Tuesday, September 16, 2014

Nasi Mandy Al-Bayt


Sempena cuti Hari Malaysia semalam, saya masak Nasi Mandy dari pek Nasi Mandy Al-Bayt. Pek bungkusan Nasi Mandy Al-Bayt ni saya beli masa Hari Raya Aidilfitri lepas. Masa tu tgh berkunjung ke rumah sepupu Abah di Slim River dan ternampak dia ada jual pek2 nasi Arab ni. Ada Nasi Mandy, Nasi Bukhari, Nasi Maqlubah dan Nasi Khabsah. Jadi saya try beli pek Nasi Mandy yg berharga RM15/pek. Dalam pek ni ada beras basmathi dan rempah tumisan Nasi Mandy yg hidangannya cukup untuk 4-5 orang makan.



Cara masak Nasi Mandy dah disediakan di kotak pembungkusnya jadi saya ikut exactly arahan yang tertera. Sebelum saya pernah buat Nasi Arab dari scratch tapi tak sempat masukkan ke blog. Guna pek pembungkus Nasi Mandy ni kerja jadi senang sikit la. Macamana pon masih perlu siang ayam, perap dan bakar dan juga sediakan sos Haratah dan salad Arab. Jadi takde la segera mana. Cuma saya rasa bila dah tersedia mcm ni takde la susah2 kita nak cari zafran la, serbuk jintan itu ini la, dan mcm2 lagi.  Beras basmathi dia pon sangat bagus, panjang dan x senang patah. Utk masak nasi dia, memang saya ikut sukatan air yg diberikan. Tapi cik HB komen nasi agak kering. Mungkin next time kena jugak guna kaedah ukur ngan jari mcm biasa...hehehe.




Cuma portion dia yg dia kata cukup 4-5 org tu very subjective la. Kalau makan sorang 1 cawan nasi mungkin cukup la kot utk 4-5 org....hehehe.

So kalau siapa2 yang berminat nak masak Nasi Arab Al-Bayt ni boleh la check FB dia : Nasi Mandy Al-Bayt - Citarasa Nasi Arab Sebenar

Saya pon ingat nak beli lagi, nak try jenis2 nasi Arab yang lain pulak ^_^.

No comments: