Showing posts with label Bread. Show all posts
Showing posts with label Bread. Show all posts

Monday, May 2, 2016

Pizza Braid


Kat FB banyak betul orang share resepi2 yang menarik dan video clips masakan. Antara yg saya selalu follow adalah dari FB Bright Side dan yang ini adalah pizza braid. Resepi2 mudah dan senang camni mmg kesukaan saya sbb boleh jadi sarapan anak2 dan bekal sekolah.



Senang sangat buat dia. Beli je kulit puff saiz besar (ada dijual dipasaraya besar). Ambil sekeping, then sapu sos tomato, lapiskan dengan hirisan sosej. Saya suka2 tambah cendawan butang yang dihiris2. Lepas tu susun kepingan cheese atas dia atau guna keju yang diparut.



Then lipat mcm gambar diatas (cara lipat boleh rujuk video dibawah). Sapukan kuning telur diatas permukaan. Then bakar untuk 30 minit dengan suhu 180C

Bila dah bakar, rupanya jadi camni.

Nak senang faham, tengok video clip dibawah:


Monday, February 9, 2015

Garlic Rolls


Hari tu ada kawan share kat FB resepi garlic rolls dr FB Ringkas Tapi Sedap. Tengok rotinya sangat menarik. So saya pon try la buat sendiri. Tapi mcm biasa, when it comes to bread making, mesti lah saya gunakan breadmaker kesayangan. Saya risau kalau saya uli sendiri, silap2 tak naik roti saya nanti...hehehe.

Resepi saya cut & paste dr FB Ringkas Tapi Sedap:



Garlic Rolls
Bahan-bahan untuk roti:
3 cawan tepung gandum/tepung roti
1 cawan air suam
2 sudu besar gula
2 sudu besar yeast
1 sudu teh garam
2 sudu olive oil
Bahan untuk Garlic Butter Spread
50gm butter
2 sudu daun ketumbar (cincang)
5 ulas bawang putih (cincang)
Campurkan semua bahan2 diatas, biarkan pada suhu bilik
Cara-cara
Masukkan yeast dan gula kedalam 1 cawan air suam tadi. Biarkan seketika
Dalam bekas lain, masukkan tepung dan garam, kemudian tuangkan air suam yang telah dicampurkan dengan yeast dan gula tadi sedikit demi sedikit. uli hingga jadi doh yang lembut.
Kemudian, campurkan olive oil, uli hingga doh menjadi elastik.
Tutupkan doh dengan tuala lembap yang bersih, rehatkan doh selama 45 minit
Doh akan naik sekali ganda
Setelah adunan naik, tumbuk2 doh dan uli sekejap
Kemudian bahagikan doh kepada 2 bahagian.
Gelek doh dengan kayu pencanai setebal 1/2 inci
Sapukan 1 sudu garlic butter spead diatas doh dan gulungkan
Potong sama lebar doh kepada 4 bahagian
Kita akan dapat 8 potongan doh
Susun doh dalam tray yang telah disapu dengan butter
Tutup semula doh dengan kain lembap, dan rehatkan semula selama setengah jam supaya doh naik sekali ganda lagi.
Kemudian sapukan garlic butter spread di atas doh tadi
Sapukan kuning telur pada permukaan doh
Bakar doh dalam oven pada suhu 170-180C selama 25-30 minit


Komen saya pasal roti ni, saya rasa kena lebihkan sikit sapuan butter-garlic spread tu. Kalau ikut resepinya, dapat sikit aje spread tu. Saya cadangkan lebihkan amaun butter, bawang putih dan daun ketumbar utk dapatkan spread yg lebih. Tanpa sapuan yg banyak, roti ni rasa agak hambar.

Sangat sedap di makan panas2 dan cicah dengan sup cendawan. Tapi kalau nak kekalkan kelembutannya, jangan lupa simpan dalam bekas kedap udara ye.

Thursday, December 11, 2014

Pizza Sosej Ayam


Dah lama tak buat pizza. Last buat pizza zaman2 duduk Jerman dulu. Kat Jerman, buat pizza seronok sbb harga cheese murah. Kat sini nak buat pizza, fikir2 jugak la kosnya...hihihi

Anyway, kos buat pizza sendiri masih lagi jauh lagi murah dari makan Pizza Hut atau Domino's. 1/2kg tepung gandum boleh dapat 3 keping pizza saiz regular. Sos utk base pizza pulak saya guna Prego's mushroom-tomato pasta sauce. Resepi dohnya saya masih guna resepi yg biasa saya guna dari dulu2. Boleh tgk resepi tu kat SINI.

Topping pulak just chopped green capsicum, chopped tomato, bawang besar, English sausage Ayamas, and shredded mozarella cheese.

Ini yang paling 'mahal'nya about this pizza :))). Cik HB mencemar duli masuk ke dapur nak uli doh pizza. Sangat jarang2 berlaku nih! Maka kena la masukkan dalam blog sebagai kenangan...hehehe.

Wednesday, December 10, 2014

Puding Roti



Setiap kali buat sandwich utk anak2, saya terpaksa potong bahagian kerak roti sbb anak2 tak suka kerak2 tu. Nak dibuang sayang, so everytime saya akan simpan dalam bekas dan simpan dalam fridge. Bila dah cukup banyak saya buat puding roti.

Puding roti caranya cukup senang. Saya guna resepi dari blog INI.




Utk kesenangan rujukan, saya cut and paste kat sini. But of course saya tak follow sgt....sbb saya guna kerak2 roti jadi saya agak2 aje amaun bahan2nya.

Bahan-bahan untuk puding roti:
8 keping roti
2 cawan susu segar
4 sudu besar gula halus
2 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu besar mentega (cairkan)
1 kotak kecil kismis

Bahan-bahan untuk sos kastard:
1 tin susu cair
1/4 tin air (guna tin susu cair tadi)
2 sudu besar tepung kastad
2 sudu besar gula halus
1 sudu teh esen vanilla


Cara-caranya:

1. Masukkan susu segar, gula halus, telur, dan esen vanilla dalam satu bekas. Kacau sebati, husna kacau guna mixer je, senang nak sebatikan semua.. lepas tu jangan syok plak sampai kembang setaman adunan tu.. Cukup lah sekadar telur tu dah pecah elok pastu boleh mesra dengan yang lain..

2. Carikkan roti dalam 4 bahagian, dan masukkan dalam bekas adunan, biar terendam dan meresap sekejap.. Masukkan marjerin yang dah dicairkan serta separuh kismis kedalam bekas tadi dan gaul sedikit..

3. Sapukan sedikit marjerin dalam loyang untuk membakar.. Tuangkan roti yang telah direndam tadi dalam loyang pembakar.. Taburkan baki kismis atas adunan.. Bakar pada suhu 180C selama 30 minit.. Kalau risau hangit, pepandai adjust.. mulakan dengan beberapa minit dahulu, lepas tu kalau tak masak lagi, masukkan semula tambah minit..

Untuk sos kastard:
satukan bahan-bahan sos kastard ke dalam periuk.. petua untuk elakkan tepung kastard berketul-ketul semasa memasak, jangan panaskan lagi periuk, kacau dulu tepung bagi sebati.. dah larut/hancur baru letak atas dapur dan panaskan guna api sederhana.. masak sampai pekat.. kepekatan sos terpulang pada selera.. dah sejuk nanti lagi pekat sebenarnya..




Sunday, October 12, 2014

Roti Parmesan/Oregano ala Subway


Suka makan kat Subway? Oh, saya suka but it's quite pricey dan tahu je lah kalau makan sekeluarga, koman2 sure RM50 ke atas terbang walaupun hanya utk hidangan sandwich.

Apa yg saya suka ttg sandwich Subway adalah rotinya segar gebu. Lepas tu boleh pilih nak roti jenis apa,  filling apa, sos apa.

Dan kebiasaan mokcik juga, bila dah sedap makan sesuatu tu mesti nak cuba buat sendiri. Mujur la skrg ni zaman internet, google saja Insyaallah akan ketemu la maklumat yg dicari.

So mokcik jumpa resepi roti ala Subway dari SINI.

Seperti biasa, mokcik ubahsuai resepi ikut apa yg dapat mokcik cari. Mana yg takde tu mokcik abaikan saja, contoh vital wheat gluten tu...apa kebendanya pon mokcik x tau. Soybean oil pon mokcik ganti ngan minyak canola. Belasah saja! Dan mokcik x la buat sampai 6-7 cawan tepung, cuma buat separuh sukatan saja. Dan mokcik ngelat bab uli dgn tangan sbb mokcik campak je semua bahan2 masuk breadmachine dan tekan saja selection utk uli dan prep doh. 

Senang kan?

Ingredients

Directions:

  1. 1
    Dissolve yeast and sugar in 1/2 cup warm water. Let stand for about nine to ten minutes.
  2. 2
    Combine yeast mixture with oil, salt, and two cups of flour. Stir well.
  3. 3
    Gradually stir in 4 cups of flour and remaining water.
  4. 4
    Knead for 10 minutes, adding additional flour as needed.
  5. 5
    Place dough in a lightly-greased bowl.
  6. 6
    Cover with plastic wrap and let rise for about one hour.
  7. 7
    Punch dough down and divide into eight pieces.
  8. 8
    Roll each half into loaf-shapes, about twelve inches long.
  9. 9
    Place loaves onto two large baking sheets lined with parchment paper.
  10. 10
    Cover the eight loaves and allow to rise for about an hour.
  11. 11
    Preheat oven to 350 degrees Fahrenheit.
  12. 12
    Cook for 25 minutes, or until the top of the loaves are golden brown.
  13. 13
    Let the bread cool until room temperature.
  14. 14
    For a delicious oat take on the Subway white bread, sprinkle the tops of the loaves with quick-cooking oats after brushing on the egg white mixture.
  15. 15
    Adapt this recipe to prepare Subway's Honey & Oats bread by adding 1/2 cup of old fashioned oats to the bread dough before rising.
  16. 16
    If you prefer a hands-off approach, you can mix all of the ingredients in a bread machine and cook on a light setting according to the manufacturer's instructions.
  17. 17
    Add a bit more flavor by sprinkling a mixture of shredded cheddar cheese, garlic salt, and Italian seasoning over the dough before baking.
  18. 18
    Recreate Subway's Parmesan Oregano bread by mixing together Parmesan cheese, oregano, and garlic salt and sprinkling it over the unbaked dough.
  19. 19
    You can also make two loaves of bread from this recipe instead of eight individual sub rolls

Mokcik x pandai nak agak panjang doh yg sepatutntya, jadi mokcik buat je la ikut kata hati. Turned out, rotinya mmg pendek2, bulat2 gitu...hehehe. Dah jadi mcm roti sosej pulak.

Mokcik ada buat stew kekacang so cicah roti ni dgn stew kekacang pon sedap!!!


Cuba buat sandwich ala2 Subway with leftover roasted chicken, sliced cheese, salad dan tomato. Dan isi banyak2 pon x boleh sbb roti pendek. Lenkali akan cuba buat roti yg panjang sikit. Tapi roti home-made yg freshly baked mmg sedap sungguh rasanya!



Wednesday, September 3, 2014

Roti Sarang Lebah


Hari yang sama saya buat Plain Butter Cake, saya buat juga Roti Sarang Lebah. Dah lama saya ngidam nak buat roti ni sbb selalu nampak kat blog2 masak yg tersohor share resepi ni. Saya geramkan the nuts and seeds yg ditaburkan atas roti tu. Tu yg bila saya pegi kedai barangan bakery dan nampak sunflower seeds, first thing yg saya terfikir 'Roti Sarang Lebah'!

Resepi saya saya rujuk kat blog Kak Nor -Secubit Garam. Kak Nor bagi dua resepi kat situ. Satu resepi asal dari Lydia Honey, yg katanya mempopularkan roti sarang lebah di media sosial. Dan satu lagi roti doh sponge. Saya pilih utk guna resepi roti doh sponge sbb resepi yg pertama tu saya takde yogurt dalam simpanan. Ni la jadinya kalau nak buat something tapi x rujuk resepi dulu....hehehe.

Tapi roti doh sponge ni pon agak senang jugak pembuatannya. Disebabkan dia kata x perlu uli lama2, maka saya pon x guna la breadmachine. Uli dengan tangan ala2 saja.

Utk resepi roti doh sponge (Cut & paste):

ROTI DOH SPONGE
resepi: Puan Zarina
sumber : Izahdaut & K.Nor


Doh span (A)
420gm tpg highprotien
250gm air5gm yis

Campurkan semua bhn (A), gaul sebati dan uli sikit2 pun ok.
Pastu biarkan dlm bekas tertutup 3 -4 jam

Doh (B)
180gm tpg gandum
100gm gula kastor
6gm yis
3sudu besar susu tepung
Garam
40gm mentega
30gm shortening
1biji telur
50gm air

Campur semua bahan kecuali mentega dan shortening. Mix perlahan dan masukkan doh (A)..mix n masukkan mentega dan shortening. Mix sampai jd doh yg licin dan elastik. Rehatkan 10min pastu bentukkan.

Read more: http://www.secubitgaramnor67.com/2014/06/roti-sarang-lebah.html#ixzz3CJH3z7i7



Then utk sos butterscotch:

SOS BUTTERSCOTCH
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan whipping cream (kalau tak de boh jer susu cair)
secubit garam
1/2 tsp vanilla essence
25g butter

1.Cairkan butter dakam periuk kecil, Masukkan gula perang, kacau selalu sehingga gulanya cair@larut sepenuhnya dan berbuih.
2. Tuangkan whipping cream perlahan2 sambil mengacaunya.
3. Masukkan vanilla dan bila semuanya sebati off kan api dan tuangkan dalam bekas tahan panas, sejukkan sedikit dan sedia untuk digunakan sebagai topping.

NOTA:- Pastikan semua bahan tersedia dekat dapur anda kerana sos ni cepat hangus kalau di tinggalkan. Awas masa nak tuang cream tu sbb gula ni panas sangat..
Berhati2, baik guna senduk jangan guna sudu takut malang tak berbau .


Read more: http://www.secubitgaramnor67.com/2014/06/roti-sarang-lebah.html#ixzz3CJHGx300


Sos butterscotch ni agak2 kalau malas nak buat sendiri, boleh je beli yg dah siap. Saya ada nampak kat Tesco ada jual. Tapi lebih afdal la buat sendiri sbb tak susah pon. Memang sedap sos butterscotch ni. Boleh buat makan dengan waffle atau pancake jugak.

Review on roti sarang lebah:

Well, makan panas2 mmg la tersangat sedap especially sos butterscotch tu. Tapi bila dah sejuk roti agak keras walaupun dah simpan dalam bekas kedap udara. Maybe resepi Lydia Honey tu dohnya lebih lembut and spongy kot considering dia guna yogurt. Kot la....next time kalau rajin saya cuba pulak resepi Lydia Honey dan bagi review ok!

Wednesday, February 5, 2014

Pizza Segera


As a busy working mother, tapi still berazam nak sediakan juga bekal makanan anak2 ke sekolah, saya sentiasa berfikir menu yg sedap, ringkas dan juga sihat utk disediakan. 

Pizza segera yg saya buat ni takde la 100% sihat tapi amat la mudah disediakan. Anak2 pon teruja sbb nampak mcm real pizza...hehehe. Saya dah sharekan cara buat pizza kat FB saya dan kawan2 pon suka the idea of making pizza cara ini. 

Actually saya penah tgk org buat pizza guna tortilla so masa sy nampak roti arab di Tesco, saya terfikir la nak buat pizza guna roti arab ni.

Cara nak buat amat la mudah. Tapi sementara nak sediakan pizza tu, panaskan dulu oven pada suhu 180C. Saya guna api atas sahaja.

Saya gunakan capsicum 3 -colors, sosej, lebihan nugget ayam yg dah siap digoreng, 
sos tomato dan cheese sebagai topping

Sediakan roti arab diatas tray pembakar. 

Sapukan sos tomato atas roti arab

Taburkan sedikit keju parut diatas lapisan sos tomato. Ini supaya topping melekat pada permukaan roti.

Lepas tu susun2 la bahan2 topping ikut suka dan tabur cheese akhir sekali. Saya punya second bread tu guna sliced cheese aje sbb grated cheese dah abis.

Akhir sekali, bakar la dalam oven pada suhu 180C selama lebih kurang 10 minit atau sampai roti garing dan cheese dah cair.

Tuesday, February 15, 2011

Cinnamon Rolls


Ini adalah resepi yg dah tersimpan sekian lama dlm my cooking wish-list. Tak suka pon sebenarnya cinnamon rolls tapi asik geram nak try buat.

Ini adalah resepi dr VideoJug, so ada video step-by-step procedures macamana nak buat. As for me, since ada breadmaker yg menyenangkan kehidupan, sy campak aje semua bahan2 dlm breadmaker, select "Teig Kneten" (preparation doh). Sy start buat mlm sebelum tido, esok bangun pagi, cuma keluarkan doh yg dah naik, canaikan mengikut procedure, tabur filling, gulung, kemudian potong dan bakar.

Senang kan?

For recipe (tanpa guna breadmaker)

Ingredients:
  • 550 g flour
  • 25 g fresh yeast , or 8.5 g of dry yeast
  • 70 g melted butter
  • 210 ml milk
  • 75 g sugar
  • 2 eggs
  • 1 pinch salt
  • 1 tbsp cinnamon
  • 200 g brown sugar
  • 85 g butter kept at room temperature
  • 1 egg
  • 2 tbsp milk
  1. Step 1: Begin the dough

    Start by adding the flour, the yeast, the sugar, the salt, the eggs, the milk, and the butter into the mixer. Mix the ingredients on low for 5 minutes until it becomes shiny in appearance. Add about 2 Tbsp more of flour to the bowl and turn off mixer. Now scrape the dough from the hook.

  2. Step 2: Knead and let the dough rise

    Put a little flour inside the bowl and also sprinkle some on your work table. Now knead the dough briefly. Add a little more flour to the bowl and sprinkle a little onto the dough. Return the dough to the bowl. Cover it and let it rise for about 1 hour or until it has doubled its size.

  3. Step 3: Make the filling

    While the dough is rising you can place into a bowl the brown sugar, the cinnamon, and the butter and mix with a spoon until combined. Now set it aside.

  4. Step 4: Preheat oven to 185°C

    You can now set the oven to 185 degrees Celsius.

  5. Step 5: Roll the dough

    Punch the air out of the dough. Sprinkle the work space with flour and place the dough on it. Sprinkle the dough with some flour. Now roll out the dough to a 1/2 cm thickness, making sure there is enough flour to prevent it from sticking to the table.

  6. Step 6: Shape the rolls

    You can now spread the filling on the dough. Carefully roll the dough into a log and cut it into slices of about 3 cm in thickness. Place them on the lined baking tray, leaving enough space for the rolls to rise. Allow them to rise for 15-20 minutes.

  7. Step 7: Wash and bake

    Take your egg wash and using your brush, paint each roll individually. Put the tray into the oven and let them bake for 12-15 minutes.

  8. Step 8: Cool and serve

    Remove the tray from the oven and let the rolls cool a bit. Your Cinnamon Rolls are now ready to serve. They can be eaten cold but they taste especially good warm.



Sausage & Mushroom Pizza



The girls mmg suka makan pizza. Kalau nak cepat & mudah, beli je yg frozen kat pasaraya tapi since I am a full-time housewife adalah lebih afdal having things home-made (tapi kadang2 beli la jugak yg ready-made beli dtg angin malas ^_^).

Home-made pon bukan tangan sendiri yg menguli melainkan breadmaker jua....ngeeeeeeeeeee. Tapi yg bagusnya, buat pizza boleh dijadikan cooking project anak2, which they like it very much.

Nabilah kusyuk menyusun topping - sausage, mushroom, dan capsicum tricolor

Nabihah dan sapuan sos tomato....byk tu nak oi sos tomato kamu!

dua biji pizza siap utk dibakar

Utk resepi doh pizza, sila rujuk di SINI

Thursday, December 9, 2010

Soft Butter Bun


Ini resepi dr blog Hana. Inti kacang merah mmg dah lama buat, cuma rotinya tak terbuat2. Adunan ni menghasilkan 7 biji roti so cukup la utk breakfast dan bekal utk anak2 ke kindy. Hana punya roti punya la cantik dan ciut-miut. Sy punya alahai...huru-hara bentuknya.

Resepi cut & paste dr blog Hana:

RESEPI SOFT BUTTER BUN
Sumber : Channel2004 via NoorMasri

Bahan-bahan
  • 140 ml air
  • 1 butir telur
  • 30g gula kastor
  • 1 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu kecil pelembut roti
  • 250g tepung high protein
  • 50g tepung superfine
  • 2-1/2 sudu besar susu tepung
  • 1-1/2 sudu kecil yis kering
  • 30g majerin, pada suhu bilik
  • sosej secukupnya
  • Chocolate filling - hana guna inti kacang merah
  • Buah ceri untuk hiasan
  • Bijan untuk hiasan
Utk Sapuan
  • 1 biji telur + 1 sudu besar susu - campur
  • sket mentega
Cara-cara
  • Campurkan semua bahan kecuali mentega dan uli sehingga membentuk doh. Masukkan mentega dan uli lagi sehingga licin dan elastik. Perap doh selama 1 jam atau sekali ganda.
  • Tumbuk doh dan bahagikan kepada 55g setiap satu bahagian.
  • Ambil satu bahagian doh, gentel memanjang dan gulung pd sosej yg telah direbus. untuk bentuk2 lain rujuk blog mamafami. klik SINI
  • Susun di dalam loyang yg dilenser skit mentega.
  • Biarkan naik 2 kali ganda, sapu atasnya dgn campuran telur dan susu kemudian taburkan atasnya dgn keju cheddar.
  • Bakar pd suhu 170C selama 20 min. Bila masak sapu dgn sket mentega.

Saturday, November 27, 2010

Pizza Tuna


I had an extra pizza dough disimpan dlm freezer. Everytime sy buat pizza guna 500g tepung, sy akan dpt dua keping pizza dough bersaiz pan 28cm. So selalunya sy cuma guna sekeping, lagi sekeping sy simpan dlm freezer.

So bila emergency (i.e malas sebenarnya...hehehe), it´s time to use the pizza dough! Pizza tuna sy buat ringkas saja, cuma guna sos tomato sebagai base, kemudian tuna dr tin, tabur tomato dan capsicum merah yg dipotong kecil dan tabur parutan keju mozarella. Kemudian bakar pd suhu 200C selama 15-20 minit.

Utk resepi doh pizza, rujuk di SINI.

Monday, August 23, 2010

Mini Pizza




Sy ada byk salami dlm fridge pemberian org. Selalunya sy guna salami utk buat quesadillas sbg hidangan sarapan pagi. Tapi bulan puasa ni, salami tu terbiar begitu aje dlm fridge. So sy pon buat la mini pizza utk dijadikan menu berbuka.

Utk topping, sy cuma guna sos tomato sbg based topping, kemudian tabur shredded cheese sebelum letak salami, cendawan butang, bwg dan paprika. Cheese dibahagian bwh topping adalah perlu utk memastikan topping2 lain melekat dgn doh pizza bila dah siap dibakar. Akhir sekali tabur lagi shredded cheese.


Utk resepi doh pizza, boleh tgk kat SINI.

Wednesday, August 11, 2010

Curry Bun

Amacam puasa anda semua di hari pertama Ramadhan?

Smlm sy kepengsanan...bukan sbb puasa tapi sbb peot pain...ye mokcik bercuti dr puasa...dah bape thn dah x dpt nak berpuasa on the first ramadhan.

Nasib baik kwn sy, liza yg dok bersama sy skrg buat sementara waktu nak tolong masak...kalau x...alamat goreng telur la aje. Bukannya ada kedai or pasar ramadhan nak pi beli makanan!

Ni nak tempek gambar curry bun yg sy buat sehari sebelum puasa. One of my recycling project. guna lebihan inti karipap tapi malangnya inti karipap tu x berjaya juga dihabiskan.


Sejak ada breadmaker, sy cukup suka buat roti. Mana x suka....campak je semua bahan dlm breadmaker, tekan ON dan tunggu sampai siap. Dapur x berkecah ngan tepung and sementara nak tunggu roti tu siap di uli dan naik, sy boleh buat mcm2 keje.

Utk resepi roti sy guna resepi sama utk buat sausage bun. Resepinya boleh tgk kat SINI. Utk inti kentang karipap tu tgk SINI pulak.

Saturday, August 7, 2010

French Toast with Cheese

Kalau pagi2 sy terbangun lambat dan cik HB nak rushing ke sekolah, ini adalah menu yg sy selalu buat. Dia pon suka. Nak buat pon sgt senang.

Cara nak buat: pukul 2 biji telur bersama sedikit susu, serbuk blackpepper dan garam. Ambil 2 keping roti toast ( sy guna yg whole meal - lebih berkhasiat!), nak guna American Sandwich pon boleh...letak sekeping cheese in between. Lepas tu celup dlm telur yg dah dipukul....celup full coated.

Panaskan sedikit minyak/butter/marjerin dlm pan, grillkan roti atas pan sampai golden brown. Cheese yg mencair tu akan membuat kepingan roti melekat.

Potong 2 dan hidangkan! Senang kan?

Thursday, July 29, 2010

Sausage Bun



Sebenarnya dah selalu sgt sy buat sausage bun ni. Nabihah suka sgt mkn sausage bun ni. Tapi sebelum ni x sempat nak snap gambar, tau2 sausage bun dah habis!

Kali ni pon buat sbb permintaan Nabihah dan dah ingat dr awal kali ni mesti snap gambar dan buat entry sausage bun di blog masak.

Sy guna resepi dr My Kitchen Snippets dan sgt suka resepi ini sbb rotinya sgt2 lembut. Adunan ini bukan sahaja sesuai utk sausage bun tapi utk aneka roti jenis savory.

Anyway sy x ikut method pembuatannya. Sy cuma rujuk bahan2 shj lepas tu sy masukkan semua dlm breadmaker dan select Teig Kneten (uli doh). Selection ini ambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit utk proses menguli dan proses bread rise. Lepas complete, sy keluarkan doh dr breadmaker dan bahagikan doh kpd bulatan bersaiz kecil, kemudian uli memanjang (panjang mencukupi utk lilit sausage) dan lilit sausage


Utk resepi sila rujuk di SINI.