Showing posts with label Snack and Kuih. Show all posts
Showing posts with label Snack and Kuih. Show all posts

Wednesday, February 12, 2014

Popia Pisang


Rumah mertua saya di KB mmg penuh pokok pisang keliling rumah. Balik dr KB masa CNY aritu, Mek bekalkan kami 2 sikat pisang yg mokcik x ketahui jenis apa....hahahaha. Saya kenal pisang berangan and pisang mas aje, yg lain2 agak confuse jenis2nya.

Sepatutnya lebih sesuai dibuat pisang goreng tapi xde masa nak masak pisang goreng over the weekend, maka pisang tu pon dah over ripe. Cik HB saw my kulit popia yg masa saya defroze sbb nak buat popia goreng, so dia la yg bagi idea buat popia pisang ni.

Saja2 google, tgk byk variation of popia pisang. Ada yg letak coklat, milo, peanut butter but cik HB said he just wanted plain pisang.

So ok, cuma balutkan je la pisang tu dgn kulit popia. Then goreng sampai garing. 

Senanggggggggggg keje i....hehehe

Tuesday, December 10, 2013

Homemade Granola Bar - Date Almond Granola Bar




I am in the midst of trying to lose some weight again. So kena la berusaha makan secara sihat. Antaranya kena pilih snek yg sihat. Sebelum ni saya selalu beli granola bar brand Quaker Oat ataupun Kellog's. Tapi harganya kira mahal la jugak. Utk 6 bar, harganya lebih kurang RM10. Memang la rasanya sedap tapi mahalnya. Selain harga yg mahal, store-bought granola juga mengandungi gula yang tinggi. Jadi agak x berkesan la utk proses nak turunkan berat badan. 

So adalah lebih baik mencuba buat sendiri granola bar. Nak cari resepi senang aje, google aje la dan ianya menemukan saya dgn resepi ini

Tapi saya ubahsuai mengikut kesesuaian dan kemalasan....hehehe


Campurkan semua bahan2
Letak dalam baking tray, ratakan kemudian tekan sehingga mampat.

Dah siap dibakar. Potong ketika panas mengikuti saiz yg disukai. Jangan angkat dulu, biarkan sejuk dalam tray. Dah sejuk baru angkat dan simpan dalam bekas kedap udara.

Tuesday, September 10, 2013

Tortilla Wrap with Avocado & Eggs


Saya teringin sgt nak makan avocado. Walaupun harga utk sebiji mahal, dalam lingkungan RM4- RM5 tapi smlm kat Econsave jumpa avocado dijual sebiji RM3.59. Demi melayan tekak, beli jugak la walaupun rupanya tak berapa cantik. 

So hari ni ingat nak buat la tortilla wrap guna avocado ni. Google je la resepi kat internet, melambak resepi yg keluar. Tapi macam biasa, I ubahsuai ikut bahan2 yg ada.


Cara buat: Lenyekkan dua telur rebus dgn avocado sampai separa hancur. Campurkan garam dan serbuk lada hitam secukup rasa. Panaskan sekeping tortilla dalam pan tanpa minyak, kemudian letak daun salad dalam sekeping dua. Kemudian letak campuran avocado dan telur rebus secukupnya. Taburkan grated cheese dan tuang sos yg disukai (boleh letak mayonese, cili sos, sos thousand island) - mcm gambar diatas.

Kemudian gulung dan potong dua.

Boleh beli tortilla wrap ni dimana2 pasaraya terkemuka. Ada mcm2 pilihan tapi saya guan jenis whole-meal sbb ianya pilihan lebih baik.

Saya guna sos ini, ala2 sos tabasco.

Monday, February 28, 2011

Onde-onde (Buah Melaka)



Onde-onde atau buah melaka....mesti ramai org kata kuih yg senang dibuat tapi for me i still failed to make onde-onde yg sedap dan cantik. ´Gordon Ramsay´makan sebiji dua pastu terus reject...huhuhu

Tapi disebabkan Nabihah adalah penyumbang utama dlm pembuatan kuih ni, maka sy masukkan juga dlm blog as kenangan buat si kakak yg sgt rajin campur sibuk everytime umi nak buat kuih.


mek sorang ni insisted nak buat juga, makanya bertambah2
x menjadi la my kuih onde-onde

Aaaa!!!! mcm2 saiz pon ada daa...siap pecah2 lagi

Utk resepi, sy guna resepi INI. Sy tak salahkan resepi bila hasil tak menjadi sbb kuih2 melayu ni mmg memerlukan skill utk menjadikan ianya sedap & cantik. Ada resepi mantop pon kalau tangan x pandai menguli pon x jadi jua!

Sunday, February 20, 2011

Chili Con Carne


Chili con carne is a traditional Spanish spicy stew which means chili pepper in meat sauce. I first came to know this dish from Kak Liza, she made this over a year ago. Apparently chili con carne is quite famous in Germany, people eat it with bread and make it as a dipping sauce for tortilla chips. KFC here has menu french fries topped with chili con carne.

I took recipe from Betty Crocker website:

Ingredients:

500g ground beef
1 large onion - chopped
2 cloves garlic - crushed
1 tbs chili powder (add more if u like it hotter)
1/2 tsp salt (add more if u like it)
1 tsp ground cumin
1 tsp dried oregano leaves
1 tsp unsweetened baking cocoa ( I didn't use this)
1/2 tsp red pepper sauce (I used tabasco)
2 cups (1 can) diced tomato - undrained
1 cup red kidney beans - undrained

Methods:
1. In a saucepan, cook beef, onion and garlic over medium heat about 8 minutes, stirring occasionally, until beef is brown.
2. Stir remaining ingredients except beans. Heat to boiling. Reduce heat to low, cover and simmer for 1 hour, stirring occasionally.
3. Stir in beans. Heat to boiling. Reduce heat to low, simmer uncovered about 20 minutes, stirring occasionally, until desired thickness.

Friday, February 11, 2011

Spiral Potato


Dah byk kali nampak Spiral Potato ni kat blog2 masak otai..kat blog Hana ada, kat blog Kerull pon penah nampak. So nak la jugak try buat sendiri sbb rupa sgt menarik.

Tgk video kat Youtube rasa sgt senang tapi bila try buat..oh! tak semudah yg dilihat. Maybe sbb tangan tak berapa nak lembut. Lapis spiral tebal2 dan ada juga yg terpotong habis...hihihi. Anyway puas hati sbb dah cuba buat sendiri.

Lunch menu anak2 . spiral potato with cheddar cheese spread,
ayam bakar mayonis & capsicum

Kalau nak buat boleh la tgk video Youtube ni:



Sandwich Avocado

Kawan sy kak liza, mempunyai byk idea when it comes to cooking. Kami dua2 jenis suka makan, makanya cerita pasal masak & makan2 mmg kebiasaan kami, pastu complain yg kami dua2 ni gemuk - pon kebiasaan jugak....hehehe

Ari tu kami ke kedai Turki dan jumpa avocado yg dijual pd harga yg murah. Kak Liza pon cadangkan kat sy buat sandwich avocado. Sedap kata dia. So, OK! Sy pon beli dan buat sandwich avocado ikut resepi kak liza.

Verdict: mmg sedap dan yg penting 'Gordon Ramsay' kata sedap.

Resepi dr Kak Liza:

Bahan2:

Roti sandwich (sy guna whole-meal)
1 biji avocado (yg dah lembik) - belah memanjang, buang biji dan kulitnya.
1/2 biji bwg besar - dipotong dadu kecil
1 sudu besar serbuk bwg putih
1 sudu besar chili flakes
sedikit garam
butter utk sapuan


Masukkan semua bahan2 (kecuali roti & butter), kedlm mangkuk dan lenyek bersama avocado sampai semuanya sebati.

Sapukan butter keatas roti, kemudian sapukan inti avocado. Potong segitiga dan hidangkan.

Wednesday, February 2, 2011

Pau Kacang Merah


Ini adalah attempt kali ke berapa tah membuat pau. Misi asal nak abiskan inti kacang merah yg dah dok dlm freezer sekian lama. Sy mmg masih failed membuat pau sbb pau sy tak naik cantik dan gebu. Biar lama2, terus jadi keras berdeking....huhuhu.


Resepi sy amik dr Rinchann Fotopages. Bukan salah resepi tak jadi ni, ni sendiri tak pandai nak menguli. Pulak tu buat resepi half of the portion recipe asal, tapi tang amaun minyak terlupa nak bahagi 2, so agaknya tu la sbb tak bape nak jadi.

Wednesday, January 19, 2011

Bebola Kentang Ketam


Buat bebola kentang ketam ini utk kudap2an sikembarku itu. Sungguh laku rupanya. Goreng2 aje abis, ingat nak buat stok frozen sekali habis semuanya.

Sungguh la tidak konsisten pembulatan bebola ku....
resepi Hana takde daun sup, sy je suka2 tambah daun sup!

Resepi amik dr blog Hana. Thank you Hana!!!

C&P resepi dr blog Hana:

Bahan-bahan
  • 4-5 biji kentang medium
  • 80-100g isi ketam @ crab stick
  • 1/2 sk serbuk lada putih
  • 1 sudu besar butter
  • 1 sudu besar mayonis
  • 1sk gula
  • garam
  • sedikit daun sup dipotong halus (penambahan sendiri)
Untuk Saduran
  • Telur
  • Breadcrumbs
  • Tepung gandum@tpg jagung

Cara-cara
  • Rebus kentang hingga empuk. Jangan terlalu empuk sbb akan mengakibatkan kroket lembik dan pecah semasa digoreng. Seeloknya lepas rebus toskan utk buang air berlebihan yang membuatkan kentang lembik.
  • Kupas kulit dan masukkan ke dalam mangkuk. Masukkan butter dan mayonis. Lenyek kentang sehingga halus. Jangan kasar2 yer..Dan jangan tunggu sejuk! susah pula nak melenyek halus.
  • Masukkan serbuk lada putih, garam, gula dan daun sup. Gaul.Masukkan pula isi ketam yg dipotong/racik. Gaul sebati.
  • Ambil sedikit dan bulat2kan kecil.
  • Untuk saduran - Bedak2kan bebola ke dalam tepung. Masukkan pula ke dalam telur yang telah dkocok. Kemudian ke dalam breadcrumbs. Utk saduran yang agak tebal, ulangi proses tadi.
  • Panaskan minyak. Goreng hingga keemasan.
  • Boleh juga di frozenkan sebelom digoreng. Susun tidak berlapis dalam plastik ziplock. Kemudian simpan dalam freezer.
  • Hidangkan dengan sos cili, mayonis, atau mustad. Enak juga dimakan begitu sahaja.

Dah siap letak dlm bekas nak frozen kan, sekali x dan frozen pon!

Monday, January 17, 2011

Sausage Rolls


Ini adalah short-cut menu utk breakfast bila sy tgh malas. Just guna ready made croissant puff, lepas tu potong dua setiap tiga segi dan balut sosej yg dipotong pendek - sesuai utk bite-size. Bakar dlm preheated oven pd suhu 180C sampai brownish.

A note utk mereka2 di Jerman: berhati2 bila beli ready-made croissant puff sbb certain brands ada alkohol atau animal fats dlm ingredients nya. So sebelum membeli, pastikan dulu ingredients ok! Sy selalu beli di ALDI, yg ni mmg takde alkohol dan animal fats.

Thursday, January 13, 2011

Samosa Inti Kentang


Ini adalah projek recycle dek kerana sayangkan lebihan kuah kari ayam dan juga lebihan kulit popia. So potong kentang 6-7 biji, dadu kecil sama macam nak buat inti kentang. Lepas tu rebus separa lembut dgn sedikit garam. Toskan.

Panaskan kuah kari ayam, dan masukkan kentang tadi. Kacau rata dan masak sampai kentang lembut, tambahkan garam kalau tak cukup. Kemudian potong halus daun bawang/daun sup, masukkan ke dalam kentang dan kacau rata. Tutup api.

Ambil kulit popia, potong memanjang. Sy guna kulit popia saiz sederhana so sy bahagikan kepada 3 rectangular. Bubuh sedikit inti kentang kat bahagian hujung kulit popia yg dah dipotong, kemudian lipat sampai dapat bentuk segitiga. Gamkan bahagian hujung dgn sapuan telur. Actually sy still x pandai balut samosa. Tu yg huru-hara rupa samosa. Kena belajar dgn yg expert nih!

Goreng sampai kekuningan dan makan sampai kenyang...hehehe

Wednesday, January 5, 2011

Donut Suria Salut Coklat



Budak2 ni time winter ni manjang la lapar. Kejap2 kang "umi, lapar!!", padahal x sampai sejam makan nasi. Stok biskut kejap aje abis. So ummi kena la sentiasa berfikir nak masak apa bg diorg makan.

So buat la donut suria ni. Resepi donut ni diamik dr rumah Mat Gebu, yg dtgnya dr blog Hana. Terima kasih ye blogger2 otai sbb share resepi yg marvellous ni. Mmg senang dan sedap. Cuma sy buat donut ni coating ngan coklat & tabur ngan chocolate rice atas permintaan anak2. Resepi asal salut ngan gula aje.

Ni jugak cooking project utk anak2. Tu yg donut pon x berapa nak bulat (dah la xde acuan donut, cuma pakai acuan benjo then lubang kat tgh tu buat ngan jari).

Seronok betul sikembar ni bab2 menabur choc. rice

Resepi cut & paste dr blog Mat Gebu:

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 cawan tepung gandum
3 camca besar susu tepung
3 camca besar gula halus
3 camca besar lemak sayur (shortening)
1/2 camca teh garam (yang ni mat tambah sendiri)
200 ml air suam*
2 camca teh instat yeast*(*disatukan dan biar berbuih)
Sedikit lagi air (extra)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan tepung gandum, susu tepung, gula halus, lemak sayur dan garam. Kacau rata. Tuang bancuhan yeast + air suam dan gaul rata hingga menjadi doh, jika tak cukup air, tambah dengan sedikitlagi air. Uli hingga licin dan tidak melekat di mangkuk adunan.
  2. Canai doh tadi dan terap dengan acuan donut, alih ke dalam dulang yang telah ditabur sedikit tepung, buat hingga siap. Biarkan 30 minit hingga naik (mat biarkan 45 minit).
  3. Goreng dalam minyak sederhana panas hingga kuning keemasan, angkat, toskan dan letak atas paper towel. Gaul donat dengan gula halus atau hias ikut suka...menghasilkan kurang lebih 17 biji donat...
Utk chocolate icing:

Cairkan 100g coklat masakan dgn 1 sudu mentega dan 50ml double cream secara double-boiling. Kacau sebati dan sejukkan. Kemudian baru celup donut kedalam chocolate icing.

Tuesday, December 28, 2010

Pau Goreng


Made this pau goreng utk breakfast since stok inti kacang merah masih byk lagi. Ingat nak buat pau kukus tapi tetiba buat yg bergoreng punya. Next time la buat pau kukus.

Resepi utk doh pau sy guna resepi utk buat Burger Malaysia. Resepi boleh tgk SINI.

Thursday, December 16, 2010

Apam Marmar


Hari ni 10 Muharram 1432H. Hari yg disunatkan berpuasa, besar ganjaran dia. Dipetik dr FB zaharuddin.net:

Semoga kita semua mendapat kekuatan untuk berpuasa pada hari tasu'a dan asyura ( 9 dan 10 Muharram 1423 = Rabu & Khamis 15-16 Dismber 2010). Kalau tak mampu, puasalah 10 dan 11 Muharram. Jika tak mampu, puasalah 10 Muharram sahaja. Pahalanya, diampunkan dosa tahun lepas.


Semalam x dapek sbb still cuti, hari ni insyaallah....lagi bape jam je nak buka posa. Seronok posa time winter ni sbb subuh masuk 6.20 am, maghrib lak 4.25pm. Tapi dek kerana sejuk, perut dok berbunyi2 gak la...hihihi.

So utk distraction, sy pon buat projek apam marmar ni. Sebenarnya sy x suka segala jenis apam, kuih2 manis belaka. Tapi sy suka masak dan sy perlu diet. Bila sy masak benda2 camni, sy berjaya kawal diet sy sbb sy tak suka makanan ni. Good strategy eh?

lagi satu tujuan buat kuih ni sbb nak
rasmikan bekas silicon yg baru beli ni..
cantik kan..very colourful...


Resepi ni senang sgt. Apam naik gebu dan cantik tapi rasa belum tau sbb sy posa dan pengkritik hebat sy ala Gordon Ramsay tu takde kat rumah. Sy amik dr Myresepi, contributed from Mat Gebu. Resepi mat gebu selalu menjadi dan reviews kat situ pon semuanya memuji belaka. So mesti sedap. Karang kalau 'Gordon Ramsay' dah rasa, sy update apa rasanya. Ni dah x nyempat tunggu rasa, nak jugak update blog SEKARANG!

Resepi cut and paste from myresepi:

Bahan-bahan ( Tin berukuran 10 inci )

  • 250 g tepung berserbuk penaik
  • 200 ml santan
  • 200 g gula halus
  • 2 biji telur Gred A
  • 1 camca teh vanila esen
  • 1 camca makan ovallate
  • Secubit garam
  • Pewarna merah dan hijau (ikut kegemaran masing2)
  • Cara2:
1.Satukan kesemua bahan dalam mangkuk adunan, kecuali bahan pewarna.
2.Pukul dgn speed perlahan sehingga semua bergaul mesra. Kemudian lajukan speed dan putar hingga adunan kembang dan pekat.
3. Bahagi 3. Satu dibiarkan kosong, satu diwarnakan hijau dan satu lagi warna merah.
4. Dalam tin yg telah dilenser dgn mentega, bubuh warna merah dan hijau secara berselang seli diikuti bahagian yg tanpa warna pada atasnya.
5. Gunakan spatula, buat pusingan satu arah sebyk 1 - 2 kali.. Kukus atas air mendidih selama 45 minit. Angkat dan keluarkan dari acuan. Biar sejuk baru dipotong.

* sy guna bekas2 kecil silicon utk kukus jadi masa mengukus dikurangkan kepada 20 minit (setelah diperiksa dgn pencucuk kayu, tak melekat, maka telah masak)

Wednesday, November 3, 2010

Chicken Wrap with Hot Peri-peri Sauce


Now that cik HB is busy doing his masterarbeit, he stays in the university from early morning to late evening. In that case, I make him lunch box so that he doesn´t have to eat the same kebab everyday. But cik HB has specified that the lunch box must be something easy to eat, which is quick-bite type. Maknanya nasi & lauk-pauk adalah tidak diterima!

So it´s either sandwich, homemade burger, roti adalah pilihan utama. But I am someone who likes variety so walaupun cik HB x kisah makan benda yg sama setiap hari, saya kisah! Sy suka cari2 idea kat internet apa yg sesuai dibuat utk quick-bite.

This chicken wrap actually is a recycle product. Sy mmg simpan stok kepingan durum (sama mcm tortilla) utk buat bekal cik HB. Ayam tu adalah baki bake buttermilk chicken yg sy buat utk dinner mlm sebelumnya. Asingkan isi ayam dr tulang, kemudian carik2kan. Potong sederhana halus daun salad, capsicum merah & hijau. Campurkan isi ayam & salad, tuang mayonese (about 2 sudu besar), dan sedikit sos hot peri2. Gaul rata.

Panaskan tortilla sekejap atas pan utk melembutkannya. Angkat dan letak campuran isi ayam & salad tadi. Gulung dan potong dua.

Monday, October 25, 2010

Sausage & Apple Toad


Oh, lamanya x update blog ni. Ada la jugak try2 resepi baru tapi bila amek gambar, tgk gambar mcm hampeh, terus rasa malas nak update blog. Tapi resepi yg satu ni den masukkan juga la dlm blog walaupun buat seminggu lepas.

Ini resepi dr buku BBC GoodFood 101 - Healthy Eats. Senang resepi dia dan sy buat utk hidangan breakfast.

Resepi:

Ingredients:

1 tbs sunflower oil
4 half-fat sausages
50g plain flour
150ml skimmed milk
2 tsp wholegrain mustard
1 egg
1 apple, quartered, cored and sliced

1. Preheat the oven to 240C-220C. Brush a four-hole pudding tin (I used ramekins) with the oil, then place a sausage in each dip. Cook the sausage in the tin set over a high heat for 5 minutes or until browned.
2. Tip the flour into a bowl, season and make a well in the centre. Whisk the milk, mustard and egg together. then pour a third of the mix into the well. Gradually draw the flour into the milk to form a paste. Whisk in the rest of the milk mix to make a smooth batter.
3. While still over the heat, cut each of the sausages in half usinga pair of kitchen scissors. Scatter the apple slices among the four sausages in their dips. Pour the batter over. Take off the heat and bake in the oven for 20 minutes until risen and golden.

Thursday, September 2, 2010

Popiah Princess

Ni resepi sy jumpa dlm Koleksi bersama Mawar. Saja la nak cuba popiah versi yg lain sikit. Sedap jugak rupanya tapi sy rasa mcm rasa serbuk kayu manis tu agak mengganggu jugak la kesedapan popiah ni. Maybe sbb sy rasa serbuk kayu manis mcm x sesuai utk makanan jenis2 savory camni.

Anyway ini resepinya yg sy petik dr Koleksi Bersama Mawar.

Bahan2:

500g dada ayam - direbus dan disiat
250g udang - direbus dan dipotong tiga
1 bungkus isi ketam
1 sudu teh serbuk kayu manis
1 sudu teh serbuk paprika
1 sudu teh chinese spice (Rempah lima)
1 botol kecil mayonese
Kulit popiah secukupnya

Cara2:

1. Mayonese dan semua bahan digaul rata kemudian isi dlm kulit popiah
2. Gulung dan goreng.

Sunday, August 29, 2010

Pasembor

Sebenarnya sy tak tahu apa beza antara pasembor dan rojak mamak. Ke sebenarnya dua menu ni sama aje? Dulu sy ingat penah makan pasembor masa gi Penang, kat Padang Kota tu. Ada mcm2 pilihan, nak ayam, nak sotong dan ntah apa2 lagi...sama mcm Yong Taufu...tup2, utk satu plastik pasembor, ayah sy kena bayar RM35! Buntang mata kitorg sekejap...lepas tu baru tau, harga pasembor ni sebenarnya bergantung pada pilihan yg kita buat.

Resepi sy refer kat Myresepi. Tapi sy buat simple aje. Ada tauhu goreng, cucur udang, telur rebus, timun ngan taugeh, CUKUP! Tak kuasa la sy nak buat cucur kelapa la, kentang rebus la...lagi pon kami 4 beranak aje yg nak makan...byk2 nanti kang tak habis pulak. Yg penting kuahnya yg kena sedap.

Utk kuah pulak, since takde keledek, sy gantikan dgn kentang. Tu pon guna serbuk kentang utk buat mash potatoes. Tak kisah la kan....rasanya mmg dah x asli tapi kalau dah x cukup bahan2 tu kena la kreatif kan?

Utk resepi sila ke Myresepi ye....

Wednesday, August 4, 2010

Cucur Udang Geragau

Pagi semalam, dah x tau nak buat apa utk breakfast, sy buat cucur udang geragau ni. Resepi diadaptasi dr blog Mat Gebu tapi x follow exactly resepi dia sbb resepi mat cucur yg mewah, ada kentang segala, sy buat stail malas tapi gedik jugak nak masuk dlm blog...hehehe (eh, omelette yg simple gitu pon masuk dlm website masak, so what? hahaha)

Utk cucur udang geragau ni, sy buat begini:

Bahan2:

2 cwn tepung gandum
1 biji telur
1 sudu teh baking powder
1/2 biji bwg besar- dicincang halus
1/2 cwn udang geragau kering - rendam dlm air dan cedok udang yg terapung.
1 ikat daun bawang
air suam secukupnya (utk bancuh cucur - ikut kadar kepekatan yg disukai)
garam secukup rasa

Masukkan semua bahan2 dlm mangkuk besar. Gaul sebati. Adunan jgn terlalu keras, atau lembik (senang utk di´jemput´dgn tangan). Goreng dlm minyak sederhana panas hingga kekuning2an. Tos dan hidangkan dgn sos cili.

Sunday, August 1, 2010

Roti Jala & Kari Ayam

Sy buat kari ayam 2 hari yg lepas utk tetamu yg berkunjung ke rumah. Tapi masih berbaki satu periuk kecil. So mcm biasa, sy masukkan dlm freezer.

Then ada krisis ruang dlm freezer. Sy terpaksa mengutamakan stok daging mentah, maka harus la berbuat sesuatu utk get rid the kari ayam dgn cara yg bijak - RECYCLE!

Thus, I made roti jala utk dicicahkan dgn kari ayam.

Utk resepi roti jala sila rujuk SINI.

Utk resepi kari ayam...tunggu entry akan dtg, boleh?