Saturday, February 5, 2011

Ikan Goreng Forelle dalam Sos Daun Limau Purut


Jumpa resepi tatkala mencari idea apa la nak dimasak ikan forelle tu. Skrg asik2 ikan forelle...bukan apa, choices of fresh seafood tak byk kat kedai Turki tu, ari tu pegi ikan forelle yg byknya...makanya sbb mau mkn ikan juga, beli la forelle.

Resepi dtg dr blog Kak Nor - Secubit Garam. Terima kasih kak nor sbb share resepi ni...sgt sedap dgn citarasa Thai yg kuat. Rasanya mengingatkan sy masa mkn kat restoran Thai kat Bangkok beberapa thn lepas.

Resepi ni byk guna daun limau purut dan disebabkan sy ada satu bekas daun limau purut frozen, I was happy to use as much as possible (tapi tak boleh la byk sgt sbb nanti pahit pulak).



Resepi cut & paste dr Secubit Garam:


Bahan:
2 ekor ikan bawal/talapia ( sy guna forelle, utk mereka di Jerman boleh juga guna ikan dorade atau rotbach)
1/4 cawan tepung serbaguna
2 helai daun limau purut ~ hiris halus dan digoreng garing, toskan
minyak utk menggoreng

Bersihkan ikan dan keringkan.
Salut dgn tepung(kering) dan goreng hingga keemasan.
Hidang atas pinggan dan tuangkan sos daun limau purut keatasnya.
Taburkan daun limau purut yg dah digoreng atas ikan.

Utk Sos :
5 ulas bawang putih ~ dicincang
3 ulas bawang merah ~ dicincang
5 bj cili padi hijau ~ diicincang
5 bj cili padi merah ~ dicincang
3 helai daun limau purut ~ dihiris halus
3 sudu besar sos tiram
1/4 cawan cuka
3 sudu besar sos ikan
2 - 3 sudu besar gula
garam secukup rasa
1/2 cawan stok ayam ~ boleh guna air biasa dan 1/2 kiub stok ayam
1 sudu kecil tepung jagung ~ bancuh dgn sedikit air
minyak

No comments: