Thursday, October 7, 2010

Kari Ikan Hering dgn Tomato - Mamak Style


Semalam sy dah kehabisan stok daging mentah. Nak kena pegi bandar sebelah utk mendapatkan stok daging mentah halal, sy teramat la malas. Sudahnya sy pi TEGUT, pasaraya kat rumah sy dan pi belek2 bahagian seafood frozen, cari idea nak beli ikan ke, udang ke....

So sy nampak ikan hering frozen ni. Sy tak penah try lagi masak ikan hering, so apalagi, grab la satu. Dan sy fikir yg paling sesuai utk eksperimen ikan ni - masak kari!


Beli ikan frozen kat pasaraya Jerman ni, rata2 ikan dia dah selamat kena penggal kepala ngan ekor, isi perut semua dah habis cuci. Dgrnya org2 jemen mmg x suka nak berurusan dgn seafood yg masih ada kepala dan isi perut. Udang yg ada kulit pon diorg x suka. Tapi kalau beli seafood frozen kat Kedai Asia, balik rumah anda still nak kena cuci bersih perut dia.....

So kalau nak masak ngan pantas, pilih la ikan frozen dr pasaraya Jerman....tapi yg pastinya ikan2 cold fish je yg adanya....

Skrg ni bila sy masak kari ikan, sy akan buat kari tanpa santan. Org panggil kari mamak....ye ke tak, tak tau la tp eversince belajar masak kari style camni, sy mmg dah x guna santan utk kari ikan. Bagus la kan....kurang kolestrol.

Yg penting bila nak buat kari camni, key factor dia rempah kari kena byk dan air asam jawa kena lebih sikit, baru best!

Bahan2:

500g ikan hering (any fish will do)
4 sudu besar rempah kari ikan (sy guna Babas's dr Malaysia)
1 sudu kecil halba campur
2 tangkai daun kari
1/2 biji bwg besar - dihiris halus (kalau ada bwg merah, lagi sedap. Tapi kat sini bwg merah mahal dan susah nak jumpa, so sy guna bwg besar most of the time)
2 ulas bwg putih - hiris halus
2 biji tomato - potong empat setiap satu
air asam jawa secukupnya
minyak utk menumis

Cara2:

1. Panaskan minyak. Tumiskan bwg besar, bwg putih, halba campur dan daun kari. Masak sampai naik bau atau kekuning2an.
2. Masukkan rempah kari ikan dan sedikit air. Biarkan sampai kari pecah minyak. Tambahkan air jika rempah terlalu kering.
3. Bila rempah dah garing, masukkan air asam jawa. Kalau kuah pekat sgt, tambahkan lagi air.
4. Biarkan sampai mendidih, kemudian masukkan ikan dan buah tomato. Biarkan sampai ikan masak dan tomato lembut.
5. Perisakan dgn garam dan kecilkan api. Renehkan sampai kuah pecah minyak (lagi lama kari dimasak, lagi sedap)

Siap utk dihidang.

Bubur Jagung Cha-cha dan Sagu


Semalam kawan sy, kak liza balik bercuti ke Malaysia selama sebulan. Bestnya dia, every 3 months mesti terbang pulang ke tanahair, maklum la keje ngan airlines, everytime fly cuma perlu bayar 10% aje...huhuhu. Dan semalam, sempat la dia bagi sy stok2 makanan dia yg dia rasa x boleh nak simpan sampai dia balik sini nanti.

Antara yg dia bagi, cha-cha. Balik rumah, tgk ada jagung dlm tin, ada santan lak tu dan mengenangkan cik HB dah lama x makan bubur, maka sy pon terus buat bubur jagung campur cha-cha ni. Memula ingat nak buat sikit, so cuma rebus sikit je cha-cha. Dah cha-cha siap rebus, sekali baru perasan ada 2 tin jagung sebenarnya dan teringat kat Mat ngan Liza yg dah duduk dekat ngan rumah kami. Boleh la bagi diorg sikit. Tapi 2 tin jagung ngan cha-cha sejemput x balance, nak rebus cha-cha lagi dah x efisien....so sy campur dgn segenggam sagu.

Kak Liza selalu pesan ngan sy, kalau nak masak sagu dan nak bg sagu kembang dgn baik, apa2 pon jgn masak sagu dgn gula. Nanti sagu x masak. So pesanan tu mmg sy ingat everytime sy nak masak sagu.

Utk resepi bubur ini:

Bahan2:

1 keping daun pandan - dipotong pendek sepanjang 2 inci
2 tin jagung
1 tin santan
1/2 cwn cha-cha
1/2 cwn sagu
1 cwn gula merah (ikut tahap kemanisan disukai)
1 gelas susu segar 3.5% ( sy mmg tambah susu segar everytime buat bubur utk melemakkan bubur sbb santan dlm tin x berapa lemak)
secubit garam

Cara2:

1. Rebus cha-cha bersama daun pandan dgn sedikit air sampai lembut.
2. Masukkan jagung dan sagu dan masak sampai sagu kembang.
3. Masukkan santan, gula merah dan garam. Masak sampai mendidih dan kacau bubur sekali sekali supaya x pecah minyak.
4. Masukkan susu segar dan kacau. Biarkan mendidih, kemudian tutup api.

Siap utk dihidang.

Monday, October 4, 2010

Baked Macaroni & Cheese

Bila dtg angin nak masak tu, mmg rasa nak masak mcm2 kan? Mcm semalam la, walau dah ada nasi daging & makanan2 lain, nak jugak buat baked macaroni & cheese ni. Mujur la makanan semua habis dan nasi daging berbaki sikit lagi, so ari ni sy kembali malas memasak...ngeeeeeeeeeeee.

Kenapa sy nak juga buat macaroni cheese ni, adalah kerana sy baru je memiliki set2 buku masakan Good Food BBC books yg di import khas dr UK, di bawakan oleh kawan sy afzan, yg dtg beraya kat sini aritu. Nama asal resepi ni Golden Macaroni Cheese tapi since sy x follow exactly resepinya, maka sy tukarkan nama resepi jadi Baked Macaroni Cheese.

Resepi:

Bahan2:

250g macaroni
85g butter
50g tepung gandum
350ml susu segar
150ml whipping cream
175g grated mozarella cheese (resepi asal guna cheddar)
1tsp mustard (resepi asal guna Dijon mustard, sy belasah je mustard biasa)
50g grated parmesan cheese (sy x guna)
1 biji bawang besar, dipotong nipis
1 tbs olive oil

Methods:

1. Panaskan oven pd suhu 180C. Masak macaroni dgn air mendidih sampai lembut dgn sedikit minyak dan garam (atau ikut arahan pd peket/kotak pembungkus). Toskan macaroni.
2. Sementara itu, panaskan 2/3 butter dlm pan/periuk dan masukkan tepung. Kacau sampai golden-brown dan alihkan dr api. Masukkan susu dan cream sedikit demi sedikit sambil kacau menggunakan whisker. Letakkan semula pan keatas api dan masak sampai mendidih sambil kacau. Kecilkan api dan biarkan ia masak lebih kurang 5 minit sampai pekat dan sos nampak licin. Alihkan dr api dan masukkan cheddar, mustard dan parmesan cheese.
3. Campurkan macaroni, sos cheese dan bahan perasa (garam, pepper) dan kacau sebati. Masukkan kedalam bekas casserole dan bakar dlm oven. Bakar sampai golden-brownish (about 15 minit), kemudian keluarkan dan tabur dgn shredded parmesan (sy guna mozarella). Bakar lagi dlm 5 minit sampai permukaan cheese menjadi golden-brown.
4. Resepi asal (sy x buat): Goreng bawang yg dipotong nipis tadi dgn olive oil sampai garing. Bila macaroni siap dibakar, tabur bwg goreng atas permukaan macaroni.

Moist Chocolate Cake



Aaaa...lamanya x update blog masak ni. Since raya sibuk beno la ngan mcm2 hal. Raya one thing, minggu ke-3 raya pi travel ke beberapa negara Eropah. Nak citer pasal jln2 kat blog lagi satu pon x sempat. Masak pon cincai2 aje...

Tapi semalam ada tetamu nak dt beraya kat rumah. So sy masak la serbi sikit. Buat nasi daging, air asam, acar timun, baked macaroni & cheese, popiah goreng dan MOIST CHOCOLATE CAKE ni. Dah lama nak buat moist chocolate cake ni....since masa awal2 raya lagi tapi masa tu rasa mcm x sempat dek kerana dok masak benda2 lain. Cik HB pon request coklat kek jugak.

Kali ni sy cuba resepi yg diwar2kan sedap & mudah dr website Anakku.Soleh.com. Byk2 resepi kek coklat lembap yg sy google kat internet, tak tau la nape sy berkenan kat resepi yg ini. Ternyata sedap & mudah ok! Tak rugi mencuba. Kredit kepada pemilik asal resepi ini.


Cuma part topping tu sy tak follow. Sebab sy xde susu pekat manis. Instead, sy buat coklat ganache guna cooking chocolate, dicairkan secara double-boil dgn whipping cream dan sedikit butter.

Utk resepi, ini sy cut & paste dr website Anakku Soleh:

Bahan-bahan:

2 biji telur
1 cawan minyak masak
1 cawan gula pasir
1 cawan gula perang

Bahan A
1 sudu kecil vanila
1 1/2 cawan susu segar perisa coklat
1/2 cawan air campur dgn 2 sudu kecil nescafe

Bahan B
2 sudu kecil sodium bicarbonate
1 sudu kecil baking powder
1/2 cawan serbuk koko
2 cawan tepung gandum
==============================
** Topping **
1/2 cawan koko van hauten
1/2 cawan susu pekat
1 sudu besar minyak masak

Cara-cara:

  • Pukul telur hingga kembang
  • Masukkan gula dan pukul lagi
  • Kemudian masukkan minyak masak
  • Ayak semua bahan B dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam telur tadi berselang seli dengan bahan A. Gaul sehingga sebati.
  • Bakar pada suhu 170 degree selama 1 jam atau sehingga masak
  • Untuk toppingnya.. masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk, dengan api kecik panaskan sampai nampak dah ok…taruk je atas kek yg dah sejuk

Thursday, September 2, 2010

Laksa Utara

Lama dah sy nak buat laksa ni. Actually sy tak tau apa beza antara laksa Penang, laksa utara ngan asam laksa. Sy belasah aje buat ikut citarasa rasa.

Utk kuah laksa ni, sy guna satu tin besar sardin campur satu tin kecil tuna. Sy blend bg hancur (ada org just hancurkan dgn garfu, which is better sy rasa). Masukkan 2 sudu cili kisar, then 2 kuntum bunga kantan, secekak daun kesum dan 2 asam keping. Biarkan mendidih, pastu masukkan garam dan serbuk ikan bilis. Siap!

Utk accessories:

-timun
-daun salad
-telur rebus
- bwg besar
-cili masak/cili padi
- daun pudina.

Nando´s Hot Chicken Wings

Baru2 ni sy berjln2 kat REWE (sebuah pasaraya kat Germany) dan sgt excited bila terjumpa sos Nando´s kat situ. Sebelum ni mmg dah jumpa sos peri2 Afrika tapi bukan jenama Nando´s. Sy pon beli setelah check ingredients dan pasti takde bahan2 yg meragukan. Agak mahal sebenarnya, satu botol kecil bersaiz 125ml berharga 2.99€, tp kalau kat malaysia sekali mkn Nando´s abis dlm RM25 jugak utk seorg.

So why not?

Balik rumah, sy perap chicken wings dgn sos Nando´s ni dan tambah sedikit garam sbb rasa mcm x cukup rasa kalau hanya bergantung kat sos Nando´s ni semata2. Perap dr pukul 1 tghari, by pukul 7pm, sy bakar sampai garing (lebih kurang 45 minit).

Mmmm...sedap!!!!Pedas mmg pedas especially bila cicah ngan sos Nando´s tu, tapi sgt menyelerakan!

Popiah Princess

Ni resepi sy jumpa dlm Koleksi bersama Mawar. Saja la nak cuba popiah versi yg lain sikit. Sedap jugak rupanya tapi sy rasa mcm rasa serbuk kayu manis tu agak mengganggu jugak la kesedapan popiah ni. Maybe sbb sy rasa serbuk kayu manis mcm x sesuai utk makanan jenis2 savory camni.

Anyway ini resepinya yg sy petik dr Koleksi Bersama Mawar.

Bahan2:

500g dada ayam - direbus dan disiat
250g udang - direbus dan dipotong tiga
1 bungkus isi ketam
1 sudu teh serbuk kayu manis
1 sudu teh serbuk paprika
1 sudu teh chinese spice (Rempah lima)
1 botol kecil mayonese
Kulit popiah secukupnya

Cara2:

1. Mayonese dan semua bahan digaul rata kemudian isi dlm kulit popiah
2. Gulung dan goreng.