kalau ketika nak masak nasi lemak tu dah siap ada cili kisar dalam peti ais, laju je nak masak nasi lemak ni.

Nasi lemak guna beras basmati mmg sangat la sedap. Nasinya akan jadi peroi mcm nasi lemak kukus. Tapi sebelum tu rendam dulu beras dalam 20-30 minit supaya berasnya menjadi lagi panjang bila dimasak. Apa2 pon jenis nasi guna beras basmati, that is the golden rule saya belajar tentang beras basmati.

Nasi Lemak

Nasi lemak saya dimasak guna santan kotak. Selalunya utk 3-4 pot beras, saya guna satu kotak santan yg saiz kecil. Lepas tu campur air secukupnya. Letak daun pandan yg disimpul dan juga secubit halba. Saya juga suka letak sedikit halia yang dihiris, nak bagi nasi bertambah harum. Lepas tu masak guna periuk nasi elektrik macam biasa.

Sambal Sotong

Untuk sambal, macam biasa perlu ada cili kering kisar. Berapa banyak nak bubuh terpulang pada tahap kepedasan yang disukai. Ada setgh cili bubuh sikit pon dah berapi. Saya tak suka cili api jenis yg pedas2. Sebab anak2 saya nanti tak boleh makan. 

Sediakan bawang merah (dalam 10 biji), 4-5 ulas bawang putih. Kisar bersama dengan sedikit belacan bakar dan cili kering (kalau belum ada cili kisar, rebus sebentar cili kering yg dipotong2, kemudian tapis. dan buang biji2nya. Lepas tu masa nak blend masukkan sikit minyak masak supaya biji cili yang masih ada dikisar halus.)

Lepas tu panaskan minyak masak dan tumis bahan2 blend tadi. Ada org ckp tumis sambal kena pakai minyak banyak baru sambal sedap. Saya tak ikut bab tu sbb saya health concious sikit. Saya letak minyak berpada2, asal bahan2 kisar boleh ditumis. Proses tumis sambal makan masa sikit sbb kita kena pastikan cili betul2 garing. Kalau nak tau dah garing ke belum, warna tumisan akan jadi merah gelap dan naik minyak. Kalau agak2 kering masa proses nak garingkan sambal tu, letakkan air sikit from time to time utk elakkan tumisan melekat kat kuali dan hangus.

Bila dah garing, masukkan gula dan garam. Lepas tu masukkan sotong. Sotong ni dia banyak air so jangan tambahkan apa2 air dulu. Biarkan sampai sotong dah masak dan air sedikit kering. Bancuh sedikit air asam jawa lepas tu masukkan dalam sambal dan kacau sebati. Masukkan juga bawang besar yg dipotong bulat2. Check rasanya, dan kalau perlu tambah garam/gula secukupnya. Lepas tu boleh matikan api.

Condiments

Untuk lauk sampingan nasi lemak atau pun mat saleh sebut condiments, boleh la sediakan telur rebus, ikan bilis goreng dan kacang tanah goreng dan juga timun.


Tuesday, September 16, 2014

Nasi Mandy Al-Bayt


Sempena cuti Hari Malaysia semalam, saya masak Nasi Mandy dari pek Nasi Mandy Al-Bayt. Pek bungkusan Nasi Mandy Al-Bayt ni saya beli masa Hari Raya Aidilfitri lepas. Masa tu tgh berkunjung ke rumah sepupu Abah di Slim River dan ternampak dia ada jual pek2 nasi Arab ni. Ada Nasi Mandy, Nasi Bukhari, Nasi Maqlubah dan Nasi Khabsah. Jadi saya try beli pek Nasi Mandy yg berharga RM15/pek. Dalam pek ni ada beras basmathi dan rempah tumisan Nasi Mandy yg hidangannya cukup untuk 4-5 orang makan.



Cara masak Nasi Mandy dah disediakan di kotak pembungkusnya jadi saya ikut exactly arahan yang tertera. Sebelum saya pernah buat Nasi Arab dari scratch tapi tak sempat masukkan ke blog. Guna pek pembungkus Nasi Mandy ni kerja jadi senang sikit la. Macamana pon masih perlu siang ayam, perap dan bakar dan juga sediakan sos Haratah dan salad Arab. Jadi takde la segera mana. Cuma saya rasa bila dah tersedia mcm ni takde la susah2 kita nak cari zafran la, serbuk jintan itu ini la, dan mcm2 lagi.  Beras basmathi dia pon sangat bagus, panjang dan x senang patah. Utk masak nasi dia, memang saya ikut sukatan air yg diberikan. Tapi cik HB komen nasi agak kering. Mungkin next time kena jugak guna kaedah ukur ngan jari mcm biasa...hehehe.




Cuma portion dia yg dia kata cukup 4-5 org tu very subjective la. Kalau makan sorang 1 cawan nasi mungkin cukup la kot utk 4-5 org....hehehe.

So kalau siapa2 yang berminat nak masak Nasi Arab Al-Bayt ni boleh la check FB dia : Nasi Mandy Al-Bayt - Citarasa Nasi Arab Sebenar

Saya pon ingat nak beli lagi, nak try jenis2 nasi Arab yang lain pulak ^_^.

Sunday, April 20, 2014

Nasi Beriani & Kambing Beriani


Nasi Beriani Faiza bersama kambing beriani, ayam masak merah, acar karrot & timun dan papadom ini saya dah masak berminggu yg lalu tapi baru ni la nak masukkan dalam blog.

Zaman saya duduk kat Jerman dulu, saya cukup rajin mencuba resepi2 baru (pada saya) dan sesuatu yg saya tak pernah masak. Kat Jerman la pertama kali saya masak nasi beriani la, nasi kerabu la, nasi daging la. Jadi tak jadi belakang kira, janji saya dah cuba :). 

Bila dah balik Msia, kerajinan tu dah makin slow la...nak2 pula dah kembali bekerja. Hari2 masak benda yg sama lebih kurang. Bila betul2 dtg seru, baru la saya masak resepi2 baru dan complicated. 

So recently saya masak nasi beriani. Guna rempah Faiza, cara masak pon ikut arahan pada pek pembungkus. Masa kat Jerman saya guna rempah nasi beriani Shan. Saya pernah masak Nasi Beriani Kambing dan Nasi Beriani Ayam. Dua2 nasi beriani ni saya masukkan kambing/ayam masa masakkan nasinya. 

Tapi kali ini saya masak nasi dan lauknya berasingan. Utk masak nasinya, saya ikut arahan pada pek pembungkus rempah beriani. 

Rempah beriani 

Untuk kambing beriani pulak saya ikut resepi dr Koleksi Lepak Bersama Mawar yang dah bertahun saya simpan, tapi baru ni je nak try...hehehe


Resepinya complicated tapi saya tak follow sangat. Saya buat ikut suka aje so resepi dia is more like a guideline. Tapi utk yg nak mencuba saya masukkan disini buat rujukan. Resepi asal utk 2kg daging lembu/kambing tapi saya cuma buat utk 1kg kambing jadi saya jadikan semua sukatan separuh aje.


Bahan2:

2kg daging lembu /kambing
4 sb rempah beriani
4 biji bawang besar - ricik dan goreng garing
10 ulas bawang putih*
10 ulas bawang merah*
50 gram halia*
(bahan2 bertanda * dikisar bersama)
5 kuntum bunga cengkih**
5-6 bunga lawang **
5-6 buah pelaga **
2 btg kulit kayu manis**
1 biji buah pala kering **(saya x guna)
(bahan2 bertanda ** digoreng tanpa minyak dan dikisar halus)
2 tangkai daun pudina***
4 tangkai daun sadri***
4 tangkai daun bawang***
(bahan2 bertanda *** dimayang halus)
4 tangkai cili hijau - dikisar
3 biji tomato buah - dicincang
3 sb tomato puree
100g kismis
150g gajus - digoreng (saya x guna)
1/2 tin susu cair
2 biji limau nipis (limau ini diperah di atas susu cair utk dijadikan tairu)
Garam secukup rasa
1 cawan minyak masak dan 3 sb minyak sapi utk menggoreng bahan bawang, kemudian biji gajus dan akhir sekali rempah kasar yg dikisar halus

Cara2:

1. Potong daging agak2 dalam 4-5 inci. Masukkan bawang merah, bawang putih dan halia kisar, daun pudina, daun sadri, daun bawang, cili hijau, tomato buah, tomato puree, kismis, garam dan gaulkan bersama daging. Perap dalam 1 jam.

2. Kemudian masukkan rempah yg telah digoreng tadi bersama dengan minyaknya sekali, bawang goreng serta gajus. Biarkan diatas api sehingga daging empuk.

3. Masukkan tairu dan biar diatas api perlahan. Apabila dah cukup masak, minyak akan timbul dan guna minyak tersebut utk dijadikan tumisan Nasi Beriani (saya tak guna).

Rasanya berbaloi juga susah payah buat nasi beriani ni walaupun complicated sbb cik HB makan bertambah2 dan anak2 juga suka. Utk Nabihah yg x makan daging, saya buatkan ayam masak merah utk digandingkan dengan nasi beriani.


Thursday, January 2, 2014

Nasi Goreng USA


Masa saya x sihat sbb mabuk2 mengandung, and we dined out most of the time, cik HB sgt suka order nasi goreng USA. Boleh dikatakan setiap malam in a row dia makan nasi goreng USA.

Basically nasi goreng USA adalah set nasi goreng yg ada daging masak merah dan telur mata kerbau. So bila dah kembali memasak, saya pon try buat nasi goreng USA homemade.

Utk resepi daging masak merah, saya guna resepi INI.

Nasi goreng pulak just tumbuk bawang putih dan merah, lepas tu tumis. Masukkan cili kisar dalam sesudu dua, ikut byk mana nasi nak digoreng. Lepas tu goreng sampai cili garing. Masukkan sos tiram sedikit. Untuk rencah, saya guna fish cake yg dipotong nipis2. Lepas tu masukkan karot yg didadu kecil dan masak sampai lembut. Saya masukkan juga kacang panjang yg dipotong pendek2. Lepas masukkan nasi putih dan kacau sebati dengan bahan2 lain. Tambahkan garam ikut keperluan.

Lepas tu hidangkan la nasi goreng tu dgn daging masak merah dan telur mata kerbau.

Wednesday, March 2, 2011

Nasi Tomato


Mac menjelang sudah!

Maknanya lagi sebulan la kami akan pulang ke tanahair for good. Sebulan lagi utk menghirup udara Jerman. Mac juga saat musim bunga mula menjelma, musim paling indah yg sy sgt sukai di negara empat musim ini. Mudah2an, cuaca bertambah baik, takde lagi salji sesat2, maka dpt la bunga2 berkembang terutama bunga2 pokok ceri!

2 hari lepas kawan seperjuangan kami, Najib & Elfi serta anak comel diorg, Aiman singgah kerumah sbb diorg dah nak pulang ke Malaysia for good. So diorg tumpang bermalam disini sbb rumah kami dekat ngan Frankfurt International Airport. So sy buat nasi tomato bersama dgn kari kambing, ayam masak merah bermadu & acar timun karot utk menjamu diorg.


Utk masak nasi tomato sy guna resepi dr blog Potret Kasih. Terima kasih puan Wana Yusuf!


Resepi Nasi Tomato:
500 g beras basmathi (dibersihkan)
4 biji tomato (dikisar) -
sy guna tomato paste
500 ml air
125 ml susu cair
3 sudu makan sos tomato
1 helai daun pandan
sedikit garam
sedikit kacang gajus ( option)
sedikit kismis ( option)
Sedikit bawang goreng
2 sudu makan minyak sapi
2 cn kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1 biji buah pelaga
2 ulas bawang putih( ditumbuk)
1 biji bawang besar ( dihiris)
sedikit bawang goreng
sedikit daun ketumbar (dihiris)
1 helai daun pandan
Cara membuatnya..
1. Panaskan minyak sapi dan tumis bahan menumis hingga wangi.
2. Masukkan beras dan goreng sekejap hingga rata.
3. Masukkan sos tomato, tomato kisar, air, susu dan daun pandan.
4. Tanak nasi seperti biasa.
5. Setelah masak taburkan buah gajus, kismis, bawang goreng dan daun ketumbar

Thursday, January 13, 2011

Nasi Lemak Ayam Berempah


Hari Sabtu lepas, for breakfast sy buat nasi lemak ayam berempah sbb tetiba teringat nasi lemak kukus ayam berempah kat Lembah Pantai. Tapi nak buat nasi lemak kukus tak pandai, so masak nasi lemak mcm biasa seperti nasi lemak INI.

Ayam berempah sy marinated siap2 the night before. Resepi marinate pon belasah ikut suka. Letak serbuk cili, serbuk kari, garlic & ginger paste (yg dlm botol), serbuk kunyit dan garam. Dah marinate semalaman, then goreng sampai garing.

Nasi lemak ni tak cukup geng, takde kacang tanah & ikan bilis. Jadi la labu...

Wednesday, December 22, 2010

Nasi Ulam II


Masa bulan puasa lepas, kak liza ada jamu kami dgn nasi ulamnya. Tetiba baru ni cik HB kata teringin nak makan nasi ulam mcm kak liza buat tu. So masa pegi kedai Asia, sy pon borong la segala jenis yg ada. Kali ni ulam2 yg sy guna:

- daun pegaga
- daun basil thai
- daun ketumbar
- bunga kantan
- terung pipit
- cili api

Semua dipotong halus2 dan bahan2 selebihnya:

- kelapa parut halus yg digoreng garing
- 1 cwn ikan bilis - goreng garing dan kisar kering halus
- sedikit serbuk belacan
- sedikit sos ikan
- 1 biji limau nipis - disagat kulit dan diperah jusnya
- garam dan serbuk lada hitam

Gunakan nasi sejuk (yg dah dimasak dan disimpan semalaman). Gaul dgn ulam2 yg dah dipotong halus. Masukkan kelapa parut, ikan bilis, belacan, sos ikan, parutan kulit limau dan jusnya, garam dan serbuk lada hitam secukup rasa. Gaul sebati.

Sy makan dgn lebihan daging hitam nasi kandar. Besttttttttt!!!

Wednesday, November 17, 2010

Soto Ayam


Along with nasi dagang, sy buat soto ayam jugak. Saja to have 2 dishes, kot2 nasi dagang tu x jadi, ada back-up soto ayam. Soto ayam ni sy x risau sgt hasilnya sbb soto sy dah buat berkali2.

Tapi buat soto kali ini, sy try resepi Cik Mat Gebu. Mmg resepi Mat Gebu lain dr respi soto yg sy selalu buat sbb resepi Mat Gebu ni ada guna rempah kurma. Tapi bahan2 lain ada yg sy ubahsuai ikut keadaan. Then begedil tadak...sy malas nak buat!

Utk resepi, ini adalah cut & paste dr blog mat gebu (mat, mintak izin copy eh, senang buat rujukan dimasa depan :))

BAHAN KUAH SOTO :-)
1.5 kg rangka ayam, cuci bersih dan toskan
2 batang serai, dititik
1 inci lengkuas, dititik
1 pokok daun sup, kerat kasar2
1 genggam bawang goreng
Air secukupnya (anggaran 5 - 6 liter)
2 camca besar rempah sup "Adabi"
1 1/2 camca besar rempah kurma "Adabi"
1 biji bawang besar*
8 biji bawang merah*
5 ulas bawang putih*
1.5 inci halia*
4 biji buah keras*
1/4 inci kunyit hidup*
1 camca besar lada hitam biji*(*dikisar halus)

BAHAN TUMIS :-)
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
6 kuntum bunga cengkih

BAHAN LAIN :-)
Nasi impit, didadu
Begedel
Taugeh, buang ekor dan celur sekejap
Cili kicap
Soo hoon goreng
Kacang tanah goreng
Daging ayam yang dicarik halus
Hirisan daun sup
Hirisan daun bawang
Bawang goreng

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK KUAH SOTO :- Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis bahan2 tumis hingga harum, masukkan serai, lengkuas dan bahan kisar halus, tumis hingga wangi. Rempah sup dan kurma, disatukan dan bancuh dgn sedikit air, kacau rata dan masukkan dalam peruk tadi, tumis hingga rempah sedikit garing. Masukkan rangka ayam, gaul rata dan biar kecut sekejap. Tuang air secukupnya, masukkan bawang goreng dan daun sup, kacau rata dan biar mendidih. Kecilkan api dan renih 1 - 2 jam, tambah gara, secukup rasa..
  2. UNTUK SOTO AYAM :- Isi nasi impit secukupnya dalam mangkuk, tuang kuah. Letak begedel, dan bahan2 lain. Nikmati soto dengan sambal kicap

Nasi Dagang & Gulai Ikan Mackerel

Salam Aidil Adha kepada semua!

Kat Jerman, aidil adha jatuh semalam, awal sehari dr Malaysia. Since cik HB ke sekolah, maka kami xde la buat apa2 sgt, except sy masak nasi dagang, soto ayam dan buat popiah princess, kemudian jemput jiran dekat sekampung Raunheim ni dtg dinner (since siang semua org sibuk!)

Nasi dagang ni specialty mak mertua sy. Tapi sy buat ni tak guna resepi mak mertua pon sbb aritu dah tanya tp ala2 tak paham gitu (sbb mak mertua kecek kelate, sy lak mmg hampes la nak paham semua loghat kelate). Cik HB kata balik nanti belajar betul2 buat nasi dagang dgn Mek. Tu la, dulu x nak belajar...skrg baru ralat!

So utk sementara sy belasah la dulu resepi mana2 yg ada. Útk nasi dagang, sy guna resepi dr Koleksi Bersama Mawar. Utk gulai ikan tongkol/mackerel, sy amik dr blog Marina Mustafa (thanks ye!) Tapi as first time buat nasi dagang, mmg agak mengecewakan sbb tak berapa nak jadi. Nasi agak lembik. Dan sebenarnya sy pandai2 buat eksperimen sendiri. Dek kerana nak nampak mcm beras nasi dagang yg dijual kat Kelantan tu, sy pandai2 guna beras merah yg sy beli kat Tegut. Resepi asal: 3 cwn beras pulut + 2 cwn beras biasa. So utk beras biasa tu, sy gantikan 1 cwn beras biasa dan 1 cwn beras merah. Actually rasa portion tu ok, takde masalah. Masalahnya ialah terlebih letak santan...huhuhu.

Utk resepi nasi dagang (sumber: Koleksi Bersama Mawar)

Bahan2:

5 cwn beras nasi dagang atau 3 cwn beras pulut + 2 cwn beras biasa
2 cwn santan pekat
4 cwn santan cair
2 sudu besar halba
10 ulas bwg merah kecil - mayang halus * sy guna 1 biji bwg besar
6 ulas bwg putih - hiris halus
1 1/2 inci halia - hiris halus
Garam & gula secukupnya

cara2:

1. didihkan air dlm periuk kukus.
2. Gaul beras dgn santan cair dgn sedikit gula & garam
3. Alaskan kukusan dgn kain kapas bersih
4. masukkan beras yg sudah bersantan kedlm pengukus dan kukus sampai beras masak
* sy kukus 3 kali. Angkat, gaul dgn santan dan kukus lagi.
5. keluarkan beras yg dah masak, kemudian masukkan dlm bekas besar. Semasa panas2 gaul rata2 dgn santan pekat (masukkan sedikit demi sedikit, bwg merah, bwg putih, halia dan halba. Masukkan garam & gula secukup rasa.

Utk resepi gulai ikan (sumber: Cooking with Marina Mustafa)

Bahan A:

- 2 sudu besar cili kisar
- 8 biji bwg merah * sy guna 1 biji bwg besar
- 3 ulas bwg putih
- 1 inci lengkuas
- 1 inci kunyit * sy guna 1 sudu kecil serbuk kunyit

Bahan B - goreng kering dan kisar halus:
- 3 sudu kecil ketumbar
- 1 sudu kecil jintan kasar
- 1/2 sudu kecil jintan halus

Bahan2 lain:

- 6 ketul ikan tongkol/mackerel - rebus dgn sekeping asam gelugor
- 3 sudu besar minyak utk menumis
- 1 1/2 cwn santan
- 2 batang serai - diketuk
- 1/2 cwn air asam jawa * sy guna 2 keping asam gelugor
- 1 sudu besar kerisik
- 2 biji cili merah - belah dua jgn sampai putus
- 2 biji cili hijau - belah dua jgn sampai putus
- garam & gula secukupnya

Cara2:

1. Panaskan minyak utk menumis. Tumiskan bahan A & B sampai naik bau.
2. Masukkan serai dan air asam jawa.
3. Masukkan ikan dan biarkan sampai mendidih.
4. Masukkan santan.
5. Perisakan dgn garam & gula.
6. Akhir sekali masukkan kerisik dan biarkan gulai masak dgn api perlahan sampai kuah pekat.

Hidangkan dgn nasi dagang.

Saturday, October 30, 2010

Nasi Goreng Tuna


Hmmm...x abis2 ngan tuna ye?

Bukan apa, hari tu sy dah kehabisan stok makanan. Patut nak pegi einkaufen siang tu tapi sgt la malas. Ada lagi satu tin tuna dan telur so why not goreng nasi aje kan?

Geledah2 resepi kat internet, ada byk resepi nasi goreng tuna. Rupanya nasi goreng tuna ni kegemaran org2 Indonesia kot sbb yg sy jumpa semua resepi org Indonesia ( ada kot org malaysia buat gak tapi yg came out the first 10 kat google search tu semua dr Indonesia).

Since resepi2 yg sy jumpa adalah pelbagai dan sy pon x cukup bahan nak tiru mana2 resepi maka sy decide "belasah aje la". Nama pon nasi goreng, yg kita boleh masak ikut suka kita kan?

Sedap ok nasi goreng tuna ni...eceh, masuk bakul angkat sendiri. But honestly, sedap...sy rasa x kira anda masak guna bahan apa sekali pon utk digandingkan dlm nasi goreng tuna, i´m sure ia tetap sedap bila semua bahan2 seimbang.

Bahan2:

nasi sejuk (2 pot beras)
1 tin tuna in water - buangkan air
2 sudu cili masak (sy guna 1 kiub cili masak frozen yg dibeli kat kedai pakistan)
1/2 biji bwg besar - ricik halus
2 ulas bwg putih - ricik halus
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap pekat
1 btg karot - dipotong panjang halus
1/2 biji capsicum hijau - dipotong dadu kecil
garam secukup rasa (kalau dah masin x payah tambah garam)

Cara2:

1. Panaskan minyak utk menumis. Tumis bwg besar dan bwg putih sampai naik bau.
2. Masukkan cili masak. Goreng sampai garing.
3. Masukkan tuna dan kacau rata.
4. Masukkan sos tiram dan kicap pekat. Kacau rata.
5. Masukkan karot. Masak sampai lembut. Kemudian masukkan capsicum hijau.
6. Masukkan nasi sejuk dan kacau sebati dgn bahan2 tumis.
7. Rasa masinnya, Kalau tawar, tambah garam secukup rasa.

Siap utk dihidang.

Friday, August 20, 2010

Nasi Ulam

Ni lagi satu menu kak liza prepared masa buka posa kat rumah dia. Huish...sedap sungguh nasi ulam ni, sampaikan kami berebut2 nak makan. Rasanya sungguh segar dgn aroma yg pelbagai. Ulam2 yg kami masukkan - bunga kantan, pegaga, daun kesum, kacang panjang dan terung pipit. Kak liza kata kalau kat malaysia boleh la tambah daun pucuk gajus, daun lemuni...actually any ulam2an will do.

Hmm...agak2 kalau sy guna feld salat atau ricola buat nasi ulam ni, sedap tak?

Bahan2 nasi ulam:

Nasi sejuk (lagi sejuk lagi bagus)
1 mangkuk ikan bilis - digoreng garing dan ditumbuk halus
1 kuntum bunga kantan -ricik halus
1 ikat daun pegaga - ricik halus
1 ikat daun kesum - asingkan daun dr batang, kemudian ricik halus
1 ikat kacang panjang - ricik halus
segenggam terung pipit - ricik halus
cili api (ikut nak byk mana) - ricik halus
Taugeh - celur seketika dan toskan
garam secukupnya

Gaul nasi dgn semua bahan2 kecuali taugeh. Sebaiknya gaul nasi bila hampir waktu nak mkn utk mengekalkan kesegarannya. Taugeh di gaul dlm pinggan individu utk mengelakkan nasi cepat basi.

Sunday, August 15, 2010

Nasi Daging & Air Asam

Ni lagi satu menu buka puasa semalam. Nasi daging ni pertama kali sy makan di bumi Jerman ni la, diperkenalkan oleh kawan sy cik Liza. Kat malaysia pon x tau kewujudan nasi ni...hehehe.

Utk masak nasi daging ni sy refer kat fotopages Hanieliza tapi sy x ikut sukatannya. Sy buat about half aje memandangkan ada kueytiaw hailam juga semalam. Sy cuma guna 3 pot beras. Itu pon x abis sbb kueytiaw hailam yg lebih laku. Harus la jadi menu recycle utk hari ini.

Utk resepi, ini cut & pastenya:

Utk air asam

Bahan:
1 kg. daging....potong sebesar 4 inci dan rebus dgn halia sehingga lembut
6 cawan beras bathmati....bersih dan toskan
8 cawan air rebusan daging
1 cawan susu cair
3 sudu besar minyak sapi
1 tin tomato sup [500 gm tomato cincangkan]
3 susu besar rempah kurma dibancuh dgn sedikit air
2 sudu besar kismis
5 helai daun pandan ..disimpulkan
garam & gula secukup rasa

Bahan tumis
2 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 kuntum buag pelaga
2 labu bawang besar ]
3 ulas bawang putih ] mayang halus atau tumbuk
1 inci halia ]

Cara memasak:
1. Panaskan minyak sapi dalam periuk Rice Cooker
2. Tumiskan bahan tumis dan dimayangkan.
3. Masukkan rempah yang dibancuh dgn sedikit air..biarkan wangi.
4. Masukkan air rebusan daging, tomato sup , susu cair dan daging...biarkan mendideh.
5. Masukkan daun pandan, garam , gula , beras dan kismis
6. Pindahkan periuk Rice Cooker dan biarkan nasi masak saperti biasa.
7. Hidangkan bersama Dalca Sayuran dan Air Asam.

Nasi daging ni sy gandingkan dgn air asam jawa (mesti!), acar timun-karot dan papadom.

Utk air asam:

Bahan2:

3 biji cili masak
3 biji cili api (amaun bergantung kpd kepedasan yg anda mahu)
sedikit belacan
1 biji bawang besar - dipotong dadu kecil (atau dimayang halus)
1 biji tomato - dipotong dadu kecil
air asam jawa secukupnya
garam & gula secukupnya

Cara2:

1. Kisar cili masak, cili api dan belacan dgn sedikit air sampai lumat.
2. Dlm satu mangkuk. satukan bahan kisar bersama bwg besar, tomato dan air asam jawa. Tambahkan gula & garam mengikut citarasa anda.


Sunday, August 8, 2010

Nasi Beriani Kambing


Sy masak nasi beriani kambing ni hari Jumaat lepas, sempena menyambut kedatangan kawan sy, Zila dr Qatar. Tapi sy x sempat nak masuk dlm blog lebih awal. Kagum la ngan blogger2 masakan yg lain yg boleh update blog setiap hari ngan pelbagai jenis masakan.

Nasi beriani kambing sy masak guna rempah Mutton Biryani Shan. Sy masak ikut arahan kat kotak pembungkusnya. Cuma sy ada tambah sedikit daun pudina dan daun ketumbar utk memeriahkan rasanya (sbb terpengaruh ngan resepi nasi beriani Malaysia).

Rasanya ok, just nasi beriani ni x berderai seperti sepatutnya walhal sy dah ikut sukatan airnya. Maybe sy salah judgement at the part yg nasi kena masak 3/4 lembut tu, sy biar lembut sgt kot!

Bahan2 utk nasi beriani:

750g daging kambing (guna bahagian yg ada daging & tulang) - dipotong sederhana besar
750g beras basmati (dibasuh & direndam 30 minit)
3-4 biji bwg besar - dipotong halus
4 biji kentang - dibuang kulit dan dipotong dua *yg ini sy tak ikut sbb sy masak dalca pon dah ada kentang so sy omit
3-4 biji tomato - dipotong dadu
250g yogurt asli
1 sudu besar paste bawang putih * sy guna 3 ulas bwg putih dikisar
1 sudu besar paste halia * sy guna 1 inci halia dikisar
10 biji cili hijau
3-4 sudu besar jus lemon
250g minyak sapi
1 peket Mutton Biryani Mix Shan

Optional: segenggam daun pudina & daun ketumbar dipotong halus


Cara2:

1. Panaskan minyak sapi dlm periuk dan tumis bawang besar sampai kekuning2an.
2. Masukkan daging, bwg putih dan halia dan goreng selama 1 minit. Kemudian masukkan rempah beriani dan yogurt. Kacau utk beberapa minit.
3. Tambahkan 3-4 cwn air dan kentang ( sy omit this part since sy tak guna kentang). Tutup periuk dan masak dgn api kecil sampai daging lembut. Kemudian tambahkan tomato, cili hijau dan jus lemon. Kacau dan alihkan dr dapur.
4. Utk beras: dlm periuk berasingan, masukkan 10 gelas air dan 2 sudu besar garam, kemudian masukkan beras yg telah direndam. Masak sehingga beras 3/4 lembut. Alihkan dr api dan tapis beras.
5. Masukkan semula 3/4 beras yg dah dimasak kedlm periuk dan tuangkan masakan daging tadi ke atas beras. Kemudian masukkan lebihan beras tadi keatas daging.
6. Tutup periuk dan masak dgn api kecil sampai nasi masak. Kacau rata nasi dan daging. Sy tambah daun pudina dan daun ketumbar.

Nasi beriani kambing ini sy hidangkan bersama dgn kepak ayam goreng berempah dan dalca sayur.

Monday, July 12, 2010

Nasi Mentega

Utk digandingkan dgn chicken peri2, sy buat nasi mentega ni...


Sy x ingat dr mana sy amik resepi nasi mentega ni sbb resepi dia simple sgt, sy ingat gitu2 aje la. Terima kasih kpd pihak yg berkenaan yg telah mengepos resepi ini di internet :))

Bahan2:

2 cwn beras
1 biji bwg besar - dicincang halus
4 sudu mentega
sedikit kulit kayu manis dan bunga cengkih
1/2 cwn kismis
1 sudu teh garam

cara2:

Cairkan mentega, tumis bwg besar, kulit kayu manis dan bunga cengkih. Bila bawang dah kekuning2an, tuang bahan tumisan kedlm periuk berisi beras yg dah dicuci. Tambahkan air secukupnya utk mentanak nasi. Tambahkan garam ke dlm nasi dan kacau sebati. Tanak nasi sampai masak. Bila nasi masak, masukkan kismis dan kacau sebati. Siap utk dihidang.

Sunday, May 9, 2010

Nasi Beriani Ayam Shan


This is the first time sy try masak nasi beriani. Sebelum2 ni dok collect resepi, tapi buatnya tak. Sbb x confident nak buat. Tgk resepi mcm bahan2nya complicated dan cara buat macam complex. Then satu hari ni sy ke kedai Pakistan dan ternampak rempah beriani Malaysian Style jenama Shan. Wah, glamer jugak rupanya nasi beriani Malaysia, sampai ada rempah beriani malaysian style di luar negara. So sy pon beli.


Sy masak ikut instruction dibelakang kotak rempah. Takdelah complicated sgt. Rempahnya mmg ngam2 utk 600g beras. I can't enclose the recipe coz I've thrown the package box away before I remember that I should note down the recipe.

Anyway according to my husband, sedap jugak nasi beriani ni. Boleh dimakan tanpa lauk berasingan sbb dah dah ada ayam sekali ngan nasi beriani ni, walaupun masa kat Malaysia sy x suka makan nasi beriani style mcm ni.

Monday, March 1, 2010

Nasi Lemak

Selalu nasi lemak hidangan sarapan kan kalau kat Malaysia? Kat sini, sy buat nasi lemak bukan utk sarapan aje, siap boleh jadi menu lunch dan kalau ada lebih lagi, jadi menu dinner. One whole day menu! Hehehe...

Nasi lemak kan menu complete. Cuma yg x bagus kandungan kolestrol dan lemaknya tinggi. Sesekali xpe la kan....

Since kat Germany ni, sy belajar masak nasi lemak cara baru (i.e cara kak liza). Dia selalu rebus secubit halba dan daun pandan dulu then campur dlm santan yg nak dibuat nasi lemak. Lepas tu masak nasi cara biasa.

Bahan2 nasi lemak:

Nasi:
- 3 pot beras - dibasuh dan ditos
- secubit halba
- 1 helai daun pandan - di potong pendek2
- secubit garam
- 1 tin santan (kalau nak kurangkan kolestrol, guna separuh tin shj kemudian tambah air)

Rebus halba dan daun pandan dgn sedikit air. Bila dah mendidih tuang dalam periuk nasi yg dah berisi beras. Masukkan santan dan periksa samada ianya cukup utk mentanak nasi (sy selalu check dgn jari so xde amaun tertentu nak sukat air/santan). Kalau x nak berlemak sgt, kurangkan santan dan tambah air. Masukkan secubit garam. Tanak nasi sampai masak.

Sambal:
- Cili kering - direbus (sebenarnya sy guna sambal oelek campur cili morocco)
- Belacan
- 1 biji bwg besar
- 2 ulas bwg putih
- air asam jawa
- Garam dan gula

Kisar cili kering, belacan, bawang besar dan bawang putih. Tumis sampai pecah minyak. Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.

Bahan2 sampingan:

- Timun
-Ikan bilis goreng
- Telur goreng/rebus


Thursday, January 21, 2010

Nasi Goreng Daging


Nasi goreng memang versatile kan? Kalau org Melayu, nasi goreng boleh jadi menu sarapan pagi, makan tengahari atau pon makan malam. Macam2 resepi nasi goreng pon ada...nasi goreng paprik la, nasi goreng kerabu la, nasi goreng USA pon ada!

Nasi goreng saya yg kat atas tu, resepinya ikut sedap saya aje apa nak letak. Kalau ada nasi goreng USA, sy panggil Nasi Goreng Jerman, boleh? Hikhikhik...

Ok, sebenarnya nasi goreng tu terjadi sbb sy ada leftover daging dr masakan Stir-fried Beef with Sesame Seeds aritu. Selalu kalau ada leftover, even sejemput pon sy akan simpan dalam freezer sbb sayang nak buang. Kalau simpan kat freezer ngan kadar segera (contoh, right after lepas makan), insyaallah makanan tu ok. Lepas tu recycle la balik. Tapi recycle pon kena ubahsuai supaya ianya lebih sedap (dalam kes saya, supaya cik hubby x reject!) . Contohnya nasi goreng ni, sy tumis macam biasa nak buat nasi goreng, ada bawang merah, bawang putih dan cili kisar. Lepas tu baru masukkan daging leftover ni. Lepas tu perisakan la ngan garam, oyster sauce atau apa2 saja yg anda sukai. Nak bagi colourful tambah la sayur2an.

So kali ni saya x letak resepi la. Nasi goreng sapa2 pon boleh buat kan? Saja je nak tayang gambar (walau gambar x cantik pon...hahaha). Dah habit la sekarang (or should I say tgh ada mood?), asal siap masak je nak amik gambar.

Tuesday, July 14, 2009

Nasi Kerabu


2nd time buat nasi kerabu di bumi Jerman. Kat Mesia? Tak penah...hehehe. Ye la, kat Mesia kan boleh beli je kat pasar malam, x pon tunggu balik KB sure dpt mkn nasi kerabu buatan mak mertua yg sgt sedap.

First time buat nasi kerabunya adalah kuning. Tapi kali ni warna biru sbb cik Liza telah bg bunga nasi kerabu (yg menghasilkan warna biru itu) yg diimportkan khas dr Mesia. Tp since ianya dah kering, maka effect biru tu x la cantik sgt mcm hasil bunga yg fresh.

Nasi kerabu versi made in Germany ni pon byk pengubahsuaian. Contohnya, since budu xde, maka diganti dgn sos ikan dan instead guna ikan kembung fresh yg dibakar utk buat sambal ikan, sy gantikan isi sardin dlm tin (tp perlu guna yg ditinkan dlm natural sos, kalau yg sos tomato tu alamat spoil la rasanya). Then kepala parut pulak adalah kelapa kering. Yg bagusnya kelapa kering ni dah sedia halus, maka x perlu ditumbuk2 lg.

Lagi apa? Oh...bahan2 sampingan mcm telur asin (sbb mmg x jumpa pon kat sini), solok lada, air lada (yg ini sampai skrg x reti nak buat, sure x dpt rasa yg sama mcm yg Mek buat) xde dalam senarai.

Resepi nasi kerabu adalah seperti berikut:

Nota: sumber x ingat sbb copy ke Word, langsung x ingat nak take note website, ntah myresepi ke, blog sapa ke...so kepada pemilik asal resepi, harap maaf kerana tidak meletakkan kredit nama anda disini..harap halalkan ye.

BAHAN2

Nasi:

4 cwn beras (atau bergantung kpd keperluan)
1 sudu kecil garam
4 1/2 cwn air - bergantung kpd amaun beras
2-3 titik pewarna kuning atau biru (optional) - jika guna bunga nasi kerabu, masukkan 3-4 kuntum kedalam beras.
2-3 helai daun limau purut (optional)
1 btg serai diketuk (optional)

Sambal Tumis

5-10 biji cili kering
1/2 bwg besar
2 ulas bwg putih
1cm halia
1cm kunyit / 1 sk serbuk kunyit
200ml santan pekat
2 btg serai
2 keping asam gelugur
2 sudu besar budu/3 sudu besar sos ikan
garam dan gula melaka

Sambal Ikan
1 ekor ikan kembung saiz besar (sy guna isi sardin dlm tin - 2 tin kecil)
1 cwn kelapa kering
2 ulas bwg putih
1/2 biji bwg besar
1 btg serai
1 cm halia

Kerabu


Kubis
Timun
Taugeh
Daun kesum

Semua bhn2 kecuali taugeh dihiris halus. Boleh juga digantikan dgn ulam2 lain seperti daun gajus, bunga kantan atau kacang panjang.

Bahan2 Sampingan

Solok lada
Telur asin
Air lada
Bwg jeruk
Ayam goreng kunyit
Ikan kembung goreng bertepung
Budu

CARA:

Nasi:

Cuci beras dan campurkan semua bahan. Masak seperti biasa.

Sambal Tumis

1. Kisar halus cili kering, bwg besar, bwg putih, halia, kunyit dan serai.
2. Tumis bhn2 kisar dgn minyak sedikit byk sehingga pecah minyak.
3. Masukkan santan dan bahan2 yg lain.
4. Masak sehingga pekat.
5. Perisakan dgn garam dan gula melaka.

Sambal ikan

1. Bersihkan ikan kembung dan bakar (x perlu jika guna isi sardin). Sementara itu gorengkan kelapa kering tanpa minyak dgn api kecil sehingga keperangan.
2. Asingkan isi ikan dr tulang. Tumbuk isi ikan menjadi halus.
3. Tumbuk pula serai, bwg, halia sehingga lumat.
4. Campurkan ikan dan bwg dan goreng tanpa minyak sehingga garing
5. Campurkan isi ikan dan bwg bersama2 kelapa kering. Perisakan dgn gula dan garam

Versi sy: Isi sardin dikisar bersama2 ngan bwg, serai dan halia then terus campurkan dgn kelapa kering yg dah digoreng. Then perisakan.