Monday, February 28, 2011

Strawberry Shortcake



Masa jln2 kat rumah Hana, nampak strawberry shortcake yg Hana buat sungguh menggoda kalbu. Resepi pon nampak simple. Adunan kek dia mmg sgt senang, mula2 mcm tak percaya juga sbb tak guna langsung baking powder atau soda bikarbonat. Tapi lepas dah bakar dan kek dah sejuk, cantik aje kek tu bila dikeluarkan dr acuan kek. Cuma keknya tak naik aje la.



"Gordon Ramsay" pon excited sama nak buat part menyapu cream tu, tu sebab sapuan cream tu nampak comot! (eleh, kalau sendiri buat pon bukan cantik pon, since GR yg buat, boleh la put the blame on him...hehehe)


Aksi GR menyapu cream kek ditepi tingkap....

Asalnya sy dah snap gambar aksi GR dgn rupa parasnya yg hensem tu tapi GR adalah seorg yg pemalu, maka dia dah delete dah gambar tu...huhuhu.

Kenapa di tepi tingkap?

Sbb cukup sumber cahaya disitu ^_^

Kek ni mmg marvellous, rasa sedap dan senang nak dibuat. Terima kasih Hana sbb share resepi ini! Tapi as I said, rupa paras mmg tak leh copy rupa paras kek Hana yg pro....bukan takat tangan sy (err...GR jugak), tak berseni tapi sebenarnya sy skip byk langkah jugak la.

Tu ler ngko, kalau x pro, jgn mandai2 nak menderhaka!

Utk resepi:
Sumber: Hanamemories

Bahan-bahan (loyang 18cm)
  • 3 biji telur (size M)
  • 90g gula
  • 80g tepung gandum - ayak
  • 30g butter - cairkan
  • 1sb susu segar
Syrup (hana tak buat) - sy pon tak buat
  • 30g gula
  • 60ml air panas
  • >>> satukan bahan hingga gula larut
Cream/Filling



Cara-cara
  • Panaskan oven suhu 170.
  • Pukul telur hingga berbuih. Masukkan gula dan terus pukul hingga kembang putih dan gebu.
  • Masukkan tepung dan susu segar. Kaup balikkan hingga sebati. Last sekali masukkan butter cair. Gaul sebati. Alas loyang dengan baking sheet. Tuang adunan ke dalam loyang dan spraykan (guna air biasa) bahagian atas kek supaya apabila masak permukaan kek kelihatan cantik dan tak kering (tak buat step ini). Bakar selama 30min. Sejukkan dan tanggalkan baking sheet tadi.
  • Untuk membuat filling - Putar whipping cream dan juga gula hingga putih gebu. Jangan over mix yer.. ketepikan. *jika guna non diary whipping cream rasanya tak perlu tmbh gula sbb dah ada gula.rujuk link di atas.
  • Bila kek dah sejuk, belah tengah kepada dua/tiga bahagian. Sapukan atas kek dengan syrup menggunakan brush hingga lembab. (hana tak buat step ni). Kemudian sapukan cream. Taburkan strawberry yg telah dipotong dua. Letak lagi cream menutupi strawberry. Tutupkan lagi dgn kek. dan ulang langkah tadi (sapu syrup dan buh cream). Jika buat dua lapis, memadai sekali sajer sapu syrup, cream dan stroberi.
  • Sapu keliling kek dengan cream. dan hiaskan ikut suka.
  • Sejukkan baru potong.

No comments: