Thursday, February 24, 2011

Kari Kambing


First time masak kari kambing, selalunya kalau beli tulang rusuk kambing, sy akan buat sup atau grill. Tapi this time mau cuba buat kari kambing pulak.

Sy masak ikut stail kak liza, iaitu kambing direbus dgn halia sampai lembut (lebih kurang 1 jam, serbuk kari dimasukkan selepas 45 minit proses merebus), tak guna santan, kemudian tumis bawang, halia dan rempah 4 sekawan dan tuang ke dlm rebusan kambing. Sy guna masukkan plain yogurt sbb penah nampak resepi kari kambing nehari yg menggunakan yogurt.

Ok, bukan nak puji diri sendiri, but this really tasted so good. Cuma agak x bagusnya, walaupun x guna santan tapi kambing itself mmg sgt berlemak.

Utk resepi:

Bahan A:

1kg daging kambing bahagian rusuk - dipotong kecil
1 inci halia - dipotong kasar
6 sudu makan serbuk kari daging Baba´s
1 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk jintan putih
1 sudu teh serbuk jintan manis
150g plain yogurt
4 biji kentang - dibuang kulit dan dibelah 4
3 biji cili hijau - dimasukkan sebiji- sebiji atau dipotong dua

Bahan B (utk menumis)

1 biji bawang besar - dimayang halus
3 ulas bawang putih - di mayang halus
2 inci halia - dimayang halus
1 tangkai daun kari (sy guna 10 helai daun kari jenis kering)
sedikit buah pelaga, kulit kayu manis, bunga lawang dan cengkih

Cara2;

1. Gaul kambing dgn sedikit tepung gandum, kemudian basuh bersih2.
2. Rebus kambing dgn halia (air jgn byk sgt, just to cover the meat) selama 1 jam. Selepas 45 minit masukkan, serbuk kari dan sambung rebus sampai 1 jam.
3. Masukkan kentang dan masak sampai lembut.
4. Dalam pan berasingan, panaskan minyak dan tumis Bahan B sampai kekuningan dan naik bau.
5. Tuangkan bahan tumisan kedalam kari kambing (tumis darat).
6. Masukkan yogurt, cili hijau dan garam. Kacau. Biarkan sampai mendidih dan pecah minyak.

No comments: