Showing posts with label Kitchen utensils. Show all posts
Showing posts with label Kitchen utensils. Show all posts

Saturday, February 5, 2011

Review on Gourmett Maxx Multicooker


Ada org e-mail sy minta carikan multicooker, preferably Tefal Multicooker Versalio. Sy tak penah tau pasal multicooker but as Behabella Shoppe offers to customers that they can request items and then we search and quote the price, makanya sy pon cari la. Malangnya Tefal Versalio sy tak jumpa dlm pasaran Jerman tapi menemukan sy dgn Gourmett Maxx Multicooker.

Belek punya belek, baca reviews segala, sy pulak yg jadi berkenan dgn multicooker ni dan beli satu utk diri sendiri.

Mempunyai LCD Display dan control pad, dan cooking gadgets, anda boleh buat pilihan utk:

1. slow-cooking - you can slow cook stews, braised meat, porridge or keep food warm. This special function makes it possible to cook your food at a relatively low temperature (80C - 98C) for several hours. You can adjust the cooking time from 30 minutes to 10 hours.

2. Cooking - With this function, you can prepare numerous vegetable or fish soups, cook rice and slowly steam and stew your meals with the steams adapter.The cooking temperature is preset to 105C. You can set the time from 5 minutes to 4 hours.

3. Frying/Grilling - This function is suitable for grilling meat, or frying using litlle oil like making cutlets, fish fillets or potato pancakes.

4. Deep frying - to deep fry french fries, fried chicken, meat balls. Cooking temperature can be set between 130C to 190C.


So far sy dah guna multicooker buat nasi goreng, goreng french-fries dan buat bubur nasi.

masak nasi goreng paprik


French fries!

Cooking video:


The cooking container adalah besar (2.4liter) so sgt sesuai utk memasak dlm portion yg besar. Berbeza dgn deep fryer lain yg sy penah jumpa, oil container (which is also the cooking container) boleh diangkat keluar dr base nya.

Juga sgt sesuai utk dibawa ketika bercuti di tempat penginapan self-catering.

Sunday, December 5, 2010

WMF Cookware


Dulu sebelum sampai Germany, haram sy tak penah dgr nama WMF. Brand periuk yg sy kenal masa kat Malaysia, cap Buaya je kot..hahaha. Sebenarnya dulu tak penah amik peduli pon hal perihal cookware. Masa kawen la baru dpt byk hadiah2 periuk belanga dan pinggan mangkuk (hadiah standard org kawin kan?). Ipar duai sy siap hadiahkan satu set VISION cookware lagi masa tu tp sy takde la rasa excited pon. Cik HB terpecahkan satu penutup dia pon, sy rilek aje. Ni bila dah tau nilai VISION tu (bukan sbb harganya aje tapi kualitinya), sy tak sabar nak jaga elok2 VISION (skrg ada kat rumah mak sy) tu semua dan cari penutup ganti utk yg pecah tu.

Skrg, since dah byk memasak dan byk entertain tetamu, sy cukup suka dgn koleksi cookware. Nak2 kat Germany ni periuk2 dia mmg terkenal dgn kualiti yg tinggi dgn brand2 yg famous mcm WMF, Silit. What I like about these pots, it's stainless steel dan walaupun tebal, ia menyerap kepanasan pd tahap maksima selain tahan lama. Kawan sy kak liza ada periuk WMF yg dia dah guna sejak 30 thn dulu! Periuk pertama WMF sy beli pd harga 20 Euro (harga asal 80 Euro tapi sy beli dgn kupon REWE) mmg best. Time masak, pemegang periuk ni x panas pon. Sejak tu sy mmg simpan hasrat nak buat koleksi WMF.

Baru2 ni REWE come out lagi price reduction utk koleksi baru WMF Profi Select with Cromagon Protection dgn pengumpulan kupon2 pembelian brg2 dr Toom/REWE. Dan alhamdulilah, sy dpt pulak byk kupon2 percuma dr kawan2 yg x berminat nak beli WMF/terlebih kupon. Tapi sy cuma limitkan pembelian utk 4 jenis periuk aje. Hajat dihati mmg nak lagi tapi cukup2 la sbb wish-list byk lagi..hehehe. Nasib baik cik HB luluskan wish-list yg satu ini ^_^. Thank you laling!!!


WMF pots are made of the best Cromargan®, 18/10 stainless steel. That makes them durable, resistant against scratches and knocks and even when used intensively it remains indestructible. The cookware ranges in our program, moreover, take on no aroma, are hygienic and either equipped with a super sandwich base or a TransTherm® universal base for excellent cooking and roasting. All cookware is available in standard household sizes and has, moreover, a pouring rim for safe and measured pouring.


satu dah guna...hehehe

Tuesday, August 17, 2010

Experiencing BOSCH MUM 4426

Dah lama sy ngidam nak memiliki a proper standmixer, yg kalau kita nak buat buttercream icing ke, atau meringue x payah la sampai lenguh2 tgn nak pegang handmixer. Yg kalau kita biarkan ia ON lama pon, takde la sampai fius terbakar or something like that. Sy penah beli handmixer cikai kat Malaysia sbb nak buat kuih raya, harga kalau x silap RM30 kot. Jangka hayatnya semata2 guna bulan posa thn tu saja...beberapa bulan lepas Raya nak guna, tgk2 la dah x leh ON pon!

Kat sini, masa mula2 sampai, sy dah beli siap2 handmixer jenama CLATRONICS yg berharga 10 Euro ut. CLATRONICS kira jenama cikai jugak la kat Germany ni tapi handmixer yg sy beli ni so far so good walaupun dah diguna berkali2 (dah dekat 2 thn dah). Cuma mcm sy ckp, bila tang nak buat icing ke, or nak buat meringue ke (oh, x penah buat lagi sebenarnya ^_^), jenuh la tgn nak pegang handmixer tu.

Selalu la sy dok berangan2 nak tangkap mixer KITCHEN AID satu. Tapi bila tgk harga dia...mak aii...paling murah pon 300++ Euro. So sy dok simpan angan2 je la. Everytime pi household section kat mall tu, sy pon pi la dok belek2 Kitchen Aid kat situ.


Baru2 ni masa tgh dok pegang handmixer buat kek, cik HB tanya " U nak ke kalau I belikan u standmixer?"

Uik...sy terkejut la...bukan apa, cik HB jarang la nak respond dgn minat memasak sy ni. Sy ada la citer2 pasal stand mixer and kitchen aid before..CERITA aje tau..bukan REQUEST. Tapi dia x penah bg respond.

Tup2 kata nak belikan sy stand mixer...mesti la NAK! tak kisah la kalau bukan Kitchen Aid sekalipon :)

So standmixer yg sy dapat.....BOSCH MUM 4426!


Ok, ianya x semahal dan sehebat Kitchen Aid tapi function-wise, rasanya sama mcm Kitchen Aid. Yg penting ianya adalah universal kitchen machine. Terdapat accessories lain seperti blender, meat grinder, slicer, food-processor, citrus juicer, icecream maker yg boleh dibeli berasingan. Utk set yg sy dpt ni, bukan shj standmixer malahan sekali dgn slicer yg disertakan dgn 3 jenis slicer blades. So yes, sy dah target nak tambahkan food processor dan meat grinder selepas ini!

Dan ini gambar2 dr hasil cubaan dgn BOSCH MUM 4426:

Making cheesecake batter

Uli doh utk burger Malaysia

Fixing slicer

Cutting cucumber

Grating chocolate

Slicer blade utk potongan halus & kasar sayur2an

Slicer blade utk memotong nipis sayur2- cth timun

Slicer blade utk grate coklat/hard cheese/nuts

So in short, sy sgt berpuas hati dgn BOSCH MUM 4426 ini!

Anyway, my biggest thanks goes to my loving husband of course! Cik HB kata ni hadiah sempena ulang tahun perkahwinan kami yg ke-6 Ahad ni. Thanks abang sbb memahami minat I dan sudi nak belikan standmixer ni.

Mudah2an Allah murahkan rezeki cik HB kerana telah menggembirakan hati isterinya :)